KUALA LUMPUR 22 Oktober: Terdapat kepincangan besar dalam daftar
pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan ratusan ribu pengundi
di negara ini, dedah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, antara permasalahan tersebut membabitkan permohonan
daftar pemilih sebelum kelahiran, pada hari kelahiran dan sebelum umur
persekolahan.
Katanya, kaji selidik juga mendapati ribuan nombor rumah pengundi
yang tidak dicatat, hilang alamat dan penggabungan lokaliti sehingga
menyukarkan usaha menjejak pengundi.
“Paling parah di Selangor. Ini melibatkan ribuan alamat,” kata Anwar.
Beliau berkata, antara contoh kes ialah Mohd Nawi Daud, bernombor kad
pengenalan 500508-03-5345 mengundi di Daerah Mengundi Seksyen 16
mengikut daftar pemilih 2008.
Daftar turut menunjukkan alamatnya ditanda sebagai ‘Tiada’ dengan nombor rumah ditulis sebagai ’28′.
“Ada berpuluh ribu rumah di Shah Alam, di Seksyen 16. Yang mana satu?
Apa tujuan kemaskini tetapi dirombak dengan begitu mengelirukan?” soal
Anwar pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat
hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu, maklumat tersebut
diperolehi selepas audit berkomputer ke atas data SPR oleh Jawatankuasa
Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihan raya pada 25
Mac lalu.
Belum lahir, tapi layak mengundi
Jelas Anwar, kejanggalan dalam senarai daftar pemilih berlaku apabila ada permohonan menjadi pengundi sebelum lahir.
H’ng Sau Ching bernombor kad pengenalan 790823-08-5885, lahir pada 23
Ogos 1979 di Parlimen Parit Buntar memohon menjadi pengundi pada 15
Januari 1950.
Contoh permohonan menjadi pengundi pada hari kelahiran pula berlaku
pada individu bernama Nur Khalida Salmi Mohd Nawar, pengundi di Serdang
dengan nombor kad pengenalan 821026-10-5010.
Manakala permohonan sebelum umur masuk persekolahan berlaku di
Parlimen Setiu kepada individu bernama Zulkarnain Harun bernombor kad
pengenalan 790531-06-5559.
Individu ini memohon menjadi pengundi ketika berumur 11 bulan 29 hari.
“Belum
ada petanda daftar pemilih diperbaiki. Kita rujuk kepada senarai SPR.
Mereka ini (SPR) banyak bercakap. Sila betulkan dahulu.
“Pilihan raya mungkin akan diadakan pada Januari 2013. Rekod tak
jelas. Bermakna pilihan raya akan dijalankan dalam penipuan,” tegas
Ketua Umum KEADILAN itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38285
Monday, 22 October 2012
Ratusan ribu daftar pemilih pincang, Selangor paling parah – Anwar
2012-10-22T18:33:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-