Monday, 5 November 2012

Salahudin Akan Lawan Muhyiddin Di Pagoh?


Salahudin sedia tanding di Pagoh lawan Muhyiddin 


KUALA LUMPUR- Selepas Presiden PAS membuat kejutan menyatakan kesediaan bertanding di Pekan iaitu parlimen Datuk Seri Najib Razak, kini Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyatakan kesediaan bertemu Muhyiddin di Pagoh.

Menurut Salahudin, jika parti memutuskan beliau bertanding di Parlimen Pagoh, iaitu kawasan Timbalan Perdana Menteri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, maka beliau bersedia.

Salahuddin berkata, beliau senada dengan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyatakan kesediaan bertanding Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Dalam nada yang sama, saya pun bersama dengan Presiden meletakkan keputusan parti di hadapan, dan kita sentiasa patuh dengan arahan parti walaupun mungkin tempat-tempat yang mungkin ditandingi itu akan hadapi risiko yang tinggi," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum ini sudah diputuskan untuk bertanding di Johor, namun belum dipastikan kerusi Parlimen atau Dun.

Kata Salahuddin lagi, beliau juga sudah membuat kenyataan di hadapan PAS Johor bahawa beliau bersedia jika diarahkan bertanding melawan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

"Semalam pun saya buat kenyataan di jJhor, saya juga bersedia menerima arahan parti sekiranya saya diarahkan untuk bertanding melawan Menteri Besar Johor. Sebagai orang Johor, saya akur," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat parti yang terdekat.

"Mungkin dalam mesyuarat akan datang saya tidak menolak kemungkinan perkara ini akan dibincangkan dengan lebih serius mengenai kerusi-kerusi ini," katanya.

Minggu lalu, Ustaz Hadi berkata, beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.

-harakahdaily

2 comments:

  1. ramai org Pagoh tk suka Muhyudin

    ReplyDelete
  2. Muyidin bakal kcundang di tangan salahudin ayub...... Takbirrrrr

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)