Oleh: Belek
Bertemankan sekeping roti berintikan telur, belek-belek jumpa kuliah
seorang pembesar yang tidak asing lagi, Nazri Aziz. Kuliah siasah
syar’iyah, jangan main-main tau! Nazri kata Malaysia ni diasaskan dengan
prinsip pentadbiran Islam di bawah raja-raja Melayu dan bukannya
sekular. Dalilnya mudah. Ada dua dalil penting.
Satu, Perlembagaan tak pernah pun sebut sekular. ‘Seku’ atau ‘ular’
pun tak ada. Jadi macam mana pula boleh kata Malaysia ni negara sekular.
Sebagai contoh dalam nama Nazri tak ada pun Chua, Soi atau Lek. Maka
mana mungkin Nazri itu Chua Soi Lek yang sedang bergebang kata
pemerintahan Islam ni akan membawa kemunduran. Yang ada pada nama Nazri
cuma di tengahnya ada huruf ‘Z’.
Dalil kedua Nazri untuk memperkukuh istinbat bahawa Malaysia ini
pemerintahan berprinsipkan Islam adalah bahawasanya perlembagaan
menyebut Islam merupakan agama persekutuan. Maka dengan itu Islamlah
negara ini. Contohnya, jika Nazri menukar namanya kepada Nazri Islam
Aziz, maka bertambahlah Islamnya dia. Ini kerana namanya menyebut dengan
jelas perkataan Islam. Walaupun bergesel pipi dengan MCA yang
menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada Islam.
Kenapa agaknya Nazri berkuliah tentang negara Islam hari ini, sejurus
selepas serangan bertubi-tubi terhadap pemerintahan yang berunsurkan
Islam oleh teman seperjuangannya di dalam MCA?
Sedang aku mengunyah roti berinti telur tadi jatuh satu dokumen
terkena kepalaku, tercampak rotiku. Rupa-rupanya dokumen itu
Resolusi-Resolusi Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA Yang ke-48.
Ini barang baru, siapa yang hantarkannya dari langit itu Tuhan saja yang
tahu. Belek punya belek ternampak resolusi ke-3. Fulamak, resolusi
tersebut mengatakan:
“Mempertahankan sepenuhnya sistem pentadbiran sekular negara kita
yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan serta menolak sebarang bentuk
pentadbiran ektremis agama dan hukum hudud.”
Kalau sebelum ni Pakatan Rakyat dituduh tidak sekepala. Nampaknya
Barisan Nasional ini dah serupa Cerberus, anjing berkepala tiga dalam
mitos Yunani. Badan dan ususnya sama, untuk menghadam kekayaan negara
yang dibolot mereka. Tetapi kepalanya banyak.
Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang secara terbuka mengatakan mereka
bersetuju untuk tidak bersetuju dan saling menghormati perbezaan. Ini
kerana matlamat yang dikongsi mereka jauh lebih besar daripada perbezaan
tersebut. Rejim Cerberus ini pula cuma berdolak-dalik. Semua kepala
mahu menggigit tetapi mereka tetap bukan satu kepala, tetapi beberapa
kepala. UMNO cuba meraih undi dengan mempromosikan betapa Islamnya
mereka dengan menyerang DAP. MCA pula akan cuba meraih undi dengan
menunjukkan betapa sekularnya mereka dan betapa buruknyaPAS.
Sebab itu kita nampak Sheikhul Akbar Nazri Aziz berkuliah tentang
betapa Islamnya negara Malaysia ini sedangkan rakan yang satu lagi
sedang bermain wayang betapa mereka teguh memperjuangkan pemerintahan
sekular.
Adakah Nazri Aziz atau pemimpin UMNO yang merupakan pembesar
‘pemerintahan Islam’ akan menampar muka rakan-rakan MCA mereka? Atau
apakah MCA akan memberikan tumbukan sekular kepada abang besar mereka
yakni UMNO?
Ah, masa untuk menikmati roti takda telur pula. – Roketkini.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-