.

Showing posts with label PRU 13. Show all posts
Showing posts with label PRU 13. Show all posts

Monday, 8 August 2011

Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara

Cukup ke?.. Ceupacs minta 2 bulan, dapat setengah bulan jer.. nasib baik dekat dah PRU 13. Kalu tak ternganga lagi kakitangan awam..



KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Saturday, 6 August 2011

PRU 13 awal atau lewat, Najib tetap didesak berundur?

Oleh: Lim Hong Siang


Melihat kepada lautan manusia pada 9 Julai 2011, ramai menjangka Perdana Menteri Najib Razak tidak berani untuk membubarkan parlimen pada tahun ini. Igauan bagaimana perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 mencetuskan tsunami politik pada 8 Mac 2008 masih menghantui Barisan Nasional. Seandainya PRU ke-13 diadakan pada tahun ini, Najib berkemungkinan besar mengulangi nasib mantan PM, Abdullah Ahmad Badawi.


Lebih-lebih lagi, cara dan pendekatan kerajaan Najib Razak mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 telah mencungkil ketidakpuasan ramai, dari Sasterawan Negara yang menjadi ikon budaya, hinggalah bekas mufti yang berpengaruh dalam bidang agama; dari mereka yang berada di atas pagar, hinggalah pewaris tokoh UMNO sendiri - Marina Mahathir.

Mengikut perhitungan biasa, kerajaan Najib dijangka memerlukan tempoh dalam setahun untuk memperbaiki keadaaan, atau sekurang-kurangnya meredakan ketidakpuasan ini. Dengan kata lain, PRU 13 paling mungkin diadakan pada tahun 2012 selepas Jun, malah tidak mustahil diheret sehingga awal tahun 2013.

Semakin lama PRU ditunda....

Namun demikian, perkiraan UMNO mungkin tidak mengikut logik biasa. Semakin lama PRU ke-13 ditunda, bermakna semakin berat bebannya. Pertama, UMNO-BN tidak mempunyai alasan untuk menundakan reformasi sistem pilihan raya. Perlu diingatkan bagaimana impak "BERSIH 1.0" memuncak apabila SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum hari pengundian PRU 12. Kerajaan Najib sama ada kehilangan undi berikutan "ketidaksempatan" melakukan reformasi sistem pilihan raya, ataupun tumbang kerana sistem pilihan raya yang bersih, adil dan bebas.

Dari segi ekonominya, semakin lama PRU 13 ditunda, maka kerajaan BN perlu bergelut dalam situasi inflasi yang semakin melonjak. Harga minyak semestinya akan meningkat, selain tarif elektrik yang telah dijanjikan akan dikaji setiap enam bulan. Keadaannya akan lebih parah dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, malah dijangka "meleset" pada tahun 2012. Pengurangan subsidi hampir pasti berlaku. Meskipun dibuat juga peruntukan bajet (gula) untuk meraih undi, persoalan yang melantun-lantun adalah, dari mana datangnya wang itu?

Dari segi politiknya pula, seandainya PRU 13 dijalankan pada 2012 mahupun 2013, pengundi Sarawak akan tertanya-tanya, bilakah Ketua Menteri Taib Mahmud bersara? Meskipun menang dalam pertarungan sengit PRN Sarawak pada April 2011, namun BN sedar bahawa angin perubahan semakin kencang. Seandainya Taib Mahmud dikekalkan, maka ia menghulurkan senjata kepada Pakatan Rakyat untuk menyerang dirinya. Sebaliknya, jikalau Taib Mahmud digugurkan, maka pertentangan kepentingan akan berlaku, antara Taib Mahmud yang sudah 30 tahun berkuasa di bumi kenyalang, dengan kepentingan kerajaan persekutuan.

Seandainya BN gagal menyelesaikan konflik ini, maka angin perubahan dijangka bertiup ke Sabah, dua negeri yang melanjutkan denyutan jantung BN di Putrajaya. Perlu diambil kira juga negeri Johor, yang mana sebelum ini Menteri Besar Abdul Ghani sendiri menjangkakan angin perubahan yang lebih kencang berbanding 8 Mac 2008. MCA menyumbang tujuh daripada 26 kerusi parlimen di Johor, dan tujuh ini berpotensi jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Melihat kepada senario terkini, persoalan yang lebih merunsingkan Najib/BN adalah, daripada 15 kerusi parlimen yang dipegang MCA sekarang, berapa yang mampu dipertahankan?

Kegagalan Najib menarik sokongan

Najib bermula dari mana Abdullah Ahmad Badawi terjatuh. Jelas, slogan 1Malaysia-nya menyasarkan pengundi yang berada di "pertengahan", yang mual dengan politik perkauman. Sementara itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP)-nya pula menyasarkan pengundi bandar, yang menaruh harapan agar sistem dan struktur ekonomi diperbetulkan. Golongan ini tidak menunjukkan kecenderungan politik parti yang tegar, mereka dijangka kembali ke pangkuan BN seandainya kehidupan harian dan keadaan negara diperbaiki.

Akhirnya kesemua daripada mereka dihampakan. Sama ada PERKASA diwujudkan atas restu Najib kerana "politik talam dua muka", mahupun sabotaj dalaman parti - sudah tidak penting. Politik itu persepsi. Persepsi umum adalah PERKASA berjaya menggagalkan 1Malaysia dan ETP yang digagaskan Najib, dan Najib selaku seorang PM gagal mengawal keadaan sehingga PERKASA dibiarkan bermaharajarela.

Najib semakin tersepit. Bukan sahaja golongan yang berada di "tengah-tengah" ini dikecewakan, malah ikon-ikon tertentu yang berpengaruh turut mengasingkan diri dari regim ini, bahkan melontarkan kritikan terhadapnya. Ikon budaya, Sasterawan Negara A.Samad Said dalam wawancara bersama Malaysiakini terus mengecam bahawa "Najib memang kejam". Perlu diingatkan bahawa A.Samad Said disokong sekumpulan seniman apabila polis menyoal-siasat beliau di bawah Akta Hasutan.

Baru-baru ini, bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) dikaitkan pula dengan fahaman Wahabi, dan aktiviti terrorisme. Meskipun sesetengah pandangan beliau dianggap kritikal terhadap kerajaan, namun Dr. MAZA tidak semestinya berpihak kepada PR. Misalnya, beliau pernah dikecam keras apabila mencadangkan agar Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berundur. Maknanya, terdapat ruang untuk BN "engage" pemimpin yang berpengaruh seperti ini. Namun, mengaitkan MAZA dengan pengganas adalah sesuatu yang sukar dipertahankan, walaupun Utusan Malaysia, kerana MAZA pernah menulis kolum untuk akhbar tersebut.

Pendekatan Najib mengendali BERSIH 2.0 seolah-olah menggali kubur untuk dirinya. Titik pusingannya berlaku apabila Najib berdolak-dalik dalam isu "stadium", yang menyebabkan ramai beralih untuk bersimpati terhadap BERSIH 2.0. Dan apabila gas pemedih mata dilepaskan bertalu-talu ke dalam lautan manusia yang merangkumi warga emas, budak kecil... yang melangkaui batas kaum dan agama, imej Najib ranap dalam sekelip mata.

Pergelutan dalam UMNO

Kini Najib berdepan dengan tekanan dalam partinya. Dari perkiraan sesetengah pemimpin UMNO, BN tetap mampu mempertahankan kerajaan persekutuan pada PRU 13, meskipun mungkin gagal mengembalikan majoriti dua pertiga, dan beberapa kerajaan negeri, malah mungkin kehilangan Negeri Sembilan!

Apapun berlaku, senario ini tidak memihak kepada Najib. Najib tetap akan digulingkan dalam UMNO seandainya,-
Pertama, gagal mengembalikan majoriti dua pertiga dalam parlimen;
Kedua, gagal mengembalikan kuasa beberapa kerajaan negeri, misalnya Selangor.
Ketiga, gagal meraih sokongan bukan Melayu.

Dari kaca mata sesetengah pimpinan UMNO, UMNO-BN akan hilang kuasa jikalau semakin lama PRU 13 ditunda. Maka tidak mustahil seandainya Najib didesak untuk mengadakan PRU 13 pada Oktober tahun ini.

Sama ada PRU 13 diadakan pada tahun ini mahupun tahun 2012, malah 2013, Najib perlu bersedia untuk menyusuri jejak Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah gagal apabila menghampakan pengundi yang mahu melihat perubahan yang dijanjikannya. Nasib yang sama akan menimpa Najib. Cuma, nasib Najib mungkin lebih malang daripada Abdullah, kerana beliau mempunyai kes Scorpene yang bakal berlangsung perbicaraannya di Perancis!

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Thursday, 4 August 2011

CUEPACS terus minta kerajaan timbang Bonus

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama

* Pilihanraya semakin hampir... *

Sunday, 31 July 2011

Najib mencari ‘Talian Hayat’

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad


Bila penulis menerbitkan satu makalah “General Election in July, folks!” pada 20 Mei lalu, ia bukan bertujuan untuk ‘spin’. Mengimbas kembali,itulah ruang tarikh atau 'window’ paling wajar menyerang-hendap atau ‘ambush’ Pakatan Rakyat. Pengumuman pembubaran parlimen boleh menjadikan perhimpunan Aman Bersih 2.0, 9-Julai lalu di satu kedudukan yang sukar diberikan tumpuan oleh penganjur. Lebih parah lagi bagi parti-parti politik yang dalam ‘panic mode’. Najib gagal.




Malang buat Umno-BN, Perdana Menteri Najib tidak sehebat pendahulunya. Najib kini sudah kehilangan jendela atau ‘window’ paling strategiknya. Sebaliknya, tidak keterlaluan kalau penulis nyatakan bahawa Najib mungkin sahaja akan kehilangan peluang untuk memimpin dalam perang PRU k-13 ini! Maksudnya, penulis meramalkan Najib akan disingkir sebagai Presiden Umno sekaligus Pengerusi BN sebelum PRU ke-13,.

Begitu sekali? Ya, demi menyelamatkan Umno-BN, Najib akan bakal diketepikan. Sejarah akan berulang. Tun terpaksa diketepikan Umno untuk menyelamatkan parti Melayu itu, sebab telah menjadi ‘liabiliti’ terbesar perjuangan parti mereka. Ternyata strategi itu berbisa dan mengena. Pak Lah menang besar dalam PRU ke-11, April, 2004 itu, bahkan antara terbesar dalam sejarah politik pilihanraya Umno.

Kini Umno sedang menghitung opsyen atau pilihan strategik yang sama. Bezanya Tun diketepikan setelah terlalu lama memimpin; 22 tahun. Najib baru sahaja masuk tahun ketiganya. Najib pun belum pernah menang pilihanraya umum yang dikemudinya sendiri. Besar harapan Najib untuk membuktikan kepemimpinannya.

Mungkin sahaja itu akan tinggal cita-cita. Dia semacam akan tersungkur di garis permulaan tampaknya. Dia sedang menemui ‘ su’ul khatimah’ atau ‘kesudahan buruk’ dalam kerjaya politiknya. Bagi seorang ahli politik tambahan calon negarawan, kesudahan seperti itu amat mengaibkan dan mengerikan sekali.

Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib?

Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya (bukan ‘pendek kata’), Najib telah menjadi ‘liabiliti paling besar’ buat Umno diambang PRU ke-13 ini. Dia telah menjadi seumpama Tun dalam masa yang jauh lebih singkat. Bagi sebuah parti, yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa. Pemimpin boleh datang dan pergi. Tak ada siapa yang akan kekal. Tapi parti dan ‘perjuangan’ mesti dipertahankan, walau apapun. Mungkin ‘mantra’ atau ‘maxim’ ini umum dan berkuatkuasa untuk semua. Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi. Tahap sokongan atau ‘approval rating’ beliau, mengikut dapatan beberapa pusat kajian polls, menunjukkan peningkatan pada peringkat awalnya menjadi PM. Najib telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan ‘pandangan awam’ atau ‘public opinion’ sehingga sanggup mengungkapkan bahawa ‘Era kerajaan tahu semua telah berlalu”. Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat.

Najib cuba perbaikki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh pra PRU ke-12 dengan mantranya “Rakyat di dahulukan dan prestasi diutamakan’. Kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baikpulih ‘persepsi’ terhadap partinya. Najib juga cuba mendekati dan melayani warga ‘netizen’ dan golongan muda dalam media baru- facebook dan twitter dan berinteraksi secara maya dan ‘engaged’ secara langsung juga dengan mereka.

Justeru, tidak hairan Najib masih boleh memenangi beberapa pilihanraya kecil sehingga keputusan mutakhir terikat pada kedudukan seri 8-8 sejak selepas PRU ke-12.

Namun amat malang bagi Najib, semakin ghairah beliau membuktikan kepimpinannya, semakin menyerlahkan kelemahan sebenar dirinya, samada pada rakyat atau pengundi dan lebih parah lagi kepada pendukung setia dan ‘warlords’ partinya sendiri, Umno.

Mutakhir ini, ‘tahap sokongan’ atau ‘approval rating’ terus merosot berbanding sedikit waktu dahulu. Tiga tahun adalah lama dalam politik. Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta kebocoron dalam pengurusan kewangan dan pembangunan Negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya. Najib seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu. Beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

Samada isu nama Allah, isu kepala lembu atau babi hutan. serangan terhadap rumah ibadat, Interlok, PPSMI, GMI, rampasan negeri Perak dan pelbagai lagi perilakunya dalam beberapa PRK khususnya di Sibu, Serawak dan Hulu Selangor, telah pun menyelak hakikat sebenar ‘dirinya’. Beliau ‘reckless’ atau tidak punya ‘jatidiri politik’ yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan.

Sebaliknya kata-kata tidak cermat, seperti ‘you help me dan I help u’ memperkuhkan pelbagai amalan buruk dalam rasuah politik pilihanraya. Memberi kedudukan tinggi orang yang sabit rasuah sementara dia mahu perang rasuah. Dia sinonim dengan tabiat flip-flop, satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan. Beliau hanya mahu ‘sokongan’ semua.

Kini Najib berdepan pelbagai ujian getir. Rakyat dan pengundi terus menilai sementara partinya terus cemas serta rimas dengan prestasi Najib dan mutakhir ini gelagat buruk dan perilaku ‘first ladynya’ . Ia memburukkan lagi peluang Najib. Berbelanja besar dan ‘taste’ atau selera hyper-mewah berlawanan dengan anjuran menyuruh rakyat bercermat. RM4.5 juta menganjur Persidangan Wanita Pertama Dunia yang dihadiri 14 wanita pertama kebanyakan dari Negara Afrika bukan satu yang wajar dalam 13 tahun bajet defisit yang ditanggung kerajaan BN.

Beg tangan, gelang tangan mewah dan cincin belian didakwa RM24 juta yang ada hubungkait dengan FLOM itu amat tidak disenangi rakyat yang dianjurkan berjimat dalam mendepani himpitan kos saran hidup yang tinggi. Perbelanjaan besar rumah kediaman PM dan TPM juga dipandang cukup jelek oleh rakyat. Pertikaian pelbagai pihak tentang ‘entourage’ keluar Negara seperti urusan pra-pertunangan di Kazakhstan masih menantikan pertanggungjawaban secara telus dan amanah.

Najib kini kehilangan ’goodwill’nya atau ‘sangka baik’ dan ‘hormat’ rakyat pada dirinya. Ini petanda buruk bagi seorang pemimpin, khususnya ketua sesebuah kerajaan.

Bersih 2.0 pula terus menyerlahkan kepimpinan buruk Najib dan kegagalan beliau menangani cabaran Politik Baru. Kini rakyat-pengundi yang mengalami pencerahan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik samada kerajaan atau pembangkang. Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang ‘kotor’ dalam sistem pilihanraya. Ini termasuk hal kekotoran dalam daftar pemilih dan mengundi lebih sekali. Isu dakwat kekal lawan kaedah biometric akan terus menjadi polimik tajam. Najib gagal menangani isu semudah ini. Ataukah beliau mahu menyerlahkan niat jahat kerajaannya?

Kezaliman dan tindakan ganas pihak PDRM terhadap peserta Bersih 2.0 satu hal yang menunjukkan bahawa Najib dan menteri-menteri gagal memahami bagaimana mendahulukan rakyat dan faham bahawa ‘era kerajaan tahu semua sudah berlalu’. Najib mendapat liputan buruk media dalam dan luar Negara, termasuk kritikan dari pimpinan politik dalam partinya seperti Saifudin Abdullah dan Khairy Jamaludin., Kedua-dua tokoh pemimpin muda Umno. Mungkin ramai yang takut bersuara.

Tidak pernah disaksikan betapa masyarakat ‘netizen’ media sosial memarahi pemimpin parti politik seteruk kali ini. Tetapi dengan Najib ini, selepas Bersih 2.0, lebih 200,000 warga sebuah facebook menuntut Najib berundur segera. Ini cukup menyiksakan seorang pemimpin!

Semacam tidak memahami realiti akar umbi, Najib terus membuka pelbagai ‘front’ memerangi rakyat-pengundi yang sepatutnya dimenangi hati-budi mereka. Umno-BN terus memerhatikan Najib yang bertindak ‘sumbang’ mungkin dengan nasihat pelbagai firma ‘consulting’nya termasuk APCO, yang tidak tahu waqi’ atau realiti politik Negara dan salur-galur psiki orang Melayu, kaum Cina-India dan ratusan etnik dari sabah dan Sarawak.

Najib wajar melebarkan lingkungan kawan dan memperkcilkan lawan. Perilaku mencetuskan kesan sebaliknya. Najib tidak tahu bahawa beliau punya musuh dalam selimut. Najib melalui sepupunya Hishamuddin menahan 6 pemimpin Parti Sosialis Malaysia, yang hari ini dinobat sebagai PSM06 atau EO6. Dr Jeyakumar, MP Sg Siput yang juga ditangkap telah memulakan mogok laparnya. Atas tekanan rakyat, penulis meramalkan mereka akan di bebaskan. (Telah pun).

Najib mengundang amarah kaum India, yang sokongan mereka belum pasti akan kembali kepada BN. Menteri Sumber Manusia dari MIC dan Presiden telah ‘broke-rank’ lantas mengecam kerajaan Najib atas tahanan di bawah Ordinan Dharurat 1960. Kini seluruh lapisan rakyat sivil dan politik Pakatan bergandingan untuk membebaskan tahanan EO6 ini.

Front perang antarabangsa juga dibuka oleh Najib ketika secara ‘terdesak’ mengambil tindakan menahan lantas ‘mendeport’ William Bourdon, peguam hak asasi manusia yang menjadi peguam sebuah NGO, Suara Rakyat Malaysia, SUARAM, yang mengangkat pendakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis.

Peguam yang datang untuk berucap dalam program ‘fund raising’ Suaram bagi membiayai kes perbicaraan terhadap dakwaan rasuah syarikat Perancis DCNS yang membekalkan kerajaan Malaysia kapal selam scorpene, akhirnya dihantar pulang setelah didakwa melanggari peraturan visa kemasukannya. Sekali lagi rakyat dan dunia memerhatikan apa pulak yang cuba dilindungi Najib kali ini. Kes akan didengari di Mahkamah Perancis pada bulan September tahun ini.

Bermakna Najib kini terpaksa berdepan dengan risiko besar dengan apa yang bakal didedahkan siasatan peguam Suaram ini. Mampukah Najib mengangkis persepsi buruk ini, jika sebutan itu membabitkan orang kepercayaannya? Mampukah Umno menerima dampak buruknya seandai dapat di dedahkan Willaim Bourdon nanti skandal perolehan scorpene tentang siapa antara penerima RM540 juta itu?

Najib terus ditimpa nasib malang kerana mantra keramat “1-Malaysia” nya pada awalnya adalah memenangi pengundi kaum Cina dan India yang telah menyokong pembangkang. Ini pendekatan ‘inklusif’ atau ‘keterangkuman’nya. Sedari awal mantra ini kurang disenangi oleh partinya sendiri. Ia dilihat terlalu lunak kepada kaum bukan-Melayu. Mahyuddin sedari awal telah menyanggah dengan beliau bertegas dia Melayu dulu ‘Malay first’ sesuai dengan slogan ‘Hidup Melayu’ dan ‘Ketuanan Melayu’ yang didukungi Umno sejak azali.

Pelbagai pendekatan ‘inklusif’ Najib tidak di’kongsi’ oleh partinya dan Perkasa digunakan oleh ‘warlords’ Umno seperti Tun Malhathir untuk membantah segala program Najib termasuk agihan projek MRT dan pelbagai lagi yang dilihat terlalu “1-Malaysia”. Seawalnya Perkasa mahu mengheret Najib sebagai bertindak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 153 dsbnya.

Kini Najib bukan sahaja dilihat gagal membaikpulih ekonomi dengan segala program transformasinya bermula NKRA, NKEA, SRI, Model Ekonomi Baru (NEM), ETP dan EPP, tetapi ditanggapi ‘warlord’ partinya sendiri sebagai menghakis ‘penguasaan politik’ dan ‘kedudukan ekonomi’ orang Melayu. Penubuhan Teraju, penghapusan Suruhanjaya Peluang Saksama (EOC) dan pelbagai tindakan bolak-balik dan ‘patah-balik’ tidak dapat merawat ‘kemarahan warlords’ partinya sendiri. Hakikat tentangan dari dalam ini tidak mudah Najib tangani. Ia lebih menusuk jiwanya dari serangan Pakatan Rakyat dan masyarakat sivil.

Mutakhir ini dan sedikit berlain adalah penubuhan Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan kawan-kawanya. Ia tidak boleh dipandang mudah oleh Najib. Mereka bukan parti pembangkang dan bukan juga 62 NGOs yang menubuhkan Bersih 2.0. Mereka adalah ahli Umno dan BN, sebahagian besar adalah pemimpin atau mantan pemimpin Umno-BN dan berjawatan dalam kerajaan seperti Kadir Sheikh Fadzil, Syed Hamid Albar, Osu Sukam dan dari MCA seperti Ong Tee Keat. Penentangan mereka adalah atas dasar menentang “korupsi, kronisme dan krisis perkauman” yang membarah dan endemik dalam Umno dan BN.

Mereka juga mahu menjadi kuasa ketiga dan sanggup menentang Najib. Apakah mereka bersedia untuk bersama Pakatan dalam satu “Grand Coalition” untuk menjatuhkan kuasa Najib dan Umno-BN? Apakah ‘game-plan’ atau strategi Ku Li. Tidak jelas sehingga kini. Yang jelasnya mereka sangat marah kepada Najib yang dilhat gagal mengeluarkan Negara dari segala macam krisis yang mereka juga adalah sebahagian darinya satu masa dahulu.

Di persimpangan kritikal ini, Najib semacam keseorangan. Yang jelasnya menyokongnya ialah Rosmah. Kalau cepat dilakukan PRU ke-13, ramai yang mahu terus bertanding akan terus terpaksa bersamanya. Sebabnya dalam tradisi Umno, Presiden menentukan calon-calon. Tetapi kalau lambat, tak siapa pun takut dan segan kepada Najib. Dan masa tidak menyebelahinya. Kalau mahu tunggu lepas Bajet, yakni bulan Oktober-November, skandal Scorpene menghantuinya. Kalau mahu tunggu tahun depan Mac-April, pemilihan partinya menjadi Najib lebih gusar dan gundah gulana.

Di persimpangan ini, kombinasi fraksi 3-M – Mahyuddin, Mukhriz dan Mahathir, dikatakan tidak akan duduk sahaja untuk menyaksikan partinya mereka punah kerana gelagat Najib-Rosmah. Usaha Najib mengembalikan sokongan kaum Cina-India disaksikan sebagai gagal. Umno mungkin sahaja memikirkan supaya jangan buang masa dengan kelompok kaum ini.

Apakah Mahyudin-Mukhriz-Mahathir akan merancang manjatuhkan Najib bagi mempastikan Umno berpeluang untuk terus menguasai kepimpinan Negara? Mampukah fraksi 3-M ini mengekalkan sokongan kaum Cina dan India yang cuba dimenangi Najib? Tentunya tidak. Mampukah Umno bertahan dengan hanya sokongan Melayu yang juga terbelah dua? Apakah mereka ini disokong fraksi Amanah Ku Li?

Umno jelas di kedudukan yang paling parah sejak pasca PRUke-12. Mereka masih belum mendapat sentuhan strategi keramat lagi. Apakah Najib-Rosmah akan terpaksa dikambinghitamkan bagi memberi talain hayat kepada parti Melayu tertua di dunia ini?

Najib terus mencari tallian hayatnya untuk kekal bernafas di Putrajaya

Saturday, 30 July 2011

Dekat Pilihanraya, Baru Sedar Barang Keperluan Mahal

Oleh Ustaz Idris Ahmad




Di antara tanda pilihanraya ialah setiap h hari ahli Pas masuk umno
Tanda kedua apabila pemimpin BN bercakap untuk membela rakyat kerana kenaikan harga barang. Hari ini pula media mengumumkan Datuk Seri Najib mengumumkan kerajaan akan memerangi kos kehidupan rakyat.

Beliau dengan penuh bangga menyatakan bahawa kerajaan akan menambahkan lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.




Ini adalah petanda pilihanraya sudah hampir. Dekat pilihanraya baru Datuk Seri Najib sedar barang keperluan rakyat melonjak tinggi. Datin Rosmah tidak tahu berapa harga gula sekilo. Beliau hanya tahu membeli belah dan boros berbelanja tanpa memikirkan majoriti rakyat terpaksa mengikat perut kerana kenaikan harga barang.

Malang rakyat Malaysia mendapat pemimpin yang reaktif, bukan pro aktif ketika merangka dasar pembangunan ekonomi rakyat. Kenapa sekarang baru hendak memikirkan untuk menjana tanah di negara ini supaya harga makanan tidak naik. Sudah berapa lama pemimpin pembangkang menasihat kerajaan supaya jangan tinggal industri pertanian, kerana ia melibatkan keselamatan makanan.

Malaysia sepatutnya tidak terkesan dengan iklim ekonomi dunia jika negara mempunyai asas kuat dalam sektor pengeluaran makanan. Sebaliknya Malaysia suka mengimport makanan supaya memberi peluang kepada suku sakat umno Bn, biar pun rakyat yang terbeban. Contohnya pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan import pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada tahun 1990. Pada tahun 2010 jumlah import makanan telah mencecah RM26.7 bilion.

Apabila dekat pilihanraya baru hendak berlakon kononnya pemimpin negara ini menyelami penderitaan rakyat. Kita menyeru rakyat Malaysia supaya menukar kerajaan yang lebih adil dan bijak mengurus. Ini telah dibuktikan di Kelantan walau pun dengan kekangan kewangan namun pemimpin yang diberi taufik oleh Allah memfokuskan kepada usaha untuk menyenangkan rakyat

Sepatutnya pemimpin Bn kena malu kepada Singapura, walaupun negeri mereka hanya ada udara dan matahari sahaja, namun mereka berjaya membangunkan ekonomi dengan berjaya untuk kesenangan rakyat mereka.

Friday, 29 July 2011

Ku Li ketuai Pakatan Rakyat?

Tengku Razaleigh Hamzah kini disebut-sebut sebagai sedang ditarik untuk memimpin gabungan pembangkang, dakwaan yang walaupun luar biasa, mempunyai merit tersendiri.

Melalui Angkatan Amanah Merdeka, veteran Umno yang mesra dengan panggilan Ku Li itu menempatkan diri dalam bahasa baharu politik yang lebih liberal, menyediakan ruang bergerak yang lebih selesa antara konservatif seperti Umno dan gabungan Pakatan Rakyat yang lebih liberal.

Tokoh yang dulu mengetuai parti Semangat 46 yang mendakwa lebih tegas memperjuangkan Melayu berbanding Umno, kini menerajui pula sebuah pertubuhan yang boleh disifatkan sebagai membawa "semangat merdeka" yang lebih inklusif.

Penubuhan Amanah dan bahasa yang dibawa memperlihatkan strategi politik yang cerdik oleh Ku Li, ketika apa yang disifatkan sebagai "politik baharu" menjadi sebutan popular, walaupun beliau dan beberapa individu yang menyertai Amanah merupakan orang lama dalam politik.

Nama-nama yang menyertai badan bukan kerajaan Amanah - yang merentasi garis etnik dan kecenderungan politik - memberi gambaran sifat dan hala tuju pertubuhan itu.

Masa Amanah dimunculkan, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tidak dapat mengelakkanya daripada dibaca sebagai satu usaha politik, sama ada secara kolektif mahupun peribadi bagi Ku Li.

Amanah kini menjadi kenderaan terbaharu Ku Li untuk menegaskan kedudukannya dan kepentingannya dalam politik nasional.

Kemunculan tokoh yang dilihat sebagai bercita-cita tinggi ini secara berprofil tinggi juga dikaitkan dengan masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin berdepan cabaran getir, sehingga kehadirannya melalui dan melepasi Pilihan Raya Umum ke-13 semakin diragui.

Anwar yang semakin teruk berdepan pelbagai isu yang menjejaskan kredibiliti menjadikan Ku Li alternatif yang berpotensi untuk dipersetujui ramai dalam PR.

Ku Li sebelum ini pernah terlibat dalam rundingan untuk menguasai kepimpinan Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan pusat pada penghujung 2008. Usaha menarik beliau kali ini merupakan yang kedua dilakukan oleh sekumpulan dalam pakatan pembangkang.

Razaleigh ialah tokoh politik veteran yang disenangi sebahagian besar pembangkang, terutama PAS yang menerajui kerajaan Kelantan dan mendapat kerjasama belau dalam usaha menuntut royalti hasil petroleum.

Ahli Parlimen Gua Musang itu sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan PAS dan PR sehingga peranannya semasa pilihan raya kecil Galas tahun lalu berjaya dilalui tanpa mencetuskan banyak pertembungan dengan PAS.

Kedudukan Ku Li sebagai ahli politik veteran dan pendiriannya selama ini yang mengimbangi kedua-dua Umno dan pembangkang menjadikannya tokoh yang dilihat mampu mengetuai satu gabungan pembangkang.

Pada masa sama Datuk Zaid Ibrahim yang mengetuai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Kita, juga menduduki posisi untuk memimpin satu gerakan liberal dalam pembangkang.

Tetapi Zaid terjejas ekoran pertembungannya dengan PKR dan pemimpin utamanya, Anwar, yang mampu menyukarkan kerjasama dengan parti berpusatkan bekas perdana menteri itu.

Zaid walau bagaimanapun mempunyai hubungan baik dengan Razaleigh dan turut hadir dalam majlis pelancaran Amanah, dan mempunyai ideologi yang hampir dengan pegangan Amanah.

Razaleigh walau bagaimanapun dijangka tidak akan diterima dengan mudah oleh pembangkang bukan Melayu dalam PR, sekiranya mengambil peranan kepimpinan gabungan pembangkang dan dikemukakan sebagai calon perdana menteri.

Potensi tindakan Ku Li menerima tawaran berisiko tetapi berpotensi itu mampu memberi impak besar kepada Umno yang sedang berdepan tekanan sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

Sebarang kemungkinan walau bagaimanapun masih awal untuk dijangka. Untuk kepentingannya, Ku Li juga perlu berfikir panjang supaya tindakannya nanti berdasarkan perkiraan yang jelas dan pasti. /Siasah Daily

Sunday, 17 July 2011

PERINGATAN UNTUK PAKATAN RAKYAT

Penanda-penanda signifikan yang muncul melalui keputusan PRU Ke-12 ialah perpindahan yang amat ketara undi kaum Cina dan India kepada PR. Secara menyeluruh, orang-orang Melayu, terutama penghuni kawasan luar bandar dan pedalaman masih setia kepada BN. Namun, trend perubahan mula kelihatan di Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, dan Johor.


Sehubungan itu, keempat-empat negeri itu tidak boleh lagi dianggap sebagai kubu kuat BN. Angin perubahan yang bertiup kencang termasuk di Sabah dan Sarawak akan mencederakan BN. Situasi inilah yang perlu diambil kesempatan oleh PR untuk mempertingkatkan jumlah sokongan kepada mereka.


Semua pihak perlu sedar bahawa kemerosotan sokongan terhadap BN disebabkan oleh kegagalan mereka membaca kehendak rakyat. Rakyat telah bosan dengan lakonan mutu rendah BN. Setelah menghilang selama lima tahun, mereka muncul menunjuk muka berbekalkan berbagai-bagai bentuk habuan bagi memperbaharui mandat.


Ketika itulah mereka sedar tentang pentingnya merendah diri. Jika perlu, mereka sanggup tunduk memeohon restu rakyat. Namun, rakyat pada hari ini bukanlah seperti rakyat tahun 70-an, 80-an, dan 90-an yang belum boleh berdikari, malah amat memerlukan bantuan atau tongkat untuk berjalan.


Harus diingat bahawa golongan daif hanya wujud di kawasan-kawasan pedalaman, sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah, atau Sarawak. Mereka ini ketinggalan dalam pelbagai bidang. Mereka tidak memperoleh maklumat selain daripada tv dan akhbar pro-BN. Oleh sebab itu, pemikiran mereka masih tertutup. Golongan inilah yang mudah diperkotakkatikkan oleh BN. Di sinilah letaknya lubuk atau kubu kuat BN.


PR perlu mempunyai strategi khas untuk menguasai pengundi di kawasan-kawasan pedalaman. Pasukan khas yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat perlu ditubuhkan untuk memberi penjelasan berhemah, panduan, tunjuk cara, dan bersosialisasi. Dengan berbuat demikian, golongan ini mampu berdikari, terbuka mindanya, dan tidak lagi berserah pada nasib semata-mata.


Hal yang sama perlu dipraktikkan kepada golongan daif yang mendiami pinggir bandar. PR perlu menerima hakikat bahawa semua masalah boleh diselesaikan. Yang penting dalam soal ini ialah usaha, keazaman, dan keikhlasan menghulurkan bantuan.


Semua aktivitis PR perlu menghayati dan melaksanakan lirik lagu "Budi Bahasa Budaya Kita" yang berbunyi:


Kita berkhidmat jujur dan ikhlas,
Mencurah bakti tak minta dibalas.


Semua pihak harus sedar bahawa BN tidak pernah ikhlas bila menjalankan tanggungjawab kepada rakyat. Apa-apa juga yang mereka buat mesti ada maksud tersiratnya. Mereka tidak memberi sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Mengungkit telah menjadi trade mark para pemimpin BN.


Buktinya telah sama-sama kita lihat selepas tamatnya PRK Bukit Gantang dahulu.. Setelah berbagai-bagai benda ditaburkan kepada orang Cina, UMNO masih kalah. Sokongan orang Cina tertap juga kepada PAS/PR. Kekesalan dan kemarahan Muhyiddin terhadap orang Cina disiarkan secara terbuka dalam akhbar arus perdana berbahasa Melayu.


PR perlu membentuk imej positif yang berbeza sama sekali dengan BN. Jangan sekali-kali terjebak ke dalam perbuatan yang memakan diri sendiri. Berjanjilah sesudah anda betul-betul yakin dapat menunaikannya./tINTA MUTIARA

Tuesday, 10 November 2009

Bagaimana Pakatan Rakyat Semakin Menghala Ke Arah Kemusnahan? | 民联如何逐步断送胜望? | Nizar News

Sumber: Merdeka Review
Penulis: Ong Jing Huat
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Bagaimana Pakatan Rakyat Semakin Menghala Ke Arah Kemusnahan? (民联如何逐步断送胜望?)


Sekiranya Perdana Menteri Najib membubarkan Parlimen pada keesokan hari, hanyalah penyokong kuat Pakatan Rakyat masih percaya Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya dan memerintah. 14 bulan yang lepas, ramai yang menjadi peminat kepada idea "Pertukaran Kerajaan 916" yang diasaskan oleh Anwar walaupun ramai daripada mereka tidak ambil kisah tentang perkembangan politik negara.....


如果纳吉明天解散国会,大概只有民联的死硬派支持者才会相信民联能够上台执政。14个月前,连许多本来不问政治的人都是安华916变天计划的粉丝.....


Bagaimana Pakatan Rakyat Semakin Menghala Ke Arah Kemusnahan?

Sekiranya Perdana Menteri Najib membubarkan Parlimen pada keesokan hari, hanyalah penyokong kuat Pakatan Rakyat masih percaya Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya dan memerintah. 14 bulan yang lepas, ramai yang menjadi peminat kepada idea "Pertukaran Kerajaan 916" yang diasaskan oleh Anwar walaupun ramai daripada mereka tidak ambil kisah tentang perkembangan politik negara. Seorang penganalisis politik negara telah memberitahu bahawa sekiranya pilihan raya diadakan dalam tempoh masa 6 hingga 12 bulan daripada sekarang, tugas kita hanyalah membantu Pakatan Rakyat untuk mengharungi tempoh masa selepas kebangkitan semula Barisan Nasional memperolehi majoriti 2/3 dalam Parlimen.

Sekiranya Pakatan Rakyat ingin memenangi pilihan raya, mereka harus mengekalkan 40% sokongan asas daripada pengundi Melayu dan mendapat 80% sokongan daripada peyokong bukan Melayu barulah mereka dapat memenangi hampir 100 kerusi Parlimen di Semenanjung barulah mereka boleh menuju ke arah pemerintahan Kerajaan Pusat.

Namun, sokongan pengundi Melayu kini semakin beralih kembali ke pangkuan UMNO, walaupun sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat masih kekal di paras tidak kurang daripada 40%, tetapi sokongan India terhadap PR semakin merosot dan boleh dikatakan telah mencecah pembahagian BN 60% dan PR 40%. Walaupun Pakatan Rakyat masih dapat mengekalkan 70% daripda sokong pengundi Cina terhadap mereka. Tapi, sekiranya Perdana Menteri mengisytiharkan pemberian RM1000.00 kepada setiap pelajar sekolah persendirian cina dan membenarkan pembukaan sekolah persendirian cina di Pahang, adakah sokongan daripada kaum cina akan jatuh ke paras 60%?

Kenapa sokongan terhadap Pakatan Rakyat merosot dengan begitu ketara? Selain daripada persaingan dalaman PR sendiri, faktor hala tuju perjuangan PR menjadi faktor besar PR semakin kehilangan sokongan.

Sebelum pilihan raya 308, Pakatan Rakyat telah memilih 3 perjuangan utama iaitu:
1) Politik berasaskan kepelbagaian kaum
2) Pentadbiran yang bersih
3) Mendemokrasikan sistem pentadbiran

Pendirian Barisan Nasional sememangnya bertentangan dengan 3 perjuangan PR ini iaitu politik perkauman, amalan rasuah dan pentadbiran yang tidak berteraskan rakyat.

Kejayaan "Polisi Najib" sebenarnya hanya berasaskan 2 faktor utama iaitu hubungan antara kaum dan hubungan agama.

Politik perkauman yang diamalkan oleh UMNO terutamanya menjadi semakin menyemarak selepas kemenangan besar pada pilihan raya 2004 telah menyebabkan banyak pengundi atas pagar melepaskan geram ke atas UMNO.

Sekiranya UMNO berjaya menghindari politik perkauman dan politik agama mereka, maka pengundi akan memberikan peluang kepada mereka untuk memerintah negara semula. Sekiranya kerajaan pusat dapat menguruskan hubungan antara kaum dan agama dengan baik, maka pengundi sebenarnya tidak kisah dengan kelakuan kegiatan rasuah pada tahap yang boleh diterima. Konsep "1Malaysia" yang diperkenalkan oleh Najib sebenarnya telah diformulakan khas untuk memenangi sokongan dariada para pengundi. Peningkatan sokongan pengundi terhadap Najib telah membuktikan Najib memilih landasan yang betul untuk mencari balik sokongan pengundi.

Sekirannya kita menganalisiskan polisi yang dilaksanakan oleh Najib, kita akan memperhatikan bahawa kebanyakan konsepnya adalah berasaskan konsep "Ketuanan Rakyat" yang diperkenalkan oleh Anwar dan juga konsep "Pas Untuk Semua" daripada PAS. Oleh kerana Barisan Nasional masih merupakan kerajaan pusat maka mereka mempunyai keutamaan untuk melaksanakan polisi sebegini supaya pengundi bukan Melayu hilang rasa tidak percaya terhadap UMNO. Sekiranya Najib berjaya untuk menangkis pemikiran pengundi bukan Melayu yang lalu iaitu memangkah selain daripada parti UMNO, maka sudah pasti UMNO akan memenangi pilihan raya dengan sokongan pengundi Melayu yang sedia ada.

Untuk memerangi langkah Najib ini, Pakatan Rakyat seharusnya berkerja dengan lebih kuat supaya pengundi bukan Melayu percaya dengan hasrat mereka. Namun Pakatan Rakyat menghadapi masalah:

1) Pakatan Rakyat masih belum memerintah kerajaan pusat maka Najib masih sempat melaksanakan polisi mesra rakyat yang diperkenalkan oelh Pakatan Rakyat.
2) Pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat harus memiliki keyakinan yang tinggi iaitu keyakinan untuk menangkis serangan hendap daripada UMNO dengan melabelkan mereka sebagai pengkhianat bangsa supaya mereka dapat terus memperkenalkan polisi yang berteraskan bangsa Malaysia.

Malangnya polisi Pakatan Rakyat sekarang telah dianggap terlalu menyebelahi pengundi bukan Melayu oleh segelintir pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Tindakan Kerajaan PAS Kedah, Exco Selangor Hassan Ali, Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan telah membantu untuk membina imej UMNO lebih sesuai untuk mentadbir negara yang berbilang kaum.

Malangnya Pakatan Rakyat telah kehilangan faktor hubungan kaum yang dapat memberikan kredit besar kepada pentadbiran Pakatan Rakyat, maka satu lagi pilihan Pakatan Rakyat ialah pentadbiran yang bersih. Kerajaan CAT Pulau Pinang merupakan contoh yang terbaik untuk faktor ini. Selain itu, Kerajaan Selangor dan Perak yang sebelum dirampas juga mengamalkan sifat "Good Governance". Sebenarnya Pentadbiran yang bersih boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu Pentadbiran bersih yang berasaskan konsep demokrasi dan Pentadbiran bersih yang berasaskan konsep kekuatan ekonomi seperti Singapura. Malangnya Pakatan Rakyat memilih pentadbiran bersih yang berasaskan konsep kekuatan ekonomi malah mereka menyatakan mendemokrasikan pentadbiran masih boleh ditundakan lagi.


Konsep "Stupid, it’s economy!" ini membolehkan Pakatan Rakyat mengurangkan tanggapan orang ramai iaitu terlalu memihak kepada pengundi bukan Melayu malah menunjukkan pemimpin PR takut kehilangan sumber ekonomi negeri mereka.

Pengumuman Laporan Akauntan Negara baru-baru ini yang memuji pentadbiran PR merupakan satu kejayaan kepada Pakatan Rakyat, tetapi sekiranya PR terlalu menekankan pencapaian ekonomi mereka, ia boleh memberikan markah tambahan kepada kerajaan pusat kerana mereka mempunyai keutamaan dalam pelaksaan ekonomi negara. Sekiranya Pakatan Rakyat ingin menekankan faktor ini, ia harus memberikan imej kepada pengundi bahawa mereka handal dalam urusan pentadbiran negara, namum ia sukar untuk dilaksanakan.

Selain itu, Pentadbiran yang bersih juga memerlukan pentadbiran yang kukuh. Namum selain daripada Kelantan dan Pulau Pinang, negeri PR lain dimana kerusi mereka hanya setaka melepasi 1/2 daripda dewan kini menghadapi serangan hendap daripada BN. Sekiranya Najib mengambil langkah untuk memerangi rasuah dengan membawa beberapa pengawai yang rasuah menghadap mahkamah maka "Pentadbiran yang bersih" dan "hubungan antara kaum" akan menjadi dua tarikan supaya pengundi menyokong Najib.

Pilihan yang tidak dapat dimanfaatkan oleh Najib ialah mendemokrasikan sistem pentadbiran. Sekiranya Najib memperkenalkan langkah mendemokrasikan sistem pendbiran maknanya sistem 1 parti memerintah sekarang iaitu UMNO akan menghadapi jalan buntu. Walaupun Barisan Nasional masih memerintah tetapi mereka terpaksa untuk memperkenalkan polisi yang mesra kepada semua rakyat Malaysia. Inilah sebab kenapa Najib sehingga sekarang masih tidak memansuhkan ISA, mengikat media, tidak memperbaharui sistem pilihan raya, tidak menubuhkan IPCMC untuk menyemak tindakan polis.

Mendemokrasikan pentadbian memberikan manfaat kepada Pakatan Rakyat. Walaupun sama ada Najib akan melaksanakan sistem ini atau tidak, ia masih memberikan markah tambahan kepada Pakatan Rakyat. Malangnya Pakatan Rakyat paling tidak berusaha kuat dalam pilihan ini. Jadi boleh salah siapa?

Original Post: http://www.merdekareview.com/news/n/11339.html

Translation Post: http://gomalaysian.blogspot.com/

Monday, 9 November 2009

Media Pro-BN: 65% Tidak Percaya Hasil Kajian Dr Abu Hasan | Nizar News

Oleh:pendikar gunung kriang

Nampaknya cerita mengenai Seminar Memperkasakan Pas masih diperkatakan ramai. Masih ramai yang membincangkannya, terutama saranan 2 orang penganalisis politik tanah air, Dr. Aziz Bari (UIA) dan Dr. Abu Hasan (UM) yang dikatakan sangat menjatuhkan imej Pas itu.


Yang paling seronok membincangkan apa yang dipanggil 'kemelut dalaman Pas' ini pastinya media pro-BN, termasuk Utusan Malaysia dan Berita Harian. Malah dalam Berita Harian Online disediakan ruangan 'Tinjauan' atas tajuk, "Pas berdepan kemelut baru apabila sokongan golongan muda kepada parti itu dilaporkan berpaling arah dengan mendadak selepas PRU ke-12". Hasil tinjauan Berita Harian Online terhadap 644 responden setakat jam 8.50 pagi ini mendapati 31.8% percaya dengan hasil kajian yang dibuat oleh Dr Abu Hasan itu, 65.4% tidak mempercayainya dan 2.8% tidak memberi komen.




Mungkin ramai yang mempertikaikan hasil tinjauan itu kerana yang memberi pendapat mengenai tajuk sokongan golongan muda terhadap Pas itu bukan saja terdiri dari responden golongan muda, tapi juga dari golongan tidak muda. Ia seperti juga tinjauan Dr Abu Hasan terhadap 'responden muda' dalam kajiannya yang bukan saja terdiri dari pengundi muda berdaftar, tetapi juga dari kalangan responden muda yang tidak pernah mengundi dan tidak akan mengundi dalam pilihanraya akan datang.




Walaupun media pro-BN sendiri menyiarkan hasil tinjauan yang boleh 'melegakan' kepimpinan Pas, tapi saya harap pemimpin dan penyokong Pas tidak mudah terleka dengan hasil tinjauan itu. Lebih baik buat ketika ini kemimpinan Pas menganggap hasil tinjauan Dr Abu Hasan itu betul bagi menyedarkan mereka untuk bekeja lebih kuat bagi menarik lebih banyak sokongan rakyat terhadap parti itu, _TKOdaily
*******
*******

Sunday, 8 November 2009

Kepimpinan PAS berpecah tiga? | Nizar News

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Kononnya terdapat tiga golongan dalam kepimpinan PAS sekarang.Pertama, yang sangat kuat mempertahankan Pakatan Rakyat. Keutamaannya ialah menumbangkan Umno di Pusat. Siapa pemimpin Pakatan tidak penting, asal dapat diterima semua pihak dan kalangan rakyat jelata dari pelbagai kaum. Jadi tidaklah semestinya pemimpin dari parti sendiri yang memimpin Pakatan.

Kedua, golongan yang tidak dapat bertolak ansur dengan parti Pakatan yang lain, terutama dalam persoalan dasar parti. Dasar parti adalah Islam, masakan isu mencegah kemungkaran boleh dikendurkan demi toleransi dengan parti sepakatan.

Jika gabungan dalam Pakatan menyebabkan Islam dikesampingkan, apa salahnya bertoleransi dengan parti Melayu bukan Pakatan yang lebih dekat dengan Islam, berbanding parti sekular dalam Pakatan yang menolak dasar parti.

Ketiga, golongan yang bersetuju memperkasakan Pakatan tetapi prinsip perjuangan wajib dipertahankan dan PAS mesti dominan dalam Pakatan. Biar kalah tapi PAS tak gadai prinsip.

Ketiga-tiga golongan itu diwujudkan dalam ceritera politik tanahair, dipersembahkan berulang-ulang dalam pelbagai episod dan pentas sandiwara, sehingga akhirnya dipercayai dan diterima 'kebenarannya'.

Sekarang ia bukan setakat diterima oleh pemerhati politik di luar parti, tetapi semacam dipercayai juga oleh sebilangan pendokong parti.

Realiti politik di negara ini, kemunculan DAP dan KeADILan bukan satu gugatan buat Umno. DAP tidak bertanding di kawasan tradisi Umno, begitu juga sebaliknya. KeADILan pula adalah parti yang tiada akar umbi. Ahli-ahli KeADILan untuk satu Cabang (kawasan) kadangkala tidak melebihi satu cawangan PAS pun.

Jadi parti yang menjadi ancaman Umno ialah PAS. Maka menghancurkan PAS adalah agenda yang lebih aula bagi Umno dari menyatupadukan MCA yang berkelahi atau MIC yang bergaduh.

Kerja Umno sekarang ialah cuba sedaya upaya menghindarkan sokongan orang Melayu terhadap PAS atau menghancurkan PAS dari dalam. Ia boleh dilakukan dengan menghulurkan salam persahabatan dengan PAS.

Jika PAS menolak maka Umno boleh beritahu orang Melayu bahawa PAS menolak perpaduan, maka sebahagian Melayu akan membenci PAS. Jika sebahagian pemimpin bersikap lunak dengan 'pelawaan munafik' itu maka berpecahbelahlah kepimpinan dalam PAS.

"Petugas PAS juga katanya perlu sedar, Umno sudah menukar strategi mereka setelah melihat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat sejak PRU ke-12 dan tujuh pilihan raya kecil berikutnya," itu kata Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dalam blognya.

Umno kini, katanya, menggunakan strategi menimbulkan pergolakan dalaman parti parti dalam Pakatan Rakyat sehingga timbul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza yang mampu menggawatkan parti masing masing.

"Strategi itu dilihat berjaya apabila disokong sepenuhnya media arus perdana dan media baru yang mengalihkan perhatian masyarakat dengan menumpukan kepada krisis dalaman Pakatan," ujarnya.

Katanya, kaedah mengalih perhatian diguna sepenuhnya oleh media perdana dan media baru sehingga kini dilihat berjaya.

"Pengalihan pandangan dan pemerhatian ini menyebabkan seluruh pemerhatian tertumpu kepada soal krisis yang diciptakan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan fikiran tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya dihabiskan," tulis Naib Presiden PAS itu.

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ustaz Ashaari Muhammad pernah menulis buku, "Jangan Salahkan Musuh". Perangai kita di mana-mana memang begitu. Setiap kelemahan dalaman dipersalahkan kepada musuh, kononnya yang mencipta dan mencetuskannya.

Mukadimah tulisan ini, saya menyorot ulasan pemerhati politik tanahair perihal kewujudan tiga golongan dalam PAS. Golongan pertama yang mengkagumi pemimpin di luar PAS memang wujud. Tetapi ia tidak dikonspirasikan oleh Umno.

Pernah sewaktu Almarhum Ustaz Fadzil Noor mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kedah, hampir separuh wakil kawasan tidak hadir. Setelah disiasat rupanya mereka hadir di program yang dihadiri oleh Presiden Parti Melayu Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sewaktu permuafakat pembangkang berlaku antara PAS-Semangat 46 dan Semangat 46-DAP, Tengku Razaleigh dianggap sebagai pemimpin utama. Siapa yang memberinya pengiktirafan? Jika sekarang, berlaku hal yang hampir sama, cuma tokohnya berbeza, maka ia cuma ulangan opera politik dua dekad lalu.

Tanpa membicarakan golongan kedua, saya lebih tertarik untuk menjadikan golongan ketiga dalam PAS sebagai golongan yang dominan. Pilihan raya adalah kaedah mendapatkan kuasa. Tapi kuasa bukan penyudah perjuangan. Ia cuma alat bukan matlamat. Apa ertinya kuasa di tangan jika prinsip tidak dapat dipertahankan.

Misalnya, separuh abad di bawah BN habis tanah orang Melayu/Islam berpindah milik. Hingga tanah rizab Melayu pun tidak dapat dipertahankan lagi. Jika kerajaan negeri Kedah pimpinan Dato' Seri Azizan Razak menterjemahkan sikap mempertahankan hak dengan menetapkan kuota perumahan 50-50, seluruh kepimpinan parti wajar mempertahankannya dengan hujah yang dapat merasionalkan semua pihak, terutama bukan Melayu.

Tetapi ia tidak berlaku. PAS Kedah dibiar terkonteng-konteng, berhempas pulas sendiri mempertahankan tindakan. Itu sekadar satu contoh.

Sebab itu ada pihak yang mempertahankan tindakan Dato' Dr. Hassan Ali membelasah rakan sepakatan berhubung isu arak kerana mempertahankan prinsip. Cuma salah beliau ialah berbicara secara terbuka, tiada etika dalam permuafakatan politik.

Maka timbul pula hujah dari golongan pertama, "Aulawiyat kita menumbangkan BN. Realiti politik tanahair undi bukan Melayu jadi penentu. Mana lebih baik, 'pertahankan prinsip' tapi gergasi jahat BN terus berkuasa di Pusat atau korbankan sedikit kepentingan (prinsip?) buat sementara tapi BN dan Umno boleh ditumbangkan untuk pertama kali?"

Pertimbangan politik selalunya berada di cabang dilema. Lakukanlah analisis dan cerapan politik demi mencari yang terbaik.


Sumber : http://zabidi-morad.blogspot.com/

Saturday, 7 November 2009

[Mesti Baca] PEMIMPIN PAS JANGAN HILANG KEPALA : Nizar News

Oleh :Drs Harun Jaafar

Nasrudin Hassan Tantawi melenting apabila Prof. Ab. Aziz Bari mengkritik Tuan Guru Hadi Awang, Presiden PAS. Dia mendakwa kritikan yang dilemparkan prof. itu tidak disertakan fakta dan bukti yang sahih. Anehnya, dia menuduh Prof. Ab. Aziz Bari sebagai alat musuh PAS juga tanpa fakta dan bukti yang nyata. Pemimpin politik mestilah ada kualiti, kredibiliti, dan integriti untuk mendapat sokongan rakyat. Jika semua aspek tersebut lekat pada pemimpin PAS, mereka sama sahaja dengan UMNO. Hal inilah yang menyebabkan timbulnya kecintaan terhadap UMNO dalam kalangan beberapa orang pemimpinnya yang dikatakan bermasalah oleh Tuan Guru Nik Aziz (TGNA).

Sememangnya TGNA tidak silap semasa mengeluarkan ulasannya.

Kini, Dr. Abu Hassan Hasbullah pula mengemukakan data tentang kemerosotan sokongan terhadap PAS. Bukan itu sahaja. Golongan muda yang menyokong PAS pun sudah mula keliru dengan tingkah laku pemimpin PAS. Lebih memeranjatkan adalah gesaan Dr. Abu Hassan supaya PAS tidak bersekutu dengan Pakatan Rakyat kerana kebolehan PAS untuk berdiri sendiri sebagai sebuah parti yang utuh.

Segala-galanya terserah kepada pemimpin tertinggi PAS untuk membuat keputusan. Keputusan itu kelak akan menentukan kelestarian PAS sebagai wadah politik Islam di Malaysia. PAS mesti menjadi parti politik Islam kerana parti politik Melayu sudah wujud sejak 60 tahun yang lalu dan kini sedang mereput secara perlahan-lahan. _TINTA MUTIARA

Tuesday, 3 November 2009

[Raja Petra] Apakah pilihan yang ada? (What are the choices?) | Nizar News

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Ady
Tajuk: Apakah pilihan yang ada? (Original title: What are the choices?)






Ramai antara kita yang kecewa dengan Pakatan Rakyat. Pada masa yang sama, kita lebih rela mati daripada menyokong Barisan Nasional. Tetapi pilihan kita terhad. Jadi, kita memerlukan platform yang baru. Jika Gerakan dapat memainkan peranan sebagai platform baru itu, maka mereka pasti diberikan peluang untuk muncul sebagai kerajaan



Apakah pilihan yang ada? (Original title: What are the choices?)

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin



Buat salah, tak buat pun salah. Itulah masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat. Apabila anda melakukan sesuatu, anda dikutuk. Tidak melakukan apa-apa? Anda juga dikutuk. Inilah dilema yang dihadapi pihak pembangkang.

Keluhan utama terhadap pihak pembangkang adalah bahawa mereka terlalu bertolak ansur dengan 'Napoleon Kenit', wakil semberono dan sebagainya. Apabila pihak pembangkang terlalu bertolak ansur dengan ‘si katak’, ‘pembelot’, ‘talam dua muka (Trojan Horse)’, ataupun mereka yang disyaki hendak ‘berhijrah’, maka pihak pembangkang dituduh tidak buat kerja.

Sekarang barulah pihak pembangkang mula mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang menjejaskan kedudukan Pakatan Rakyat. Bagaimana pula respon media arus perdana terhadap perkembangan mutakhir ini? Ah, kononnya pihak pembangkang sudah berpecah-belah.

Ya, buat salah, tak buat pun salah.

Pihak pembangkang mempunyai dua pilihan. Pilihan pertama; tak buat apa-apa dan wujudkan tanggapan bahawa semuanya baik-baik belaka di barisan pembangkang. Pilihan kedua: hambat keluar semua duri dalam daging di pihak pembangkang. Yang mana satu pilihan hati?

Saya pernah menggunakan istilah 'diktator baik' dalam satu artikel dahulu. Ini mungkin hanyalah satu percanggahan retorik (oxymoron), sepertimana perisikan tentera digelar ‘military intelligence’. Bijakkah (intelligent) pihak tentera? Atau mungkinkah si pelacur dara itu satu oxymoron? Mungkinkah si pelacur masih dara? Ah, tak mungkin, bukan? Itulah namanya percanggahan retorik. Jadi, adakah 'diktator baik' juga satu percanggahan retorik?

Pemerintahan diktator berlaku apabila para penguasa memerintah secara kuku besi dan tidak membenarkan sebarang perbezaan pendapat ataupun bangkangan. Tetapi kediktatoran yang baik adalah pemerintahan yang tegas, namun diseimbangkan dengan keadilan, kesaksamaan dan belas kasihan.

Memanglah tidak mudah untuk merealisasikannya. Secara teori, ia mungkin kedengaran ideal, tetapi secara praktikal, ia mungkin sangat sukar dilaksanakan.

Namun demikian, keteraturan tatacara mesti dikekalkan dan apabila tatacara tidak dipatuhi, maka langkah-langkah yang ekstrem diperlukan. Pada pandangan saya, pada masa lalu, terdapat tanggapan bahawa pihak pembangkang terlalu takut untuk mengambil langkah-langkah yang ekstrem bagi menangani isu ketidakpatuhan tatacara.

Apakah akibatnya? Maka muncullah sosok seperti Hassan Ali, Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan yang lain-lain, yang melakukan tindakan yang menjejaskan kedudukan pembangkang. Dahlah tu, kita juga terpaksa berdepan dengan pertikaian dalaman, perbalahan antara parti dan sayembara dalam parti yang berisiko menjatuhkan pembangkang.

Jadi, di manakah titik akhirnya? Di manakah kebebasan berekspresi berakhir dan sabotaj bermula? Apakah batas-batas yang perlu diperhatikan wakil pembangkang? Hal ini tentunya subjektif kerana setiap orang ada pendirian masing-masing. Bolehkah kita menerima cara barat yang meluahkan ketidakpuasan hati dengan berbogel, seperti Lady Godiva yang menunggang kudanya telanjang bulat 1,000 tahun yang lalu?

Keluhan utama terhadap pihak pembangkang adalah bahawa mereka tidak mendisiplinkan ‘wakil-wakil yang degil’. Tidak lama selepas pilihanraya umum 8 Mac 2008, Malaysia Today mendedahkan bahawa terdapat pihak-pihak tertentu dalam PAS yang mengadakan perbincangan rahsia dengan UMNO. Malaysia Today juga mendedahkan bahawa UMNO sedang cuba menggulingkan lima kerajaan negeri di bawah penguasaan Pakatan Rakyat, yakni dengan merasuah wakil-wakil pembangkang. Selain itu, Malaysia Today mengatakan bahawa UMNO mahukan orang Melayu di pihak pembangkang melompat ke pihak mereka supaya kuasa politik Melayu dapat dipulihkan.

UMNO mengatakan bahawa pilihanraya umum 8 Mac 2008 adalah ulang tayang pilihanraya umum 11 Mei 1969, di mana orang Melayu kehilangan majoriti di parlimen dan beberapa negeri. Oleh sebab itu, ‘penyelesaian’ ala 13 Mei 1969 diperlukan untuk mengatasi masalah itu. Malaysia Today mendedahkan semua ini tetapi ramai yang tidak mengendahkannya, bahkan menuduh kami cuba menakut-nakutkan rakyat dengan menjelmakan kembali 'momok’ 13 Mei.

Hari ini, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam mendedahkan bahawa pertemuan antara PAS dan UMNO telah diadakan seawal 10 Mac 2008, yakni dua hari selepas pilihanraya umum berakhir. Agendanya? UMNO mahu PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan ‘Melayu'. Dengan demikian, orang Melayu dapat kembali menjadi kuasa majoriti dalam kerajaan.

Apabila usaha untuk memujuk PAS bergabung dengannya gagal, UMNO lantas melaksanakan Pelan B, iaitu merasuah wakil Pakatan Rakyat dan menarik mereka (ataupun mengugut mereka) untuk menjadi si katak. Negeri pertama yang disasarkan adalah Perak, diikuti dengan Selangor dan Kedah. Kelantan dan Pulau Pinang mungkin akan dibiarkan, tetapi mereka akan cuba mendapatkan semula kedua-dua negeri ini dengan menggunakan taktik lain.

Jika Barisan Nasional dan UMNO ikhlas, maka mereka harus bersedia mewujudkan kerajaan perpaduan. Inilah yang dicadangkan Malaysia Today pada awal 2008. Tetapi ramai yang menentang idea ini dan mereka mengutuk saya bukan main lagi. Malah ada yang menggelarkan saya pembelot. Sebenarnya, mereka tidak memahami rasional di sebalik cadangan ini ataupun buat-buat tak faham.

Saya tidak mengatakan bahawa wakil pembangkang perlu mengundurkan diri dari PKR, DAP ataupun PAS untuk menyertai salah satu dari 14 parti di bawah Barisan Nasional. Malah saya tidak mengatakan bahawa PKR, DAP dan/ataupun PAS perlu menyertai Barisan Nasional sebagai parti komponen. Semua wakil pembangkang sudah semestinya boleh terus kekal dalam parti masing-masing, malah semua parti tersebut boleh terus kekal dalam Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional diusulkan berkongsi kuasa mentadbir negara ini secara bersama. Nah, inilah maksud saya!

Ini sudah dilakukan di banyak negara lain, bahkan dilaksanakan antara pihak yang ideologinya berlawanan, seperti Demokrat Kristian dan Komunis. Ada perkongsian yang berjaya dan ada yang gagal, iaitu apabila kerajaan perpaduan itu berpecah dan parlimen dibubarkan ataupun pilihanraya baru dicadangkan. Jadi, memang tiada jaminan bahawa ia akan berjaya. Tetapi belum cuba belum tahu. Pokoknya, kalau Barisan Nasional benar-benar mahu ‘berdamai’, maka inilah alternatif yang terbaik; lebih baik daripada cuba menarik pihak lawan melompat parti.

Tetapi mungkin sudah terlambat untuk meneroka kemungkinan mewujudkan kerajaan perpaduan. Kalau Abdullah Ahmad Badawi ataupun Tengku Razaleigh Hamzah jadi Perdana Menteri, mungkin ada peluang juga. Ini tidak mungkin dilakukan dengan Najib Tun Razak kerana jika kita berbuat demikian, itu bermakna kita menyokong Najib dan mengesahkan kedudukannya.

Sebenarnya, banyak perkara yang telah berubah sejak 8 Mac 2008. Dengan isu Perak yang tak sudah-sudah, adalah mustahil bagi kita mengimpikan sebuah kerajaan perpaduan. Lainlah sebelum Najib mengambil alih dan sebelum Barisan Nasional menggulingkan kerajaan negeri Perak. Kini, pintu perbincangan telah dihempas dan satu-satunya alternatif adalah menukar kerajaan. Barisan Nasional mesti dihambat keluar. Tidak ada cara lain lagi. Adalah berbahaya bagi pembangkang untuk menetapkan apa-apa persetujuan dengan Najib Si Licik.

Jadi, pilihan yang ada hanyalah kerajaan alternatif. Tetapi dapatkah Pakatan Rakyat menjadi kerajaan alternatif? Kalau mereka terus dengan cara mereka, jangan haraplah. Pakatan Rakyat perlu dibersihkan secara besar-besaran. Kalau mereka mahukan sokongan pengundi, inilah caranya… tiada cara lain.

Ini sedang mereka lakukan. Bak kata orang, kalau nak goreng telur, telur itu perlu dipecahkan terlebih dahulu. Jadi, banyak telur yang perlu dipecahkan. Namun media arus perdana terpekik sana sini seolah-olah pembangkang sudah berpecah belah. Ya, kalau tak buat apa-apa, memang akan pecah berderai. Tetapi dengan menjalankan ‘pembersihan dalaman’, Pakatan Rakyat yang lebih baik dan kuat akan dapat diwujudkan.

Bagi saya sendiri, saya tak takut pada kontroversi ataupun kekacauan. Dalam kesempitan ada kesempatan. Kalau nak sembuh, ubat yang pahit ditelan jua. Jadi, tunggu apa lagi… telanlah puas-puas.

Saya sedia memberikan 18 bulan kepada pembangkang membuktikan bahawa yang dijanji dapat dikota. 18 bulan dari sekarang, Najib akan membubarkan parlimen dan kita sekali lagi akan ke peti undi. Jadi, pada awal 2011, rakyat marhaen akan dapat memilih kerajaan yang baru. Lebih daripada 2,000 orang akan menawarkan diri mereka sebagai 800 (ataupun lebih) wakil negeri dan persekutuan kami. Kami akan menilai situasi dan memutuskan siapa yang akan diundi.

Ya, tinggal 18 bulan lagi. Pada 2011, rakyat Malaysia akan diminta untuk memilih kerajaan persekutuan dan negeri yang baru. Kemudian, kita akan tunjukkan kepada para politikus siapakah yang kita inginkan sebagai wakil kita dan bagaimanakah gerak laku mereka selama 18 bulan yang berikutnya.

Saya tidak mahu terus diperkudakan oleh Barisan Nasional. Begitu juga dengan ramai rakyat Malaysia yang lain. Tetapi bolehkah Pakatan Rakyat mengambil alih? Kita akan lihat 18 bulan dari sekarang. Sementara itu, kita memerlukan kuasa ketiga sebagai pelapis. Kalau kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tak boleh harap, maka kita memerlukan alternatif yang ketiga.

Perti Gerakan bermain di fikiran saya. Entah kenapa, Gerakan sentiasa punya tempat di hati saya… malah sejak tahun 1968 lagi. Tetapi yang saya maksudkan bukanlah Gerakan yang sekarang ini. Gerakan yang wujud sekarang tidak boleh diterima. Ia haruslah Gerakan yang keluar dari Barisan Nasional, iaitu parti yang bebas ataupun kekuatan ketiga. Ia mestilah membuang jauh-jauh segala budaya Barisan Nasional. Pemimpin yang dah terlalu lama dan yang kotor juga perlu disingkirkan. Kita memerlukan Gerakan yang sudah dirombak dan diremajakan; Gerakan yang menjadi parti semua bangsa dalam erti kata yang sebenar, tanpa dolak dalih perkauman dan keagamaan.

Ramai antara kita yang kecewa dengan Pakatan Rakyat. Pada masa yang sama, kita lebih rela mati daripada menyokong Barisan Nasional. Tetapi pilihan kita terhad. Jadi, kita memerlukan platform yang baru. Jika Gerakan dapat memainkan peranan sebagai platform baru itu, maka mereka pasti diberikan peluang untuk muncul sebagai kerajaan.

Tetapi kami takkan menyokong Gerakan berdasarkan janji-janji tertentu, sebagaimana kami menyokong Pakatan Rakyat pada Mac 2008. Gerakan harus bermula dari sekarang dan menunjukkan kepada kami apa yang dapat ia lakukan dan sedia melakukan - hari ini, pada masa depan yang mendekat dan hanya jika ia memegang tampuk kekuasaan. Gerakan tidak memerlukan masa untuk belajar. Ia telah mentadbir selama hampir 40 tahun. Jadi, mereka tahu cara-cara untuk memerintah.

Pada saat ini, kita meletakkan semua harapan pada Pakatan Rakyat. Jika mereka gagal, maka meranalah kita. Nak harapkan Barisan Nasional? Mmm… tak payahlah. Jadi, kita ketandusan pilihan. Nah, dengan kekuatan ketiga, kita mempunyai lebih banyak pilihan.

Adakah Gerakan benar-benar bersedia menjadi kekuatan ketiga itu? Keputusan terletak di tangan Gerakan. Tetapi ingat… kami tak mahu janji manis! Buktikan sekarang, dan 18 bulan dari sekarang, anda akan tahu sama ada kami menyukai apa yang kami saksikan. Kami akan memberitahu anda sama ada undi kami bersama dengan Pakatan Rakyat yang dirombak ataupun dengan Parti Gerakan Rakyat yang telah melalui proses peremajaan. Mmm… Parti Gerakan Rakyat. Nama tu cukup merdu di telinga Blogger Gerakan Rakyat. Saya sendiri pun suka.

Mmm… alangkah bahagianya jika itu benar-benar berlaku. Mungkin saya terlalu idealistik. Mungkin kita terpaksa memilih antara Pakatan Rakyat yang nakal dan Barisan Nasional yang jahat. Walau bagaimanapun, nakal lebih baik daripada jahat. Itu sajakah pilihan kita? Alahai!


Original Post: http://mt.m2day.org/2008/content/view/28252/84/

Translation Page: http://gomalaysian.blogspot.com/





Saturday, 31 October 2009

[MESTI BACA] Adakah jalan pintas buat Pakatan cipta sejarah PRU13 : Ahmad Lutfi Othman | Nizar News

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Mempersiapkan segala persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, dan semestinya bermula dari sekarang, dengan andaian ia tidak semudah Mac 2008, rasanya diterima semua pihak. Malah ada yang membayangkan kemungkinan pilihan raya diadakan lebih cepat daripada biasa, sebaik saja melepasi tempoh tiga tahun pertama sekiranya Najib Razak merasakan suasana dan persekitaran politik lebih memihak BN dan menyerkup Pakatan Rakyat.


Dalam situasi dan posisi Pakatan dilihat agak sukar, persiapan seharusnya lebih rapi dan sistematik, didahului kajian mendalam di lapangan, dan mengambil kira segala sumber kekuatan dan punca kelemahan. Harus diingat, mood pengundi bukan dibentuk sekelip mata. Ia dibina, diperkukuh dan disuburkan melalui faktor sekeliling, juga sentimen serta 'gelombang' semasa, dan pastinya prestasi dan track record setiap calon atau parti yang bertanding. Setiap pihak berpeluang untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya, biarpun ruang demokrasi sengaja disempitkan. Apatah lagi dalam keadaan masyarakat yang semakin cerdik-pintar berpolitik,

Justeru, aktivis Pakatan tidak harus pesimis atau terlalu bimbang - walaupun tetap bersikap waspada dan hati-hati - dengan jangkaan bahawa rakyat akan kembali menyokong BN, selaras dengan hiruk-pikuk kononnya berlaku perubahan dalam Umno dan parti-parti komponen lain. Teori pendulum bukan kemestian, ia sekadar mahu merumuskan fenomena terdahulu, itu pun jauh dari kesempurnaan, sedangkan kini masyarakat sudah berubah dan semakin bijak menilai.

Kemenangan mudah BN tanpa dicabar sudah berakhir 10 tahun lalu, dan mungkin tidak berulang lagi, termasuk kepada apa jua parti pemerintah selepas ini. Pengundi menghayati konsep mereka sebagai raja dan tidak melepaskan peluang bagi menghukum siapa jua yang alpa. Rakyat juga seperti sudah memahami manfaat kebaikan sistem dua parti (biarpun ia belum terlaksana sepenuhnya), dan dijangka mereka akan memberikan peranan lebih besar buat pembangkang, tidak kira di Dun mahupun Parlimen. Semakin sengit parti-parti bersaing meraih sokongan dan berusaha menabur bakti sehebat mungkin, keuntungan akhirnya buat rakyat jua.

"Bagi saya mudah saja," kata seorang pensyarah sains kemanusiaan di sebuah IPTA bagi meredakan kerisauan saya dan menyangkal dakwaan PAS mungkin hilang sokongan dalam PRU13, "wakil rakyat Pakatan, khususnya PAS, mesti tunjuk teladan unggul, rajin menjenguk kawasan, kerap berdialog dengan masyarakat, selesaikan segera isu berbangkit terutama berkaitan kemudahan awam, tidak menumpukkan kekayaan peribadi, mudah didampingi, proaktif, memeriahkan kegiatan surau-masjid dan tidak bertangguh menangani masalah. Rakyat memerhatikan kita, dan tentunya tidak mudah termakan propaganda murahan jika kita sentiasa bergerak cergas bersama mereka, bukannya terpencil dalam kelompok elit." (Memang ungkapannya nampak mudah tapi tidak semestinya mudah untuk dilaksanakan terutama bagi mereka yang hanya mahu meraih keuntungan peribadi).

Tambahnya lagi, "Dan di negeri Pakatan, buktikan kita lebih bersih daripada negeri lain di bawah BN, sekurang-kurangnya lampu jalan menyala terang, jalan berlopak diturap cepat dan cantik, sampah diangkut ikut jadual, longkang tidak tersumbat, kawasan permainan terjaga. Jangan remehkan aspek-aspek itu." Dan, serentak dengan itu, ujar pensyarah berkenaan lagi, Pakatan akan lebih dipercayai, diakui tidak khianati amanah, sebaliknya berlaku adil, benci rasuah, membela orang susah dan memiliki sifat-sifat luhur lain. Oleh itu, katanya, usah risau sangat kita akan kalah sekiranya sudah cukup amal bakti kita kepada rakyat.


Dalam pada itu, surat dari Mohd Noor Jamil, Sg Siput (U) Perak kepada saya mengingatkan pemimpin Pakatan: "Tolong tonjolkan imej positif, tunjukkan persefahaman dan kerjasama erat kepada rakyat. Tolong buang sifat ego dan merasakan diri lebih baik daripada pihak lain. Dan tolong bantu rakyat dengan lebih berkesan, terutama di negeri Pakatan. Misalnya dari segi pemilikan aset, masih ramai rakyat hidup menumpang terutama di luar bandar dan estet. Usahakan pemberian tapak-tapak rumah jika tidak mampu menyediakan rumah ..."

Terselit juga SMS tanpa penama di telefon bimbit saya: "Antara aktor besar 2008 adalah Mahathir, kini beliau tak bersama kita lagi. Umno juga akan pastikan Anwar tidak berada di medan dalam PRU13 nanti. Bersedialah ..."

II.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mahu Harakah berperanan secara lebih berkesan bagi menepis dan menangkis tohmahan Umno-BN bahawa Pakatan Rakyat dan PAS mengetepikan, atau meminggirkan, Islam dan Melayu dalam pemerintahan dan perjuangannya. Umum mengetahui bagaimana hebatnya Umno mencanangkan - dengan mengemukakan 'fakta' palsu berkaitan kerajaan Pakatan di Perak dan Selangor - komitmen Islam PAS makin cair dalam usaha mengambil hati pemimpin DAP dan KeADILan. Dikhuatiri jarum halus Umno itu berjaya membuatkan pengundi Melayu hilang pertimbangan.

"Umno," kata Idris, "menegaskan Islam dan Melayu akan tergugat jika kuasa mereka hilang. Bagi mereka PAS-Pakatan tidak boleh melindungi Islam dan Melayu di negara ini. Hakikatnya, berdasarkan fakta, pemimpin Umnolah yang mengkhianati Islam dan Melayu. Lihat bagaimana Umno merobohkan masjid di Bujal, Kemaman. Kemudian menutup Surau Jubli Perak di Bangi, menutup surau di Seksyen Lapan dua mingggu sebelum Ramadan 2007 dan merobohkan surau di Kampung Berembang. Timbalan Presiden Umno kini, ketika itu Menteri Besar Johor mengubah cuti hujung minggu daripada Jumaat kepada Ahad, tapi sekarang masuk kampung menuduh PAS-Pakatan mengkhianati agama Islam."

Insya-Allah, secara bersiri Harakah bukan saja berusaha menyanggah tohmahan jahat itu, malah cuba menonjolkan 'jenayah' Umno terhadap agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini, selama lebih 50 tahun memerintah. Sikap hipokrasi Umno, yang cuba berlagak sebagai juara agama, pembela bangsa dan pendokong raja mesti didedahkan secara meluas. Banyak fatwa yang diputuskan mufti, seperti larangan bertafakur dan meletakkan kalung bunga di Tugu Negara serta peraturan Jakim tentang panduan hiburan diketepikan begitu saja. Pemimpin Umno perlu bertanggungjawab atas kesalahan berganda itu, dan bukannya menyorok di sebalik lalang dengan memainkan sentimen dan emosi perkauman yang cukup berbahaya.

III.

Polis berkeliaran di sekitar 'zon perang' sidang Dun Perak, 28 Oktober lalu. Jumlahnya cukup ramai. Speaker V Sivakumar diperlakukan lebih kejam berbanding insiden 7 Mei lalu; kali ini jubah dan songkoknya dirampas, selain perutnya dihentak dan lehernya dicekik. Ganas dan memalukan. Adun Pakatan terpaksa melalui lima sekatan. Helah agar tidak dapat sampai sebelum jam 10 pagi. Bajet negeri Perak 2010 diluluskan secara tergesa-gesa, paling singkat dalam sejarah.

Aksi BN yang kemaruk kuasa itu belum berakhir. Begitu juga dengan usaha membubarkan Dun. Lebih penting, rakyat harus mendapat maklumat benar dan faham realiti termasuk dari sudut perundangan. Jaringan informasi harus lebih efisyen. Dan usah lupa, sentimen kaum cukup marak dalam pergolakan politik Perak. Nizar dan teman-teman harus mengharunginya dengan tabah, bijaksana dan berbekalkan stamina panjang. Aktivis Pakatan mesti lebih bersiap siaga. "Saya takut jika Dun betul-betul dibubarkan nanti, momentum kita sudah luntur," bisik seorang wartawan sambilan di Ipoh.

Sumber : Detikdaily


Note : JOM SERTAI PROGRAM BANTU MEMBANTU SESAMA INSAN.... SILA KLIK.. TQ.



.

Friday, 23 October 2009

Hendak Singkir Pemimpin, Tidak Perlu Adakan Muktamar Khas : Mohd Sayuti Omar | Nizar News

Oleh : Mohd Sayuti Omar

SAMA seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz, hati saya jarang sekali merasa gundah gulana dan cemas dalam memerhati tingkah laku politik Pas seperti muasir ini. Sejak dari tahun 70-an sebaik saya mengenali erti politik, jarang sekali nubari saya berkeadaan gundah gulana seperti hari ini. Ada persamaan saya dengan Tok Guru dalam hal ini.

Kalau hati beliau pernah bergolak di zaman Mohd Asri Muda (Allahyarham), maka hati saya juga bergolak di zaman itu. Tetapi dari sudut berlainan, difarakhkan oleh status kami berlainan. Beliau sebagai orang parti dan pemimpin, (Ustaz) saya sebagai pemerhati dan penyokong kerdil pelari gambar cogannya mengeliling kampung.

Kata Tok Guru hatinya bergolak masa itu kerana tidak senang dengan politik Asri. Sebaliknya hati saya bergolak dan kesal kerana Pas mengalami kekalahan sehingga hilang kerajaan negeri Kelantan selepas pilihan raya umum 1978.

Sebahagian rentetan malang Pas hilang kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai selama 18 tahun itu, saya ada kisahkan dalam buku saya berjudul “Kelantan Selepas Pantang,” terbitan tahun 1991. Semua itu dijadikan rekod sejarah dan bahan kajian.
Seperti apa yang Tok Guru ingat (tanggungjawab) itu juga, maka saya juga teringat akan tanggungjawab itu; mengenai teguran Tuhan ke atas Muhammad. Saya mengambil semangat dan teladan itu. Kalau Muhamad boleh ditegur Allah, apalah lagi dengan orang lain yang tidak maksum, bertambah-tambah boleh ditegur.
Bertolak dari amanah itulah saya mengambil tanggungjawab sebagai hamba politik, rakyat, orang awam, penulis dan pengamat kerdil membuat teguran-terguran bila mana perlu waima kepada sesiapa saja tanpa kompromi.

Saya tidak perlu menyertakan hujah, nas atau dalil dari Quran dan Hadith untuk menegakkan pendirian saya ini. Cukuplah kalau dirujuk apa yang disebut Tok Guru dalam tulisan terbaru dalam blognya itu. Atas prinsip itulah maka saya membuat teguran dan kritikan kepada sesiapa sahaja tidak kira Tok Guru, perdana menteri atau sultan Kelantan.

Apa mauduknya di sini? Mauduknya ialah mengenai sokongan Tok Guru ke atas beberapa bahagian tulisan Prof Abdul Aziz Bari yang meminta Pas menyingkir beberapa pemimpin Pas khasnya, Abdul Hadi Awang, Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali, Mustapa Ali. Apabila Tok Guru menyokong saranan Abdul Aziz itu bererti beliau mahukan mereka ini dinyahkan dari Pas. Perdamaian dan jabatan tangan sebelum ini hanyalah sandiwara saja.

Pun begitu Tok Guru masih sopan dan berlapik untuk menyingkirkan mereka itu dengan mencadangkan supaya diadakan muktamar khas. Katanya untuk melakukan Tajdid (perubahan) harus dibincang dalam muktamar Pas. Apakah membuang pemimpin itu sebagai satu Tajdid? Dan apakah untuk berjaya bersama Pakatan Pas harus bertindak sampai ke situ sekali? Ini menarik untuk direnungi bersama. Dan saya akan cuba mengupas hal ini dalam tulisan lain. Selanjutnya klik

Pecat Abdul Hadi? | Nizar News

Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa kepimpinan parti itu, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan mereka.

"Bila mesyuarat agung tidak mahu tukar presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

"Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis menteri besar Kelantan dalam blognya malam tadi

Seterusnya Klik

Repons tulisan Dinsman: Ada yang tak kena dalam PAS sekarang? | Nizar News

Oleh KASSIM MUHAMAD

Terdapat aspek-aspek menarik dalam tulisan Dinsman, "Cuba kalau yang menang di Bagan Pinang itu PAS" dalam Harakah baru-baru ini. Antara lain, Pakatan Rakyat termasuk PAS akan sangat gembira kerana kemenangan berturut-turut kali kelapan ini. Ya, jika itu terjadi.


Sebelum ini sudah ada telahan yang mungkin terlalu berlebih-lebih, iaitu jalan ke Putrajaya sudahpun terbentang luas.
Keseronokan, jika menang di Bagan Pinang, bukanlah tidak bersebab. Namun euforia kemenangan berterusan seperti ini boleh saja membawa pelbagai kesan.

Pertama, ia mencipta rasa yakin diri Pakatan Rakyat, khususnya PAS, dengan andaiannya bahawa orang bukan Melayu kini benar-benar bersama PAS.

Sekadar makluman, sebaik pengumuman Bagan Pinang diketahui, seorang kawan yang sangat yakin dengan pendapat bahawa "PAS itu sama saja dengan Umno" melontarkan pesanan ringkas: "Jangan pandang ringan Umno!"

Sebenarnya pelbagai perkara boleh diutarakan, diungkit dan direndangkan sebagai sebab musabab besar kenapa Pakatan Rakyat, khususnya PAS, tewas. Tapi bukan senarai sebab musabab itu yang mahu dibicarakan, kerana rasanya ada aspek lain yang elok dan lebih wajar diteliti dengan saksama. Ya, bermuhasabah.

Apakah kita selalunya rasional dengan tingkah kita selama ini? Untuk lebih jelas, 'kita' di sini membawa maksud PAS, bukannya komponen Pakatan Rakyat yang lain. Aspek "mempersoalkan kerasionalan kita, khususnya PAS dalam membuat sesuatu tindakan" ini kerap benar diulang-ulangi orang, khususnya dalam blog berbahasa Inggeris seperti Malaysia Today.

Lihat saja komen yang bertali arus apabila sesuatu peristiwa itu meletup dan dibesar-besarkan media arus perdana. Kita tentunya tidak hairan dengan telatah ini kerana manusia memberikan reaksinya berdasarkan maklumat dan tanggapan-persepsi yang menguasainya.

Dan persepsi itu umumnya dipengaruhi pelbagai faktor, antaranya pendedahan media arus perdana seperti akhbar dan TV yang umumnya dikuasai Umno-BN.

Ini bermakna keputusan seseorang manusia itu mungkin saja rasional, mungkin juga tidak. Berapa ramai manusia di dunia ini yang membuat keputusan semata-mata bersandarkan tanggapan-persepsi yang tidak rasional?

Berapa ramai yang kahwin lari walaupun yang memelihara dan membesarkan mereka sehingga dewasa itu adalah kedua ibu bapa? Apakah hasil sesuatu pilihan raya itu menjadi tidak sah jika para pengundi dicaj tinggi emosinya tatkala keluar mengundi?

Manusia membuat keputusan dengan bersandar maklum balas dan maklumat yang diperolehi. Dan salah satu daripadanya ialah bagaimana mereka diajar untuk melihat dan 'menilai' maklum balas yang diasak ke dalam kepala, setiap hari, setiap saat.

Teori pakar propaganda Hilter, Goebbels boleh dipakai sebarang zaman, kecuali mungkin jika manusia semua sudah mahir berfikir dan berpandukan kebenaran.

Perlu dinyatakan, sambil memohon maaf kalau ada yang merasakan saya bersikap kasar, bahawa saya cuba memberanikan diri untuk bercakap terus terang setelah saya puas mendengar orang berbisik di sana-sini tetapi tidak ada yang mahu tampil ke depan dan menyatakan apa yang sering disoksek-soksek merata-rata, hingga ke Sarawak itu.

Biarlah saya mengambil risiko dimarahi pihak tertentu, supaya kita semua tidak menerima hukuman (mala petaka berupa kekalahan dalam PRU-13) semata-mata kerana tidak ada yang mahu bercakap terus terang.

Dan saya pun kurang pandai untuk berselindung di sebalik permainan kata-kata seperti gaya Dinsman itu.

Mari kita teliti semula lima contoh benar lagi nyata yang amat memedihkan yang telah dan sedang berlaku dalam PAS. Dan jangan lupa untuk teliti kesan maklum balas yang diolah semula akibat perbuatan kita (baca: PAS) sendiri.

Kecuali isu kepala lembu, bukannya orang lain (baca: Umno/BN) yang memulakan. Kitalah yang memulakan semuanya. Umno dan seluruh bala tenteranya hanya memanfaatkan bola tanggung (meminjam istilah Azizi Abdullah), yang entah kenapa kita hulurkan. Tak ada beban batu digalas!

Apakah contoh-contoh tersebut? Pertama, gagasan besar Kerajaan Perpaduan. Kedua, kritikan terbuka seorang EXCO (dari parti kita) terhadap SELCAT; dan ketiga, tingkah kita dalam isu kepala lembu.


Yang terakhir kita seperti tidak tahu dan tidak mahu berhenti ialah penggempuran bala tentera kita (baca: PAS) terhadap maksiat konsert. Gempur maksiat konsert ini sama dengan semangat berkobar-kobarnya kita tatkala mahu menyelesaikan peristiwa beer.


Semua ini telah dihujah bijak oleh pandai PAS. Ada nas lengkap dalilnya. Kita tidak ingin teliti itu semua kerana tidak berupaya. Yang mahu dibentangkan ialah soalan dan pemerhatian berikut:

Telatah Unit Amal kita tatkala banjir besar di Johor kekal bersemadi di hati rakyat Johor. Apakah itu pencegahan maksiat atau satu contoh perbuatan mulia yang mesti diutamakan?

Bagaimanakah mahu kita ubati sakit ‘kehilangan kepercayaan’ sesetengah ahli dan penyokong PAS dan juga orang-orang bukan Melayu terhadap KESAN gagasan kerajaan perpaduan?

Kesannya (“Ini parti yang tak boleh percaya. Kasi sokong mahu belot!”) mesti dihadapi dengan nyata, dengan perbuatan.

Cakap dan hujah sudah tidak memadai. Kenapa? Contoh kesan penyakit kehilangan keyakinan ini telah begitu nyata dan cukup banyak di negara ini. Sejarah Umno/BN jelas sekali kepada seluruh rakyat. Kenapakah PAS tega mengikuti jejak-jejak seperti itu?

Apakah mengejar ‘beer’ tanpa sesuatu yang jauh lebih mantap itu, lebih utama daripada melawan rasuah yang berleluasa? Bagaimana mahu menjawab ini semua? Apakah saya, Ah Chong, sekarang tak boleh suka-suka minum?

Apakah kerja melawan maksiat konsert itu lebih besar daripada mengejar kes perceraian yang tidak selesai-selesai?

“Haiya, sekarang Taliban datang lagi cari konsert!” Bagaimana mahu dijawab semua tuduhan yang sangat menyakitkan hati ini? Namun inikah cara yang terbaik membawa mesej Islam – tukang kejar konsert? Adakah tidak boleh dipelajari kaedah Hassan dan Hussein menegur orang dewasa yang salah tatkala berwudhu’?

Kalau Johny bertanya “Apakah sekian banyak harta zakat tidak mampu perbaiki nasib ummah, termasuk yang bukan Islam?” Apakah jawapannya “Itu urusan Islam!”?

Siapakah yang benar-benar bangun berkata dengan lantang, jelas dan berani sekali bahawa peristiwa kepala lembu bukanlah cara Islam? Panglima besar? Atau hanya seorang laskar biasa yang bangun bersuara?

Sebenarnya senarai soalannya cukup panjang. Namun apakah keadaan sebenarnya cukup tenang dan aman dalam PAS? Apakah benar PAS tak ada masalah kerana umumnya baik orang-orang Islam maupun yang bukan-Melayu jelas akan terus menyokong kita?

Atau ada yang berhujah, “Kita berjuang kerana Islam dan Allah sentiasa bersama kita kerana kita yang berjuang demi agama-Nya. Soalan sokongan bukan masalah besar sangat.”

Mungkin apa yang dibentangkan ini berdasarkan pengalaman yang salah. Ini bermakna segala pengamatan yang diturunkan salah belaka. Mungkin. Syukurlah kalau semua ini tidak tepat dan PAS masih jelas kompasnya.

Tatkala ke majlis rumah terbuka PAS, ada teman yang memberikan komen, “Tahun ini tak banyak rakan-rakan orang Cina. Tahun sudah lebih ramai.”

Mari kita akhiri dengan meneliti apa yang ditinggalkan oleh orang-orang tua kita:

Kenapa dibiar tapainya cair, yang tertinggal tuak kelana
Biarpun sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina

Sumber : Detikdaily

Thursday, 22 October 2009

ISU KEPIMPINAN PAS... : PANDANGAN TG NIK AZIZ | Nizar News

Nik Aziz cadang EGM bincang isu pakatan PAS dengan Umno?

Oleh TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.

Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.

Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.


Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.


i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.


Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)


Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan.

Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”


Pandangan Saya


Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.

Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.

Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Sumber: detikdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist