.

Friday 20 November 2009

Tan Sri Muhammad Muhd Taib Keluar UMNO? | Nizar News

Oleh MayLin

" Berita ini tercetus rentetan dari kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di konvesyen PKR Selangor Ahad lalu bahawa Muhammad mengakui perubahan yang baik yang telah dilakukan di negeri itu oleh pemimpin Pakatan, ketika mereka bertemu minggu lalu.

Khalid juga mendakwa, dalam pertemuan itu, Muhammad juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengannya "untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar.".

Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah mengamanahkan tugasnya sebagai ketua Umno bahagian Kelana Jaya kepada timbalannya, Datuk Yahya Bujang sejak bulan Mei tahun lalu (2008)

"Saya kenal sangat Tan Sri Muhammad. Dia tu bekas bos saya, saya tak fikirlah dia akan keluar umno. Sangat susah untuk percaya dia akan buat begitu." katanya lagi.

Menurut Datuk Seri Khir Toyo selaku bekas MB Selangor pula berkata, "Dia sedang berehat tapi masih lagi ketua bahagian,"

Shukor Idris selaku ketua penerangan UMNO negeri pula berkata beliau masih gagal menghubungi Muhammad."Dia sedang bercuti. Mungkin sekarang tengah sibuk dengan aktiviti keluarga. Setakat yang saya tahu, dia juga sudah lama tidak aktif dengan aktiviti dan di bahagiannya di Kelana jaya."_Utara Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist