Thursday, 6 September 2012

FGVH: Durian runtuh yang terus RUNTUH.... 'Lu fikir la sendiri'.

Harga saham FGVH yang ditutup semalam mencatat penurunan, tinggal RM4.96. Jika peneroka menjualnya pada harga RM5.06 sewaktu Julai lalu setelah ditolak handling fee RM165.00, interest charged RM29.41dan lain2 cuma dapat lebihan RM212.37; kalau jual ketika ini, berapa yang tinggal?

Mengingati semula pesanan YAB Perdana Menteri (PM) ketika mengumumkan 'durian runtuh' pada 8 Mei lalu, peneroka jangan jual saham FGVH, jadikan pelaburan untuk simpanan masa depan...Apa jaminan bua

t peneroka jika ikut nasihat PM?

Barang diingat, mengikut penganalisis pasaran saham, jika saham FGVH turun ke paras RM4.70 maka pemegang saham FGVH mula menanggung rugi. Jika peneroka ikut nasihat PM, bertimpa-timpa beban peneroka.

Hutang Tanam Semula antara RM 50K-RM 157K dengan interest 6.25%, pinjaman rumah RM20K-RM40K dengan Kos Pengurusan 2.5% dan terkini hutang pinjaman saham FGVH RM3640 dengan interest 5%; kehidupan peneroka sesungguhnya diselubungi hari2 yang makin sukar!

Saya paparkan jumlah saham FGVH yang (Tan Sri) Isa Samad dan Ahli Lembaga Pengarah FGVH dapat. Ini belum mengambilkira proksi dan para kroni yang dapat. Saya tidak pasti samada mereka telah menjualnya atau belum bagi meraih keuntungan segera. Mereka tentu ada penasihat dan menghubungi remiser apa yang perlu dilakukan. Bagi staf Felda, mungkin juga mereka boleh berfikir nak bertindak macamana. Namun, bagi peneroka yang tak tau apa-apa, siapa yang nak menasihati mereka?

Saya berkongsi pengalaman pilu peneroka Felda Cahaya Baru, Sendayan, Labu Johnson, Bukit Cerakah dan Sg Buaya yang mula2 seronok dan gembiranya bukan kepalang tika dijanjikan pampasan jutaan ringgit. Akhirnya, bila tertipu...yang mereka tahu hanya menangis sahaja. Itulah bahasa mereka!

Peneroka Felda Bukit Rokan Utara menangis tersedu-sedu macam anak kecil tunjukkan kos Tanam Semula mereka mencecah RM157,000; bahkan dengan hutang sebesar itu, kebunnya tidak diselenggarakan dengan sempurna dan berusia 75 tahun....kepada siapa mereka mahu mengadu?

Sudahlah dibebankan dengan hutang yang kian menggunung, apa nak jawab depan Allah dosa riba' yg ditanggung peneroka puluhan tahun?

Penglibatan syarikat Yahudi dan judi dalam FGVH pula kita nak guna hujah apa?

407,005,000 saham Genting Bhd dlm FGVH sedangkan 97% peneroka Felda adalah orang Islam, mana mufti dan Ulama Muda Umno?

Kalau ye pun nak bodek Najib, Ahmad Maslan dan Isa Samad gunalah hujah intelek. Takkan hanya tahu meratib; syukur Umno bagi tanah, tak suka boleh keluar Felda, tak sedar diri makan hasil Felda tapi hentam Felda.... Skrip yang berulang dan saya dengar lebih 30 tahun dulu!

Terpulang, samada kita nak kata...'Ada aku kesah' atau 'Lu fikir la
sendiri'.

==========================================

P/S : Hari ni saham terus jatuh lagi dan ditutup pada harga 4.85....Durian Runtuh akan terus runtuh.....la ni jawablah.....PAKCIK KAYO JADILAH PAKCIK.?????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)