JINGGA 13 PERTAHANKAN YB NURUL IZZAH ANWAR DAN DESAK DATO’ DR.
MASHITAH IBRAHIM LETAK JAWATAN KERANA GAGAL MEMPERTAHANKAN KESUCIAN
ISLAM
Jingga13 menyatakan sokongan dan mempertahankan kenyataan YB Nurul
Izzah Anwar yang sengaja telah diputarbelit oleh media dan pimpinan UMNO
dengan isu yang ternyata tidak masuk akal dan bersifat propaganda
murahan dengan mengaitkan kenyataan YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah
Pantai ketika menghadiri forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa
Bertanggungjawab?’ di Subang Jaya, Sabtu lalu.
Kenyataan YB Nurul Izzah Anwar cukup jelas adalah berteraskan kepada
ayat suci Al-Quran di surah Al-Baqarah , ayat 256 bahawa “Tidak ada
paksaan dalam agama (Islam)….” yang ternyata telah diputarbelitkan dan
dipolitikkan melalui cara yang sangat kotor oleh media Umno BN dan
pimpinan Umno khususnya Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim.
Sikap
dwi-standard yang diamalkan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana
Menteri yang menjaga hal-ehwal agama Islam ternyata jelas bertopengkan
kedudukan mereka demi survival UMNO menyerang YB Nurul Izzah Anwar ,
sedangkan hakikatnya tidak mampu mempertahankan Islam dan hudud apabila
Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA menghina Islam dan Hudud secara
terang-terangan.
Timbalan Menteri JPM , Datuk Dr. Mashitah dan pimpinan UMNO terus
diam membisu tidak sedikit pun membantah terhadap serangan Datuk Seri
Chua Soi Lek menghina Islam dan Hudud yang terkandung dalam al-quran.
Tetapi. terlalu ‘banyak mulut’ apabila menggunakan platform beliau
menyerang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dengan berniat jahat
memutarbelitkan kenyataan YB Nurul Izzah berdasarkan laporan dan
terjemahan media propaganda UMNO yang merupakan ‘media syaitan’ dalam
negara.
Tindakan memanipulasikan kenyataan YB Nurul Izzah Anwar seolah-olah
beliau ” meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang
memilih untuk murtad” sengaja dilakukan untuk menyerang beliau tetapi
dalam masa sama cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Sedangkan kenyataan beliau khusus berkaitan kebebasan agama
sepertimana soalan yang ditanya kepada beliau berkait isu paksaan dalam
agama melibatkan masyarakat Melayu tanpa sedikit pun menyentuh isu
murtad dan kaitan tentang murtad tetapi digambarkan seolah-olah YB Nurul
Izzah Anwar bersikap sedemikian adalah satu tindakan fitnah yang nyata.
Adalah mustahil hanya itu sahaja yang boleh dan mampu diputarbelit
dan dimanipulasikan ? Atau memang sudah dirancang dengan licik bagi
tujuan dan niat jahat menggunakan strategi murahan terhadap YB Nurul
Izzah Anwar.
Media propaganda UMNO seperti Utusan Malaysia , Berita Harian dan TV3
semakin tidak beretika serta tidak mempunyai integriti dan kredibiliti,
malah gagal sebagai media yang bermaruah . Media UMNO inilah sebenarnya
telah bertindak sebagai pemesong akidah dan pemutarbelit serta
melakukan agenda fitnah demi survival UMNO yang semakin hilang sokongan
orang-orang melayu , khususnya rakyat Malaysia .
Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim wajar MELETAKKAN JAWATAN kerana beliau
gagal dan bersikap hipokrik dalam menjaga kesucian Islam yang telah
dicemari oleh UMNO dan sekutu BN . Malah seorang ‘Melayu’ dan dikatakan
sebagai seorang Islam , anak kepada bekas presiden UMNO memiliki kilang
arak San Miguel pun beliau gagal mengambil tindakan dan terus diam
membisu.
Seolah-olah ada perbezaan undang-undang dan hukum . Dato’ Dr.
Mashitah Ibrahim dan pimpinan UMNO tidak ubah seperti perumpamaan “ayam
berkokok berderai-derai , tetapi ekor penuh bergelumang tahi! “.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
KETUA KOORDINATOR
JINGGA 13