Monday, 2 November 2009

Isu Penahanan Dr. MAZA : Ulasan KJ | Nizar News

Khairy terkejut penahanan Mantan Mufti Perlis

KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin amat terkejut dengan berita penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam.

"Saya amat berharap beliau diberikan hak pembelaan dan pengadilan yang sewajarnya terutama apabila tangkapan itu dibuat hasil kerjasama yang baik daripada Asri sendiri kerana dilaporkan bahawa penahanan beliau diakukan tanpa sebarang waran tangkap," jelas Khairy di dalam blognya (http://www.rembau.net.my).

Kata beliau lagi, pada saat ini, situasi dan latar belakang penahanan Asri masih kabur dan sudah pasti akan menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Antara lain, kata Khairy, jika benarlah Asri ditahan atas sebab ceramah beliau, mengapa sekarang baru pihak JAIS mahu mengambil tindakan walhal Asri sudah lama berceramah dan berkongsi pandangan serta komen dalam coretan-coretan baik dalam blog beliau mahupun sebagai kolumnis dalam akhbar tempatan?

"Saya berharap ini bukanlah satu penahanan terpilih yang tercetus daripada provokasi mana-mana pihak yang tidak menyenangi beliau, atau berunsur politik bagi melarikan fokus rakyat lantas menutup kelemahan sesetengah pihak.

"Saya akan memantau situasi ini dengan cukup rapi dan jika benar wujud apa-apa ketidakadilan terhadap Asri dalam isu penahanan ini, saya tidak teragak-agak mengecam penuh tindakan seumpama ini," kata Khairy. _mstar Online


** JOM SERTAI PROGRAM BANTU MEMBANTU SESAMA INSAN.. SILA KLIK, TQ..**



.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)