Johor 28 Okt: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul
Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas ‘Abu
Sayyaf’ apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri
Alam, Masai semalam.
Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi
dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran,
kira-kira 50 meter dari tempat ceramah.
“Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri
jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan
permit dua minggu sebelumnya.
“Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta
polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab
kamera mereka dipasang di hadapan rostrum,” katanya lagi.
Katanya, beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak
melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada
dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua.
“Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima
panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas
Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera,” katanya.
Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan
polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak
akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan.
“Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga,” katanya lagi.
Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung
provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi.
“4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama
tiga jam. Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja
Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut
prosedur itu,” katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38540
RM140,000 lesap ditipu bomoh halau hantu
45 minutes ago