KEMAMAN - Peristiwa dibelasah oleh sekumpulan polis
sedikitpun tidak mematahkan semangat Zakaria Mohd Razaki untuk turun
berdemonstrasi menuntut keadilan dan ketelusan dalam pilihanraya jika
diarahkan oleh pimpinan parti, khususnya BERSIH 4.0 sekiranya diadakan.
Malah, peristiwa hitam yang penuh tragis itu menguatkan
keazamannya untuk memastikan sistem pemerintahan yang ada sekarang ini
ditumbangkan melalui pilihanraya umum yang akan diadakan tidak lama
lagi.
Demikianlah antara ungkapan yang diucapkan oleh Orang Kena
Tahan (OKT) Zakaria Mohd Razaki, 25 tahun, seorang Tukang Rumah ketika
ditemui.
Menceritakan detik - detik beliau ditumbuk, dipukul,
disepak, diterajang dan dibelasah oleh sekumpulan polis ketika menyertai
BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka, beliau mengimbas kembali, 'waktu itu
sekitar pukul 6.20 petang saya bersama 3 orang rakan menaiki tangga LRT
di Masjid Jame' untuk pulang, katanya.
'Sebelum menaiki tangga
LRT saya nampak sekumpulan anggota polis berdiri tetapi tidak
mengendahkannya, sampai di tingkat 2, tiba - tiba seorang angota polis
menarik bajunya dari belakang dan ketika itu saya agak terkebelakang
berbanding dengan 3 orang kawan saya itu', jelasnya.
'Polis itu
bertanya hendak kemana, beliau menjawap hendak ke LRT tiba - tiba sebiji
tumbukan singgah di pipi kanan saya dan polis itu menarik baju saya
menuruni tangga', katanya.
Beliau seterusnya berkata, 'saya
diheret ke tempat sekumpulan anggota polis yang saya nampak tadi
dianggarkan 10 orang dan di situlah saya dibelasah bertubi - tubi hingga
jatuh dan rebah di atas jalan', ulasnya.
'Bila saya rebah,
sepakan dan tendang terajang bertubi - tubi singgah di seluruh anggota
badan saya dan dilakukan oleh bukan seorang tetapi beramai - ramai macam
pesta belasahan beramai ramai', imbasnya lagi.
Dikala itu beliau
ada mendengar suara rayuan dari seorang wanita yang melihat kejadian
tersebut supaya polis menghentikan pesta belasahan tersebut tetapi tidak
diendahkan.
'Selepas dibelasah di situ, saya diseret ke trak
polis dianggarkan 100 meter dari tempat kejadian tadi dan bila sampai
sahaja di tepi trak polis saya sekali lagi dibelasah beramai - ramai
disitu', ujarnya.
Beliau yang datang menyertai BERSIH 3.0 bersama
3 orang lagi rakannya menganggap peristiwa tersebut sama seperti yang
dilihatnya di dalam TV berlaku di Semenanjung Gaza di Palestin.
Beliau
di bawa ke PULAPOL sekitar jam 8.30 malam dan disana diperiksa oleh
seorang doktor yang hanya bertanya samada beliau ada rasa tulang patah
atau tidak dan tidak diberi ubat untuk merawat kecederaannya.
'Saya
terasa sakit yang teramat kesan dari peristiwa tadi tapi amat terkilan
kerana tiada sebarang ubat diberikan', soalnya lagi.
Dalam trak polis
dianggarkan seramai 18 orang OKT bersamanya dan beliau terasa amat
bangga setelah melihat kebanyakkannya terdiri orang muda dari pelbagai
bangsa termasuk seorang Warga Asing yang turut ditangkap.
(gAMBAR
- Zakaria Mohd Razaki (dua dari kiri) selepas membuat laporan polis di
IPD Kemaman, turut hadir Yang DiPertua PAS Kemaman, Hj Ismail Harun
(tiga dari kanan), Setiausaha PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid
(paling kiri) dan Penolong Setiausaha PAS Kemaman, Mohd Hafiz Adam
(paling kanan)).
'Pada masa itu mata saya lebam, kepala ada
benjolan dan tulang belikat saya terseliuh akibat dipulas tangan ke
belakang oleh polis tetapi tiada sebarang ubat diberikan oleh doktor
tersebut kerana beliau berpuas hati setelah mendapati saya tidak
mengalami sebarang kepatahan pada tulang', katanya dengan penuh kesal
dan hiba.
Di PULAPOL makanan yang disediakan tidak mencukupi dan saya tidak dapat makan dan minum kerana kehabisan makanan.
'Setelah
diambil keterangan, saya diarahkan berbaris untuk sessi ambil gambar
yang memakan masa yang amat lama memandangkan ramai OKT berbaris
panjang', imbasnya lagi.
Setelah semuanya selesai, beliau
dihantar menaiki bas ke Hentian Jalan Duta sekitar jam 4.00 pagi
walaupun ramai kawan - kawannya menunggu di luar PULAPOL untuk
menjemputnya pulang.
OKT Zakaria menganggap peristiwa
pembelasahan yang berlaku pada dirinya sebagai ujian dalam perjuangan
menentang pemerintahan yang zalim dan tidak sekali - kali serik untuk
terus berjuang menentang sebarang bentuk kezaliman pemerintah.
Sementara
itu, bapanya, Haji Mohd Razaki Kassim, 56 tahun tidak sedikit pun rasa
sedih setelah mengetahui anaknya dibelasah dan ditahan polis semasa
menyertai BERSIH 3.0.
'Sebagai bapa, saya berbangga kerana anak
saya tahu erti perjuangan menentang kezaliman dan peristiwa dipukul dan
diterajang ini adalah asam dan garam dalam perjuangan menentang
ketidakadilan dan kezaliman', ulasnya ketika ditemui di rumahnya di
Kampung Batu Putih, Kerteh semalam.
Beliau juga melahirkan rasa
kesalnya kerana anak beliau dipukul dan disepak dalam perjalanan pulang
dan mempertikaikan apakah tugas polis sebenarnya, adakah untuk menjaga
keselamatan rakyat atau melakukan kekerasan dan penindasan kepada
rakyat, yang mana satu sebenarnya.
'Bagi Pak Cik orang kampung
ingin bertanya inikah bentuk demokrasi yang dihasilkan melalui program
transformasi Najib, saya amat malu jika inilah tranformasi yang
dilaungkan pagi petang siang malam di dalam radio dan tv' katanya lagi.
Mengakhiri
sessi pertemuan tersebut, OKT Zakaria berkata polis ada bertanya
kepadanya berkenaan seorang anggota polis yang dilaporkan dimasukkan ke
Intensif Care Unit (ICU) dan selepas dia menjawap tidak tahu menahu,
semacam ada perasaan ingin membalas dendam maka saya menjadi mangsa
belasahan beramai - ramai tersebut', ujarnya mengakhiri pertemuan
tersebut/~buletinonline
Thursday, 3 May 2012
"Saya ditumbuk di pipi kiri dan dibelasah oleh sekumpulan 10 orang polis,"kata Zakaria
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
masih hidup. alhamdulillah,
ReplyDeleteTERUSKAN PERJUANGAN SAHABAT. INI MASIH KECIK JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PERJUANGAN RASULLULLAH SAW KETIKA DITENTANG PUAK QURAISH SEHINGGA MALAIKAT PUN TAK SANGGUP MELIHAT KEKEJAMAN YANG BERLAKU. INGATLAH PUAK YAHUDI DAN NASRANI TIDAK AKAN BERDIAM SELAGI KITA TIDAK IKUT CARA HIDUP MEREKA. INILAH SALAH SATUNYA CARA MEREKA BUAT DI PALESTIN......
ReplyDelete