Dr M enggan ulas isu
forex kerana 'nyanyuk'
Bekas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad mengelak apabila ditanya mengenai kenaikan pangkat bekas
timbalan gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang didakwa
bertanggungjawab dengan kerugian RM5.7 bilion dalam dagangan tukaran wang asing
pada awal 1990-an.
Dengan sinis, Mahathir berkata beliau tidak dapat
menjawab soalan kerana sudah "nyanyuk" – seperti yang didakwa seorang MP DAP
semalam.
"...saya nyanyuk, jadi kenapa orang masih mahu tanya
saya?
"Anda tengoklah, saya nyanyuk jadi saya tidak dapat jawab soalan
anda," katanya.
-wargamarhaen