.

Tuesday 6 November 2012

Mengapa belanja pengurusan melebihi pendidikan?

KUALA LUMPUR 6 November: Jawatankuasa Kerja Pendidikan (JKP) Pakatan Rakyat gesa kerajaan jelaskan mengapa perbelanjaan dalam pembangunan pendidikan kurang berbanding perbelanjaan pengurusan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, peratusan peruntukan pembangunan pendidikan dalam Bajet 2013 BN adalah terendah dalam tempoh lapan tahun.

“Penurunan tidak bertanggungjawab ini akan kurangkan kebolehan jangka masa panjang negara untuk sediakan kemudahan pendidikann baru dan prasarana seperti sekolah,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Naib Presiden KEADILAN itu berkata, Pakatan tidak boleh terima penjelasan tidak konsisten Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkenaan perbelanjaan pembangunan pada 2006 hingga 2010.

“Contohnya, Perangkaan Pendidikan Malaysia 2011 terbitan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, perbelanjaan dijangka RM17.9 bilion, tetapi perbelanjaan sebenar hanya RM9.3 bilion.

“(Selain itu) RM850 juta diperuntukkan untuk pembelian tanah bagi tujuan pendidikan, hanya RM123 juta dibelanjakan. (Begitu juga) RM22 juta untuk menaiktaraf sekolah teknikal dan vokasional tetapi tiada sesen pun yang dibelanjakan,” jelas Izzah.

“Sebelum ini apabila ditanya kepada Muhyiddin, dia hanya jawab ‘ada masa anda dapat jawapan, dan ada masanya tidak’…Ini tidak boleh diterima, soal pendidikan melangkaui politik kepartian,” tegas beliau.

Dalam Bajet 2013, Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM2.1 bilion untuk pembangunan manakala RM36.6 bilion untuk pengurusan.

Menurut ‘National Education Blueprint’ (NEB), sebanyak 15 peratus sekolah di Malaysia masih tidak ada air bersih, 27 peratus tidak dilengkapi makmal komputer dan 20 peratus tiada makmal sains.

Izzah berkata, JKP Pakatan bimbang ketiadaan ketelusan, langkah konsisten dan strategi khusus berkaitan perbelanjaan pendidikan.

“Kita bimbang pembangunan pendidikan terabai kerana kegagalan mengawal pembaziran dalam perbelanjaan pengurusan.

“Tambahan pula, NEB juga tidak sebut tentang tender terbuka dan pembelian melebihi had. Ini perlu memandangkan amalan sedia ada terdedah kepada ketirisan dan pembaziran,” katanya lagi.

Justeru, JKP Pakatan mendesak Kementerian Pelajaran menyediakan penjelasan terperinci dan mengeluarkan laporan berkaitan seperti Independent Malaysia Review Panel.

“Pakatan juga akan bawa isu ini di Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelajaran dalam Bajet 2013 di Parlimen esok,” sambung beliau.

Hadir sama dalam sidang media itu antaranya Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang; Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Abu Bakar Chik; Ahli Akademik, Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39018

2 comments:

  1. The causes of Lipoma Is Not Neuronal Ceroid Lipofuscinosis But What Is It so?
    At least he didn't with tests, including rake tests, utilised to support whether the increase is benign or malignant.

    Feel free to visit my website ... lipoma on scalp
    My web site - lipoma on scalp

    ReplyDelete
  2. Only about 5 pounds, bigger than I was doing well in reducing
    your lupus on a whole lot more.

    Also visit my site: Myton lupus doctor

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist