.

Monday, 2 November 2009

Fitnah Dan Adat Perjuangan : Oleh Dr. Asri | Nizar news

Fitnah Dan Adat Perjuangan

Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Siapa tidak kenal Prof Hamka?! Tokoh ilmuwan agung Indonesia. Beliau seorang ilmuwan Islam yang menguasai berbagai bidang; tafsir, fekah, sejarah, politik bahkan sastera. Kebanggaan umat Nusantara. Karya-karyanya menjadi bacaan dan rujukan termasuk di negara kita ini.


Bahkan bukan sedikit pula yang memperolehi Ph.D kerana mengkaji karya-karyanya, khususnya Tafsir al-Azhar karangan beliau yang terkenal. Beliau seorang ilmuwan dan pemikir yang telah mengukir sejarah emas bagi dirinya. Manfaat dari perjuangan ilmunya dirasai oleh umat Islam di seluruh Nusantara.





- Prof Hamka

Seperti mana kebanyakan tokoh yang berjasa, mereka dikecam atau dimusuhi oleh pihak-pihak yang berkepentingan semasa hayat mereka, namun akan dikenang apabila mereka meninggal. Ini kerana, apabila seseorang tokoh itu muncul, hasad dengki turut muncul dalam jiwa sebahagian yang merasa mereka akan terpinggir, atau terancam. Mereka ini akan mencari jalan membuat fitnah dan onar bagi menghalang perjalanan atau perjuangan seseorang tokoh.

Demikian juga pihak yang tersentuh kepentingan mereka, akan bertindak balas merencana ‘perang’ menghadapi tokoh berkenaan. Namun apabila tokoh tersebut sudah tiada, yang hasad mungkin hilang atau berkurangan, yang rasa terancam sudah selesa atau turut meninggal dunia, maka penilaian waras akan dibuat dan jasa tokoh berkenaan akan dikenang.

Demikian Prof Hamka, semasa hayatnya beliau dituduh sesat oleh ulama konservertif Tanah Melayu dengan tuduhan ‘kaum muda’ dan ‘wahabi’. Semuanya hanya kerana ilmu yang disampaikan itu didengki, atau ada kepentingan pihak tertentu yang terganggu.

Al-Imam Al-Bukhari

Ini tidak pelik. Al-Imam al-Bukhari (194-256H) atau namanya Muhammad bin Ismail yang agung dalam hadis itu, semasa hayat dituduh menganut ajaran Muktazilah dan sesat, bahkan dikafirkan. Beliau terpaksa keluar meninggalkan negerinya Naisabur. Tuduhan bahawa beliau menyatakan al-Quran makhluk bukan sahaja mempengaruhi orang awam, bahkan mempengaruhi tokoh-tokoh ilmuwan hadis besar pada itu seperti Abu Hatim dan Abu Zur’ah. Tuduhan ini datang dari gurunya sendiri Muhammad bin Yahya al-Zuhli.

Apabila beliau berpindah ke Bukhara, beliau disambut hebat oleh penduduk negeri berkenaan. Malangnya, tokoh ilmuan yang hasad kepadanya itu menulis surat pula kepada Gabenor Bukhara: “Lelaki ini menonjolkan diri menyanggahi sunnah Nabi”. Lalu al-Imam al-Bukhari dikeluarkan dari Bukhara.

Menariknya, apabila ditanya al-Imam al-Bukhari tentang ujian itu, beliau menyatakan: “aku tidak peduli selagi agamaku selamat”. Kemudian sebahagian penduduk Samarkand menjemputnya ke negeri mereka. Namun berlaku perbalahan dan fitnah di kalangan penduduk, ada yang setuju beliau datang, ada yang membantah. Akhirnya bersetuju menerima kedatangan beliau, tapi ketika beliau menaiki kenderaannya itu menuju ke sana, beliau meninggal sebelum sempat ke Samarkand. Demikian kisah sedih akibat hasad dengki yang menimpa seorang imam yang agung al-Imam al-Bukhari (lihat: al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 12/453-464, Beirut: Dar al-Fikr).

Hidupnya dibuang orang, namun matinya tetap terbilang. Hari ini apabila orang membaca hadis, nama beliau disebut dan kekukuhan riwayat beliau dalam ‘Sahih al-Bukhari’ diakui oleh sekelian sarjana. Akidah al-Bukhari diakui sebagai akidah yang sahih dan benar, ilmunya diiktiraf dan jasanya dikenang. Namun siapa yang membaca sejarah perit perjuangan ilmu, tidaklah sangka demikian nasib yang menimpanya.

Prof Hamka

Kembali kita kepada kisah Prof Hamka. Ramai yang tidak mengetahui sejarah perjuangan beliau dan ayahnya Haji Rasul. Pernah dituduh kafir, sesat, wahabi, kaum muda dan berbagai lagi. Ini adalah resam kelompok yang menjaga kepentingan mereka, bimbangkan gerakan pembaharuan. Mereka bimbangkan kedudukan, aliran, jawatan, kepentingan dan pengaruh mereka hilang.


- Buku ‘Ayahku’ karangan Prof Hamka

Saya cadangkan pembaca membaca buku karangan Prof Hamka yang sekarang sudah ada di pasaran kita yang berjudul ‘Ayahku’. Antara dalam buku berkenaan Prof Hamka mencerita bagaimana ‘ulama-ulama tua’ (istilah digunakan Hamka) menentang kedatangan ayahnya ke Tanah Melayu pada tahun 1916. Kedatangan ayahnya ditentang oleh mufti-mufti Tanah Melayu.

Hamka memetik kata-kata ayahnya:

“Menjadi mufti dalam kerajaan-kerajaan melayu itu sangatlah megahnya. Memakai pakaian rasmi yang pakai polet, berpisang sesikat di bahu, jubah berukir-ukir benang emas, dan serban dari sutera dan berkereta sendiri. Rakyat pun sangat takut dan taat, sisanya dimakan, sepah sirihnya dikunyah, dan kalau beliau ingin hendak kahwin bismillah”.

Seterusnya Prof Hamka mengulas:

“Sebelum beliau datang telah keluar fatwa Syeikhul Islam (gelaran mufti-pen) itu menyatakan bahawa akan datang ke mari seorang ulama yang sesat lagi menyesatkan, wahabi, kaum muda, tidak percaya kepada ulama-ulama dan keluar dari mazhab Syafi’i. (m.s 160).

Prof Hamka menceritakan:

“Bahkan seketika terjadi pertemuan ulama Sumatera-Malaya yang diadakan Jepun pada tahun 1943 di Singapura, sengaja beberapa orang ulama Singapura menemui kami sebelum ke perjumpaan di mulai, menyatakan bahawa sekali-kali jangan dibawa ke mari fahaman-fahaman yang keluar dari Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dan keluar dari Mazhab Syafi’i. Ketika ada kawan-kawan yang nakal memberitahu bahawa saya anak Haji Rasul, mata ulama itu ‘melotot’ serupa biji rambutan melihat saya dan saya pun jadi nekad pula sebagai mana nekadnya ayah saya. Takut benar ulama-ulama di sana pada waktu itu bahawa Mazhab Syafi’i akan berubah lantaran Kaum Muda Sumatera atau Muhammadiyyah di Jawa…alangkah sempitnya, perkara pakaian pun mereka kaitkan dengan mempertahankan berfikir dalam satu mazhab…tidak hairan, sebab feudalisme raja-raja di sana sebagai raja Islam, bersandar kepada ulama kolot yang mengutamakan taklid kepada ulama supaya rakyat taat kepada ulama, ertinya kepada raja, erti kepada Inggeris!” (m.s. 162).

Hasil perjuangan gerakan yang dituduh ‘kaum muda’ itulah yang membebaskan kejumudan pemikiran, kezaliman terhadap wanita oleh mahkamah syariah di Indonesia ketika itu. Dalam buku berkenaan Hamka telah menceritakan kesempitan pandangan golongan agama yang jumud sehingga menyiksa wanita dalam kes-kes penceraian.

Di bawah tajuk Nikah Si Kani (m.s. 171), Prof Hamka menceritakan perjuangan mereka menghadapi golongan pemikiran sempit. Namun, adat pejuang berbagai tuduhan dan fitnah dihadapi oleh ayahnya dan perjuangan mereka. Kalimat ‘wahabi, kaum muda, keluar mazhab, sesat, kafir dan berbagai lagi menjadi mainan ulama-ulama ‘lama’ ketika itu dalam menghadapi gerakan tajdid dan pembaharuan oleh Prof Hamka dan ayahnya.

Bacalah!

Bacalah buku-buku perjuangan dan pengorbanan, ia akan memberikan rangsangan dan semangat kepada sesiapa sahaja yang ingin meneruskan agenda dakwah dan pembaharuan umat. Sebab itu al-Quran mengubati perasaan Nabi s.a.w dengan kisah-kisah silam yang dapat menyedarkan tentang harga pengorbanan yang wajib dibayar dalam meneruskan agenda perubahan.

Firman Allah:

(maksudnya) Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (Wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.Dan demi sesungguhnya, rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan Demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita rasul-rasul itu. Dan jika perbuatan berpaling mereka (keingkaran mereka) itu terasa amat berat kepadamu; maka sekiranya engkau sanggup mencari satu lubang di bumi (untuk menembusi ke bawahnya) atau satu tangga untuk naik ke langit, supaya engkau dapat bawakan mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika engkau sanggup). dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia himpunkan mereka atas hidayah petunjuk. (tetapi Allah tidak menghendakinya), oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil”. (Surah al-An’am, ayat 33-35).

Pertentangan akan berlaku, sudah pasti, para nabi pun tidak dapat mengelakkannya, namun perjuangan akan terus berlangsung di setiap zaman. Tiada siapa yang dapat mengubah tabiat sejarah, tetapi kita boleh memilih dalam sejarah siapa yang ingin kita berpihak!

Sumber : Minda Tajdid


**JOM SERTAI PROGRAM BANTU MEMBANTU SESAMA INSAN.. SILA KLIK, TQ..***



.

YANG INI TAK JADI KONTROVERSI KE? | Nizar News

Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (TGNA) berkata:

Sebelum Allah mencipta manusia, bumi ini telah ada. Kalau Allah cipta dulu manusia baru cipta bumi, di mana manusia nak tinggal ... dia (manusia) kata dia cipta (dunia) ... UMNO tak kenal Pencipta, sebab itu dia rampas kerajaan ... dia (UMNO) anggap bumi ini dia punya.

Di samping itu, TGNA turut menjelaskan tohmahan UMNO kononnya budaya membaca ayat al-Quran oleh beberapa pemimpin DAP sebagai suatu penghinaan kepada Islam. Katanya:

Nabi pun mengutus surat kepada semua pemimpin kerajaan bukan Islam. Nabi mula dengan tulis ayat al-Quran. Nabi tulis untuk pemimpin bukan Islam baca, bukan Nabi tulis: Jangan baca ayat al-Quran ini sebab nanti hina Islam. Pemimpin UMNO bodoh agama dan tak suka ikut Nabi.

Seterusnya TGNA kata:

Perjuangan PAS berdasarkan ajaran Islam, bukannya politik perkauman Melayu sebagaimana yang diamalkan UMNO.

Ini pula pandangan Ngeh Khoo Ham terhadap PAS:

Dulu saya memang ingat PAS (sebagai) parti ekstremis agama, fundamentalis, dan tidak suka orang Cina (dan) bukan Islam. Itu semua sebelum kenal Tok Guru dan Hj. Nizarlah.

Catatan

Biasanya para pemimpin UMNO akan melenting bila dikatakan begitu. Bagaimana dengan kenyataan TGNA yang terbaru ini?

Dengan pengakuan Ngeh itu, masihkah UMNO hendak mengatakan PAS menjadi kuda tunggangan DAP? _PENA MUTIARA


** Jom Sertai Program Bantu Membantu Sesama Insan... Sila Klik..TQ. ***




.

Penahan Dr. Asri : Ulasan Dr. Hasan Ali | Nizar News

Ini kerja JAIS - Dr. Hasan Ali

Ini kerja Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kerajaan negeri tidak boleh masuk campur, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato' Dr. Hasan Ali merujuk penahanan bekas Mufti Perlis malam tadi.

Sebaliknya, beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, semua masalah yang berkaitan dengan JAIS perlu dirujuk kepada pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Katanya, ketika ditemui di pejabat beliau di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, disini, selepas mengadakan mesyuarat khas bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) Gombak Setia juga menegaskan, kerajaan negeri tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penangkapan bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin kerana dikatakan tidak mempunyai tauliah.

Penangkapan penceramah itu dilakukan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang semalam ketika menyampaikan tazkirah kepada lebih 300 hadirin.

Sumber : Thinking of Life


** JOM SERTAI PROGRAM BANTU MEMBANTU SESAMA INSAN... SILA KLIK **




.

ISU DR MAZA : Mesej daripada Tun Abd Rahman Yaakub | Nizar News

Mesej daripada Tun Abd Rahman Yaakub, bekas Ketua Menteri Sarawak kepada Dr. Mohd Asri berhubung dengan penangkapan JAIS:

Assalamualaikum,



Saya berdoa semoga Allah sentiasa melindungi saudara.



Jelas pada saya bahawa golongan-golongan yang dihasutkan oleh iblis akan melakukan segala-gala yang tidak menyenangkan hati mereka.



Saya yakin kebenaran akhirnya akan menghapuskan segala-gala fitnah dari golongan yang tidak bertanggungjawab.




Saya sudah pernah menghadapi golongan-golongan yang khianat lagi dengki pada perjuangan yang suci. Malangnya yang memusuhi pejuang-pejuang di jalan Allah yang mengaku dirinya di pihak yang benar.



Anehnya pada diri saya, orang bukan Islam dari pegawai-pegawai Inggeris yang membela dan menolong saya sehingga saya berjaya dan berhasil mencapai cita-cita murni.



Semuanya dengan izin Allah.



Wassalam.

Sumber : Minda Tajdid



** JOM SERTAI PROGRAM BANTU MEMBANTU SESASAMA INSAN.. SILA KLIK **





.

Isu Penahanan Dr. MAZA : Ulasan KJ | Nizar News

Khairy terkejut penahanan Mantan Mufti Perlis

KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin amat terkejut dengan berita penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam.

"Saya amat berharap beliau diberikan hak pembelaan dan pengadilan yang sewajarnya terutama apabila tangkapan itu dibuat hasil kerjasama yang baik daripada Asri sendiri kerana dilaporkan bahawa penahanan beliau diakukan tanpa sebarang waran tangkap," jelas Khairy di dalam blognya (http://www.rembau.net.my).

Kata beliau lagi, pada saat ini, situasi dan latar belakang penahanan Asri masih kabur dan sudah pasti akan menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Antara lain, kata Khairy, jika benarlah Asri ditahan atas sebab ceramah beliau, mengapa sekarang baru pihak JAIS mahu mengambil tindakan walhal Asri sudah lama berceramah dan berkongsi pandangan serta komen dalam coretan-coretan baik dalam blog beliau mahupun sebagai kolumnis dalam akhbar tempatan?

"Saya berharap ini bukanlah satu penahanan terpilih yang tercetus daripada provokasi mana-mana pihak yang tidak menyenangi beliau, atau berunsur politik bagi melarikan fokus rakyat lantas menutup kelemahan sesetengah pihak.

"Saya akan memantau situasi ini dengan cukup rapi dan jika benar wujud apa-apa ketidakadilan terhadap Asri dalam isu penahanan ini, saya tidak teragak-agak mengecam penuh tindakan seumpama ini," kata Khairy. _mstar Online


** JOM SERTAI PROGRAM BANTU MEMBANTU SESAMA INSAN.. SILA KLIK, TQ..**



.

Penahanan Dr. Asri : Ulasan Datuk Jamil Khir | Nizar News

Penahanan Asri tiada campur tangan pusat: Jamil

KUALA LUMPUR - Susulan penahan Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin malam tadi, beliau kini berada di Hotel Putra berhadapan Institut Jantung Negara bagi satu pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom di sini.

Beliau yang dilepaskan pihak Jais dengan bon tanpa cagaran dan diarah hadir untuk siasatan pada bila-bila masa diperlukan hadir kira-kira jam satu petang tadi.

Jamil Khir ketika ditemui di lobi hotel di sini berkata, perjumpaan ini dilakukan bagi menjelas dan mendengar perkara sebenar yang berlaku.

"Kerajaan pusat tiada kena mengena dalam hal ini dan ia merupakan bidang kuasa kerajaan Selangor di bawah Jais.

"Saya tidak boleh memberi sebarang penjelasan buat masa ini memandangkan tidak memperolehi cerita sebenar dari beliau (Asri) mahupun Jais," kata beliau.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan pusat tiada agenda dalam hal ini malah menolak sebarang agenda politik.

"Biarlah perkara ini dijelaskan pihak Jais memandangkan ia di bawah bidang kuasa mereka," kata Jamil ketika ditemui Sinar Harian sebelum pertemuan beliau dengan Asri di sini. _Sinar Harian


** JOM SERTAI PROGRAM HEBAT INI... SILA KLIK, TQ **


.

WAH, BANYAKNYA HUTANG KERAJAAN TRG ! | Nizar News

Akaun Kerajaan Negeri Defisit, Hutang Meningkat kpd RM997.60 juta - Terengganu

Oleh:PemudaBesut

KUALA TERENGGANU – Walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan).

Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta).


Manakala pada tahun lalu, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta.

Oleh kerana mengalami defisit dua tahun berturut-turut, kerajaan negeri Terengganu telah mendapat teguran dari Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang.

”Ini bermakna Kerajaan Negeri masih menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan bagi menampung defisit tersebut,”katanya sebagaimana dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Terengganu Tahun 2008

Justeru, katanya, kerajaan Terengganu mesti mengambil tindakan sewajarnya, dengan mengamalkan berhemat supaya keadaan ini tidak berlaku kerana tidak semua wang amanah itu merupakan aset Kerajaan Negeri.

Selain menasihatkan kerajaan Terengganu, beliau juga menyeru supaya kerajaan negeri Terengganu berusaha memungut keseluruhan tunggakan hasil berjumlah RM92.48 juta.

Katanya, Nisbah Semasa yang digunakan mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri juga adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.

”Analisis Audit mendapati pada tahun 2008, Nisbah Kecairan Kerajaan Negeri kurang daripada 1, menunjukkan kecairan tunai Kerajaan Negeri adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa,”jelasnya.

Beliau juga menyenaraikan, hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang meningkat pada tahun 2008 kepada RM997.60 juta berbanding RM937.87 juta pada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM59.73 juta atau 6.4%. BO


Sumber : TKOdaily
.

PERTEMBUNGAN ANTARA FAHAMAN WAHHABI DENGAN AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH | Nizar News

Sebenarnya pertentangan antara Wahabbi dengan Ahlul Sunni bukanlah suatu perkara yang baru. Telah bermula sejak tahun 1925 lagi apabila pehak Arab Badwi Saud yakni pengikut kepada fahaman Muhammad bin Abdul Wahab yang berkiblat pada fahaman Ibn Tamiyah telah menumpaskan kerajaan Syarif Hussein yang berfahaman Ahlul Sunni dalam Mazhab Hambali. Syarif Hussein ini dikatakan berketurunan dari Rasululah s.a.w.

Pemimpinnya ketika penyerangan itu adalah Sultan Abdul Aziz bin Abdul Rahman El-Faisal Aali Saud, yang selepas penawanan kedua-dua kota: suci itu memakai gelaran Al-Malik, dan gelaran itu kekal sehingga ke hari ini. Sebab itu Gerakan Wahabi digelar sebagi gerakan tidak sampai usia seratus tahun sempena dengan serangan pada tahun 1925. Dan bukannya bermula dengan tahun kelahiran Muhamad Bin Abdul Wahab apatah lagi dengan kelahiran Ibn Tamiyah pada kurun ke 7 hijrah.

Yang mereka serang adalah Syarif Husain, pendiri Kerajaan Hasyimiah yang berpusat di kota Makkah. Mereka merampas beberapa benda berharga di kedua-dua buah kota suci itu, yang antaranya adalah milik peribadi Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda lalu dibawa ke Riyadh, ibu kota dan pusat pemerintahan Bani Saud itu. Mereka juga memusnahkan makam-makam Sahabat RA termasuk yang mati syahid, lalu meratakannya dengan tanah. Rumah keputeraan Rasulullah SAW juga turut dimusnahkan, dijadikan kandang binatang. Hanya akhir-akhir ini sahaja tempat itu dijadikan sebuah perpustakaan untuk bacaan umum. Pasukan ini juga berjaya menakluk seluruh Hijaz dan meletakkannya di bawah kekuasaan mutiak raja baru di seluruh Hijaz iaitu Bani Saud.

Kejayaan pehak Saud ini adalah dengan bantuan pehak Inggeris dalam usaha untuk menghalang kebangkitan Islam melalui fahaman Ahlul Sunni. Pehak Inggeris hanya menyokong sesiapa jua untuk memerintah sesebuah negara jika dirasakan boleh menghalang kebangkitan umat Islam.

Seperti sokongan mereka kepada Mustapha Kamal Attaturk. Dengan lenyapnya empayar kerajaan Uthmaniah di Turki, beliau menjadi boneka Inggeris di Turki. Dengan adanya boneka seperti Mustapha kamal Attarturk ini memudahkan penguasaan Inggeris untuk menjajah Umat Islam di turki dan seterusnya mendirikan kerajaan Israel di bumi Palestin.Pehak Inggeris hanya menyokong sesiapa jua yang sudi menjadi tali barut mereka. Sesiapa yang menentang akan ditentang habis2an oleh pehak penjajah seperti mana yang terjadi pada Saddam Husein.

Jadi kena kaji semula dari segi sejarah dan bukan menyokong mana-mana pehak secara melulu. Persoalannya ialah mengapa pehak Inggeris memilih Bani Saud sebagai peneraju Kota Suci Mekah dan mengapa tidak menyokong Syarif Hussin dalam serangan Bani Saud tersebut? Dengan kekuatan tentera Inggeris yang ada pada ketika itu , merekalah sebenarnya yang menentukan siapa yang bakal memerintah di Kota suci Mekah.

Tanpa sokongan Inggeris dari segi kekuatan tentera dan senjata, Bani Saud sudah tentu tidak mampu untuk menumpaskan Syarif Hussin.Maknanya pehak Inggeris adalah dalang disebalik pemerintahan Bani Saud di Negara Arab Saudi.

Tentu ada sebabnya mengapa berlakunya sokongan pehak Inggeris pada bani Saud. Yang utama sekali ialah pegangan ugama pemerintah Bani saud tersebut yang berfahaman Wahhabi . Yang dipelopori oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Fahaman ini asalnya adalah serpihan dari Mazhab Hambali. Jadi kebangkitan Wahabbi adalah seiring atau sinonim dengan penjajahan minda Barat keatas umat Islam. Kalau sebelum tahun 1925, pergerakan Wahabbi hanya berkisar sekitar tanah Arab seperti Iraq, Mesir dan Kota Suci Mekah, tetapi selepas tahun 1925 ia mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia termasuk kepada Kepulauan Nusantara yang merangkumi Indonesia dan Malaysia yang sebelum ini majoritinya mengamalkan fahaman Ahlul Sunnah termasuk Tokku Paloh, Tok Kenali, Habib Noh di Singapura dan Wali Songo di Indonesia.

Fahaman Wahabi yang mengasingkan fahaman ilmu tasawuf dan ilmu usuludin yang bertentangan sekali dengan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Untuk pengetahuan umum Fahaman Wahabi adalah sealiran dengan fahaman Ibn Tamiyah dan Fahaman Musyabihah. Cuma terdapat sedikit perbezaan yang diubah suaikan mengikut peredaran masa dan tempat. Walau pun dari segi fekah, kaum Wahabi di Malaysia mengakui mereka bermazhab pada Imam Syafei, namun pada pokok ilmu ketauhidan amat berbeza kerena kaum Wahabi mengamalkan konsep Rubuhiyah dan Uluhiyah yang bertentangan dengan akidah ahlul sunnah.

Dari segi usuludin, fahaman sunni berkiblatkan pada Imam Abu Hassan Al Syaari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi yang kedua-duanya lahir pada tahun ke 3 hijrah. Fahaman ini agak terkenal dengan sifat 20. Iaitu 20 sifat yang wajib bagi Allah dan 20 sifat yang mustahil serta satu sifat yang harus iaitu harus membuat atau tidak. Tidak ada paksaan bagi Allah untuk membuat sebarang pekerjaan. Melalui fahaman inilah Zat dan Sifat Allah samasekali tidak meyerupai makhluknya baik manusia atau makhluknya yang lain.

Begitu juga dengan pengajian Tasawuf yang terdapat dalam fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Banyak berkiblat pada Imam Ghazali, Imam syeikh Kadir Al Jalani, Imam Ahmad Sayuti serta mereka yang mengamalkan ajaran bertarekat. Ajaran tasawuf sebenarnya terasing dari fahaman Wahabi.Sehingga dikatakan sesiapa yang mengamalkan ajaran bertareqat adalah diangap sesat! Kalau begitu bagaimana dengan kedudukan wali-wali Allah seperti Tiok Kenali dan Tokku Paloh yang juga mengamalkan ajaran bertareqat? Sesatkah mereka? Kerana puak Wahabi berpandu pada Al-Quran dan hadis sahaja.Pehak kerajaan Arab Saudi telah mengharamkan kitab Ehya Ulumudin dari diterbitkan di Negara Arab Saudi.

Pengajian Wahabi mula berkembang bukan sahaja di Arab Saudi tetapi dengan sokongan British ia telah dijadikan kurikulum di semua sekolah termasuk Universiti. Hatta suatu ketika dahulu untuk mendapatkan Phd dalam pengajian Islam terpaksa berguru pada bukan Islam samada di Universiti Barat atau tempatan dengan berpandukan sukatan Wahabi!

Ajaran Ahlul Sunnah yang pada mulanya bermula dari peringkat remaja yang berteraskan pengajian Imam Ghazali dalam Kitab Ehya Ulumudin dan Imam Abu Hassan Asyaari serta Imam Abu Mansur Al Maturidi dalam bidang Usuludin tidak dikembangkan keperingkat Universiti. Pengajian Ahlul Sunnah banyak dalam bentuk bertarekat sebagai satu cara kaedah menyucikan diri. Seperti Tarekat Nasybandi, Qadiriyah,Ahmadiyah dan yang terbaru tarekat Muhamadiyah yang telah diharamkan oleh Pemerintah Malaysia pada tahun 1994 atas nasihat Majlis fatwa Malaysia yang rata2nya berpandukan kepada ajaran Wahabi.

Tetapi rata2 ajaran tarekat adalah berguru dari Imam Mursyid yang 100 % dari Al-Quran.Kecuali ajaran tarekat yang menyeleweng. Tetapi jika 100% kandungan bertarekat berdasarkan dari Al-Quran , masakan boleh menyeleweng? Dimana perbezaannya antara amalan tasawuf Ahlul Sunni dengan amalan tasawuf Wahabbi? Jawapannya ialah kesinambungan dari lidah guru yang bersambung dari satu generasi dari zaman Rasululah sehingga kegenarasi yang ada sekarang. Ajaran Wahhabi sebenarnya sudah terputus kesinambungan dari lidah guru mursyid kerana ajaran Ibn Tamiyah sudah terkeluar dari Mazhab Hambali yang sebenar.

Setakat berdasarkan pada fahaman dari Al-Quran dan hadis belum cukup untuk mana-mana individu menemui pada jalan yang benar. Beliau memerlukan guru mursyid untuk membimbingnya. Kalau tak berjumpa dengan guru mursyid, syaitanlah yang menjadi
gurunya.

Yang kedua ialah fahaman Usuludin atau ilmu ketuhanan puak wahabi tidak berteraskan pada Imam yang diiktiraf oleh Ahlul Sunni seperti Imam Abu Hassan Al Syaari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi. Memang benar pada zaman Rasullulah, mereka belum lahir lagi,tetapi pada ketika itu setiap permasalahan agama jika timbul sebarang masalah boleh terus bertanya pada Rasululah atau sahabat baginda. Tetapi selepas kewafatan Rasululah, banyak cabang dan aliran agama dalam bentuk ilmu ketuhanan yang wujud. Sepeti fahaman muktazilah, khawarij, syiah dan banyak lagi.

Untuk mengatasi akan bahaya akan penyelewengan akidah umat Islam dari segi fahaman yang menyeleweng ini, maka muncullah fahaman Imam Abu Hassan Al Syaari. Beliau pada mulanya adalah berfahaman Muktazilah. Tetapi bila beliau mengkaji kembali akan ajaran tersebut, maka dengan taufik dan hidayah yang Allah beri, maka beliau mengaku keluar dari fahaman Muktazillah dan menerbitkan beberapa buah kitab mengenai sifat 20. Beliau dibantu oleh rakannya Imam Abu Mansur Al Maturidi.

Tetapi ajaran Wahabi menyuruh umat Islam bertaklid takat pada Al-Quran dan Hadis sahaja. Tak mungkin orang awam pada akhir zaman dapat menghayati isi kandungan Al-Quran tanpa berguru mursyid! Kalau dilakukan juga selama itulah umat Islam akan sesat sesesatnya . Seperti penolakan ziarah kubur, bermarhabban, berzanji, bermaulid, beryaqazah, amalan bertawasul pada yang hidup atau mati sebenarnya semua itu ada dalam ajaran Islam.

Cuma puak Wahabbi yang tidak menjumpai nas atau dalil tersebut! Suatu perkara yang mendukacitakan pada akhir zaman ini ialah sukatan pengajian Islam terutama pada peringkat menengah dan universiti telah diserang dengan fahaman Wahabbi ini. Jika suatu ketika dahulu umat Islam rata-rata menerima pendidikan Ahlul Sunnah melalui sistem pendidikan pondok, tetapi bila mereka belajar di luar negeri dengan menyambung pengajian peringkat master atau phd, sukatan pengajiannya hampir berkisar kepada fahaman Wahabbi.Mengikut sukatan penjajah . Masakan pehak Inggeris dan Yahudi yang menyediakan sukatan tersebut akan memberi roh Islam pada pelajarnya? Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Merekalah yang menentang kegiatan dakwah Islam di Malaysia seperti mana yang kita saksikan pada tahun 1980an dan pada tahun 1990an. Sehingga membawa kepada pengharaman sebuah pertubuhan agama yang berfahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah! Atas dakwaan membawa ajaran sesat!

Sebab itu bila para pelajar ini pulang ke Malaysia ,dengan kelulusan yang mereka ada pada peringkat phd, mereka memegang berbagai-bagai jawatan penting dalam kerajaan seperti pensyarah,Ketua Pertubuhan Dakwah, Ahli Mufti, panel jawatankuasa Fatwa dan sebagainya. Dengan fahaman yang dibajai dan dipupuk oleh penjajah Inggeris dan Yahudi, mereka telah menyesatkan banyak amalan-amalan yang diwarisi dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Namun syukur , Alhamdulilah kebanyakkan bekas pelajar dan anak didik penjajah Inggeris ini sedar kembali akan pokok pangkalnya akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan bahaya fahaman Wahabbi ini. semoga kesedaran ini akan mengiatkan lagi kegiatan agama dan berkembang syiar Islam dari penindasan fahaman Wahabi. Sama-samalah kita nantikan perkembangan seterusnya.
__________________
"Jika Allah menahan pemberian-Nya padamu, maka pahamilah bahwa itu adalah suatu (kemuliaan) untukmu selama kau pertahankan keislaman dan keimananmu, higga segenap apa yang dilakukan Allah kepada dirimu menjadi karunia pula kepadamu".(Ibnu Athaillah)

"Apa yang sebenarnya dituntut dari kita ialah supaya membuat segala kebaikan dan mencapai segala kejayaan tetapi dalam pada itu kita diwajibkan mengekalkan rasa-rasa hamba di hati kita. Perbuatan lahir mesti positif. Rasa di hati mesti negatif. Dalam amalan hati, yang negatif itulah sebenarnya positif. Itulah akhlak namanya."

Wallahua'lam...

Petikan dari : http://www.ehoza.com/v4/forum/religious-talk/41112-pertembungan-antara-fahaman-wahhabi-dengan-ahlul-sunnah-wal-jamaah.html

Fahaman Wahabi... | Nizar News

Wahabi

Wahabi merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisma. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.

Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal (al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada tafsiran Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.

Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

Pengasas
Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.

Beliau adalah seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.

Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah].

Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi.

Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.

Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya. Tetapi setelah mendengar fat-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.

Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak , malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah.

Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.

Amalan kaum Wahabi menurut hadith

Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924.

Perubahan yang mereka lakukan ialah :

1.Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan.

2.Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.

3.Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.

4.Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.

5.Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith , terutama menggunakan radio dan pembesar suara.

6.Melarang membaca qasidah.

7.Melarang melagu-lagukan al Quran.

8.Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri
.
9.Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.

Pandangan Siradjudin Abbas

Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :

1.Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
2.Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
3.Mengambil sumber Al-Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa Ijma Ulama dan Qias.
4.Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan).
5.Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang mengerja pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
6.Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya menjadikan orang musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leil telah lama diruntuhkan.
7.Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya.
8.Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain, kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
9.Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.
10.Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh.
11.Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w
12.Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.
13.Azan tidak boleh berlagu.
14.Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
15.Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Solat.
16.Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain dilarang keras.
17.Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi

Wallahua'lam....

Sumber : ensiklopedia bebas

JAIS bebaskan bekas Mufti Perlis | Nizar News

(mStar Online) - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi kerana dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.

Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi esok untuk merakamkan keterangan.

Sementara itu dalam sidang media selepas dibebaskan, Dr Asri bagaimanapun menolak sebab penahanannya ialah atas dakwaan beliau merupakan pengikut Wahabi.

"Dia (anggota JAIS) tak sebut pun perkara itu (Wahabi) kepada saya, dia kata saya mengajar tanpa tauliah, dia tak kata isu itu.

"Isu yang dia kata ialah kerana saya tidak ada tauliah... itu sahaja," katanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.

Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap.

Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohd Asri menganggap penangkapannya itu telah dirancang sejak awal.

"Saya menganggap ini adalah usaha tangkapan terpilih kerana mereka memang target saya, ini (tangkapan) yang bertujuan kerana saya percaya ditempat lain juga pasti ada perhimpunan atau majlis-majlis yang sama seperti ini.

"Tapi oleh kerana mereka tahu di sini saya berhimpun, lalu mereka membuat operasi di sini," katanya.

Dalam pada itu beliau turut kesal dengan tindakan anggota JAIS sewaktu menguruskan operasi berkenaan.

"Tindakan JAIS tak serasi, bukan saya nak suruh mereka hormat saya, tapi sekurang-kurangnya mereka juga tahu saya bekas Mufti kerana negeri Perlis," katanya.

Diminta mengulas mengenai tauliah yang dikeluarkan oleh JAIS kepada guru agama yang ingin mengajar di Selangor, Mohd Asri berkata: "Saya ingin beritahu, JAIS ni, ketika saya menjadi mufti Perlis, mereka mengatakan semua mufti boleh mengajar di Selangor melainkan Mufti Perlis.

"Bayangkan kalau mereka tanya saya mengapa tak pohon tauliah... ketika saya ada jawatan mufti pun mereka mengecualikan saya daripada memiliki ruang bercakap dalam negeri Selangor."

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi Bernama berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.


*** SERTAI PROGRAM HEBAT INI... SILA KLIK, TQ ***


.

DR MOHD ASRI DITANGKAP MALAM TADI | Nizar News


(Utusan Malaysia) - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay di sini malam ini.

Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu dipercayai ada kaitan dengan fahaman Wahabi yang dikaitkan dengan beliau.

Sebelum beliau ditahan, sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS telah berada di luar rumah banglo itu sejak pukul 8 malam.

Dianggarkan, terdapat hampir 1,000 orang hadir mengikuti kuliah tersebut.

Anggota polis dan JAIS mula memasuki pekarangan kediaman itu selepas orang ramai meninggalkan banglo tersebut kira-kira pukul 9.30 malam.

Pegawai JAIS kemudiannya dilihat berbincang dengan Mohd. Asri, sebelum dia dibawa tanpa digari ke Balai Polis Ulu Klang.

Mohd. Asri sempat memberitahu para pemberita yang turut berada di kediaman itu supaya mengikutnya ke balai polis tersebut kerana beliau mahu memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Turut berada di rumah banglo itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib.

Semalam, Mohd. Asri yang mengadakan sidang akhbar di sini mendakwa Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm) memfitnahnya dalam satu memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Mohd. Asri yang juga kolumnis `Minda Dr. Maza’ dalam akhbar Mingguan Malaysia berkata, antara tuduhan fitnah dalam memorandum bertarikh 12 Oktober lalu yang dimuatkan di laman web Pgsm mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah dan keluar daripada mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali serta menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Sumber : Malaysia Today


*** BANTU MEMBANTU SESAMA ISLAM *****
****** SILA KLIK ******
******TQ ******


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist