Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di empat buah sekolah di Sabah ditahan kerana disemak semula dan hanya akan diumumkan Isnin ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian terpaksa menahan keputusan itu bagi membolehkan Lembaga Peperiksaan menilai semula jawapan pelajar kerana timbul unsur keraguan.
“Ia membabitkan tiga sekolah di Tawau dan satu di Keningau membabitkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
“Disebabkan adanya ketidakpastian dan keraguan terhadap jawapan bagi tiga mata pelajaran itu, kementerian menahan keputusan UPSR bagi membolehkan jawapan itu dinilai semula.
“Penilaian telah siap dan pelajar-pelajar boleh mendapatkan keputusan masing-masing Isnin ini,” katanya di sini, hari ini.
Keputusan UPSR seluruh negara diumumkan pada Khamis lalu.
Ditanya adakah penahanan keputusan itu disebabkan kebocoran kertas soalan, Alimuddin berkata: “Perkara itu tidak berlaku.”
“Kes seumpama itu pernah berlaku sebelum ini. Tahun lalu pun ada. Tidak ada kebocoran kertas soalan. Apa yang berlaku ialah Lembaga Peperiksaan mendapati ada keraguan terhadap jawapan dan mereka menangguhkan keputusan untuk dikaji semula,” katanya.
Beliau tidak memberi nama sekolah terbabit.
Mengenai kesan penahanan keputusan itu terhadap pelajar dan kebimbangan ibu bapa mengenai kemasukan anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh, Alimuddin berkata perkara itu tidak perlu dirisaukan kerana urusan kemasukan ke asrama penuh dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran.
Beliau berkata kementerian mempunyai senarai nama pelajar yang layak dan keputusan siapa yang terpilih juga ditentukan pihaknya.
“Sebenarnya masalah ini tidak timbul. Urusan kemasukan ke sekolah berasrama penuh dikendalikan oleh kementerian. Penahanan keputusan itu tidak mengganggu peluang mereka kerana kementerian mempunyai senarai nama mereka yang layak. Jadi ibu bapa tidak perlu risau mengenainya,” katanya.
Pencapaian keseluruhan calon-calon tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas dengan pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak satu peratus berbanding 2008. - Bernama
Saturday 21 November 2009
Keputusan UPSR 4 sekolah di Sabah disemak semula | Nizar News
Keputusan UPSR 4 sekolah di Sabah disemak semula | Nizar News
2009-11-21T21:24:00+08:00
Nizar
umum|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI7 months ago
-
Nazri: DAP menang banyak pun, PM tetap Melayu8 months ago
-
SUKA MUHONG9 months ago
-
-
ATOK OH ATOK..11 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama7 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20158 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan8 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng9 years ago
-
-
-
-
-
new post10 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-