Oleh: Shahbudin Husin
Perilaku kesombongan dan keangkuhan yang ditunjukkan oleh Nazri Aziz,
menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada
undang-undang, Parlimen dan SPRM terus menjadi bualan rakyat. Di dalam
dan di luar UMNO, ia terus menjadi topik perbualan yang menggambarkan
bahawa UMNO masih memiliki sisi hodoh yang sukar untuk dikikis.
Ketika timbul isu anaknya menggunakan kereta mewah Hummer yang didapati
menjadi milik Micahel Chia yang sebelum itu namanya dibersihkan oleh
Nazri melalui jawapan di Parlimen berhubung penahanannya kerana membawa
wang tunai RM40 juta yang didakwa milik Ketua Menteri Sabah, Musa Amab,
beliau dengan sombong mengatakan bahawa ia adakah urusan antara anaknya
dengan usahawan balak itu.
Anak saya sudah dewasa, saya tidak tidur dengannya dan dia tidak perlu
memberitahu apa yang dilakukannya. Dia bukan isteri saya, begitulah
lebih kurang jawapan sombong Nazri.
Bagi Nazri, urusan anak dan keluarganya adalah urusan peribadi mereka
dan tidak ada kena-mengena dengan kedudukannya sebagai menteri dan
pemimpin rakyat. Anaknya yang liar, bermewah dan suka berjoli sakan
dianggap langsung tidak membebankan UMNO dan kerajaan.
Kemudian Nazri juga menyatakan bahawa serangan yang dilakukan
terhadapnya adalah kerana orang dengki terhadapnya. Saya berharta,
berkuasa dan handsome, maka orang dengki dengan saya, begitulah
angkuhnya nada ungkapan dari seorang pemimpin sebuah parti iaitu UMNO
yang sentiasa mendakwa memperjuangkan rakyat, mengutamakan rakyat,
rakyat didahulukan dan pebagai lagi apabila salah laku anaknya cuba
didedahkan kepada umum.
Ketika beliau ditegur oleh sebuah NGO, Jaringan Melayu Malaysia (JMM)
bahawa sikapnya itu mungkin menjadi liabiliti kepada UMNO, Nazri
melenting sekali lagi sambil mencabar orang yang menegurnya itu supaya
bertanding dengannya di Parlimen Padang Rengas untuk membuktikan sama
ada beliau liabiliti atau sebaliknya.
Semua episod yang melibatkan Nazri sebagaimana yang terdedah dalam media
tidak lebih menggambarkan beliau seorang pemimpin yang tidak boleh
ditegur, seolah-olah semua perbuatannya betul belaka dan apa-apa yang
melibatkan keluarganya tidak boleh diusik biar bagaimana salah dan buruk
sekali pun apa yang telah terdedah kepada umum.
Jika Najib sedang berhempas pulas memulihkan imej UMNO dengan
memperkenalkan pelbagai slogan, antaranya rakyat didahulukan, kami
mendengar rintihan rakyat, berubah sebelum rebah, era kerajaan
mengetahui segala-galanya sudah berakhir dan pelbagai lagi, ternyata
sikap yang ditunjukkan Nazri amat berlawanan sama sekali dengan apa yang
cuba dilakukan oleh Najib itu.
Beliau seolah-oleh pemimpin kerajaan diktator yang merasakan dirinya
sentiasa betul, tidak boleh ditegur, kekayaan dan jawatan menteri suatu
kebanggaan paling tinggi sementara rakyat adalah umpama kain basahan
yang tidak bernilai sama sekali.
Sesekali sedarlah negara kita adalah sebuah negara yang mengamalkan
demokrasi yang meletakkan rakyat masih boleh menjatuh dan menghukum
mana-mana pemimpin yang sombong dan berlagak. Sudah berapa ramai
pemimpin yang sombong dan angkuh ditolak oleh rakyat pada pilihanraya.
Jika Nazri merasakan perilaku anak-anaknya tidak menjejaskan apa-apa
kepada UMNO dan kerajaan, eloklah juga beliau merenung sejarah kejatuhan
kebanyakan pemimpin dunia sebelum ini terutamanya di negara-negara
Arab.
Kaji dan telitilah bahawa sebahagian sebab kejatuhan Saddam Hussein di
Iraq, Hosni Mubarak di Mesir dan Muammar Gaddafi di Libya adalah kerana
perilaku anak masing-masing yang liar, suka bermewah, berhibur tanpa
had, mempamer kekayaan sambil diapit gadis-gadis jelita dan terlalu
bangga dengan kekayaan serta kuasa yang dimiliki oleh ayah mereka.
Jika mahu contoh yang dekat, lihat sahaja bagaimana kejatuhan Presiden
Suharto di Indonesia. Ia juga berpunca daripada sikap anak-anaknya yang
begitu rupa.
Di Malaysia sendiri, kebencian rakyat yang berterusan kepada Mahathir
adalah juga kerana perilaku anak-anaknya yang suka bermewah dan membolot
sebahagian besar peluang perniagaan atas pengaruh bapanya.
Sebagai pemimpin, janganlah kita menganggap perbuatan anak-anak kita
terasing daripada kehidupan ayahnya sebagai pemimpin. Anak Nazri tidak
akan jadi seperti seperti sekarang jika ayahnya hanya seorang peguam
biasa. Anak Mahathir juga bukan siapa-siapa jika Mahathir hanya doktor
biasa di Alor Setar.
Sikap Nazri yang berlagak sombong dan angkuh hanya kerana beliau seorang
menteri dan perilaku anak-anaknya pula tidak boleg ditegur, hanya
mengambarkan bahawa semakin tidak sesuai menjadi pemimpin di era
sekarang ini.
Sementara seluruh dunia mengecam amalan kronisme dan nepotisme, tindakan
beliau yang bersungguh mahu mempertahankan amalan itu dengan pelbagai
logik serta hujah, akhirnya hanya menyusahkan UMNO dan Najib sendiri.
Sikap yang ditunjukkannya menyebabkan rakyat biasa, pengundi atas pagar
dan ahli UMNO sendiri melihat beliau sebagai beban baru kepada UMNO dan
Najib. Dengan terus mengekalkan Nazri dalam pilihanraya akan datang, di
samping beban lain yang sedia bertimbun, laluan UMNO untuk meraih
sokongan rakyat pasti menjadi semakin sukar.
Saturday, 10 November 2012
Nazri Patut Belajar Dari Kejatuhan Pemimpin Negara Arab
2012-11-10T19:54:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-