Oleh Izmil Amri
Jarang kita jumpa orang yang tidak suka kepada filem The Godfather.
Bahagian pertama siri adaptasi novel-novel Mario Puzo arahan Francis
Ford Coppola ini adalah epitome filem mafia sepanjang zaman. Hanya
mungkin digugat kursinya itu oleh filem lain seperti Scarface, yang juga dibintangi oleh Al Pacino.
The Godfather, jika dibaca tulisan asal Puzo adalah
dokumentasi keluarga-keluarga mafia Sicily yang membuka gerai operasinya
di kota New York lewat tahun 40-an. Sicily sebuah pulau yang kalau
dilihat pada peta Itali seakan ditendang keluar oleh keseluruhan negara
itu yang bentuk topografinya seakan kasut but. Di sini ada himpunan
bangsa-bangsa Eropah yang mendiam di kota-kota Palermo dan Corleone
setelah berhijrah dari Turki dan Greek melalui jalan laut.
Struktur ‘keluarga’ mafia Itali berdiri atas paksi ukhwah. Bunyinya
agak tidak enak, untuk menggabungkan ukhwah dan mafia dalam satu ayat,
tetapi itulah dia asimilasi budaya assabiyah Arab ke dalam organisasi
mafia, hatta undang-undang besar menyimpan rahsianya yang disebut omerta
itu lahir daripada konsep Qurani yang menyuruh supaya tetap teguh
seperti apa yang telah diperintahkan.
Mafia di sana, mafia di sini
United Malays National Organisation berdiri atas prinsip-prinsip ini.
Ya, ini tuduhan yang besar, tetapi tidak sama sekali negatif. Struktur
organisasi sarang labah-labah dan punya ayahanda ini bukan sahaja
kedapatan di dunia balik sini, malah jauh di sebelah sana juga.
Sebagaimana orang Arab punya syaikh qabilah, demikian juga orang Sicily
punya budaya ‘godfather‘nya; dan kita orang Melayu pula punya
Ayahanda. Ini fitrah insani. Harus punya pemimpin dan tempat berpaut
untuk dapat perlindungan dan memastikan kemandirian.
The Godfather bermula dengan kisah seorang pengurus jenazah
berbangsa Sicily yang anak perempuannya cuba dirogol oleh dua lelaki
Amerika. Seperti kebiasaan perempuan Sicily yang disebut jauh lebih
bahaya berbanding lupara senjata Itali, anak gadis pengurus jenazah ini
mempertahankan kehormatannya dan melawan. Oleh sebab itu dia dipukul dua
lelaki ini yang akhirnya apabila dibawa ke muka pengadilan tidak pula
mendapat hukuman setimpal.
Ayahnya berang dan berkeputusan untuk pergi menemukan keadilan pada
pengaruh dan kuasa ‘Ayahanda’ Vito Corleone, sang Godfather yang punya
ramai anak buah dan menyimpan politisi dan hakim-hakim di koceknya
sepertimana kita menyimpan duit syiling. Disuruhnya bunuh kedua lelaki
yang menyepak terajang anak gadisnya, tetapi Don Corleone ini meski
kejam. masih punya rasa adil saksama.
“Anak gadis kau masih hidup,” katanya. “Itu tidak adil,” ujarnya pada cadangan untuk dibunuh dua lelaki itu.
Hemat yang begini jarang-jarang kita ketemu di dalam struktur politik
mana-mana parti politik di Malaysia. Menurut sesetengah pihak, politisi
disaran menonton siri drama TV bermutu tinggi berjudul ‘Three Kingdoms’ atau San Guo
dalam bahasa Mandarin; supaya mudah-mudahan beroleh ilmu mengatur
strategi daripada Zhuge Liang. Saranan ini terpakai jika yang mahu
ditawan itu wujud dalam skala besar, seperti contohnya, sebuah negara
kota.
Namun demi menawan hati dan memenangi konflik runcit-runcitan yang punya potensi membelon besar, siri kisah Mafia seperti The Godfather
adalah filem yang baik untuk mengungkap metodologi yang tepat dan
cerdik dalam menguruskan situasi. Kelicikan mafia ini tampak jelas
sebenarnya pada modus operandi partai pemerintah. Kurang digunakan di
kalangan partai yang mahu memerintah.
Ini kasihan. Sungguh pun kalau nampak gasar dan kurang adab, metod
mafia tetap berkesan. Seperti halnya menghidang kepala kuda tersayang
kepada pemiliknya seorang pengarah produksi filem yang keras kepala. Ya,
caranya gasar dan menakutkan; tetapi tetap memberi impak dan keputusan
yang dimahukan.
Kejam di sana, lucah di sini
Sama halnya seperti operasi melucahkan Pakatan Rakyat seperti yang
sedang dibuat perkakas dan aparat regim pemerintah hari ini. Terbaru
dengan mendedahkan gambar-gambar yang kononnya aksi ghairah Ahli
Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin
Ali di dalam jamban. Kita tidak hairan sebenarnya dengan kerja-kerja
kotor begini. Ia biasa saja. Malah usaha demikian wajar diketawakan
kerana dibuat secara tidak bersungguh.
Usaha tidak bersungguh tidak digemari oleh mafia Sicily. Niat
membunuh karakter dengan gambar-gambar tidak jelas hanyalah layak
mendapat gred C untuk ‘effort‘. Dan usaha begini bukan baru,
malah sudah menjadi kelaziman UMNO dan aparatnya yang hanya bermodalkan
lendir dan nafsu, serta persepsi masyarakat terhadap tuduhan kegilaan
seksual politisi Pakatan Rakyat.
Seolahnya politisi dan pimpinan mereka di balik sana itu suci murni
bagai rahib yang tersudut di mihrab mengaji kitab dan memuji Tuhan.
Anak Setiausaha Agung DAP juga tidak terselamat dari kancah kejahatan
politik lucah UMNO ini. Dituduhnya budak itu meraba-raba buah dada.
Seronok dia dengan permainan politik begitu. Namun akhirnya tuduhan
kekal tuduhan, berakhir sebagai fitnah yang tidak dibuktikan, dan UMNO
sekadar bermain dengan persepsi. Dan permainannya itu pula dibuat
berulang kali.
Cumanya propaganda politik lucah ini UMNO menyalahi prinsip Goebbels.
Bagi Menteri Propaganda parti Nazi itu, pembohongan yang diulang
sehingga menjadi kebenaran itu bukanlah skandal lucah, tetapi
indoktrinasi, seperti menyebarkan propaganda bahawa bangsa Arya itulah
umat terpilih paling mulia. Ya, itu pembohongan yang diulang sehingga
berjaya menjadi kepercayaan bangsa itu sendiri.
Justeru tilikan UMNO tidak begitu tepat apabila berterusan
menyebarkan fitnah seksual terhadap pemimpin-pemimpin parti Pakatan
Rakyat. Sekali, orang mungkin percaya. Dua kali, orang sudah tak selera.
Tiga kali, orang mula meluat sampai muntah-muntah.
Namun barangkali ini sekadar caranya mengalih fokus umum daripada
tawaran gaji minimanya yang memalukan, atau kekejaman polis ke atas
demonstran dan wartawan, atau kes skandal kapal selam yang sedang rancak
dibicarakan di kota Paris.
Alangkah kasihan mafia video lucah di Malaysia. – Roketkini.com
Ada menteri wanita fobia pisang
2 minutes ago
memang tak dapat dinafikan ,,
ReplyDeleteumngok nie mafia taik kucing..KAH KAH KAH
ReplyDeletesupreme new york
ReplyDeletegolden goose
retro jordans
yeezy boost 350 v2
palm angels t shirt
off white
bape
bape outlet
palm angels
jordan 1