“PAS jaga
Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib,”
kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya,
Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga
Melayu.
“Sudah 55
tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno
gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah
merempat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya,
bukti PAS boleh menggantikan Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat
rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak
RM220 juta daripada hutang peninggalan BN sebanyak RM718 juta.
Idris
menambah, Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2
kepada 6.
“Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini.
“Bukankah
Umno yang menghilangkan 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka?”
katanya.
Katanya
lagi, Umno yang menyekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK6).
“Kenapa Umno
yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004?”
tanya beliau lagi.
Beliau
berkata, Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera
sebanyak RM52 bilion.
“Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya DAP yang akan dominan dalam PR manakala Soi Lek, Presiden MCA bila bercakap dengan orang Cina, kata Pas yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar, atau kedua-dua pembohong besar” ujarnya.
“Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya DAP yang akan dominan dalam PR manakala Soi Lek, Presiden MCA bila bercakap dengan orang Cina, kata Pas yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar, atau kedua-dua pembohong besar” ujarnya.
Katanya,
Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis
dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu.
Baginya, DAP
dijadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam walaupun hakikatnya
telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh
kontraktor Melayu sedangkan yang menangis ialah kontraktor Umno yang
menjadi broker dan makan komisyen.
Faktanya,
kata Idris kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98%
daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri.
Jelas Idris
lagi, ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno.
“Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012),” katanya.
“Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012),” katanya.
Beliau
menambah, hampir lima tahun DAP yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah
masjid dan surau diroboh sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, Surau
Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana
ditutup manakala Masjid Bujal, Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang
diruntuh.