.

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Saturday, 5 January 2013

Menteri KKLW Perompak?


KKLW PEROMPAK?


Oleh : MUTALIB M.D

BENARKAH Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta menterinya layak ditabalkan sebagai 'Perompak'? 

Ketua Cawangan UMNO Kampung Damai, merangkap AJK Pergerakan Wanita UMNO Semporna, Rukiah Binti Tampi mendedahkan siapa sebenarnya Shafie Apdal dan bagaimana KKLW berperanan sebagai perompak dan 'peliwat' projek di Semporna. 

Bayangkan jalan masuk ke kebun dan jalan penting ini boleh diabaikan KKLW dan Shafie sejak lebih 20 tahun lalu?

Saksikan VIDEOKLIP KHAS ini yang mungkin menukarkan Kambing menjadi Harimau dan akan membaham Shafie Apdal pada PRU-13?


 

Sunday, 30 December 2012

Shafie Afdal mangsa Pemuda UMNO?.

 Oleh: 
Semalam ditunjukkan oleh seorang kawan sebuah majallah keluaran unit media UMNO yang dipengerusikan oleh Tun Faisal yang dalam blognya ada cerita berkenaan Dato' Fauzi Saari bekas Pengarah CID Polis DiRaja Malaysia yang telah menjadi ahli Pas.


Begitu gairah dalam tulisan tersebut dengan menceritakan isu ba'aih talak 3 yang dikaitkan dengan Dato' Fauzi Shaari, nampak benar sudah hilang pedoman juak-juak UMNO dalam menaburkan isu-isu untuk mendapat perhatian walaupun isu tersebut adalah rekaan kerana tidak keluar dari kenyataan Dato' Fauzi Saari sendiri.


Sedangkan Tun Faisal sebagai pengerak media baru UMNO berdiam dan kelu terhadap isu yang dibangkitkan oleh seorang penjual karpet iaitu Deepak Jaikishan berhubung dengan aduan P. Balasurbaniam dalam proses akuan bersumpah kedua yang dilibatkan nama-nama keluarga Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak termasuk dalam isu kes pembunuhan kejam terhadap model. Mongolia iaitu Altantuya Saribunn

Dalam majalah yang ditunjukkan itu terdapat muka-muka pemimpin UMNO yang memuji penerbitan majalah tersebut, muka Tun Faisal paling banyak dipaparkan dalam majallah tersebut.


Tentulah kerana majalah tersebut dipengerusikan oleh Tun Faisal. Tapi yang paling jelas Gambar Naib Presiden UMNO dari Sabah iaitu Dato' Shafie Afdal tidak dimuatkan. Kenapa?

Sedangkan gambar Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden yang lain iaitu Dato' Hishamuddin dan Dato' Zahid Hamidi dimuatkan, nampak semacam ada permainan yang ketara dalam media baru pemuda UMNO. Apakah agenda disebalik pengeluran majalah media baru tersebut.


Selidik punya selidik ada hubung kait dengan percaturan politik Sabah dan UMNO. Di Sabah nama Dato' Shafie disebut-sebut akan bertanding di Dewan Undangan Negeri pada PRU13 nanti dan tentunya sekira Sabah masih dikuasai oleh UMNO nama Dato' Shafie Afdal akan diangkat sebagai Ketua Menteri, pertanyaan yang ada dikepala kita sekarang,apakah kecantikan majalah yang dipengerusikan oleh Tun Faisal itu dibaiyai oleh Ketua Menteri Sabah sekarang?.

Manakala dalam UMNO pula semua maklum selepas PRU13 nanti UMNO akan mengadakan pemilihan pucuk ;pimpinan, perlu diingat tentunya Khairy Jamaluddin akan menawarkan diri sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO, tentulah salah seorang Naib Presiden UMNO Sekarang mesti dikalahkan untuk memberi peluang menang kepada Khairy Jamaluddin. Apakah Tun Faisal diberi mandat melalui media dan  penulisan untuk memadamkan Dato' Shafie Afdal dari terus menjadi Naib Presiden UMNO.

 Tinggi permainan Media Baru Pemuda UMNO Malaysia. Sambil menyelam sambil minum air, harap-harap perut tidak akan kembung.

Saturday, 29 December 2012

Ong Tee Keat akan tinggalkan MCA seperti Chua Jui Ming?


Tee Keat mungkin tinggalkan MCA jika Parlimen tergantung, kata Soi Lek
 
KUALA LUMPUR, 28 Dis – Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa pesaingnya dan presiden parti sebelum beliau, Datuk Seri Ong Tee Keat akan meninggalkan parti tersebut jika Parlimen tergantung  selepas pilihan raya akan datang.

Dr Chua membuat kenyataan tersebut semalam kepada kumpulan penulis blog pro Umno dipejabatnya. Pembantu kepada Dr Chua mengesahkan kenyataan tersebut.

Menurut Syed Akbar Ali, seorang penulis blog pro Umno yang hadir semasa pertemuan tersebut, Dr Chua berkata terdapat puak dalam MCA dan satu-satunya cara untuk mengatasinya adalah dengan bekerja keras
.
“Menghayati semula isu berpuak-puak dan kekurangan sokongan beliau bercakap terus terang tentang pecubaan puak Ong Tee Keat untuk mensabotaj beliau di Melaka.

“Dr Chua merasakan jika terjadi Parlimen tergantung selepas pilihan raya umum, Ong Tee Keat hanya akan mengemas barang dan pergi. Seperti Chua Jui Ming,” kata Syed Akbar di blognya.

Apabila ditanya tentang kenyataan Dr Chua, Ong memberitahu The Malaysian Insider terpulang kepada presiden MCA itu untuk “membayangkan apa sahaja yang beliau suka”.

“Dia boleh bayangkan apa yang dia suka ... bukan urusan saya, dan itu adalah kebebasan beliau tetapi sila hormat kebebasan orang lain,” kata Ong kepada The Malaysian Insider.

Ketika ditanya apakah beliau mengetuai mana-mana kumpulan dalam MCA, Ong berkata beliau tidak berminat dengan “desas-desus dan gosip” itu.

“Saya tidak berminat dalam desas-desus dan gosip jenis ini dan tuduhan yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak pernah peduli untuk membaca benda jenis ini,” kata bekas presiden MCA itu.

Beliau juga menegaskan amat jarang pergi ke Melaka.

Ketika ditanya jika beliau mahu untuk menafikan dakwaan yang ditulis dalam blog, Ong berkata: “Apakah ada keperluan untuk menafikan atau mengakui ... saya tidak membaca sampah jenis ini.”

Dalam tulisan yang sama di blog, Syed Akbar menulis Dr Chua menegaskan beliau mengalahkan dua bekas presiden MCA - Ong dan Tan Sri Ong Ka Ting - dalam pemilihan parti untuk menjadi presiden semasa.

“Berbalik kepada Ong Tee Keat, beliau berkata beliau adalah presiden MCA pertama yang mengalahkan dua bekas presiden parti untuk mendapatkan jawatan presiden MCA. Katanya, beliau tidak megah tetapi ia adalah perkara fakta.

“Jadi beliau berkata boleh mengalahkan apa sahaja bilangan puak dalam MCA,” Syed menulis.

Ong dipilih untuk mengetuai parti pada tahun 2008, sebelum perpecahan dalam parti yang membawa kepada pemilihan semula pada tahun 2010 menyaksikan Dr Chua menang dan mengambil alih sebagai presiden MCA.

Difahamkan Ong disokong oleh pemimpin kanan Umno untuk mempertahankan kerusi parlimen Pandan disebabkan oleh populariti peribadinya.

Akan tetapi pesaingnya Dr Chua difahamkan mahukan calon lain.

Presiden MCA itu juga menghadapi persoalan sama ada beliau harus bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN), berikutan sejarah skandal seks beliau.

Pada penghujung tahun 2007, salinan video hubungan seks Dr Chua bersama gundiknya diedarkan secara terbuka, membawa kepada peletakan jawatannya sebagai menteri kesihatan.

Beliau juga tidak diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya umum 2008, akan tetapi membuat kemunculan semula dalam politik MCA kemudian./~TMI

Amanat Haji Hadi, satu kerenah SB

Oleh: Subky Abdul Latif

APA yang dikatakan Amanat Haji Hadi yang terjadi pada 07 April, 1981 dulu sudah jadi satu khazanah politik tanahair dan ada kedudukannya yang tersendiri di sisi tafsir siasah syariyah.

Ia ada satu topik yang cantik bagi calon-calon PhD. Jika mahu tesis itu dihargai dan ada nilai akademik yang tinggi, jangan ia dikendali di bawah mana universiti di Malaysia kerana rata-rata profesornya ada stigma apa yang dikatakan profesor kangkung.

Biar ia dibuat di bawah universiti terkemuka  dunia seperti Oxford, Harvard atau mana-mana universiti masyhur di Perancis dan Belanda. Nescaya calon  PhD itu akan muncul sebagai  doktor yang terbilang.

Tidak berbangkit amanat itu perlu ditarik balik seperti yang dituntut oleh dua mufti dan ulama remaja yang status masing-masing boleh ditakwil. Seorang mufti itu tidak diterima oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir permintaannya untuk bertemu bagi membincangkan sesuatu dan yang seorang lagi adalah seorang yang sentiasa ada di rumah Dato Asri semasa menjadi pemimpin PAS dan menyertai UMNO apabila Anwar Ibrahim  dan Dato Asri menyertai UMNO.

Tidak mustahil kedudukan sebagai mufti itu lebih kerana UMNO dari ilmunya. Ulama remaja itu amatlah baru. Ikut peri bahasa orang tua Melayu dulu-dulu orang yang seusia  itu disifatkan budak berhingus. Tetapi tiada dalam Islam peri bahasa ulama berhingus kerana Imam Syafie sudah jadi mufti pada usia 15 tahun.

Kata Tok Guru Nik Aziz, jangan sangka Ustaz Hadi tidak tahu hukum hakam. Ada yang mengibaratkan semasa  beliau pulang dari Mesir dulu kitabnya  saja lima pikul. Tiada  siapa menimbang kitabnya tetapi untuk menggambarkan banyak kitab yang dibacanya.

Seorang pensyarah Islam UKM pernah dilantik oleh Tan Sri Wan Mokhtar duduk dalam Biro Agama UMNO. Mesyuarat pertama yang dihadirinya dikatakan dia membandingkan ulama PAS dengan ulama UMNO. Ulama PAS sepulang dari Mesir hari-hari baca kitab dan tiap-tiap malam mengajar. Ulama UMNO belum tentu buka kitab sekali dalam masa setahun. Lepas itu dia tidak dipanggil mesyuarat lagi.

Sejak pulang dari Mesir hujung tahun 70-an dulu, Ustaz Hadi mengadakan kuliah di Masjid Rusila setiap pagi Jumaat dihadiri antara 7 ribu hingga 10 ribu. Hampir 40 tahun beliau mengajar. Sejak itu beliau saja di  Malalysia ini yang berkhutbah Jumaat tanpa teks yang diedit  oleh Jabatan Agama.

Mana ada mufti dan ulama UMNO ada kuliah sepertinya sejak 40  tahun lalu. Ada pun mufti itu apabila dilihat  ranggi sikit lalu dipecat seperti yang dialami oleh al-Marhum Dato Ishak Baharom, Mufti Selangor dulu. Mana ada mufti yang lebih berani selain dari Dato Ishak Baharom?

Isu Amanat Haji Hadi dikira sinonim dengan isu kafir mengkafir. Timbul setiap ada pilihanraya. Lepas pilihanraya ia pun mati. Tunggu PRU lima tahun lagi.

Itulah kerja polis cawangan khas yang digerakkan oleh bahagian perang saraf di Jabatan Perdana Menteri  dan di kementerian penerangan.

UMNO pun tidaklah sensitif sangat atas amanat itu. Jika ia peka, ia tidak akan berusaha dari semasa ke  semasa mengajak PAS bersatu dengan UMNO. Sejak zaman Mahathir, zaman Dollah Badawi sampailah  zaman Najib, UMNO buat macam-macam  ajak PAS bersamanya. Ia marah PAS bekerja dengan DAP tetapi tidak mahu bersama UMNO.

Siapa kata orang Islam keliru dan berpecah kerana amanat itu? Orang Melayu sudah tidak bersependapat sejak mereka tahu politik, lama sebelum Ustaz Hadi bercakap  di Banggol Peradong tahun 1981.

Kalau amanah itu besar  sangat dan apa yang dikatakan PAS mengkafirkan UMNO itu penting sangat, jadah apa UMNO ajak PAS dari semasa ke semasa untuk bersamanya, sedang mereka tahu al-Marhum Ustaz Fadzil Noor pernah kata, ‘Kami tak bulo’.

Maka mengapa tok-tok mufti dan budak berhingus UMNO masuk perangkap polis cawangan khas menjelang pilihanraya?

KANTOI : Pelajar diupah RM20 untuk maki peserta Himpunan Oren

KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu , ‘diangkut’ Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini .


Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang.

Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa.

“Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi,” katanya ditemani rakan-rakan sebaya.

Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun.

“Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini,” katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka.

Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya.

Selain pelajar ‘dipaksa’ menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok.

Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah.

: http://www.keadilandaily.com/?p=41908

Friday, 28 December 2012

Protes ANAK bertembung dengan kumpulan pro BN



Sebat Isa Samad, Selamatkan FELDA






KUALA LUMPUR, 28 Dis ― Protes anjuran Kumpulan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini bertembung dengan kumpulan pro FELDA dan Barisan Nasional (BN) di Ibu Pejabat FELDA di Jalan Semarak di sini.

ANAK yang diketuai oleh Pengerusinya, Mazlan Aliman (gambar) berarak sejauh 500 meter dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sepatutnya menyerahkan memorandum di ibu pejabat FELDA, namun terhalang apabila kumpulan pro FELDA dengan jumlah sekitar 300 peserta mengadakan sekatan di jalan masuk ke pejabat FELDA tersebut, di samping sekatan daripada 100 anggota polis daripada kedua-dua pihak.

Tindakan itu kemudiannya menyaksikan Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Razman Zakaria selaku wakil daripada kumpulan protes ANAK berunding dengan pihak polis untuk membolehkan mereka menyerahkan memorandum tersebut.

Sepanjang perarakan itu, mereka melaungkan slogan “Undur Isa Samad”, “Hancur Isa Samad”, dan “Felda Bebas, bebas Felda”./~TMI

Insiden di Kampung Manchis: MCA lagak samseng ikut perangai UMNO

KUALA LUMPUR, 28 DIS: MCA kini mula menunjuk lagak ‘big brothernya’, UMNO, apabila turut berladak samseng ketika melakukan provokasi dan mencetuskan kekecohan pada sesi ramah mesra DAP Bentong, Pahang, di Kampung Manchis, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Pelangai,  kelmarin.

Insiden itu berlaku ketika rombongan ramah mesra (walkabout) yang disertai kira-kira 40 penyokong DAP dan Pakatan Rakyat (PR) diganggu sekumpulan 10 penyokong MCA yang bertindak kasar apabila mengeluarkan kata-kata kesat hingga mencetuskan perbalahan ketika cuba dileraikan.

Menurut Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Foke yang mengetuai rombongan ramah mesra itu, lagak samseng penyokong MCA itu adalah disengajakan untuk mengalih perhatian kepada isu sebenar.

“Kumpulan itu turut berlagak samseng kerana mereka terpengaruh dengan perangai Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob yang juga juga ADUN Pelangai. Jadi anak buahnya di situ juga turut berlagak samseng.

“Sebaik rombongan kita sampai di Kampung Manchis, tiba-tiba ada seorang mengaku dia sebagai penduduk di kawsan saya (Rasah). Dia tuduh saya tidak selesaikan isu pembetungan membabitkan lubang yang dikorek Indah Water Konsortium (IWK) kerana memberi kesan kepada rumahnya,” ujar beliau ketika dihubungi hari ini.

Antony Loke berkata, isu pembentungan itu berlaku Mei lalu dan beliau tidak menerima apa-apa aduan daripadanya malah apa yang berlaku itu dia sudah mengadu kepada pemimpin Gerakan.

Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah pula ketika dihubungi berkata, MCA sengaja bertindak samseng kerana kedudukan mereka rasa terancam dengan pengaruh PR terutama DAP di kawasan itu.

“Ketika saya cuba meleraikan pertengkaran itu, berlaku kejadian tolak menolak.

“Satu laporan polis mengenai kejadian itu sudah dibuat Pengerusi DAP Bentong, Chin See Thai di Balai Polis Bentong,” ujar Leong yang juga ADUN Triang.

Program itu adalah siri jelajah untuk beramah mesra dengan penduduk di 15 Kampung Baru dalam Parlimen Bentong. Turut bersama rombongan ramah mesra DAP Bentong itu, termasuk Wong Tak, aktivis kumpulan Hijau Anti Lynas. – Roketkini.com

Khairy Ada Hutang Dengan Bank Pertanian Bernilai Jutaan Ringgit?

Badrul Hisham Sharin atau Che'GuBard meminta ketua pemuda Umno yang tidak ada kuasa Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan berhubung satu maklumat yang diperolehinya menunjukkan ketua pemuda itu pernah mendapat kemudahan pinjaman bernilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia


MenurutChe'GuBard pinjaman itu diperolehi semasa bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi perdana menteri dan ia mempunyai masalah untuk membayar balik.

Sehubungan itu Che'GuBard memohon Khairy tampil membuat pendedahan.

Berikut adalah kenyataan Che'GuBard:

Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).

Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah? Adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian?

 
Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini. 



Jika ini semua benar maka wajarlah pimpinan Bn bersungguh - sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini, jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang. 
Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini? 
 
Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.


che'GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia


-sumber

Thursday, 27 December 2012

(BONGKAR) : Dedahkan rekod panggilan telefon Deepak dengan Najib-Rosmah

KUALA LUMPUR 27 DISEMBER: Polis harus memulakan siasatan pendedahan Deepak Jaikishan dengan menyiasat rekod panggilan telefonnya kepada Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Siasat semua nombor telefon yang Deepak hubungi. Kena serah semua nombor telefon yang dihubungi – Orang kanan Najib, Rosmah dan adik Najib. Beritahu semua.

“Dapatkan rekod (panggilan) antara Deepak dengan mereka. Kemuka apa yang ada dalam senarai,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, hari ini.

Muka depan Suara Keadilan edisi 97 mendedahkan, Deepak dihubungi Rosmah melalui panggilan telefon antara jam 6 hingga 7 petang pada 3 Julai 2008 dan mengajaknya berbincang di rumah Datuk Seri Najib Razak.

Deepak kemudian mengatur pertemuan antara penyiasat persendirian, P Balasibramaniam dengan adik Najib, Datuk Nazim Razak di The Curve, Damansara pada pagi 4 Julai 2008 bagi menarik semula akuan sumpah pertama.

Justeru, Mahfuz mencadangkan polis untuk menghubungi semua syarikat telekomunikasi di negara ini untuk mempercepat siasatan.

“Saya hairan, Peguam Negara, polis yang cekap sebelum ini tiba-tiba senyap. SPRM dan polis tak ambil apa-apa tanggungjawab. Pendedahan Deepak bukan sahaja menyentuh Perdana Menteri dan keluarganya tetapi kepentingan negara,” katanya./~KD

Wednesday, 14 November 2012

PEMBERONTAKAN TERBUKA: Panglima Umno beri notis pada Najib- KEMAS BARANG ANDA!


Akhirnya umum sudah mengetahui. Pergelutan antara Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin semakin memuncak sedang negara semakin hampir kepada pilihan raya umum ke-13 di mana parti pemerintah BN dijangka kehilangan penguasaan selama 55 tahun ke atas kerajaan persekutuan.

"Saya tidak terkejut dengan perkembangan terkini. Terdapat cakap - cakap perebutan kuasa semenjak kebelakangan ini. Pengikut Muhyiddin boleh menghidu peluang dan mereka mahu memastikan dia mendapat giliran di kerusi PM manakala mereka akan mendapat bahagian gula-gula mereka yang sewajarnya," naib presiden PKR dan ketua bahagian Johor, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Mereka menyalahkan Najib kerana melambatkan pilihan raya umum sehingga kini apabila ia sudah jelas BN telah hilang kelebihan mereka dan mereka semua terpaksa berjuang untuk mempertahankan kerusi mereka."

JuiMeng telah bertindak balas terhadap laporan berita poster misteri yang terdapat di bahagian-bahagian strategik Johor, yang juga merupakan tempat kelahiran Muhyiddin, menggesa agar ahli parlimen Pagoh itu menggantikan Najib sebagai Presiden Umno dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Poster menunjukkan gambar Muhyiddin berlatarkan bendera Malaysia dengan kata-kata 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU ke-13' serta 'Selamatkan Barisan Nasional'.

Master of procrastination, worsening the BN's chances


Imej poster, yang menggunakan logo BN dan Umno yang juga diterbitkan oleh BN Johor, telah tersebar dengan meluas di Facebook. Pemuda Melayu yang mengedarkan poster di kawasan yang sibuk dan pusat membeli-belah di pusat-pusat bandar seperti Skudai Johor juga telah dikesan. Poster pertama yang dijumpai dalam kuantiti yang banyak pada Hari Merdeka Jumaat lepas.

Mungkin ia adalah kebetulan tetapi Najib yang tidak tahu menahu memberi kejutan besar kepada negara pada hari Ahad apabila dia membayangkan bahawa PRU ke- 13 akan diadakan pada bulan November, bulan ke-11 dalam kalendar. 11 adalah nombor kegemaran beliau.

Pemerhati Umno tidak fikir Najib ikhlas. Mereka percaya Najib yang berusia 58 tahun itu akhirnya mengalah kepada tekanan daripada rakan-rakan dalam parti untuk mengadakan pemilihan pada tahun ini. Antaranya adalah Muhyiddin, yang telah dengan secara terbuka mendesak pilihan raya untuk diadakan pada bulan September.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga telah mendesak agar PRU diadakan pada tahun ini, tetapi mereka yang rapat dengan Najib dan isterinya Rosmah Mansor telah memberitahu bahawa pasangan pertama ini lebih suka jika pilihanraya diadakan pada tahun depan selepas reaksi terhadap Bajet 2013 diketahui

"Ia sememangnya satu rahsia terbuka bahawa ramai panglima UMNO sudah bosan akan penangguhan ini. Mereka percaya Najib memburukkan peluang BN dengan membenarkan ia untuk meleret. Ia memberikan Pakatan peluang untuk memainkan isu terhadap mereka dan banyak juga yang talah didedahkan oleh PKR, PAS dan DAP sudah mengena sasaran," kata Jui Meng.

"Poster Muhyiddin adalah mesej yang jelas kepada Najib. Lebih baik berhenti untuk cuba menjadi penyeleweng dan mendengar hasrat majoriti panglima Umno atau mereka akan memberontak secara terbuka terhadapnya. Mereka juga boleh campakkan dia keluar sebelum PRU ke-13, itulah yang mereka beritahu kepadanya. perkara yang sama telah berlaku kepada Badawi dan Mahathirlah orang yang dipercayai bertanggungjawab. Mahathir yang kini nampak tenang tetapi kem Muhyiddin tidak akan bertindak tanpa izin orang tua itu. Mahathir masih kuat di dalam Umno kerana kuasa wang "

Geram warlords might even dump Najib before GE13


Walaupun Jui Meng tidak menolak kemungkinan bahawa saingan Najib dalam Umno mungkin akan cuba membuang dirinya sebelum PRU ke-13, beliau percaya ada kemungkinan Najib akan dibenarkan untuk membawa obor Umno BN dalam pilihanraya penting di mana Pakatan bakal meraih kemenangan jika tiada terdapat "penipuan di peti undi".

"Jika BN kalah, Najib akan dipecat atau terpaksa berhenti serta-merta. Jika BN menang, dia akan diberi masa sedikit lebih namun masih perlu berundur pada pemilihan parti Umno yang mesti diadakan menjelang bulan Oktober 2013. Apa pun keputusannya , giliran Najib sebagai presiden Umno dan Perdana Menteri sudah tamat. Sedihnya, sejak 4 tahun yang lalu, dia telah menunjukkan dia tidak boleh melakukan melaksanakan tanggungjawab itu," kata JuiMeng.

Johor merupakan salah satu daripada beberapa negeri dimana Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk menangi di dalam pilihan raya 2008. Walau bagaimanapun, keadaan adalah tidak menentu pada PRU yang akan datang yang dijangka akan diadakan pada bulan November, dengan Pakatan dijangka memenangi semua kawasan bukan Melayu serta beberapa kawasan teras Melayu.

Sambutan yang positif dari tanah Johor telah meyakinkan PAS untuk memutuskan memberi Salahudin Ayob, naib presiden untuk bertanding sebuah kerusi disana. Jika Salahudin dan Pakatan menang di negeri itu, Salahudin dijangka akan dinamakan sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Not us! saysUmno Johor: Really?


Sementara itu, Umno Johor telah menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu. Mereka mendakwa poster adalah taktik terdesak Pembangkang bertujuan menyebabkan perselisihan faham di antara pemimpin-pemimpin Umno.

"Ia adalah provokasi oleh pihak-pihak yang cuba untuk melemahkan perpaduan Umno Johor dan BN, yang kini memberi tumpuan kepada penyediaan jentera parti."Ia tidak boleh diterima untuk mengaitkan BN Johor sebagai pihak yang bertanggungjawab menerbitkan poster, "ketua Pemuda Umno Johor Zulkurnain Kamisan dilaporkan berkata kepada media.

"Bagi saya, ini merupakan satu strategi orang terdesak yang ingin Umno Johor dan BN bergaduh dan berpecah-belah. Walau bagaimanapun ia tidak akan melembabkan semangat Umno Johor dan semangat serta keazaman BN

Malaysia Chronicle

Tuesday, 13 November 2012

DUA LAGI AHLI PARLIMEN KELUAR BN?

TAMBAH......Mampukah Anwar menambah koleksi 'barangan antik' nya pada 24 November 2012 setelah begitu lama berlaku tawar menawar?

Saudara Pengarang

SEJAK kebelakangan ini, kedai mamak dan warung-warung kopi telah menjadi tumpuan ramai ahli-ahli politik untuk menjual air liur dan memancing pengaruh. Antara berita paling hangat yang dijaja ialah bakal kemunculan dua lagi Ahli Parlimen BN di Majlis Ceramah Perdana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 November ini di Tawau, Sabah.

Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai dan kini dijaja dari bibir ke bibir, sms ke sms, facebook ke facebook, twittter ke twitter dan segala media elektronik dan ICT, telah hangat diperkatakan bahawa '2 MP' yang sebelum ini disebut-sebut Anwar akan muncul pada 24 November ini



Antara dua nama yang dijaja termasuklah Rakan Karib Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO; iaitu 'Brother Ghapur', nama jolokan kepada Ahli Parlimen Kalabakan ketika Anwar di kemuncak kegemilangan.

Seorang lagi Ahli Parlimen yang dijangka berani menunjuk muka ialah yang pernah digossipkan dengan artis.

Menurut sumber, kedua-dua Ahli Parlimen daripada UMNO itu masih samar-samar menyertai parti Pakatan Rakyat dan mungkin mengikut jejak Bumburing dan Lajim yang bersetinggan di luar BN; tetapi bibit perpecahan dengan pucuk pimpinan UMNO Sabah sudah ketara kerana sejak akhir-akhir ini tidak sehaluan.

Sejak kebelakangan ini, Sabahkini.net Wilayah Sandakan banyak menerima dan mengumpul maklumat mengenai tingkah laku beberapa orang Ahli-Ahli Parlimen dari UMNO yang akan keluar daripada kengkangan UMNO/BN secara bergilir-gilir pada masa terdekat ini.

Menurut satu sumber, semakin ramai Ahli-Ahli Parlimen di Sabah akan meninggalkan BN jika senarai calon telah diumumkan Perdana Menteri; kerana sudah pastinya 10 daripada 25 Ahli Parlimen akan digugurkan pada PRU-13.

Walaupun tidak banyak isu yang boleh menjadi senjata pembangkang pada PRU 13, namun 'pemuja politik' masih mengharapkan untuk mengitar semula isu 20 Perkara, Perjanjian Malaysia, Royalti Minyak, PTPTN; namun yang agak menyengat ialah tanah adat (NCR) dan PATI.

Seolah-olah tidak nampak isu pembangunan dicanangkan kerana tradisi 'Gambar Agong' akan menjadi katalis kepada pemangkin undi di Sabah. Kata-kata kapitalis bahawa "Wang Adalah Tuhan Manusia. Tiada kata-kata yang berjaya menakluki manusia selain wang!"; mungkin akan menyebabkan Pakatan Rakyat berputih mata sekali lagi untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10 Kerusi Parlimen untuk memudahkan mereka mencapai Visi Tawan Putrajaya!

Salam Hormat,

SAIMON S JUMADI

Sunday, 11 November 2012

Mangsa banjir teraniaya kerana Rosmah Mansor

TELUK INTAN, 9 Nov-- Apa punya jenis spesis bodek la puak-puak UMNO ni....

Khabarnya Rosmah  hari ini datang untuk melawat mangsa banjir di Kg. Changkat Jong di pusat penempatan mangsa banjir tapi telah lewat tiba kelokasi.

Kelam-kabut UMNO kat Teluk Intan khabornye...

Sepatutnya, para mangsa dah boleh balik awal tetapi ia dilewatkan hanya semata-mata menunggu Rosmah datang dan dipaksa berlakon buat muka suka dengan kedatangan Rosmah,

Keadaan ini telah menimbulkan rasa marah dikalangan segelintir mangsa banjir.

Patutlah muka-muka dalam gambar semasa Rosmah datang kelokasi banjir ni ada yang muka masam....fedup dengan perangai Rosmah..

Khabarnya Rosmah pun berlakon mengoreng ikan bilis untuk mangsa banjir...tapi bawah kuali tersebut api pun tak ada...hahaha... Terbaik punya lakonan Rosmah....hehehe..

Udah le datang lewat...dah datang tu mengada-ngada perangainya, konon bergelar Datin Hajjah, rambut masih terjojol.

yang best-nya Rosmah  sempat berpesan macam berlakon jadi Hajjah Ustazah kepada mangsa yang ditimpa bencana alam ini supaya terus bersabar dengan dugaan serta ujian daripada Allah S.W.T...

Agaknya puak-puak UMNO ni tak fikirkan masaalah dan kerumitan mangsa banjir, kerana Rosmah nak datang,mereka sanggup mempergunakan mangsa banjir sebagai bahan alat pembodek politik mereka.
 Rosmah Mansor (tengah) berkesempatan berlakon  memasak gulai lemak ayam cili padi untuk dihidangkan kepada mangsa banjir semasa lawatannya ke Pusat Pemindahan Bencana di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, di sini, hari ini.

Sempena Rosmah datang....makcik ini dikatakan dipaksa sarungkan baju ada gambar Najib....

Rosmah Mansor (dua, kanan)berlakon sedang mengoreng ikan bilis konon-nya untuk dihidangkan kepada mangsa banjir semasa lawatannya ke Pusat Pemindahan Bencana di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, di sini, hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri), Datin Seri Saripah Zulkifli (kanan). Tengok muka makcik kat sebelah tu pun fedup..goreng ikan bilis tapi api pun tarak...hahaha...


Tersengeh suka... yang disalam Rosmah ini bukanlah mangsa banjir, tapi pembodek dimusim banjir...hahaha...

Sumber: Blog OrangNi

Saturday, 10 November 2012

Nazri Patut Belajar Dari Kejatuhan Pemimpin Negara Arab

Oleh: Shahbudin Husin

Perilaku kesombongan dan keangkuhan yang ditunjukkan oleh Nazri Aziz, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada undang-undang, Parlimen dan SPRM terus menjadi bualan rakyat. Di dalam dan di luar UMNO, ia terus menjadi topik perbualan yang menggambarkan bahawa UMNO masih memiliki sisi hodoh yang sukar untuk dikikis.

Ketika timbul isu anaknya menggunakan kereta mewah Hummer yang didapati menjadi milik Micahel Chia yang sebelum itu namanya dibersihkan oleh Nazri melalui jawapan di Parlimen berhubung penahanannya kerana membawa wang tunai RM40 juta yang didakwa milik Ketua Menteri Sabah, Musa Amab, beliau dengan sombong mengatakan bahawa ia adakah urusan antara anaknya dengan usahawan balak itu.

Anak saya sudah dewasa, saya tidak tidur dengannya dan dia tidak perlu memberitahu apa yang dilakukannya. Dia bukan isteri saya, begitulah lebih kurang jawapan sombong Nazri.

Bagi Nazri, urusan anak dan keluarganya adalah urusan peribadi mereka dan tidak ada kena-mengena dengan kedudukannya sebagai menteri dan pemimpin rakyat. Anaknya yang liar, bermewah dan suka berjoli sakan dianggap langsung tidak membebankan UMNO dan kerajaan.

Kemudian Nazri juga menyatakan bahawa serangan yang dilakukan terhadapnya adalah kerana orang dengki terhadapnya. Saya berharta, berkuasa dan handsome, maka orang dengki dengan saya, begitulah angkuhnya nada ungkapan dari seorang pemimpin sebuah parti iaitu UMNO yang sentiasa mendakwa memperjuangkan rakyat, mengutamakan rakyat, rakyat didahulukan dan pebagai lagi apabila salah laku anaknya cuba didedahkan kepada umum.

Ketika beliau ditegur oleh sebuah NGO, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bahawa sikapnya itu mungkin menjadi liabiliti kepada UMNO, Nazri melenting sekali lagi sambil mencabar orang yang menegurnya itu supaya bertanding dengannya di Parlimen Padang Rengas untuk membuktikan sama ada beliau liabiliti atau sebaliknya.

Semua episod yang melibatkan Nazri sebagaimana yang terdedah dalam media tidak lebih menggambarkan beliau seorang pemimpin yang tidak boleh ditegur, seolah-olah semua perbuatannya betul belaka dan apa-apa yang melibatkan keluarganya tidak boleh diusik biar bagaimana salah dan buruk sekali pun apa yang telah terdedah kepada umum.

Jika Najib sedang berhempas pulas memulihkan imej UMNO dengan memperkenalkan pelbagai slogan, antaranya rakyat didahulukan, kami mendengar rintihan rakyat, berubah sebelum rebah, era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir dan pelbagai lagi, ternyata sikap yang ditunjukkan Nazri amat berlawanan sama sekali dengan apa yang cuba dilakukan oleh Najib itu.

Beliau seolah-oleh pemimpin kerajaan diktator yang merasakan dirinya sentiasa betul, tidak boleh ditegur, kekayaan dan jawatan menteri suatu kebanggaan paling tinggi sementara rakyat adalah umpama kain basahan yang tidak bernilai sama sekali.

Sesekali sedarlah negara kita adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi yang meletakkan rakyat masih boleh menjatuh dan menghukum mana-mana pemimpin yang sombong dan berlagak. Sudah berapa ramai pemimpin yang sombong dan angkuh ditolak oleh rakyat pada pilihanraya.

Jika Nazri merasakan perilaku anak-anaknya tidak menjejaskan apa-apa kepada UMNO dan kerajaan, eloklah juga beliau merenung sejarah kejatuhan kebanyakan pemimpin dunia sebelum ini terutamanya di negara-negara Arab.

Kaji dan telitilah bahawa sebahagian sebab kejatuhan Saddam Hussein di Iraq, Hosni Mubarak di Mesir dan Muammar Gaddafi di Libya adalah kerana perilaku anak masing-masing yang liar, suka bermewah, berhibur tanpa had, mempamer kekayaan sambil diapit gadis-gadis jelita dan terlalu bangga dengan kekayaan serta kuasa yang dimiliki oleh ayah mereka.

Jika mahu contoh yang dekat, lihat sahaja bagaimana kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia. Ia juga berpunca daripada sikap anak-anaknya yang begitu rupa.

Di Malaysia sendiri, kebencian rakyat yang berterusan kepada Mahathir adalah juga kerana perilaku anak-anaknya yang suka bermewah dan membolot sebahagian besar peluang perniagaan atas pengaruh bapanya.

Sebagai pemimpin, janganlah kita menganggap perbuatan anak-anak kita terasing daripada kehidupan ayahnya sebagai pemimpin. Anak Nazri tidak akan jadi seperti seperti sekarang jika ayahnya hanya seorang peguam biasa. Anak Mahathir juga bukan siapa-siapa jika Mahathir hanya doktor biasa di Alor Setar.

Sikap Nazri yang berlagak sombong dan angkuh hanya kerana beliau seorang menteri dan perilaku anak-anaknya pula tidak boleg ditegur, hanya mengambarkan bahawa semakin tidak sesuai menjadi pemimpin di era sekarang ini.

Sementara seluruh dunia mengecam amalan kronisme dan nepotisme, tindakan beliau yang bersungguh mahu mempertahankan amalan itu dengan pelbagai logik serta hujah, akhirnya hanya menyusahkan UMNO dan Najib sendiri.

Sikap yang ditunjukkannya menyebabkan rakyat biasa, pengundi atas pagar dan ahli UMNO sendiri melihat beliau sebagai beban baru kepada UMNO dan Najib. Dengan terus mengekalkan Nazri dalam pilihanraya akan datang, di samping beban lain yang sedia bertimbun, laluan UMNO untuk meraih sokongan rakyat pasti menjadi semakin sukar.

Betulkah Teuku Adnan Teuku Mansor Hendak Letak Jawatan?

Oleh: Mohd Sayuti Omar

Semasa di lapangan terbang Subang kelmarin dulu saya berjumpa dengan seorang ahli Umno peringkat bahagian. Kalau tidak salah inilah pertama kali saya berjumpa dengannya dan bercakap lama dengan beliau. Kelewatan kapal terbang yang hendak kami naiki memberi peluang saya mendengar ceritanya.

Dia mengenali saya sebagai seorang penulis dan wartawan. Jadi saya kira apa yang dia ceritakan adalah jujur dan bukan mengada-ngadakan cerita. Banyak yang dicerita dalam masa lebih dua jam itu. Kapal kami lewat. Semua cerita menggambarkan Umno dalam keadaan tenat untuk mengekalkan kuasa hari ini.

Dalam banyak-banyak cerita negatif mengenai Umno itu timbullah soal Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor yang kononnya sakit dan akan melepaskan jawatan. "You tahukan Teuku Adnan sakit," tanya dia kepada saya. Saya menggeleng kepala.

"Dia sakit dan hendak letak jawatan." Katanya. Surat perletakan jawatan sudah pun diserahkan kepada Presiden, Najib Razak. Tetapi Najib tahan dulu tunggu sampai selesai perhimpunan agung Umno dua minggu lagi.

Saya mengasak ahli itu apakah sebab musababnya, masakan soal sakit, biasanya orang politik bagaimana sakit sekali pun dia tidak mudah untuk berundur. Jawatan dan kuasa adalah obat bagi orang politik.

Dia mulanya tidak mahu mencerita keadaan Teuku Adnan lebih lanjut, tetapi selepas diasak dia menjawab; "Teuku Adnan juga sudah mnenghidu yang Umno akan kalah," katanya, menyebabkan saya terperagah.

Sekali lagi berkebetulan semasa balik semalam saya terjumpa pula dengan seorang bakal calon Umno di Kelantan. Sekali lagi kapal terbang yang hendak dinaiki lewat dan memberi kesempatan kami berbual fasal Umno. Di celah-celah perbualan itu saya menyebut fasal Teuku Adnan ingin merisik khabar sejauh mana kebenaran apa yang diceritakan oleh ahli jawatankuasa bahagian itu.

"Betulkah setiausaha agung Umno hendak letak jawatan"? Tanya saya.
"Dengarnya begitulah," jawabannya ringkas. Saya tidak mahu memanjangkan persoalan dan mendiamkan diri saja. Bagi saya jawaban yang diberi menerusi bahasa badan itu sudah cukup untuk dijadikan maklumat mengorek perkara ini lebih lanjut.

Sementara itu dari sumber lain pula memberi tahu, katanya Teuku Adnan juga tidak akan mempertahankan kerusi Putrajaya dalam pilihan raya akan datang? Alasan bukan sakit tetapi katanya dia sudah dapat mengesan pegawai kerajaan akan membuat kejutan dalam pilihan raya kali ini. Cerita mengenai Teuku Adnan ini menarik dan perlu diselidiki.

Membisu anak Mahathir miliki kilang arak, Dr Mashitah patut letak jawatan


JINGGA 13 PERTAHANKAN YB NURUL IZZAH ANWAR DAN DESAK DATO’ DR. MASHITAH IBRAHIM LETAK JAWATAN KERANA GAGAL MEMPERTAHANKAN  KESUCIAN ISLAM


Jingga13 menyatakan sokongan dan mempertahankan kenyataan YB Nurul Izzah Anwar yang sengaja telah diputarbelit oleh media dan pimpinan UMNO dengan isu yang ternyata tidak masuk akal dan bersifat propaganda murahan dengan mengaitkan kenyataan YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika menghadiri forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?’ di Subang Jaya, Sabtu lalu.

Kenyataan YB Nurul Izzah Anwar cukup jelas adalah berteraskan kepada ayat suci Al-Quran di surah Al-Baqarah , ayat 256 bahawa “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” yang ternyata telah diputarbelitkan dan dipolitikkan melalui cara yang sangat kotor oleh media Umno BN dan pimpinan Umno khususnya Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim.
Sikap dwi-standard yang diamalkan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal-ehwal agama Islam ternyata jelas bertopengkan kedudukan mereka demi survival UMNO menyerang YB Nurul Izzah Anwar ,  sedangkan hakikatnya tidak mampu mempertahankan Islam dan hudud apabila Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA menghina Islam dan Hudud secara terang-terangan.

Timbalan Menteri JPM , Datuk Dr. Mashitah dan pimpinan UMNO terus diam membisu tidak sedikit pun membantah terhadap serangan Datuk Seri Chua Soi Lek menghina Islam dan Hudud yang terkandung dalam al-quran. Tetapi. terlalu ‘banyak mulut’ apabila menggunakan platform beliau menyerang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dengan berniat jahat memutarbelitkan kenyataan YB Nurul Izzah berdasarkan laporan dan terjemahan media propaganda UMNO yang merupakan ‘media syaitan’ dalam negara.

Tindakan memanipulasikan kenyataan YB Nurul Izzah Anwar seolah-olah beliau  ” meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad” sengaja dilakukan untuk menyerang beliau tetapi dalam masa sama cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Sedangkan kenyataan beliau khusus berkaitan kebebasan agama sepertimana soalan yang ditanya kepada beliau berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu tanpa sedikit pun menyentuh isu murtad dan kaitan tentang murtad tetapi digambarkan seolah-olah YB Nurul Izzah Anwar bersikap sedemikian adalah satu tindakan fitnah yang nyata.

Adalah mustahil hanya itu sahaja yang boleh dan mampu diputarbelit dan dimanipulasikan ? Atau memang sudah dirancang dengan licik bagi tujuan dan niat jahat menggunakan strategi murahan terhadap YB Nurul Izzah Anwar.

 Media propaganda UMNO seperti Utusan Malaysia , Berita Harian dan TV3 semakin tidak beretika serta tidak mempunyai integriti dan kredibiliti, malah gagal sebagai media yang bermaruah . Media UMNO inilah sebenarnya telah bertindak sebagai pemesong akidah dan pemutarbelit serta melakukan agenda fitnah demi survival UMNO yang semakin hilang sokongan orang-orang melayu , khususnya rakyat Malaysia .

Dato’ Dr.  Mashitah Ibrahim wajar MELETAKKAN JAWATAN kerana beliau gagal dan bersikap hipokrik dalam menjaga kesucian Islam yang telah dicemari oleh UMNO dan sekutu BN . Malah seorang ‘Melayu’ dan dikatakan sebagai seorang Islam , anak kepada bekas presiden UMNO memiliki kilang arak San Miguel pun beliau gagal mengambil tindakan dan terus diam membisu.

Seolah-olah ada perbezaan undang-undang dan hukum . Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim dan pimpinan UMNO tidak ubah seperti perumpamaan “ayam berkokok berderai-derai , tetapi ekor penuh bergelumang tahi! “.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
KETUA KOORDINATOR
JINGGA 13

Wednesday, 7 November 2012

Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?

Perdana Menteri Malaysia Ketujuh? : Satu lagi sumber yang kami baru terima mengatakan Parlimen bakal dibuburkan pada 15 November 2012 ini yang jatuh pada hari Khamis. Ditambah pula, hanya calon untuk Menteri Besar Selangor & Menteri Besar Perak sahaja yang belum terisi. Erm….kalau mahu difikirkan semula sampai ke sudah kalangan rakyat Malaysia akan terus menjadi “Nujum Pak Belalang” selagi tarikh Pilihanraya Umum ke 13 masih lagi menjadi tanda tanya. Yang penting di sini …….

Yang penting di sini ialah Pilihan raya ke 13 menjadi semakin hampir. Mungkin bulan  ini, bulan hadapan ataupun selepas selesai pemberian bantuan BR1M 2.0. Walauapapun, persoalan yang bermain difkirkan rakyat Malaysia ketika ini siapakah yang menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan? Siapakah?

Adakah Najib Razak akan mengekalkan tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk penggal seterusnya selama 5 tahun lagi? Atau…….Anwar Ibrahim “akan bertukar kerusi” dengan Najib Razak di Dewan Rakyat?

Sememangnya bahang Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin dekat. Ditambah kalau tengok sekarang masing-masing berkempen bagai nak rak. Baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. 

Kempen mendekati dan menawan hati rakyat semakin hebat dan suasana dilihat menjadi semakin panas.

Banyak isu-isu yang cuba diketengahkan. Baik oleh kerajaan mahu pun pihak pembangkang.
  1. Jikalau dipihak kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Najib Razak cukup yakin dengan dasar & pelan mega yang sedang dilaksanakan iaitu Pelan Transformasi Negara.
  2. Manakala, disebelah pembangkang pula mereka membawa agenda-agenda reformasi yang terkandung di dalam Buku Jingga mereka
Yang kurang menariknya di sini, kalau dilihat sokongan yang diterima oleh kedua-dua pihak agak seimbang. Sehingga sukar untuk meramalkan, parti politik mana yang akan menang. Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat? Seterusnya siapakah yang akan mengalas sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh?

Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Antara Reputasi VS Karakter?

 

Perdana Menteri Ketujuh Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
Kedua-duanya merupakan dua nama pemimpin besar negara sekarang ini. Najib Razak dan Anwar Ibrahim. Masing-masing berperanan sebagai :
  1. Datuk Seri Najib Razak : Perdana Menteri Malaysia
  2. Datuk Seri Anwar Ibrahim : Ketua Pembangkang Malaysia
Kedua-dua jawatan dan peranan tersebut diiktiraf yang mana telah sah dilantik oleh Parlimen yang diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong. Ditambah Pakatan Rakyat dikatakan telah sepakat untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Itu kata merekalah….
Walaubagaimanapun, kami perhatikan pertembungan dua pemimpin ini semasa Pilihanraya Umum ke 13 kelak bakal menjadi pertembungan yang menarik antara dua personaliti yang berbeza.
Antara Karektor Dengan Reputasi?
Seorang ada karakter dan seorang lagi pemimpin ada reputusi tersendiri ada karektor dan sorang lagi ada reputasi bagi merbeut jawatan Perdana Menteri Malaysia ketujuh kelak.

Calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh : Anwar Ibrahim?

 

Anwar Ibrahim sebagaimana yang satu dunia sudah tahu adalah merupakan seorang tokoh politik yang hebat. Kelicikkannya berpolitik dan kepetahannya berpidato memang tidak boleh di sangkal lagi. Sudah terkenal di seantero dunia. Kalau diikutkan, Anwar Ibrahim ini…..jika mahu bercerita mengenai resputasi, apa yang beliau ada hari ini? Reputasi apa yang dia ada?
Perdana Menteri Malaysia Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
  • Berbelas tahun selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO, di penjarakan atas tuduhan kesalahan liwat dan selepas sahaja keluar dari penjara terus aktif semula dalam politik sehingga dilantik menjadi memimpin Pakatan Rakyat selaku Ketua Pembangkang Malaysia , media arus perdana tidak kira cetak mahupun elektronik terus memutarkan kesalahan & kejahatan yang dilakukan di bumi Malaysia
  • Main bontotlah, main bini oranglah, main jantanlah, main pelacurlah, agenYahudilah, agen CIAlah dan macam-macam agen lagi. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Sehinggakan kami merasakan ada satu slot khas tidak kira di media elekronik & media cetak yang akan memaparkan “segala kejahatan” yang dilakukan selama ini di bumi Malaysia. Sehingga akhirnya ramai mula merasakan yang Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral.
  • Bagi kami reputasi yang beliau sekarang hampir tiada sekarang ini.
  • Tetapi……yang kami peliknya Anwar Ibrahim ini tadi, makin hari makin ramai yang mahu mendengar apa yang beliau ingin sampaikan & kongsikan kepada rakyat.
  • Ini yang sebenarnya yang menarik untuk dianalisa!
  • Bagi pendapat kami, Anwar Ibrahim ini adalah seorang tokoh politik yang mempunyai karakter yang kuat sebagai seorang “street fighter” dalam politik yang telah terbina sejak dia di universiti lagi. Karektornya terus berkembang dalam ABIM dan semakin menyerlah bila dia menyertai UMNO. Dia berjaya mengharungi sepak terajang dalam UMNO hingga mampu menjadi Timbalan Presiden UMNO. Satu pencapaian yang luar biasa dan cukup mengkagumkan dalam politik UMNO sebelum beliau dipecat selepas itu.

Calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh : Najib Razak?

 

Sementara itu, jikalau diperhatikan pula di satu sisi yang lain terhadap Najib Razak, beliau adalah merupakan seorang tokoh yang mempunyai reputasi yang kuat. Reputasi sebagai anak golongan aristokrat atau pun bangsawan. Keluarga di sebelah ibu dan bapanya mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik Malaysia sebelum ini.
Perdana Menteri Najib VS Anwar Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
  • Najib Razak menjadi ahli Parlimen seawal umur berusia 23 tahun mengantikan al-marhum ayahandanya Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
  • Selepas daripada itu, beliau terus melangkah dalam hierarki parti dan kerajaan tanpa menoleh kebelakang lagi dengan bersandarkan kepada reputasi keluarga yang kuat. Daripada menyandang jawatan sebagai seorang Timbalan Menteri hinggalah kini sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.
  • Walaubagaimanapun, bagi kami ketokohan Najib Razak untuk sebagai seorang ahli politik yang “sebenar”. “Sepak terajang” dalam politik sudah menjadi lumrah. Dan Najib razak masih belum benar-benar teruji lagi. Kalau dilihat selama ini perjalanan politik Najib Razak selama ini agak lancar dan cukup sempurna. Ketokohan dan kewibawaannya belum pernah diuji lagi. Belum pernah.
  • Tetapi….kami juga merasakan yang Datuk Seri Najib Razak sedang cuba untuk membina karakternya tersendiri bagi menguatkan dirinya menghadapi sebarang ujian dalam politik kelak. Sekurang-kurang beliau tidak hanya mahu bersandar kepada reputasinya semata sepertimana jawatan perdana Menteri Malaysia yang beliau sandang sekarang ini.
Perdana Menteri Malaysia Ketujuh Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
Walauapapun, bagi kami pada Pilihanraya Umum ke 13 kelak merupakan pertembungan palingan hangat dalam sejarah politik di Malaysia. Dan juga Pilihanraya Umum ke 13 kelak juga merupakan medan yang sebenar pertembungan antara antara kedua-dua tokoh politik ini, antara Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Pertembungan antara seorang tokoh yang mempunyai karakter dan juga seorang lagi tokoh yang mempunyai reputasi bagi mengisi jawatan Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya…….

Apa pandangan anda pula?


Tuesday, 6 November 2012

Fitnah akidah: Nurul Izzah saman Utusan, Berita Harian

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya – Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah – untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

Saya tidak merelakan fitnah akidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.

Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN /~keadilabdaily

Kroni Umno-MCA Kuasai AES?

KUALA LUMPUR, 5 NOV :  Adun Teja, Chang Lih Kang mencabar Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera Sistem Kamera Automatik (AES) kepada Beta Tegap Sdn Bhd.

Pada satu sidang media di Lobi Parlimen. Chang mendakwa tender pemasangan AES dikuasai kroni Umno.
Menurutnya, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang juga pemegang saham terbesar Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Johor.

Katanya, Rozana merupakan anak sulung Tan Sri Redzuan Salim dan Puan Sri Atikah Abdullah, dua tokoh pemimpin Umno di Johor.

“Tan Sri Redzuan merupakan bekas Adun Peserai dan Ketua Umno Bahagian Parit Sulong manakala Puan Sri Atikah pernah menjadi Adun Sri Medan selama dua penggal, Timbalan Ketua Wanita Bahagian Umno Johor, dan Exco Wanita Pusat.

“Selain itu, Rozana juga merupakan sepupu kepada Adun Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman,” katanya yang turut ditemani Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Beta Tegap merupakan salah satu daripada dua syarikat swasta utama yang mendapat kelayakan tender pemasangan kamera AES daripada Kementerian Pengangkutan selain ATES Sdn Bhd.

Sebelum ini, William mendakwa pemegang saham kedua terbesar dalam Beta Tegap, Dr Andreas Teoh mempunyai kaitan dengan MCA apabila beliau turut memiliki kontrak dengan Kementerian Kesihatan pada 2005 melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

Namun, dakwaan itu disanggah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga pada ketika itu memegang portfolio Menteri Kesihatan./~Selangorku

Monday, 5 November 2012

Salahudin Akan Lawan Muhyiddin Di Pagoh?


Salahudin sedia tanding di Pagoh lawan Muhyiddin 


KUALA LUMPUR- Selepas Presiden PAS membuat kejutan menyatakan kesediaan bertanding di Pekan iaitu parlimen Datuk Seri Najib Razak, kini Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyatakan kesediaan bertemu Muhyiddin di Pagoh.

Menurut Salahudin, jika parti memutuskan beliau bertanding di Parlimen Pagoh, iaitu kawasan Timbalan Perdana Menteri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, maka beliau bersedia.

Salahuddin berkata, beliau senada dengan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyatakan kesediaan bertanding Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Dalam nada yang sama, saya pun bersama dengan Presiden meletakkan keputusan parti di hadapan, dan kita sentiasa patuh dengan arahan parti walaupun mungkin tempat-tempat yang mungkin ditandingi itu akan hadapi risiko yang tinggi," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum ini sudah diputuskan untuk bertanding di Johor, namun belum dipastikan kerusi Parlimen atau Dun.

Kata Salahuddin lagi, beliau juga sudah membuat kenyataan di hadapan PAS Johor bahawa beliau bersedia jika diarahkan bertanding melawan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

"Semalam pun saya buat kenyataan di jJhor, saya juga bersedia menerima arahan parti sekiranya saya diarahkan untuk bertanding melawan Menteri Besar Johor. Sebagai orang Johor, saya akur," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat parti yang terdekat.

"Mungkin dalam mesyuarat akan datang saya tidak menolak kemungkinan perkara ini akan dibincangkan dengan lebih serius mengenai kerusi-kerusi ini," katanya.

Minggu lalu, Ustaz Hadi berkata, beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.

-harakahdaily

Nurul Izzah nafi remeh soal akidah, sokong murtad


SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan beliau meremehkan soal akidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai juga berasa kesal apabila ada pihak cuba memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu di negara ini.

“Saya cenderung mendukung program pendididkan dan dakwah untuk memperkukuh akidah serta meningkat kefahaman terhadap Islam.

“Saya berdoa agar ALLAH SWT memberikan petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama,” katanya dalam satu kenyataan.

Kelmarin, sebuah portal media berbahasa Inggeris melaporkan Nurul Izzah mengatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu dan ini juga termasuk kepada orang Melayu.

"Jika anda bertanya kepada saya, tidak ada paksaan dalam agama, bagaimana kamu boleh minta maaf, (kebebasan beragama) ini hanya terpakai kepada bukan Melayu, ia perlu terpakai secara sama rata,” katanya yang dipetik dari portal berita itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, ketika menjadi panelis dalam satu forum bertajuk ‘Islamic State: Which version? Whose responsibility?’, beliau turut ditanya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.

“Saya tegaskan ‘tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….’ sebagai yang dirujuk daripada ayat suci al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

“Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

Berikut kenyataan penuh Nurul Izzah:

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

-sinarharian.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist