.

Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Monday, 19 September 2011

GEMPAR !!! : Tembak Menembak di Lahad Datu, Sabah.



LAHAD DATU SEMAKIN TIDAK SELAMAT?

Oleh : CITRA MASADI

BERAPA ramaikah lagi mangsa yang harus menjadi korban untuk membuktikan Lahad Datu tidak selamat kerana dibanjiri pendatang asing tanpa izin (PATI) dan Ketua Polis Daerah gagal mengambil langkah berjaga-jaga setelah insiden seorang remaja dibunuh di bawah Pusat Hiburan setelah gagal mendapat bantuan daripada Pondok Polis yang tidak beroperasi?

Ketika singgah untuk berhenti rehat di Lahad Datu selepas mengikuti Konvensyen Pakatan Rakyat di Kota Kinabalu, saya dikejutkan dengan berita seorang Pegawai Majlis Daerah Lahad Datu, Ali Jamal, mati ditikam berdekatan Public Bank Lahad Datu pada jam 4.30 pagi, hampir sama dengan masa kejadian remaja anak seorang bekas Pegawai MDLD mati ditikam ketika cuba mendapatkan bantuan di Pondok Polis yang kosong!

Saya tidak hairan jika Lahad Datu pernah diserang Lanun pada siang hari pada 1989 kerana kawalan keselamatan Lahad Datu ketika itu terlalu longgar, sekalipun lanun mendarat berhampiran dengan Pangkalan Polis Marin.

Tetapi setelah banyak kejadian bunuh yang berlaku, sewajarnya Ketua Polis Daerah Lahad Datu mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memastikan Ops Payung dan segala Ops yang dijalankan bukan sekadar menunjuk-nunjuk; sebaliknya untuk memastikan mereka bertindak segera bagi mencegah jenayah dan memastikan Lahad Datu bebas daripada penjenayah.

Dengan demografi Lahad Datu yang didominasi PATI, sewajarnya Polis memasang CCTV di kawasan penting terutama di hadapan lokasi tumpuan awam dan kemungkinan berlaku jenayah seperti di Bank, Pasar Rakyat dan Jalan Sunyi.

Nampaknya polis Lahad Datu tidak banyak berubah dan menjadikan kematian sebagai ‘Pesta Memburu’ kerana hanya selepas ada mangsa terbunuh atau dibunuh, polis akan mengadakan sekatan jalan sama ada melalui Ops Tutup atau Ops Sekat; tetapi hanya mereka yang bersubahat diberkas, tetapi penjenayah lepas lari.

Saya simpati dengan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsuddin Mat yang sepatutnya sudah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya Kontingen Polis Sabah, tetapi bernasib malang kerana banyak kejadian jenayah berlaku di daerahnya sehingga KPInya boleh dipertikaikan.

Menurut Laporan Polis LDD/RPT/7513/2011 yang dibuat oleh pengadu, Mohd Rusdi Tatan, 34, seorang lelaki Idahan oleh pada jam 05.15 pagi; bapa saudara beliau, Ali Jamal, 47, telah dipukul oleh 14 lelaki dan ditikam oleh seorang lelaki tidak dikenali dengan menggunakan pisau dan luka di bahagian perut pada jam 4.30 pagi di hadapan Public Bank (20 meter daripada tempat serangan lanun 1989).

Menurut saksi, penjenayah berkenaan melarikan diri menggunakan van Nissan Vanette berwarna biru bernombor SA6950H. Namun Ali yang dihantar ke hospital sejurus selepas kejadian telah meninggal dunia pada jam 06.30 pagi.

Mohd Rusdi memaklumkan bahawa punca kejadian dipercayai akibat mangsa menegur kumpulan lelaki berkenaan yang telah melanggar papan tanda dan tembok tepi jalan; lalu mereka bertindak berang menyerang Ali secara berkumpulan.

Seramai empat orang saksi yang nampak kejadian berkenaan dan berjaya mengecam salah seorang penyerang daripadanya bernama BUDI. Setakat ini polis telah berjaya memberkas tiga orang penyerang dan masih memburu 11 lagi yang masih bebas.

Tindakan polis menjalankan Ops Tutup menyebabkan jalanraya di Lahad Datu sesak sekalipun hujung minggu kerana ramai yang ingin mendapat maklumat tentang kejadian.

Desas desus yang giat disebarkan bahawa serangan berkenaan disebabkan tindakan balas dendam kerana MDLD bertindak kejam merampas sayuran penjaja haram dan pilih kasih dalam pemberian gerai menjual pakaian rombengan di bekas Dataran Palma. Namun belum dapat dipastikan sejauh mana benar dakwaan tersebut.

Apakah serangan terhadap Ali akan melibatkan lebih ramai lagi pegawai MDLD termasuk Pengerusi MDLD; yang dianggap sebagai punca penyebab mereka kehilangan pendapatan ekoran Skandal Pasar Rombengan (kain terpakai) kerana hanya segelintir yang mendapat tempat sedangkan terdapat lebih 500 penjual rombengan di daerah ini! /sabahkini.net


Sunday, 18 September 2011

Hot !!! :Raja Arab Saudi Guna pil perangsang ghairah seks.

Wikileaks sekali lagi kembali mengejutkan media. Baru baru ini Wikileaks mendedahkan rahsia kehidupan dan tahap kesihatan Raja Arab Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz.

7 / 9 Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Riyadh, dalam fax yang dihantar ke kementerian luar negeri di Washington menyebutkan maklumat peribadi Raja Abdullah termasuk usia, jumlah isteri, dan ubat-ubatan yang digunakan sekarang.

Fax yang bertajuk "update maklumat peribadi Raja Saudi" itu dikatakan, "Seorang doktor berasal dari Barat yang secara berkala merawat ahli keluarga Raja Saudi itu pada 11 Julai lalu, menyerahkan maklumat khusus data kesihatan Raja Abdullah bin Abdul Aziz, kepada wakil ketua wakil Amerika di Riyadh. "

Dokumen itu merangkumi umur sebenarnya Raja Abdullah dan jenis ubat-ubatan yang digunakan nya. Doktor itu juga dipanggil untuk merawat salah seorang isteri Raja Abdullah, yang mempunyai empat isteri itu, namun pusat kesihatan Raja Saudi bukan menghantar dokumen-dokumen kesihatan isteri Raja Saudi, tetapi data-data peribadi milik Raja Abdullah.

Berdasarkan fax itu, Raja Arab Saudi berusia 92 tahun yg lahir pada 1916, adalah sebagai penagih rokok, dan mengambil ubat-ubatan hormon dan pil-pil perangsang ghairah seks.

Dokumen rahsia itu terdedah ketika pemerintah Arab Saudi menolak memberikan keterangan soal maklumat peribadi Raja Abdullah dan anggota keluarganya. – mjr/IRIB

Saturday, 21 November 2009

Keputusan UPSR 4 sekolah di Sabah disemak semula | Nizar News

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di empat buah sekolah di Sabah ditahan kerana disemak semula dan hanya akan diumumkan Isnin ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian terpaksa menahan keputusan itu bagi membolehkan Lembaga Peperiksaan menilai semula jawapan pelajar kerana timbul unsur keraguan.

“Ia membabitkan tiga sekolah di Tawau dan satu di Keningau membabitkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.

“Disebabkan adanya ketidakpastian dan keraguan terhadap jawapan bagi tiga mata pelajaran itu, kementerian menahan keputusan UPSR bagi membolehkan jawapan itu dinilai semula.

“Penilaian telah siap dan pelajar-pelajar boleh mendapatkan keputusan masing-masing Isnin ini,” katanya di sini, hari ini.

Keputusan UPSR seluruh negara diumumkan pada Khamis lalu.

Ditanya adakah penahanan keputusan itu disebabkan kebocoran kertas soalan, Alimuddin berkata: “Perkara itu tidak berlaku.”

“Kes seumpama itu pernah berlaku sebelum ini. Tahun lalu pun ada. Tidak ada kebocoran kertas soalan. Apa yang berlaku ialah Lembaga Peperiksaan mendapati ada keraguan terhadap jawapan dan mereka menangguhkan keputusan untuk dikaji semula,” katanya.

Beliau tidak memberi nama sekolah terbabit.

Mengenai kesan penahanan keputusan itu terhadap pelajar dan kebimbangan ibu bapa mengenai kemasukan anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh, Alimuddin berkata perkara itu tidak perlu dirisaukan kerana urusan kemasukan ke asrama penuh dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran.

Beliau berkata kementerian mempunyai senarai nama pelajar yang layak dan keputusan siapa yang terpilih juga ditentukan pihaknya.

“Sebenarnya masalah ini tidak timbul. Urusan kemasukan ke sekolah berasrama penuh dikendalikan oleh kementerian. Penahanan keputusan itu tidak mengganggu peluang mereka kerana kementerian mempunyai senarai nama mereka yang layak. Jadi ibu bapa tidak perlu risau mengenainya,” katanya.

Pencapaian keseluruhan calon-calon tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas dengan pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak satu peratus berbanding 2008. - Bernama

Friday, 13 November 2009

SPRM lantik pakar forensik UK untuk bedah semula Beng Hock | Nizar News

SHAH ALAM 13 Nov. — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melantik seorang pakar forensik bebas Prof. Dr. Peter Vanezis dari United Kingdom, untuk menjadi pemerhati dalam bedah siasat kedua terhadap mayat Teoh Beng Hock pada 22 November ini.

Datuk Abdul Razak Musa, peguam pemerhati SPRM pada inkues bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock, berkata demikian kepada media selepas prosiding inkues ditangguhkan hari ini.

Abdul Razak berkata, Dr. Vanezis merupakan pengarah bagi Cameron Centre for Forensic Medical Sciences, London, dan telah mengendalikan sebanyak 2,000 autopsi kes kematian mengejut, yang 1,500 daripadanya membabitkan homisid.

Mayat Teoh akan digali semula pada 21 November atas permintaan keluarganya untuk bedah siasat kedua yang juga akan dihadiri pakar patologi Thailand, Dr. Porntip Rojanasunan, bagi pihak kerajaan negeri Selangor.

Prosiding inkues hari ini ditangguhkan sehingga 9 Disember untuk mendengar keterangan ahli majlis perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, yang terlibat dalam kes saman sivil terhadap SPRM yang akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi minggu depan.

- BERNAMA

Ketua kumpulan Deva mati ditembak polis | Nizar News

PULAU PINANG 13 Nov. - Polis menembak mati dipercayai ketua kumpulan Deva dalam kejadian berbalas tembakan di Pengkalan Weld di sini hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, hasil siasatan awal mendapti suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu disyaki sedang merancang satu penculikan di negeri ini. - Utusan

Harga MyKad RM8000 | Nizar News

Impian menggunung untuk bergelar rakyat Malaysia menyebabkan segelintir warga asing sanggup membayar sehingga RM8,000 bagi membeli MyKad palsu bermutu tinggi dari sindiket yang menjualnya bagi memperoleh keuntungan lumayan.

Difahamkan, sindiket berkenaan menggunakan taktik dengan mengubah suai MyKad tulen yang dicuri dengan menukarkan gambar pemilik asal dengan gambar pelanggan dan dilakukan dengan cukup teliti bagi mengelak penipuan terbabit disedari.

Selain memasarkan MyKad palsu berkenaan, sindiket turut dikesan berupaya menghasilkan lesen memandu palsu negara ini.

Kewujudan sindiket yang menjual dokumen penting negara terbabit dibongkar selepas sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membenteras kegiatan memperdagangkan MyKad palsu di kalangan pendatang asing.

Hasil siasatan dilakukan, polis memberkas seorang lelaki warga Indonesia berusia 29 tahun di sekitar kawasan Jalan masjid India, di sini.

Dalam serbuan jam 9 malam kelmarin, suspek yang dipercayai ahli sindiket pemalsuan dokumen penting berkenaan tidak sempat melarikan diri sebaik ditahan polis.

Suspek yang ditahan cuba menyamar sebagai warga tempatan apabila menunjukkan MyKad dengan mendakwa tinggal di Lembah Jaya Utara, Ampang, di sini.

Namun, tindak tanduk suspek yang mencurigakan akhirnya mendedahkan rahsia sebenarnya yang menggunakan MyKad palsu selain mengaku dari Indonesia.

Hasil soal siasat dilakukan, suspek mendakwa membeli MyKad palsu itu daripada seorang lelaki warga asing yang dikenali sebagai Basri dengan bayaran RM8,000.

Menurutnya, pihak polis yang melakukan pemeriksaan pada tubuh suspek sejurus selepas soal siasat dilakukan menemui empat keping lesen memandu negara ini yang turut dipercayai dokumen palsu.

“Siasatan polis mendapati MyKad palsu berkenaan bermutu tinggi berikutan gambar ukuran milik suspek yang ditahan ditampal dengan sempurna. Polis percaya, MyKad terbabit milik individu lain sebelum ia ditukar pada bahagian gambar manakala maklumat individu dan alamat dikekalkan.

“Polis yang melakukan siasatan dengan bantuan pihak Imigresen mendapati suspek yang ditahan berkenaan tinggal secara haram di negara ini selepas visa miliknya tamat sejak November 2006.

“Susulan itu, suspek diserahkan kepada imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kewujudan MyKad palsu mudah dikesan berikutan kebanyakan anggota polis kini dilengkapi alat pembaca butiran MyKad, sekali gus meningkatkan keupayaan dan keberkesanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan MyKad palsu dimiliki rakyat asing.

Sementara itu, pihak Jabatan pendaftaran Negara (JPN) yang cuba dihubungi mendakwa pelbagai langkah kini dipertingkatkan bagi memastikan MyKad tidak menjadi ‘alat’ dagangan pihak tertentu untuk dipalsukan sebelum dijual kepada pihak ketiga. -HM

Sumber : Sabahdaily

Tiada bonus 2 bulan untuk k'tangan awam | Nizar News

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dengan keputusan kerajaan tidak memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam tahun ini selepas menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Presidennya Omar Osman berkata Perdana Menteri bagaimanapun memberi jaminan untuk mengkaji pemberian tambahan bonus sebanyak RM500 dalam masa terdekat sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan.

"Perdana Menteri juga memberi jaminan akan menimbangkan pemberian bonus dua bulan seperti mana permintaan kongres sekiranya keadaan ekonomi negara pulih kelak.

"Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri, tetapi dalam masa terdekat kita berharap ada pertambahan RM500 untuk kakitangan awam mendapat RM1,000 Disember nanti," katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira satu jam dengan perdana menteri di Parlimen, hari ini.

Bagi penjawat awam berpangkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), Omar berkata perdana menteri pada pertemuan hari ini turut bersetuju menimbangkan permintaan kongres untuk memberikan potongan cukai pendapatan sehingga 30 peratus.

Omar berkata dalam pertemuan itu Najib menjelaskan dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan mungkin terpaksa membabitkan pinjaman daripada sumber lain sekiranya mahu memenuhi permintaan kongres.

Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam dalam perbentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober lepas.

Kerajaan bagaimanapun mengumumkan akan memberikan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 41 hingga 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.

Turut dibincangkan pada pertemuan itu ialah mengenai kenyataan perdana menteri kepada Cuepacs bahawa adalah salah dari segi moral bagi kongres itu menuntut bonus ketika keadaan ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.

Perdana menteri juga menyifatkan tindakan kongres itu boleh membuatkan Cuepacs popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia disifatkan sebagai tidak wajar.

"Selepas perdana menteri menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan, kita terima dan perkara ini kita anggap sudah tamat," kata Omar.

Dalam isu lain, Omar berkata kongres itu turut menyerahkan memorandum kepada perdana menteri untuk menimbangkan supaya 18,000 warga pekerja Kemas diberi keistimewaan yang sama dengan warga perkhidmatan awam.

Dalam pertemuan itu, perdana menteri juga bersetuju untuk menambah geran peruntukan tahunan Cuepacs kepada RM1 juta bermula tahun depan, katanya.

Tahun lepas, Cuepacs menerima RM350,000 bagi menjalankan aktiviti kongres. - Bernama


**MAHU BONUS?? SILA KLIK...TQ ,..**


..

Friday, 6 November 2009

Isu Bonus 2 Bulan : Omar Osman tidak faham maksud 'moral' | Nizar News

Dipetik daripada Blog 1MALAYSIA LINGKUP :


Omar Osman tidak faham maksud 'moral'

KUALA LUMPUR: Presiden Cuepacs, Omar Osman, mendakwa tindakannya yang meminta bonus dua bulan membabitkan 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam adalah suara kongres bukan permintaan individu sehingga dilabelkan salah dari segi moral.

“Saya meminta pada landasan yang betul, saya pun tidak faham maksud Perdana Menteri yang menganggap permintaan saya adalah salah dari segi moral.

kah kah kah kah..kah kah...NASIB BAIK 'PELINGKUP MELAYU' LABELKAN ITU SALAH DARI SEGI MORAL

KALAU PELINGKUP MELAYU LABELKAN ITU ADALAH FAHAMAN WAHABI...CAMANA..?...kah kah kah kah...

PASTI MU LAGI GAGAP DAN PENING...kah kah kah kah

MU JANGAN RISAU OMAR...LEPAS NI MU AKAN DAPAT 'DATUK'...'DKIN'...DARJAH KERJASAMA ITEK NILA...kah kah kah kah

KPI...1 BULAN = 4 MINGGU....1 TAHUN = 12 BULAN

TAPI UMAT MELAYU BEKERJA DALAM 1 TAHUN 52 MINGGU

SEDANGKAN PELINGKUP MELAYU BAYAR GAJI PADA UMAT MELAYU 48 MINGGU DALAM 1 TAHUN

SO MEMANG 'TAK SALAH DARI SEGI MORAL' JIKA CEUPACS MINTA BONUS 2 BULAN GAJI

SEBAB 1 BULAN MEMANG KENA BAYAR BALIK SEBAB KERJA TERLEBIH 4 MINGGU. INI TIDAK BOLEH DIKIRA SEBAGAI BONUS TETAPI 'GAJI'

JADI SETIAP TAHUN...BY HOOK OR BY CROOK...KERAJAAN PELINGKUP MELAYU SEKARANG INI WAJIB KENA BAYAR ATLEAST 1 BULAN GAJI PADA PEKERJA AWAM.

JIKA BOLEH BAYAR 2 BULAN GAJI....MAKA BARULAH BOLEH PUKUL CANANG DI SANA SINI...'RAKYAT DIDAHULUKAN...SETAN DIKETEPIKAN'...kah kah kah kah



http://sukj.blogspot.com/2009/11/omar-osman-tidak-faham-maksud-moral.html



**** mahu bonus.. sila klik bro !!!... tq..*****





.

Isu Dr Asri : Surat Permohonan Maaf drp PGSM | Nizar News

Permohonan Maaf daripada PGSM



Bkt Mertajam (6 Nov 2009): Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menunggu Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menunaikan janji untuk menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya melalui permohonan maaf secara terbuka seperti yang telah dipersetujui kedua-dua pihak sehingga jam 7 malam ini (6 November 2009).

Sumber : Minda Tajdid

Thursday, 5 November 2009

PGSM mohon maaf, tarik balik tuduhan terhadap Dr AsriPGSM mohon maaf, tarik balik tuduhan terhadap Dr Asri | Nizar News

Oleh ZIEMAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip telah mengemukakan permohonan maaf kepada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut sumber terdekat, permohonan maaf tersebut dikemukakan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Difahamkan pihak berkenaan telah menghubungi Mohd Asri sebentar tadi bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini itu.

"Draf permohonan maaf tersebut telah dilakukan di hadapan Datuk Jamil yang turut menurunkan tandatangannya sebagai saksi," jelas sumber itu.

PGSM bersetuju menarik balik segala tuduhan negatif terhadap Mohd Asri seperti yang terkandung di dalam memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong tempoh hari.

"Permohonan maaf itu akan disiarkan di dalam laman web PGSM dan akan dihantar kepada semua media tidak lama lagi," kata sumber itu lagi.

Ketika dihubungi, Mohd Asri yang sedang dalam perjalanan pulang ke Mengkuang, Bukit Mertajam berkata, beliau akan memberi komen berhubung perkara ini setelah melihat sendiri permohonan maaf itu secara rasmi.

"Saya hanya akan beri komen setelah melihat permohonan maaf itu secara hitam putih," katanya.

Dalam pada itu, sebelum ini Mohd Asri mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan Mohamad Isa, Jamil Khir dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz di ibu negara hari ini.

Pertemuan itu dalam usaha untuk menyelesaikan apa jua salah faham di antara mereka dalam suasana harmoni dan baik.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan mStar Online di Menara Star hari ini, Mohd Asri berkata, pertemuan itu berlangsung dalam suasana yang harmoni dan saling hormat menghormati bak seperti kata pepatah Melayu; “Buang yang keruh, ambil yang jernih.”

Bagaimanapun Mohd Asri enggan mengulas lanjut mengenainya sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang lain yang turut terlibat dalam pertemuan itu.

Pendekatan ini katanya, bersesuaian dengan amalan dan ajaran Islam itu sendiri yang menganjurkan umatnya agar saling bermaaf-maafan dan menerima sesuatu perkara itu dalam keadaan berbaik sangka.

"Kami telah mengadakan pertemuan, saya harap sesuatu yang baik akan dapat dicapai daripada pertemuan ini... kita tunggu sahaja berita dari pihak sana," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai butiran pertemuan yang mengambil masa lebih satu jam itu.

Pertemuan ini dipercayai hasil daripada kenyataan Presiden PGSM, Mohamad Isa sebelum ini yang sedia bersemuka dengan Mohd Asri bagi menjelaskan memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membantah tawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada bekas mufti itu.

Manakala penglibatan Jakim dalam pertemuan tersebut dipercayai berkaitan dengan kenyataan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jakim, Zamihan Mat Zain Al-Ghari dilaporkan mendakwa Mohd Asri memalsukan kelayakan Syariah kerana Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah.

Zamihan dipetik berkata, pengkhususan sebenar Mohd Asri ialah Bahasa Arab dan Sastera, bukan Syariah.

Mohd Asri, 38, yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) sebaliknya melabelkan kenyataan Zamihan sebagai satu fitnah ke atasnya.

Dalam pada itu, difahamkan juga penglibatan Jamil Khir dalam pertemuan tersebut adalah sebagai 'orang tengah' bagi meleraikan kekusutan yang timbul ekoran isu berkenaan terutamanya dakwaan yang mengatakan Dr Asri adalah pengikut fahaman wahabi.

Sumber : mstar Online

Wednesday, 4 November 2009

Serbuan Ke atas Dr Asri Dilakukan Secara Biadap ; Oleh MSO | Nizar News

Oleh Mohd Sayuti Omar

Serbuan Ke atas Dr Asri Dilaukan Secara Biadap

AHLI Parlimen, Ampang yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, Zurida Kamaruddin menafikan bahawa beliau dan Adun Hulu Klang, Saari Sungip telah menghalang operasi Jabatan Agama Islam (Jais) untuk menangkap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada malam Isnin lalu seperti mana dilaporkan oleh sebuah porta berita.

Katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikirimkan kepada saya, apa yang berlaku beliau dan Saari yang ketika itu berada dalam majlis pengajian itu cuba menenangkan keadaan panik orang ramai atas operasi berkenaan yang dilakukan secara kasar dan biadap.

Berikut adalah kenyataan penuh Zuraida:

Tarikh: 4 November 2009
Penahanan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas Mufti Negeri Perlis oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) telah menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam terutama di Negeri Selangor.

Selaku individu yang berada ditempat berlakunya majlis ilmu berkenaan, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara yang mengelirukan berdasarkan kepada beberapa laporan akhbar yang saya rasa telah memetik dari sumber yang cuba melindungi kejadian sebenar yang berlaku.

Tetapi apa yang dikesalkan ialah cara pihak JAIS menjalankan operasi penahanan adalah tidak professional dan mempamerkan kelemahan yang tidak sepatutnya wujud dalam organisasi yang tinggi tarafnya seperti JAIS.

Lebih menghairankan apabila ditahan, pihak JAIS gagal menyediakan kertas pendakwaan bagi mengaitkan Dr Asri dengan sebarang kesalahan melainkan dengan alasan mengajar tanpa tauliah.

Sepatutnya penahan dibuat setelah terbukti sesorang itu telah melakukan kesalahan. Agak menyedihkan dalam kes ini sewaktu mahu menahan Dr Asri, kelihatan pegawai JAIS sendiri tidak membuat persediaan dan sering menggunakan telefon bagi mendapat arahan dari pegawai atasan yang dipercayai ialah Pengarah JAIS sendiri iaitu Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Bagi saya tindakan JAIS yang menggunakan khidmat polis pada malam kejadian juga adalah satu tindakan yang melampau dan meletakkan Dr Asri pada kedudukkan yang tidak sepatutnya memandangkan sebelum ini beliau telah diberi kepercayaan oleh Tuanku Raja Perlis untuk menjaga persoalan berkenaan agama Islam di Negeri Perlis sendiri.

Sepatutnya sebagai seorang bekas Mufti dan memiliki pendidikan sehingga kepada peringkat Doktor Falsafah berkenaan Islam, beliau dialu-alukan untuk mendidik masyarakat. Adakah semua ini masih lagi tidak melepasi kelayakan yang diperlukan oleh JAIS untuk seorang seperti beliau bagi menyampaikan dakwah di Selangor.

Disini saya bertegas mendesak Pengarah JAIS menjelaskan apakah garis panduan yang digunapakai oleh pihaknya untuk melayakkan seseorang itu boleh ditauliahkan untuk memberi kuliah di Selangor.

Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, sehingga kini terdapat lebih kurang 7 orang Ustaz yang diantaranya adalah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dan telah gagal mendapat tauliah untuk mengajar di Selangor tanpa alasan yang kukuh dan bertulis.

Dengan adanya garis panduan tersebut JAIS akan dapat membendung amalan mengikut selera Pengarah JAIS dan memberi keadilan kapada cendekiawan seperti Dr Asri untuk menyampaikan ilmu.

Dalam tempoh terdekat, pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar petisyen kepada Duli Yang Teramat Mulia Sultan Selongor agar menilai semula kedudukan dan fungsi Pengarah JAIS yang jelas telah menjejaskan kedudukan Baginda selaku penaung kepada perkembangan Islam di Negeri Selangor yang bertuah ini.

Melalui kenyataan media ini juga saya ingin menafikan laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Pengarah JAIS bahawa saya dan seorang lagi rakan YB Shaari Sungip telah menghalang tugas pegawai JAIS untuk menjalankan tugas sehingga terpaksa menggunakan polis.

Apa yang berlaku ialah saya dan YB Shaari Sungib cuba untuk menenangkan keadaan kerana para jemaah ketika itu terkejut dengan serbuan yang dilakukan dengan kasar dan biadap oleh saudara Shahrom penolong pengarah penguatkuasa JAIS yang mengaku mempunyai ijazah dari Universiti Al Azhar.

Untuk itu, saya mengesa agar Pengarah JAIS yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan ini menarik balik dakwaan beliau. Sebaliknya beliau perlu lebih teliti dalam mengeluarkan kenyataan kerana beliau membawa imej JAIS yang dipandang tinggi oleh umat Islam. 


ZURAIDA KAMARUDDIN
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat
[wm.kl 5:04 pm 04/11/09]


SUMBER : tINTA mERAH mso

Tuesday, 3 November 2009

KONSPIRASI DR ASRI DAN JAIS.. : Oleh Nobisha | Nizar News

Oleh : Nobisha

KONSPIRASI DR ASRI ZAINUL ABIDIN DAN JAIS

Saya membaca pelbagai komentar mengenai penahanan Dr Asri Zainul Abidin. Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak berkata ia adalah urusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan pusat. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kata beliau yakin JAIS akan menjalankan tugasnya dengan profesional.

Bagaimanapun, masyarakat kita yang gemar dengan teori konspirasi tidak berhenti setakat itu. Ada yang mengatakan "tangan ghaib" di belakang penahanan ini ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ada yang kata ia adalah perbuatan Dato' Dr Hassan Ali. Pelbagai teori konspirasi. Tak cukup setakat itu, ada pula yang berkata ia didalangi UMNO. Ada juga yang menuduh PAS dan PKR sebagai dalang.

Begitulah teori konspirasi. Hebat!

Mengapa tidak kita melihat ini sebagai satu tindakan pegawai JAIS yang tidak ada kena mengena dengan politik atau orang politik? Adakah kita sudah menjadi masyarakat "politikmania" sehingga segala-galanya mesti dikaitkan dengan politik?

Saya lebih cenderung untuk mengatakan bahawa JAIS menerima aduan dari publik mengenai Dr Asri yang dikatakan mengajar tanpa tauliah. Berdasarkan aduan itu, pegawai JAIS mengambil tindakan.

Kesilapan pegawai JAIS di sini ialah pertimbangan. Sepatutnya pegawai JAIS memberikan pertimbangan bahawa Dr Asri adalah seorang bekas Mufti dan sekiranya ada aduan sedemikian, sebaik-baiknya pegawai JAIS menjemput beliau untuk berbincang.

Tentulah ada cara yang lebih baik dan berhemah daripada menyerbu di tengah malam dan menahan beliau yang merupakan tokoh awam. Apabila sesuatu tindakan dibuat tanpa pertimbangan, maka ia telah menimbulkan polemik yang tidak perlu dalam masyarakat. Akhir sekali, umat Islam menghabiskan banyak masa berbalah soal-soal yang sebenarnya boleh dielakkan.

Saya tidak percaya kepada pelbagai teori konspirasi sama ada melibatkan parti atau pemimpin politik Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Ia adalah isu kepegawaian yang harus diselesaikan pada peringkat pegawai.

Sekiranya tidak, saya bimbang umat Islam menjadi bahan ketawa orang lain!

Sumber : Bicara Nobisha

Monday, 2 November 2009

Penahan Dr. Asri : Ulasan Dr. Hasan Ali | Nizar News

Ini kerja JAIS - Dr. Hasan Ali

Ini kerja Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kerajaan negeri tidak boleh masuk campur, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato' Dr. Hasan Ali merujuk penahanan bekas Mufti Perlis malam tadi.

Sebaliknya, beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, semua masalah yang berkaitan dengan JAIS perlu dirujuk kepada pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Katanya, ketika ditemui di pejabat beliau di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, disini, selepas mengadakan mesyuarat khas bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) Gombak Setia juga menegaskan, kerajaan negeri tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penangkapan bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin kerana dikatakan tidak mempunyai tauliah.

Penangkapan penceramah itu dilakukan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang semalam ketika menyampaikan tazkirah kepada lebih 300 hadirin.

Sumber : Thinking of Life


** JOM SERTAI PROGRAM BANTU MEMBANTU SESAMA INSAN... SILA KLIK **




.

ISU DR MAZA : Mesej daripada Tun Abd Rahman Yaakub | Nizar News

Mesej daripada Tun Abd Rahman Yaakub, bekas Ketua Menteri Sarawak kepada Dr. Mohd Asri berhubung dengan penangkapan JAIS:

Assalamualaikum,



Saya berdoa semoga Allah sentiasa melindungi saudara.



Jelas pada saya bahawa golongan-golongan yang dihasutkan oleh iblis akan melakukan segala-gala yang tidak menyenangkan hati mereka.



Saya yakin kebenaran akhirnya akan menghapuskan segala-gala fitnah dari golongan yang tidak bertanggungjawab.




Saya sudah pernah menghadapi golongan-golongan yang khianat lagi dengki pada perjuangan yang suci. Malangnya yang memusuhi pejuang-pejuang di jalan Allah yang mengaku dirinya di pihak yang benar.



Anehnya pada diri saya, orang bukan Islam dari pegawai-pegawai Inggeris yang membela dan menolong saya sehingga saya berjaya dan berhasil mencapai cita-cita murni.



Semuanya dengan izin Allah.



Wassalam.

Sumber : Minda Tajdid



** JOM SERTAI PROGRAM BANTU MEMBANTU SESASAMA INSAN.. SILA KLIK **





.

Isu Penahanan Dr. MAZA : Ulasan KJ | Nizar News

Khairy terkejut penahanan Mantan Mufti Perlis

KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin amat terkejut dengan berita penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam.

"Saya amat berharap beliau diberikan hak pembelaan dan pengadilan yang sewajarnya terutama apabila tangkapan itu dibuat hasil kerjasama yang baik daripada Asri sendiri kerana dilaporkan bahawa penahanan beliau diakukan tanpa sebarang waran tangkap," jelas Khairy di dalam blognya (http://www.rembau.net.my).

Kata beliau lagi, pada saat ini, situasi dan latar belakang penahanan Asri masih kabur dan sudah pasti akan menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Antara lain, kata Khairy, jika benarlah Asri ditahan atas sebab ceramah beliau, mengapa sekarang baru pihak JAIS mahu mengambil tindakan walhal Asri sudah lama berceramah dan berkongsi pandangan serta komen dalam coretan-coretan baik dalam blog beliau mahupun sebagai kolumnis dalam akhbar tempatan?

"Saya berharap ini bukanlah satu penahanan terpilih yang tercetus daripada provokasi mana-mana pihak yang tidak menyenangi beliau, atau berunsur politik bagi melarikan fokus rakyat lantas menutup kelemahan sesetengah pihak.

"Saya akan memantau situasi ini dengan cukup rapi dan jika benar wujud apa-apa ketidakadilan terhadap Asri dalam isu penahanan ini, saya tidak teragak-agak mengecam penuh tindakan seumpama ini," kata Khairy. _mstar Online


** JOM SERTAI PROGRAM BANTU MEMBANTU SESAMA INSAN.. SILA KLIK, TQ..**



.

Penahanan Dr. Asri : Ulasan Datuk Jamil Khir | Nizar News

Penahanan Asri tiada campur tangan pusat: Jamil

KUALA LUMPUR - Susulan penahan Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin malam tadi, beliau kini berada di Hotel Putra berhadapan Institut Jantung Negara bagi satu pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom di sini.

Beliau yang dilepaskan pihak Jais dengan bon tanpa cagaran dan diarah hadir untuk siasatan pada bila-bila masa diperlukan hadir kira-kira jam satu petang tadi.

Jamil Khir ketika ditemui di lobi hotel di sini berkata, perjumpaan ini dilakukan bagi menjelas dan mendengar perkara sebenar yang berlaku.

"Kerajaan pusat tiada kena mengena dalam hal ini dan ia merupakan bidang kuasa kerajaan Selangor di bawah Jais.

"Saya tidak boleh memberi sebarang penjelasan buat masa ini memandangkan tidak memperolehi cerita sebenar dari beliau (Asri) mahupun Jais," kata beliau.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan pusat tiada agenda dalam hal ini malah menolak sebarang agenda politik.

"Biarlah perkara ini dijelaskan pihak Jais memandangkan ia di bawah bidang kuasa mereka," kata Jamil ketika ditemui Sinar Harian sebelum pertemuan beliau dengan Asri di sini. _Sinar Harian


** JOM SERTAI PROGRAM HEBAT INI... SILA KLIK, TQ **


.

JAIS bebaskan bekas Mufti Perlis | Nizar News

(mStar Online) - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi kerana dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.

Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi esok untuk merakamkan keterangan.

Sementara itu dalam sidang media selepas dibebaskan, Dr Asri bagaimanapun menolak sebab penahanannya ialah atas dakwaan beliau merupakan pengikut Wahabi.

"Dia (anggota JAIS) tak sebut pun perkara itu (Wahabi) kepada saya, dia kata saya mengajar tanpa tauliah, dia tak kata isu itu.

"Isu yang dia kata ialah kerana saya tidak ada tauliah... itu sahaja," katanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.

Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap.

Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohd Asri menganggap penangkapannya itu telah dirancang sejak awal.

"Saya menganggap ini adalah usaha tangkapan terpilih kerana mereka memang target saya, ini (tangkapan) yang bertujuan kerana saya percaya ditempat lain juga pasti ada perhimpunan atau majlis-majlis yang sama seperti ini.

"Tapi oleh kerana mereka tahu di sini saya berhimpun, lalu mereka membuat operasi di sini," katanya.

Dalam pada itu beliau turut kesal dengan tindakan anggota JAIS sewaktu menguruskan operasi berkenaan.

"Tindakan JAIS tak serasi, bukan saya nak suruh mereka hormat saya, tapi sekurang-kurangnya mereka juga tahu saya bekas Mufti kerana negeri Perlis," katanya.

Diminta mengulas mengenai tauliah yang dikeluarkan oleh JAIS kepada guru agama yang ingin mengajar di Selangor, Mohd Asri berkata: "Saya ingin beritahu, JAIS ni, ketika saya menjadi mufti Perlis, mereka mengatakan semua mufti boleh mengajar di Selangor melainkan Mufti Perlis.

"Bayangkan kalau mereka tanya saya mengapa tak pohon tauliah... ketika saya ada jawatan mufti pun mereka mengecualikan saya daripada memiliki ruang bercakap dalam negeri Selangor."

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi Bernama berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.


*** SERTAI PROGRAM HEBAT INI... SILA KLIK, TQ ***


.

DR MOHD ASRI DITANGKAP MALAM TADI | Nizar News


(Utusan Malaysia) - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay di sini malam ini.

Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu dipercayai ada kaitan dengan fahaman Wahabi yang dikaitkan dengan beliau.

Sebelum beliau ditahan, sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS telah berada di luar rumah banglo itu sejak pukul 8 malam.

Dianggarkan, terdapat hampir 1,000 orang hadir mengikuti kuliah tersebut.

Anggota polis dan JAIS mula memasuki pekarangan kediaman itu selepas orang ramai meninggalkan banglo tersebut kira-kira pukul 9.30 malam.

Pegawai JAIS kemudiannya dilihat berbincang dengan Mohd. Asri, sebelum dia dibawa tanpa digari ke Balai Polis Ulu Klang.

Mohd. Asri sempat memberitahu para pemberita yang turut berada di kediaman itu supaya mengikutnya ke balai polis tersebut kerana beliau mahu memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Turut berada di rumah banglo itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib.

Semalam, Mohd. Asri yang mengadakan sidang akhbar di sini mendakwa Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm) memfitnahnya dalam satu memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Mohd. Asri yang juga kolumnis `Minda Dr. Maza’ dalam akhbar Mingguan Malaysia berkata, antara tuduhan fitnah dalam memorandum bertarikh 12 Oktober lalu yang dimuatkan di laman web Pgsm mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah dan keluar daripada mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali serta menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Sumber : Malaysia Today


*** BANTU MEMBANTU SESAMA ISLAM *****
****** SILA KLIK ******
******TQ ******


.

Saturday, 31 October 2009

Petugas Khas Akan Siasat Laporan Ketua Audit Negara | Nizar News

Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas peringkat tinggi yang diketuai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menyiasat laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa yang disebut dalam laporan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penubuhan pasukan petugas itu diluluskan oleh Kabinet, yang bermesyuarat Jumaat dan selaras dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan budaya prestasi tinggi dalam perkhidmatan awam.

“Kabinet memandang serius laporan itu dan telah memutuskan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan kewangan yang disebut dalam laporan itu. Jawatankuasa bukan sahaja akan menyiasat penyalahgunaan kuasa dan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati terlibat dalam penyelewengan kewangan itu tetapi juga mengambil tindakan pentadbiran terhadap mereka yang didapati bersalah tetapi tidak boleh didakwa di mahkamah atas pelbagai sebab,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya.

Pasukan petugas itu akan turut dianggotai Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sendiri.

Mereka malahan diberikan kuasa untuk meminta bantuan daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jika perlu berbuat demikian, katanya.

“Saya mahu tekankan di sini bahawa kami bukan berniat untuk mencari kesalahan sesiapa, tetapi kami hanya mahu memastikan mereka yang melakukan kesalahan tidak terlepas. Kami akan menggunakan undang-undang terhadap mereka yang didapati terlibat dalam penyelewengan tetapi jika terdapat kes yang kami tidak boleh bawa ke mahkamah, kami akan gunakan tindakan pentadbiran seperti diturunkan pangkat atau dipindahkan,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata tindakan yang diambil akan dilakukan secara adil dan akan turut mengambil kira semua faktor dan keadaan.

“Kami juga akan memberikan peluang yang adil untuk mereka yang berkenaan untuk mempertahankan diri. Pasukan petugas akan diberikan kuasa untuk memanggil siapa sahaja yang difikirkan sesuai untuk memberi keterangan kepada pasukan petugas.

“Kami juga mahu menunjukkan bahawa malahan mereka yang berada dalam sistem pentadbiran kerajaan juga tidak akan terlepas jika mereka telah mengeluarkan arahan yang salah kepada kakitangan bawahan.

“Kabinet berpendapat tindakan perlu diambil kerana kami tidak mahu kesilapan berulang setiap tahun dan hanya dipaparkan dalam laporan Ketua Audit Negara tanpa sebarang tindakan serius diambil terhadap pelaku kesalahan,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.

Perdana Menteri berkata pasukan petugas akan mengadakan mesyuarat pertama pada Isnin dan meneliti laporan secara berperingkat mengikut kes demi kes.

Beliau menegaskan kerajaan komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan awam yang menyalahgunakan kuasa ketika berkhidmat.

“Saya tahu kami tidak boleh mencapai sifar penyelewengan tetapi kami boleh mengurangkan perbuatan seperti itu,” katanya.

Perdana Menteri berkata dalam pada kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan ketika berkerja dalam perkhidmatan awam, kerajaan juga akan memberikan ganjaran kepada mereka yang menjalankan kerja dengan cemerlang.

“Kami bukan hanya mengambil tindakan untuk menghukum tetapi juga memupuk budaya prestasi tinggi di mana mereka yang menjalankan kerja dengan cemerlang akan diberikan ganjaran,” katanya.

– BERNAMA

Note : JOM SERTAI PROGRAM BANTU MEMBANTU SESAMA INSAN.... SILA KLIK...TQ

Friday, 30 October 2009

ISU PENDERAAN MANTIK HANI : Oleh Nobisha | Nizar News

PENDERAAN MANTIK HANI

Manusia waras tidak boleh menerima penderaan sehingga menyebabkan kematian pembantu rumah warga Indonesia, Mantik Hani. Ia adalah satu perbuatan gila yang tak dapat dimaafkan. Walaupun tidak setuju dengan perbuatan itu, malangnya sebahagian besar kita memilih untuk mendiamkan diri.

Alasannya pelbagai. Mungkin kita sudah tidak ambil pusing dengan apa yang berlaku di sekeliling; masing-masing sibuk dengan urusan yang tak pernah sudah. Mungkin juga marah dengan sikap segelintir rakyat Indonesia yang ingin menyapu (sweeping) rakyat Malaysia dan membakar Jalur Gemilang.

Ada juga yang berhujah bahawa pembantu rumah juga banyak menimbulkan masalah kepada rakyat negara ini. Ya, saya setuju. Namun itu bukanlah alasan untuk kita tidak ambil peduli kepada penderaan yang dilakukan oleh segelintir majikan yang tidak berhati perut.

Sementara apa yang saya sebutkan itu ada asasnya, namun saya fikir kita tidak harus mendiamkan diri; sebaliknya bersuara dan menyatakan sikap dalam soal ini.

Mungkin ada yang berkata menjerit pun tak ada gunanya; bagaikan anjing menyalak bukit. Biarlah saya berbeza pendapat dalam hal ini. Paling kurang kita memberikan mesej yang jelas kepada rakyat Indonesia bahawa kita memprotes perbuatan tersebut, lalu membantu menjernihkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

Pada masa yang sama, suara penentangan kita akan membolehkan isu ini dilihat sebagai tidak menggambarkan layanan majikan kepada pembantu rumah yang bekerja di Malaysia. Saya percaya sebahagian besar majikan di negara ini melayani pembantu rumah dengan baik dan penuh berhemah.

Sekiranya kita mendiamkan diri, kebimbangan saya ialah isu ini akan dimainkan oleh media massa dan akhir sekali kita dilihat sebagai setuju dalam senyap dengan perbuatan gila ini.

Ah, kan orang tua-tua selalu berkata, "Diam tanda setuju!" _ BICARA NOBISHA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist