.

Friday 20 November 2009

PEMIMPIN MCA TEMBE... | Nizar News

Setelah MCA bergaduh bagai nak rak, baharulah Najib bersuara. Tiong Lai yang sebelum itu beriya-iya hendak memberi laporan kepada Najib rupa-rupanya acah sahaja.

Begitulah sifat harimau kertas. Oleh sebab itu tidaklah menghairankan apabila Tee Kiat mengambil keputusan memecat penyokong-penyokongnya dalam Majlis Presiden.

Anehnya, Ketua Pemuda MCA dan Ketua Wanita MCA menangis di hadapan wartawan ketika meminta ahli-ahli menghadiri EGM Ke-2 pada 28 November 2009 nanti. Padahal mereka sudah pun tahu Majlis Presiden membatalkan EGM tersebut.

Masih wujud pemimpin MCA yang tembe (tidak gagah dan kemanja-manjaan) macam budak-budak. Kalau begitu sekali lemahnya semangat mereka, tak payahlah jadi pemimpin. Mengabihkan bogheh sajo.

Namun demikian, jika tangisan itu menjadi tanda kecewa dan takut hilang jawatan, alangkah hinanya MCA memiliki pemimpin yang sedemikian rupa.

Pada hakikatnya, MCA tidak memiliki pemimpin yang berwibawa. Jika EGM yang lalu diambil kira, Tee Kiat hanya mendapat satu pertiga sokongan perwakilan; Soi Lek memperoleh satu pertiga sokongan juga; dan Kumpulan Ketiga pun memperoleh bahagian yang sama.

Oleh sebab itu, kesemuanya tidak mendapat sokongan yang solid. Masing-masing pun bertelagahlah apabila Kumpulan Tiong Lai cuba tunjuk taring. Awal-awal lagi kumpulan ini mengugut Najib. Mereka tetap mahu penyelesaian melalui pemilihan semula pucuk pimpinan parti.

Dengan lagak abang long, UMNO masuk campur. Persoalannya boleh ke? Masalah dalam UMNO pun tak dapat selesaikan, macam mana nak selesaikan masalah orang lain?

Campur tangan UMNO dalam krisis MCA akan menjadi tikus baiki labu. MCA sudah diserang sakit kronik sebenarnya. Biarkan sahaja mereka sirna. Ahli-ahlinya perlu meninggalkan BN dan memasuki Pakatan Rakyat. _Tinta Mutiara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist