Dalam babak akhir filem Rosemary’s Baby, kita melihat Mia Farrow
seorang ibu telah anak syaitan. Sang Suami telah memberikan isterinya
untuk diperkosa oleh satu kumpulan penyembah syaitan. Sang Ibu cuba
mendapatkan bantuan dari polis, dari tuan doktor, dari jiran tetangga.
Semuanya gagal kerana mereka ini semuanya penyembah syaitan.
Minggu lalu, saya menulis tentang siapa musuh yang dilawan dan cuba
dikalahkan oleh penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat dalam PRU 13 akan
datang. Untuk saya amat jelas, musuh mereka bukan Barisan Nasional.
Bukan parti United Malays National Organisation. Bukan Najib, Muhyiddin,
Soi Lek atau Taib Mahmud. Musuh mereka ialah satu sistem pemilihan yang
diwujudkan khusus untuk menipu Pakatan Rakyat.
Sistem pengundian yang diwujudkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
dirancang dan dibentuk dengan tujuan memustahilkan parti mana pun dari
berjaya mengalahkan United Malays National Organisation. Ini bukan padang berat sebelah. Ini bukan pengadil tumbuk rusuk. Apa yang sedang dirancang lebih licik dari semua ini.
Mari kita kaji dan lihat kawasan Lembah Pantai. Dalam PRU 12,
Shahrizat Jalil, menteri kabinet Abdullah Badawi dikalahkan oleh Nurul
Izzah dengan kemenangan majoriti 2,895 undi. Ini satu kemenangan hebat
untuk pendatang baru saperti Nurul Izzah. Hari ini, Shahrizat Jalil
bukan sahaja terpinggir, malah sedang disingkirkan oleh Raja Nong Cik
yang mahukan kerusi Lembah Pantai.
Lembah Pantai dipilih Raja Nong Cik kerana semuanya telah disusun dan
dirancang dengan baik oleh SPR dengan kerjasama Jabatan Pendaftran
Negara (JPN) dan PDRM. Dalam perancangan ini, secara tetiba 13,486
pengundi baru mendaftar di Lembah Pantai.
Ini seolah-olah 21 tahun dahulu, 13,486 pasangan warga Kampung
Kerinchi, Pantai Dalam dan Abdullah Hukum telah bersenggama pada malam
dan hari yang sama. Hasilnya 21 tahun kemudian – anak-anak ini semuanya
mendaftar untuk menjadi pengundi di PRU 13 ini. Apakah ini betul?
Jawabnya tidak. Kemasukan pengundi baru ialah perancangan SPR yang
licik. Pengundi Melayu dari Bukit Bintang, Seputeh – kawasan yang
mustahil untuk dimenangi oleh United Malays National Organisation
diloroh masuk ke Lembah Pantai. Ini satu kerja lojistik yang berat,
justeru memerlukan kerjasama rapat dengan JPN.
Tidak cukup dengan itu – di Lembah Pantai ada 2,000 pengundi pos.
Pada 2008 dahulu hanya 148 sahaja. Hantu manakah yang menjadi pengundi
pos ini? Mereka ialah pegawai polis. Apakah Lembah Pantai kawasan
jenayah? Tidak. Bangsar yang ‘ chic’ dan ‘trendy’ termasuk di Parlimen
Lembah Pantai. Justeru, dari mana 2,000 ekor Mat Kampau ini datang?
Jangan terperanjat. Jangan mengeleng-geleng kepala apabila saya
nyatakan bahawa Rumah Pasong di Bukit Jalil yang 15 batu dari Lembah
Pantai juga dikira sebagai pengundi pos untuk Lembah Pantai. Bunyinya
lawak tetapi inilah hakikat perancangan penipuan di Lembah Pantai.
Justeru,
jangan terperanjat apabila saya nyatakan: 15,000 lebih pengundi baru
ini akan mengalahkan Nurul Izzah. Ini bukan kerana si Nurul tidak
berkemampuan. Atau dibenci oleh warga Lembah Pantai. Tidak. Nurul Izzah
adalah seorang YB yang amat-amat popular dan disayangi oleh penduduk
Lembah Pantai. Di Parlimen Nurul mengajukan pelbagai soalan dan dilihat
bergerak cergas sebagai wakil rakyat. Tetapi, Nurul Izzah akan
dikalahkan kerana sistem pengundian yang diwujudkan khusus untuk menipu
dan memenangkan calon United Malays National Organisation.
Jika kurang yakin dengan apa yang saya labonkan tentang Lembah
Pantai, maka biar saya surahkan pula kawasan YB Sivarasa dari Subang.
Kawasan ini lagi pelik bin takjub. Telah ada penambahan 30,000 pengundi
baru. Ini bererti 30,000 warga Subang dengan penuh takzim berikrar untuk
mengambil bahagian dalam pesta demokrasi. Jadi apa yang dihairankan?
Yang menjadi takjub bin hairan ialah sebelah kawasan Subang ialah
Petaling Jaya Utara yang warganya tidak ramai mendaftar untuk menjadi
pengundi. Di PJ Utara, hanya ada 5,000 penambahan pengundi baru
berbanding dengan 30,000 kawasan di sebelahnya. Apakah warga di PJ Utara
malas dan sembab? Jawabnya tidak. Pendaftaran pengundi baru di Subang
jelas menipu. Rancangan jahat ini akan mengorban bukan sahaja, Sivarasa
malah Dr Nasir dan Elizebeth Wong juga akan terkorban sama.
Mari beralih ke kawasan YB Charles Santiago di Klang. Mengikut
laporan YB Charles kepada Bersih 2.0, kawasan ini tetiba terdapat 5,000
pengundi hilang entah ke mana? Pelik bin Melik ke mana perginya 5,000
pengundi itu? Apakah mereka disambar Geruda atau diculik oleh UFO?
Jawabnya tidak. Nama ini sengaja dihilangkan untuk memastikan Rodziah
Ismail dari N41 Batu Tiga dan Dr Rani dari N42 Meru akan bungkus.
Mereka berdua ini Adun dalam Parlimen Charles Santiago.
Sekali lagi saya katakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan
jatuh. Ini bukan kerana kerajaan Pakatan tidak popular. Atau kerajaan
Pakatan Rakyat mengamalkan rasuah. Sama saperti Nurul Izzah di Lembah
Pantai – kekalahan ini disebabkan sistem penipuan yangh diwujudkan SPR.
Khalas.
Saya
ingin mengingatkan kembali pembaca tentang 8 tuntutan Bersih. Hingga
hari ini hanya – pengunaan dakwat kekal – yang dikatakan akan digunakan.
Pengunaan dakwat ini pun dirancang penuh dengan tipu muslihat untuk
memastikan kertas undi akan kotor. Untuk memastikan banyak undi rosak.
Semua disusun untuk memastikan Pakatan Rakyat akan kalah.
Minggu lalu, orang ramai diberitahu oleh SPR bahawa akan diwujudkan –
kerajaan sementara – sesudah Parlimen dibubarkan. Ini langkah yang
baik. Tetapi bukan ini yang dituntut oleh Bersih. Kenyataan SPR jelas
untuk mendodoi dan mengalih pandangan orang ramai. Kelentong baru ini
dibuat untuk menutup sistem penipuan yang telah dipasang.
Kenyataan dibuat untuk melalaikan orang ramai dari 8 Tuntutan yang
belum dilunaskan. Ini bukan sandiwara. Ini bukan lawak seram. Ini
terang-terang buat kerja tipu.
Muhyiddin Yassin juga membuat kenyataan mengatakan bahawa semua
tuntutan Bersih telah ditunaikan. Muhyiddin ini sebenarnya terberak di
mulut dan bercakap di buntut. Muhyiddin berbohong. Muhyiddin sengaja
terberak di padang sebagai usaha membantu SPR. Kemudian berkali-kali
Najib dan Muhyiddin berkata: kalau pilihan raya ini tipu macam mana di
PRU12 – Pakatan Rakyat boleh menang lima negeri. Nampak sangat Najib dan
Muhyiddin masih lagi terberak di mulut. Hujah terberak di padang ini
dijaja ke hulu ke hilir sebagai bukti bahawa SPR dan pilihan raya
Malaysia bersih dan telus.
Jawabnya cukup senang – dalam PRU 12 dahulu – jika tiadaa penipuan,
maka Pakatan Rakyat akan mendapat kemenangan mutlak. Pakatan akan
menubuhkan kerajaan baru. Ini hakikat. Ini diketahui orang ramai.
Justeru, sesudah melihat keputusan PRU 12 dahulu, United Malayas
National Organisation mengarahkan dua orang ahlinya yang menjadi kepala
SPR untuk menutup semua lubang yang mungkin memenangkan Pakatan Rakyat.
Undang-undang Kecil Pilihan raya diubah, peraturan baru diwuujudkan.
Bukan untuk menambah baik pilihan raya tetapi untuk memustahilkan
Pakatan mencapai kemenangan.
Peraturan baru ini termasuklah melarang logo parti yang tidak
bertanding dipasang. Menjauhkan lagi bilik panas dari tempat mengundi.
Kalau dulu jaraknya hanya 50 meter, kali ini 100 meter. Ini untuk
memastikan pekerja parti Pakatan tidak akan dapat melihat Mat Bangsa,
Mat Indon atau Mat Burma masuk menyeludup mengundi.
Dalam barong mengundi wakil parti didudukkan bukan untuk melihat muka
dan meneliti kad pengenalan si pengundi. Kerusi dan meja mereka disusun
untuk memastikan mereka hanya nampak punggung dan belakang pengundi.
Sekali lagi peraturan baru ini bertujuan untuk memastikan Mat Bangla,
Mat Indon atau Mat Burma tidak dapat dilihat muka mereka.
Pasti pembaca akan menjadi hairan dan bertanya: kenapa tidak buat laporan polis. Kenapa tidak ambil tindakan undang-undang?
Untuk menjawabnya saya bawa kembali kepada filem Rosemary’s Baby. Si
Ibu yang melahirkan anak syaitan telah pergi ke rumah pasong untuk
membuat laporan polis. Sayangnya Tok Sarjan dalam balai pun adalah
penyembah shaitan. Si Ibu menelefon OCPD. Rupa-rupanya Tuan OCPD juga
penyembah Syaitan. Lalu si Ibu lari mencari Tuan Doktor. Si Tuan Doktor
ini juga dari kumpulan penyembah syaitan.
Pada
ketika ini kedudukan Pakatan Rakyat sedang di kelilingi oleh kumpulan
Penyembah Syaitan. Justeru membuat laporan polis tentang pengundi hantu
tak ada guna kerana PDRM juga di bawah telunjuk syaitan. Pergi ke
mahkamah untuk melaporkan pendatang haram ada kad pengenalan biru juga
tidak ada guna kerana mahkamah juga milik syaitan. Cuba mendapatkan data
dari JPN untuk membanding senarai pengundi adalah kerja sia-sia. JPN
juga adalah anak syarikat syaitan.
Kepala syaitan ini saperti kata Mahathir Muhamad ialah United Malays National Organisation
sendiri. Ini syaitan yang kita kenali. Kalau semuanya dimiliki syaitan
di mana masa depan Pakatan Rakyat. Akan dijawab minggu hadapan
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38534
Remaja Australia ini disebut bakal ganti Usain Bolt
9 minutes ago