.

Tuesday 23 October 2012

Orang Berkejar-kejar Nak Masuk Syurga.....Artis Sibuk Nak Masuk.....


Artis hina nabi.


6 Zulhijjah 1433H,


MARANG - Walaupun ramai orang-orang yang dilahirkan sebagai seorang Islam dan dididik dengan agama Islam, namun apabila negara tidak dipimpin mengikut garis panduan Islam, kehidupan Islam itu tidak dapat dilihat dengan jelas dan manusia hidup hanya mengikut 'arus semasa'.

"saya tahu banyak perkara yang halal dan haram tapi kerana saya leka dengan dunia saya, dunia hiburan jadi saya tak ambil berat (tentang hahal dan haram),

"kalau dulu saya tahu memang setiap yang hidup akan mati, tetapi saya tidak merasa takut kepada mati, saya (hanya) rasa kalau mati...matilah, macam tu je..."luah Abby Abadi.

Oleh itu, katanya, apabila beliau mendapat hidayah dan mula 'berhijrah' beliau telah dipanggil oleh pihak PAS untuk bekongsi pengalaman bagaimana beliau menukar haluan hidupnya.

Namun begitu, katanya, beliau tidak mahu dan menolak kerana takut tidak dapat menerima sebarang tawaran untuk 'masuk TV' sekiranya bersama dengan 'pembangkang'.

"Bila saya balik ke Malaysia dari menunaikan umrah selepas penghijrahan, tiba-tiba saya mendapat panggilan daripada pihak PAS suruh kongsikan pengalaman penghijrahan itu,

"mula-mula saya tak nak, sebab kalau berlakun dan bernyanyi, kalau artis bersama pembangkang memang dah tak boleh masuk TV....orang berkejar-kejar nak masuk syurga, saya (artis) sibuk nak masuk TV,"kata Abby lagi.

Beliau berkata demikian ketika 'berceloteh santai di khalayak' bersama orang ramai di Madrasah Darul Ihsan, Titian Baru Bukit Payong dekat sini pada Sabtu 20 Oktober.

Menurutnya, banyak perkara yang beliau tidak sedar dan tidak tahu pada waktu dahulu, tetapi mengetahui dan memahaminya apabila menyertai PAS dan menjalani tarbiyah dalam PAS.

Antaranya adalah, kata beliau, politik dan agama yang dipisahkan dan tanggapan umum yang mengatakan bahawa PAS adalah parti yang sesat.

"Saya rasa sesuatu yang sangat rugi (kerana) sekarang baru saya tahu apa yang PAS perjuangkan, selepas berhijrah Allah aturkan saya untuk bersama jamaah PAS,

"Allah punya kuasa, apabila saya nak dengan agama Allah, saya (jadi) faham banyak benda (dan) saya faham apa erti perjuangan yang sebenarnya (dan) apa yang PAS perjuangkan,"jelasnya.

Justeru itu, kerana Allah, Abby yang nama sebenarnya adalah Arbaiyah Abdul Manan, mengakui bahkan beliau mahu semua orang tahu bahawa, PAS adalah satu-satunya parti dalam negara Malaysia yang memperjuangan agama Allah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.-BO /hanyzan30
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist