1. Selama ni kami agak kagum jugaklah dengan
Mohamad Hasan aka MBN9. Walaupun dihentam kiri kanan depan belakang oleh ahli
parti sendiri, dikritik ahli komponen BN, termasuk 'serangan' bertali arus
pembangkang, namun Mad Hasan tetap nampak cool…tak mudah melatah. Sekali
imbas…ado tokohlah sebagai pemimpin.
2. Akan tetapi peristiwa yang baru berlaku
Sabtu lalu, 6 Oktober 2012, sedikit mencalar kewibawaan Mad Hasan pada pandangan
kami. Hilang terus macho. Rupo eh tak bulih pakai jugak mamat ni.
3. Sabtu lepas, Mad Hasan turun meninjau Projek
Penaiktarafan di Jalan Loop (Jalan Tok Ungku), Seremban. Projek inilah
sebelumnya heboh Mad Hasan dah anugerahkan pada Shahrul Ehsan aka Ketua Pemuda
UMNO Bahagian Seremban, yang juga dikenali umum sebagai salah seorang balaci
belaan MBN9. Kok ado yang masih bolun tau namo syarikat yang Shahrul guno untuk
sakau projek tersebut ialah Kenali Dedikasi Sdn Bhd. Dedikasi sangatlah konon eh
tu…
4. Nak dijadikan cerita, telah berlakulah satu
insiden yang agak kelakar masa lawatan Mad Hasan tu. Tetapi apa yang ingin kami
fokuskan melalui insiden tersebut ialah bagaimana Mad Hasan sebagai pemimpin
nombor wahid di N9, melayan serta bereaksi secara langsung terhadap karenah
rakyat.
5. Dalam sesi lawatan tersebut, banyak jugaklah
perihal yang ditinjau oleh Mad Hasan. Longkang dio pi skodeng, tepi jalan dio pi
skodeng, kodai tepi jalan pun dio pi skodeng; dan semestinyolah dalam aktiviti
skodeng mengodeng tu, ramai pembodek yang turut samo mengekor Mad Hasan di
sepanjang sesi lawatan. Al-maklumlah…pemimpin tertinggi negeri turun padang la
katokan.
6. Tongah dok syok rombongan lawatan tu
menyambey-nyambey, tak semena-mena datang seorang Benggali terus menegur Mad
Hasan. Bila diteliti biji butir cakap Benggali tu, seolah dio cubo nak
'sekolahkan' Mad Hasan. Panjang berjelo Benggali tu membebel tentang bagaimana
Projek Penaiktarafan di jalan tu harus dilakukan kerajaan negeri.
7. Ramai yang ada
di situ, termasuk Ismail Lasim aka Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, dok
tersenyum sebab menyedari yang Benggali tu sebenarnya tongah mabuk. Maso
Benggali tu bercakap, boleh dikesan bau alkohol yang sangat kuat terhambur dari
mulutnya.
Si Benggali
(berbaju biru) kanan sedang berleter pado MBN9. Peratikan muko kelat Mad
Hasan...
8. Ramai yang menjangkakan ketika itu Mad Hasan
akan bertindak bijaksana dengan berdiam diri, senyum dan teruskan lawatan macam
biasa, sebab mustahil la Mad Hasan tak perasan yang Benggali tu tongah
mabuk.
9. Tetapi sebaliknya berlaku, Mad Hasan naik
hantu dan terus membalas bebelan Benggali tu dalam bahaso omputih, "Shut up
or I’ll take a swing on you!" Kok diterjemah dalam bahaso Rantau mako bunyi
eh, "Diam…aku tumbuk kau kang!"
10. Ramai ketika itu terkejut dengan reaksi
spontan Mad Hasan. Masing-masing seolah tak percaya yang pemimpin nombor 1
Negeri Sembilan boleh melatah sedemikian rupa pada seorang rakyat yang
hakikatnya tongah mabuk! Sobab takut Mad Hasan akan bertindak lebih agresif,
terpaksolah beberapo orang mato-mato (SB) masuk campur dan menarik Benggali tu
ke tepi.
11. Adakah Benggali tu salah? Memang sahlah
Benggali tu mabuk, dio nak tonggang ka, dio nak tonggeng ka, selagi tak
melakukan jenayah, dia punya sukalah! Di bawah undang-undang, mungkin Benggali
tu boleh dimaafkan bersandar pada kelakuan tak beradabnya membebel terhadap
Ketua Kerajaan Negeri Sembilan di khalayak umum. Lagipun Benggali tu bertindak
dibawah pengaruh alkohol. Malah, si Benggali tak buat sebarang tindakan agresif
pun selain membebel panjang berjela! Jadi yang peliknya, macam mana orang yang
tak mabuk pulak boleh terprovok jadi agresif…apa cer?
12. Ingatkan waghih dio ajo yang ghoma bad
temper suko molompang oghang, rupo eh Mad Hasan pun samo yo spesis! Sebagai
pemimpin tertinggi BN Negeri Sembilan yang kononnya sedang berjuang untuk menang
PRU-13, adakah ini sikap pemimpin yang ingin ditunjukkan pada rakyat?
13. Stress bonar ko Mad? Kok nak
diikutkan, Najib sepatutnya lagilah stress, tapi takdo pulak dio ugut nak
numbuk oghang!