.

Thursday, 6 September 2012

Rakyat Sabah Bicarakan “Janji Ditepati” dalam mahkamah rakyat

Oleh: Daing Yahya

Katanya, Najib Tun Razak cukup hebat memukul gendang, mencanang kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa beliau (UMNO BN) telah menepati janji mereka. Bunyinya cukup hebat sekali, apatah lagi gembar-gembur ini dibantu oleh media massa milik mereka, hinggakan slogan hari Merdeka pun guna ‘tagline’ tersebut. Jiran-jiran kawan ada merungut, katanya ‘meluat’ dengan gelagat UMNO BN ini.

Jika kita dengar satu pihak saja memukul canang mengatakan dialah yang baik, dialah yang amanah, dialah yang tak mungkir janji, sudah tentu benda yang tak ada, boleh jadi ada. Tetapi kali ini nampaknya keadaan bukan seperti yang kita sangkakan.

Kini dalam jelajah DAP ke Sabah menelusuri “ Janji ditepai? ” pastinya untuk menyemak kembali dakwaan-dakwaan Najib Tun Razak itu. Adakah benar sudah ditepati atau sekadar propaganda menjelang PRU 13.

Perbicaraan rakyat Sabah

Ini ibarat satu perbicaraan awam yang mana dalam jelajah ini, seluruh rakyat Sabah akan membicarakan dakwaan Najib tersebut. Mereka akan, sedang dan telah tampil kedepan untuk menyatakan hakikat kebenaran disebalik dakwaan PM. Kali ini ‘masak’ Perdana Menteri kita apabila berdepan dengan perbicaraan di mahkamah rakyat.

Setakat ini, kita telah mendengar beberapa laporan yang sangat mengejutkan. Antaranya isu PATI yang masih tidak selesai, malah menjadi lebih kelam-kabut lagi apabila ada anak jati Sabah yang hingga kini masih tiada kad pengenalan.

Sungguhpun Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kemasukan pendatang tanpa izin yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, tetapi ia dilihat sudah terlalu lewat dan impaknya pasti tidak kemana apatah lagi terdapat beberapa terma dalam suruhanjaya ini yang tidak pratis (berkesan).

Ini diburukan lagi dengan pembongkaran masalah alam sekitar yang dicetuskan oleh aktiviti perlombongan Mamut Copper Mine (MCM) antara tahun 1975 hingga 1999, di Ranau, Sabah. Masalah ini memberi ancaman kesihatan yang besar kepada penduduk setempat malah ini pastinya boleh menjejaskan masa depan ekonomi negeri Sabah. Adakah ini juga termasuk dalam dakwaan Najib sebagai ‘janji ditepai?’.

Kejutan rakyat Sabah

Kita pastinya akan mendengar lagi keluhan rakyat Sabah. Yang paling utama, rakyat Sabah kini pastinya akan membicarakan semua perbuatan kerajaan UMNO BN, menjelang PRU 13 ini kelak, nasib UMNO BN akan ditentukan oleh rakyat Sabah yang semakin prihatin dengan masa depan mereka.

Sabah yang kaya dengan sumber alam, tetapi taraf ekonomi rakyatnya ibarat melukut ditepi gantang. Inilah layanan kerajaan BN kepada rakyat Sabah. Kini, perubahan pastinya tidak dapat ditahan-tahan lagi, rakyat Sabah pastinya akan bangkit dalam PRU 13 kelak.-roketkini.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist