.

Thursday 3 May 2012

"Saya ditumbuk di pipi kiri dan dibelasah oleh sekumpulan 10 orang polis,"kata Zakaria

KEMAMAN - Peristiwa dibelasah oleh sekumpulan polis sedikitpun tidak mematahkan semangat Zakaria Mohd Razaki untuk turun berdemonstrasi menuntut keadilan dan ketelusan dalam pilihanraya jika diarahkan oleh pimpinan parti, khususnya BERSIH 4.0 sekiranya diadakan.

Malah, peristiwa hitam yang penuh tragis itu menguatkan keazamannya untuk memastikan sistem pemerintahan yang ada sekarang ini ditumbangkan melalui pilihanraya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.

Demikianlah antara ungkapan yang diucapkan oleh Orang Kena Tahan (OKT) Zakaria Mohd Razaki, 25 tahun, seorang Tukang Rumah ketika ditemui.

Menceritakan detik  - detik beliau ditumbuk, dipukul, disepak, diterajang dan dibelasah oleh sekumpulan polis ketika menyertai BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka, beliau mengimbas kembali, 'waktu itu sekitar pukul 6.20 petang saya bersama 3 orang rakan menaiki tangga LRT di Masjid Jame' untuk pulang, katanya.

'Sebelum menaiki tangga LRT saya nampak sekumpulan anggota polis berdiri tetapi tidak mengendahkannya, sampai di tingkat 2, tiba - tiba seorang angota polis menarik bajunya dari belakang dan ketika itu saya agak terkebelakang berbanding dengan 3 orang kawan saya itu', jelasnya.

'Polis itu bertanya hendak kemana, beliau menjawap hendak ke LRT tiba - tiba sebiji tumbukan singgah di pipi kanan saya dan polis itu menarik baju saya menuruni tangga', katanya.

Beliau seterusnya berkata, 'saya diheret ke tempat sekumpulan anggota polis yang saya nampak tadi dianggarkan 10 orang dan di situlah saya dibelasah bertubi - tubi hingga jatuh dan rebah di atas jalan', ulasnya.

'Bila saya rebah, sepakan dan tendang terajang bertubi - tubi singgah di seluruh anggota badan saya dan dilakukan oleh bukan seorang tetapi beramai - ramai macam pesta belasahan beramai ramai', imbasnya lagi.

Dikala itu beliau ada mendengar suara rayuan dari seorang wanita yang melihat kejadian tersebut supaya polis menghentikan pesta belasahan tersebut tetapi tidak diendahkan.

'Selepas dibelasah di situ, saya diseret ke trak polis dianggarkan 100 meter dari tempat kejadian tadi dan bila sampai sahaja di tepi trak polis saya sekali lagi dibelasah beramai - ramai disitu', ujarnya.

Beliau yang datang menyertai BERSIH 3.0 bersama 3 orang lagi rakannya menganggap peristiwa tersebut sama seperti yang dilihatnya di dalam TV berlaku di Semenanjung Gaza di Palestin.

Beliau di bawa ke PULAPOL sekitar jam 8.30 malam dan disana diperiksa oleh seorang doktor yang hanya bertanya samada beliau ada rasa tulang patah atau tidak dan tidak diberi ubat untuk merawat kecederaannya.

'Saya terasa sakit yang teramat kesan dari peristiwa tadi tapi amat terkilan kerana tiada sebarang ubat diberikan', soalnya lagi.
Dalam trak polis dianggarkan seramai 18 orang OKT bersamanya dan beliau terasa amat bangga setelah melihat kebanyakkannya terdiri orang muda dari pelbagai bangsa termasuk seorang Warga Asing yang turut ditangkap.

(gAMBAR - Zakaria Mohd Razaki (dua dari kiri) selepas membuat laporan polis di IPD Kemaman, turut hadir Yang DiPertua PAS Kemaman, Hj Ismail Harun (tiga dari kanan), Setiausaha PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid (paling kiri) dan Penolong Setiausaha PAS Kemaman, Mohd Hafiz Adam (paling kanan)).

'Pada masa itu mata saya lebam, kepala ada benjolan dan tulang belikat saya terseliuh akibat dipulas tangan ke belakang oleh polis tetapi tiada sebarang ubat diberikan oleh doktor tersebut kerana beliau berpuas hati setelah mendapati saya tidak mengalami sebarang kepatahan pada tulang', katanya dengan penuh kesal dan hiba.

Di PULAPOL makanan yang disediakan tidak mencukupi dan saya tidak dapat makan dan minum kerana kehabisan makanan.
'Setelah diambil keterangan, saya diarahkan berbaris untuk sessi ambil gambar yang memakan masa yang amat lama memandangkan ramai OKT berbaris panjang', imbasnya lagi.

Setelah semuanya selesai, beliau dihantar menaiki bas ke Hentian Jalan Duta sekitar jam 4.00 pagi walaupun ramai kawan - kawannya menunggu di luar PULAPOL untuk menjemputnya pulang.

OKT Zakaria menganggap peristiwa pembelasahan yang berlaku pada dirinya sebagai ujian dalam perjuangan menentang pemerintahan yang zalim dan tidak sekali - kali serik untuk terus berjuang menentang sebarang bentuk kezaliman pemerintah.

Sementara itu, bapanya, Haji Mohd Razaki Kassim, 56 tahun tidak sedikit pun rasa sedih setelah mengetahui anaknya dibelasah dan ditahan polis semasa menyertai BERSIH 3.0.

'Sebagai bapa, saya berbangga kerana anak saya tahu erti perjuangan menentang kezaliman dan peristiwa dipukul dan diterajang ini adalah asam dan garam dalam perjuangan menentang ketidakadilan dan kezaliman', ulasnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Putih, Kerteh semalam.

Beliau juga melahirkan rasa kesalnya kerana anak beliau dipukul dan disepak dalam perjalanan pulang dan mempertikaikan apakah tugas polis sebenarnya, adakah untuk menjaga keselamatan rakyat atau melakukan kekerasan dan penindasan kepada rakyat, yang mana satu sebenarnya.

'Bagi Pak Cik orang kampung ingin bertanya inikah bentuk demokrasi yang dihasilkan melalui program transformasi Najib, saya amat malu jika inilah tranformasi yang dilaungkan pagi petang siang malam di dalam radio dan tv' katanya lagi.

Mengakhiri sessi pertemuan tersebut, OKT Zakaria berkata polis ada bertanya kepadanya berkenaan seorang anggota polis yang dilaporkan dimasukkan ke Intensif Care Unit (ICU) dan selepas dia menjawap tidak tahu menahu, semacam ada perasaan ingin membalas dendam maka saya menjadi mangsa belasahan beramai - ramai tersebut', ujarnya mengakhiri pertemuan tersebut/~buletinonline

2 comments:

  1. masih hidup. alhamdulillah,

    ReplyDelete
  2. TERUSKAN PERJUANGAN SAHABAT. INI MASIH KECIK JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PERJUANGAN RASULLULLAH SAW KETIKA DITENTANG PUAK QURAISH SEHINGGA MALAIKAT PUN TAK SANGGUP MELIHAT KEKEJAMAN YANG BERLAKU. INGATLAH PUAK YAHUDI DAN NASRANI TIDAK AKAN BERDIAM SELAGI KITA TIDAK IKUT CARA HIDUP MEREKA. INILAH SALAH SATUNYA CARA MEREKA BUAT DI PALESTIN......

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist