.

Wednesday, 7 November 2012

Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?

Perdana Menteri Malaysia Ketujuh? : Satu lagi sumber yang kami baru terima mengatakan Parlimen bakal dibuburkan pada 15 November 2012 ini yang jatuh pada hari Khamis. Ditambah pula, hanya calon untuk Menteri Besar Selangor & Menteri Besar Perak sahaja yang belum terisi. Erm….kalau mahu difikirkan semula sampai ke sudah kalangan rakyat Malaysia akan terus menjadi “Nujum Pak Belalang” selagi tarikh Pilihanraya Umum ke 13 masih lagi menjadi tanda tanya. Yang penting di sini …….

Yang penting di sini ialah Pilihan raya ke 13 menjadi semakin hampir. Mungkin bulan  ini, bulan hadapan ataupun selepas selesai pemberian bantuan BR1M 2.0. Walauapapun, persoalan yang bermain difkirkan rakyat Malaysia ketika ini siapakah yang menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan? Siapakah?

Adakah Najib Razak akan mengekalkan tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk penggal seterusnya selama 5 tahun lagi? Atau…….Anwar Ibrahim “akan bertukar kerusi” dengan Najib Razak di Dewan Rakyat?

Sememangnya bahang Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin dekat. Ditambah kalau tengok sekarang masing-masing berkempen bagai nak rak. Baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. 

Kempen mendekati dan menawan hati rakyat semakin hebat dan suasana dilihat menjadi semakin panas.

Banyak isu-isu yang cuba diketengahkan. Baik oleh kerajaan mahu pun pihak pembangkang.
  1. Jikalau dipihak kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Najib Razak cukup yakin dengan dasar & pelan mega yang sedang dilaksanakan iaitu Pelan Transformasi Negara.
  2. Manakala, disebelah pembangkang pula mereka membawa agenda-agenda reformasi yang terkandung di dalam Buku Jingga mereka
Yang kurang menariknya di sini, kalau dilihat sokongan yang diterima oleh kedua-dua pihak agak seimbang. Sehingga sukar untuk meramalkan, parti politik mana yang akan menang. Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat? Seterusnya siapakah yang akan mengalas sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh?

Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Antara Reputasi VS Karakter?

 

Perdana Menteri Ketujuh Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
Kedua-duanya merupakan dua nama pemimpin besar negara sekarang ini. Najib Razak dan Anwar Ibrahim. Masing-masing berperanan sebagai :
  1. Datuk Seri Najib Razak : Perdana Menteri Malaysia
  2. Datuk Seri Anwar Ibrahim : Ketua Pembangkang Malaysia
Kedua-dua jawatan dan peranan tersebut diiktiraf yang mana telah sah dilantik oleh Parlimen yang diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong. Ditambah Pakatan Rakyat dikatakan telah sepakat untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Itu kata merekalah….
Walaubagaimanapun, kami perhatikan pertembungan dua pemimpin ini semasa Pilihanraya Umum ke 13 kelak bakal menjadi pertembungan yang menarik antara dua personaliti yang berbeza.
Antara Karektor Dengan Reputasi?
Seorang ada karakter dan seorang lagi pemimpin ada reputusi tersendiri ada karektor dan sorang lagi ada reputasi bagi merbeut jawatan Perdana Menteri Malaysia ketujuh kelak.

Calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh : Anwar Ibrahim?

 

Anwar Ibrahim sebagaimana yang satu dunia sudah tahu adalah merupakan seorang tokoh politik yang hebat. Kelicikkannya berpolitik dan kepetahannya berpidato memang tidak boleh di sangkal lagi. Sudah terkenal di seantero dunia. Kalau diikutkan, Anwar Ibrahim ini…..jika mahu bercerita mengenai resputasi, apa yang beliau ada hari ini? Reputasi apa yang dia ada?
Perdana Menteri Malaysia Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
  • Berbelas tahun selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO, di penjarakan atas tuduhan kesalahan liwat dan selepas sahaja keluar dari penjara terus aktif semula dalam politik sehingga dilantik menjadi memimpin Pakatan Rakyat selaku Ketua Pembangkang Malaysia , media arus perdana tidak kira cetak mahupun elektronik terus memutarkan kesalahan & kejahatan yang dilakukan di bumi Malaysia
  • Main bontotlah, main bini oranglah, main jantanlah, main pelacurlah, agenYahudilah, agen CIAlah dan macam-macam agen lagi. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Sehinggakan kami merasakan ada satu slot khas tidak kira di media elekronik & media cetak yang akan memaparkan “segala kejahatan” yang dilakukan selama ini di bumi Malaysia. Sehingga akhirnya ramai mula merasakan yang Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral.
  • Bagi kami reputasi yang beliau sekarang hampir tiada sekarang ini.
  • Tetapi……yang kami peliknya Anwar Ibrahim ini tadi, makin hari makin ramai yang mahu mendengar apa yang beliau ingin sampaikan & kongsikan kepada rakyat.
  • Ini yang sebenarnya yang menarik untuk dianalisa!
  • Bagi pendapat kami, Anwar Ibrahim ini adalah seorang tokoh politik yang mempunyai karakter yang kuat sebagai seorang “street fighter” dalam politik yang telah terbina sejak dia di universiti lagi. Karektornya terus berkembang dalam ABIM dan semakin menyerlah bila dia menyertai UMNO. Dia berjaya mengharungi sepak terajang dalam UMNO hingga mampu menjadi Timbalan Presiden UMNO. Satu pencapaian yang luar biasa dan cukup mengkagumkan dalam politik UMNO sebelum beliau dipecat selepas itu.

Calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh : Najib Razak?

 

Sementara itu, jikalau diperhatikan pula di satu sisi yang lain terhadap Najib Razak, beliau adalah merupakan seorang tokoh yang mempunyai reputasi yang kuat. Reputasi sebagai anak golongan aristokrat atau pun bangsawan. Keluarga di sebelah ibu dan bapanya mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik Malaysia sebelum ini.
Perdana Menteri Najib VS Anwar Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
  • Najib Razak menjadi ahli Parlimen seawal umur berusia 23 tahun mengantikan al-marhum ayahandanya Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
  • Selepas daripada itu, beliau terus melangkah dalam hierarki parti dan kerajaan tanpa menoleh kebelakang lagi dengan bersandarkan kepada reputasi keluarga yang kuat. Daripada menyandang jawatan sebagai seorang Timbalan Menteri hinggalah kini sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.
  • Walaubagaimanapun, bagi kami ketokohan Najib Razak untuk sebagai seorang ahli politik yang “sebenar”. “Sepak terajang” dalam politik sudah menjadi lumrah. Dan Najib razak masih belum benar-benar teruji lagi. Kalau dilihat selama ini perjalanan politik Najib Razak selama ini agak lancar dan cukup sempurna. Ketokohan dan kewibawaannya belum pernah diuji lagi. Belum pernah.
  • Tetapi….kami juga merasakan yang Datuk Seri Najib Razak sedang cuba untuk membina karakternya tersendiri bagi menguatkan dirinya menghadapi sebarang ujian dalam politik kelak. Sekurang-kurang beliau tidak hanya mahu bersandar kepada reputasinya semata sepertimana jawatan perdana Menteri Malaysia yang beliau sandang sekarang ini.
Perdana Menteri Malaysia Ketujuh Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
Walauapapun, bagi kami pada Pilihanraya Umum ke 13 kelak merupakan pertembungan palingan hangat dalam sejarah politik di Malaysia. Dan juga Pilihanraya Umum ke 13 kelak juga merupakan medan yang sebenar pertembungan antara antara kedua-dua tokoh politik ini, antara Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Pertembungan antara seorang tokoh yang mempunyai karakter dan juga seorang lagi tokoh yang mempunyai reputasi bagi mengisi jawatan Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya…….

Apa pandangan anda pula?


Comments (8)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Perbezaan antara NAJIB 7 ANWAR , bagai langit dan bumi, di masa remaja najib bersekolah di st john dan menghabiskan masa remajanya di london ,najib terkenal masa zaman 70an dgn happies,woodstock, bertukar2 gf maklumlah anak bangsawan dia dilayan silver plate,manakala anuar bersekolah di cerok tok kun,melanjutkan pelajaran di mckk/UM. sementara najib menghabiskan remaja berpoya2 di london,anwar selepas keluar UM telah menubuhkan yayasan ANDA membantu pelajar yg gaal kurang mampu,terlalu active sebagai presiden ABIM, pada 1974 ditahan dibawah ISA kerana isu kemiskinan baling,najib masih lagi berpoya-poya di london.awal 2oan najib menjadi ketua menteri termuda secara mudah melalui reportasi bapaqnya,anwar masuk umno 1981,bekerja bertungkus lumus,dari ketua pemuda hingga ka timbalan presiden,disinilah Mahathir menesploit anwar dgn karismanya,maka lahirlah BCA,KEPIMPINAN MELALUI TELADAN.
backround keluarga: Secara terang dan nyata anwar dapat membentuk keluarga contoh yg baik, kurang kontoversi ,isteri yg bertudung, disebaliknya Najib agal membentuk keluarga contoh untuk diikuti, isteri pertamanya tenku Zainah diceraikan dgn penuh kontrevesi,manakala mengahwini rosmah dgn penuh kontravesi juga.Dari segi kerja, najib tidak creative, tidak pandai selalu menharapkan orng lain,Najib talah membuktikan pada dunia dia tak layak jadi PM kerana enggan berdebat dgn ketua pembangkang,sedangkan trend dunia sekarang pemimpin2 besar dunia diwajibkan berdebat,untuk ukuran rakyat............dan banyak lagi.
jkkk dun duyung's avatar

jkkk dun duyung · 651 weeks ago

pada najib tak ada apa yg layak dibanding dgn anwar.Agamanya ? kosong; sebab klo beragama dia tak menipu,utk kekal berkuasa,
penipuan dlm pilihanraya berleluasa. membuat dan menyebar fitnah
sewenang wenang.di sisi agama islam bnyk lagi yg negatif dia ni.
tak payah cerita ,standard tak sama.
Najib jadi ketua pembangkang.. anwar PM M'sia ke 7... INI KALI LAH!!!
1 reply · active 651 weeks ago
Ramli Omar's avatar

Ramli Omar · 651 weeks ago

Sebenarnya jadi Ketua Pembangkang pun Najib tak layak sebab dia naik bukan kerana karismanya tetapi tumpang tuah Allahyarham Tun Razak je......ditambah pula dengan sifat-sifatnya yang tak perlu nak cakap disini.
Aku pilih Anwar Ibrahim. muktamad.
Ramli Omar's avatar

Ramli Omar · 651 weeks ago

Bukan kita ekstrim dekat Anwar Ibrahim tapi ciri2 pemimpin ada pada beliau. Insyaallah! jika ditakdirkan dia jadi PM kita amat berbangga sekali.
Salam semua...

Kalau dibagi 2 pilihan ni... mustahil la rakyat nak lagi najib...

Walau bagaimana pun, kalau sesiapa yang boleh buat keje, kita pilih dia... kalau takat nama je glamour, tapi performance macam haram, semua orang reject...
rahmat omar's avatar

rahmat omar · 636 weeks ago

pe pun tgok undian rakyat..kerana undian adalah rahsia rakyat..ia yg thu mane baik ke mane buruk..kuasa di tgan rakyat..

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist