Oleh: Shahbudin Husin
Untuk kesekian kalinya Najib merayu lagi. Sebelum ini sudah beberapa
kali beliau merayu, baik kepada pengundi Melayu, Cina, India dan rakyat
biasa. Kali ini Najib merayu agar beliau diberi mandat yang lebih besar
dalam pilihanraya akan datang dengan alasan untuk meneruskan pembangunan
negara dan mencapai cita-cita menuju Wawasan 2020.
Dalam wawancara program CNBC Conversation, Najib nampaknya secara
terus-terang menyatakan hanya dengan mandat yang besar saja
membolehkannya terus melaksanakan program-program yang sudah diramcang
selama ini.
Kebimbangan Najib terhadap mandat besar ini pada hakikatnya menyerlahkan
pelbagai perkara. Sementara beliau merasakan mandat besar amat perlu
untuk survival politiknya, rakyat pula beranggapan sebaliknya. Rakyat
amat bimbang dengan perilaku Najib serta barisan kepimpinan UMNO
sekiranya mandat besar terus diberikan kerana ia mungkin menggalakkan
lebih banyak berlaku skandal, perbuatan rasuah dan amalan membolot
kekayaan peribadi.
Dengan mandat nyawa-nyawa ikan sekarang pun, pelbagai perkara buruk
terus juga dilakukan tanpa segan silu, apatah lagi jika ada mandat lebih
besar. Yang merompak kekayaan negara, terus juga merompak. Yang bergaya
mewah dan membeli pelbagai hiasan mahal-mahal di luar negara, tanpa
malu-malu memperaga kemewahan di sebalik derita yang ditanggung rakyat.
Amalan campurtangan dalam pentadbiran kerajaan, mengutamakan kroni dalam
pemberian projek, pembaziran dan sebagainya terus berlaku seolah-olah
tidak ada titik noktaknya.
Bayangkan jika mandat lebih besar diperolehi Najib!
Hakikatnya rakyat tidak mahu lagi memberi mandat besar, bukan saja
kepada UMNO tetapi juga kepada mana-mana kerajaan sekali pun. Dalam
pilihanraya akan datang, baik BN atau PR, rakyat tidak mungkin memberi
mandat yang begitu besar. Mandat besar ibarat mengundang mala petaka
tujuh keturunan.
Kerana ketiadaan mandat besarlah, Najib sekurang-kurangnya tahu juga
memberi rakyat pemberian tunai melalui BR1M, baucer buku, wang saku
untuk pelajar sekolah dan sebagainya. Dengan mandat besar, jangan harap
semua itu akan diberikan.
Dengan mandat besar, yang mungkin berlaku ialah amalan berganda di
kalangan pimpinan UMNO terus memperkayakan diri dan keluarga
masing-masing. Dengan mandat besar juga, semua isteri dan anak pemimpin
akan terus bergaya mewah, mampamer gelang lebih besar dan beg tangan
paling mahal.
Dengan mandat besar, lihat sahaja bagaimana Tun Mahathir mengatur
perjalanan kekayaan anak-anaknya dan dengan mendapat besar juga,
lihatlah bagaimana Taib Mahmud memobolot segala hasil dan projek
perniagaan di Sarawak sehingga beliau dan kaum keluarganya menjadi
antara keluarga paling kaya di negara.
Menolak mandat yang besar bererti mewujudkan "check and balance" dalam
pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan mana-mana pemimpin.
Kebimbangan lain yang dirasakan Najib jika beliau gagal mendapat mandat
besar ialah masa depan politiknya sendiri dalam UMNO. Beliau tahu
tradisi UMNO dan BN selama ini ialah menang majoriti dua pertiga dan
jika kurang daripada itu, ia akan diangggap gagal. Lihat saja Pak Lah
pada pilihanraya 2008, hanya kekurangan 8 kerusi daripada majoriti dua
pertiga, beliau akhirnya dipaksa melakukan peralihan kuasa.
Orang yang berani mendesak Pak Lah ketika itu ialah Muhyiddin Yassin.
Hari ini Muhyiddin hanya setakuk berada di bawah Najib. Ini bermakna
jika Najib gagal mendapat majoriti dua pertiga, Muhyiddin lebih mudah
memaksa Najib untuk berundur. Suara Muhyiddin sebagai TPM dan Timbalan
Presiden UMNO kali ini tentunya lebih berpengaruh berbanding ketika
beliau mendesak Pak Lah berundur dahulu.
Najib yang hanya menumpang kuasa atas saki-baki peninggalan Pak Lah,
diakui bukan saja di Malaysia tetapi juga seluruh dunia bahawa lebih
kelemahannya berbanding wibawanya. Tidak ramai yang mengakui beliau
mampu membawa kemenangan lebih besar daripada 2008. Yang merasa dan
mengharapkan beliau dan UMNO akan kalah juga makin meningkat.
Majalah Economist juga baru-baru ini meramalkan Najib bakal menerima
nasib seperti bekas PM England Gordon Brown, yang turut memerintah atas
saki-baki Tony Blair tetapi kemudiannya apabila mengadakan pilihanraya,
parti Buruh pimpinannya tewas kepada Konservatif pimpinan David
Cameroon.
Dalam situasi Najib, dua suasana sedang menghimpitnya. Beliau dan BN
mungkin tewas kepada Anwar dan PR dalam pilihanraya umum akan datang.
Jika itu berlaku, nasibnya sama seperti Gordon Brown. Situasi kedua
ialah BN mungkin menang tetapi dengan majoriti yang amat tipis dan lebih
kecil daripada 2008. Jika itu berlaku, Muhyiddin sedang menunggu untuk
menariknya turun.
Dengan terus merayu agar beliau terus diberi mandat lebih besar, Najib
sebenarnya sedang berusaha mengelakkan kedua-dua situasi itu. Tetapi
ketakutan beliau akan kehilangan kuasa sudah dapat dirasai sekarang ini.
Tuesday, 9 October 2012
Najib Mulai Takut Digulingkan Oleh Muhyiddin
2012-10-09T10:36:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-