KUALA LUMPUR, 28 DIS: MCA kini mula menunjuk lagak ‘big brothernya’,
UMNO, apabila turut berladak samseng ketika melakukan provokasi dan
mencetuskan kekecohan pada sesi ramah mesra DAP Bentong, Pahang, di
Kampung Manchis, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Pelangai,
kelmarin.
Insiden itu berlaku ketika rombongan ramah mesra (walkabout) yang
disertai kira-kira 40 penyokong DAP dan Pakatan Rakyat (PR) diganggu
sekumpulan 10 penyokong MCA yang bertindak kasar apabila mengeluarkan
kata-kata kesat hingga mencetuskan perbalahan ketika cuba dileraikan.
Menurut Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Foke yang mengetuai
rombongan ramah mesra itu, lagak samseng penyokong MCA itu adalah
disengajakan untuk mengalih perhatian kepada isu sebenar.
“Kumpulan itu turut berlagak samseng kerana mereka terpengaruh dengan
perangai Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob yang juga juga ADUN
Pelangai. Jadi anak buahnya di situ juga turut berlagak samseng.
“Sebaik rombongan kita sampai di Kampung Manchis, tiba-tiba ada
seorang mengaku dia sebagai penduduk di kawsan saya (Rasah). Dia tuduh
saya tidak selesaikan isu pembetungan membabitkan lubang yang dikorek
Indah Water Konsortium (IWK) kerana memberi kesan kepada rumahnya,” ujar
beliau ketika dihubungi hari ini.
Antony Loke berkata, isu pembentungan itu berlaku Mei lalu dan beliau
tidak menerima apa-apa aduan daripadanya malah apa yang berlaku itu dia
sudah mengadu kepada pemimpin Gerakan.
Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah pula ketika dihubungi berkata,
MCA sengaja bertindak samseng kerana kedudukan mereka rasa terancam
dengan pengaruh PR terutama DAP di kawasan itu.
“Ketika saya cuba meleraikan pertengkaran itu, berlaku kejadian tolak menolak.
“Satu laporan polis mengenai kejadian itu sudah dibuat Pengerusi DAP
Bentong, Chin See Thai di Balai Polis Bentong,” ujar Leong yang juga
ADUN Triang.
Program itu adalah siri jelajah untuk beramah mesra dengan penduduk
di 15 Kampung Baru dalam Parlimen Bentong. Turut bersama rombongan ramah
mesra DAP Bentong itu, termasuk Wong Tak, aktivis kumpulan Hijau Anti
Lynas. – Roketkini.com
Bunuh rakan senegara, polis buru lelaki Indonesia
20 minutes ago