KUALA LUMPUR 6 November: Jawatankuasa Kerja Pendidikan (JKP) Pakatan
Rakyat gesa kerajaan jelaskan mengapa perbelanjaan dalam pembangunan
pendidikan kurang berbanding perbelanjaan pengurusan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, peratusan
peruntukan pembangunan pendidikan dalam Bajet 2013 BN adalah terendah
dalam tempoh lapan tahun.
“Penurunan tidak bertanggungjawab ini akan kurangkan kebolehan jangka
masa panjang negara untuk sediakan kemudahan pendidikann baru dan
prasarana seperti sekolah,” katanya pada sidang media di Parlimen hari
ini.
Naib Presiden KEADILAN itu berkata, Pakatan tidak boleh terima
penjelasan tidak konsisten Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin
berkenaan perbelanjaan pembangunan pada 2006 hingga 2010.
“Contohnya, Perangkaan Pendidikan Malaysia 2011 terbitan Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, perbelanjaan dijangka
RM17.9 bilion, tetapi perbelanjaan sebenar hanya RM9.3 bilion.
“(Selain itu) RM850 juta diperuntukkan untuk pembelian tanah bagi
tujuan pendidikan, hanya RM123 juta dibelanjakan. (Begitu juga) RM22
juta untuk menaiktaraf sekolah teknikal dan vokasional tetapi tiada
sesen pun yang dibelanjakan,” jelas Izzah.
“Sebelum ini apabila ditanya kepada Muhyiddin, dia hanya jawab ‘ada
masa anda dapat jawapan, dan ada masanya tidak’…Ini tidak boleh
diterima, soal pendidikan melangkaui politik kepartian,” tegas beliau.
Dalam Bajet 2013, Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM2.1 bilion untuk pembangunan manakala RM36.6 bilion untuk pengurusan.
Menurut ‘National Education Blueprint’ (NEB), sebanyak 15 peratus
sekolah di Malaysia masih tidak ada air bersih, 27 peratus tidak
dilengkapi makmal komputer dan 20 peratus tiada makmal sains.
Izzah berkata, JKP Pakatan bimbang ketiadaan ketelusan, langkah konsisten dan strategi khusus berkaitan perbelanjaan pendidikan.
“Kita bimbang pembangunan pendidikan terabai kerana kegagalan mengawal pembaziran dalam perbelanjaan pengurusan.
“Tambahan pula, NEB juga tidak sebut tentang tender terbuka dan
pembelian melebihi had. Ini perlu memandangkan amalan sedia ada terdedah
kepada ketirisan dan pembaziran,” katanya lagi.
Justeru, JKP Pakatan mendesak Kementerian Pelajaran menyediakan
penjelasan terperinci dan mengeluarkan laporan berkaitan seperti
Independent Malaysia Review Panel.
“Pakatan juga akan bawa isu ini di Perbahasan Peringkat Jawatankuasa
Kementerian Pelajaran dalam Bajet 2013 di Parlimen esok,” sambung
beliau.
Hadir sama dalam sidang media itu antaranya Pengerusi Biro Pendidikan
KEADILAN, Abbas Awang; Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Abu Bakar
Chik; Ahli Akademik, Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik
dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39018
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
2 hours ago
The causes of Lipoma Is Not Neuronal Ceroid Lipofuscinosis But What Is It so?
ReplyDeleteAt least he didn't with tests, including rake tests, utilised to support whether the increase is benign or malignant.
Feel free to visit my website ... lipoma on scalp
My web site - lipoma on scalp
Only about 5 pounds, bigger than I was doing well in reducing
ReplyDeleteyour lupus on a whole lot more.
Also visit my site: Myton lupus doctor