.

Saturday, 22 September 2012

Isu khalwat, melempang, menembak & Ketua Pemuda UMNO Seremban hilang sokongan; mewarnai hidup Mohamad Hasan : Oleh Blogger UMNO

1. Syabas diucapkan kepada kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang berjaya melaksanakan mesyuarat semula pada 15-9-2012 yang lalu setelah pernah dibatalkan sebelum ini dek kesilapan notis mesyuarat yang diedarkan.


 2. Walaupun tiada kehadiran pemerhati daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri serta wujud desas desus kononnya ada perwakilan yang tidak mendapat notis panggilan mesyuarat semula dan sembang sumbing menyatakan kali ini ramai perwakilan IMPORT bagi mencukupkan koram mesyuarat; namun Pemuda UMNO Bahagian Seremban akhirnya berjaya melaksanakan juga mesyuarat dengan kehadiran 96 orang perwakilan keseluruhannya. Cuma yang menjadi persoalannya, BETUL KE ada 96 orang perwakilan?

Suasana ketika mesyuarat semula Pemuda UMNO Bahagian Seremban pada 15 September 2012 yang lalu. Berdasarkan gambar, cukup ke 96 orang?

3. Andai jumlah 96 orang perwakilan itu diperincikan, setelah ditolak jumlah 3 orang wakil UMNO Bahagian, termasuk 15 orang Ahli Jawatankuasa yang hadir, MAKA sepatutnya hanya 78 orang sahaja perwakilan dari cawangan –cawangan dalam UMNO Bahagian Seremban yang hadir.

4. Dengan kiraan purata bersandarkan hanya perwakilan dari 16 cawangan sahaja yang hadir berbanding 63 cawangan pemuda UMNO yang wujud di  Bahagian Seremban; BERMAKNA seramai 235 perwakilan dari  47 cawangan telah TIDAK HADIR di mesyuarat tersebut. Dan menjadi bertambah musykil apabila Naib Ketua Pemuda, Penolong Bendahari serta 7 orang AJK Pemuda UMNO Bahagian juga dikhabarkan turut tidak hadir dalam mesyuarat semula itu!

5. Secara rasminya, inilah rekod kedatangan TERBURUK perwakilan ke mesyuarat UMNO Pemuda Bahagian Seremban semenjak zaman Rahman Akbar, Datuk Yusof, Dato’ Murad, Osman Kucing, Mohd Nor Awang dan M Rosli menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban. Di zaman mereka ketidak hadiran perwakilan yang sangat sedikit sebegini tidak pernah terjadi dan ia hanya berlaku semasa Shahrul Ehsan menjadi Ketua Pemuda.

6. Zaman ketua-ketua pemuda terdahulu menyandang jawatan, mereka tak perlu pun nak pasang Banner atau Papan Iklan sebesar alam di simpang jalan sebagaimana yang dibuat Shahrul Ehsan kini, namun pada zaman mereka, kehadiran pemuda ke mesyuarat bahagian masih tetap memberangsangkan.

Banner Shahrul Ehsan di setiap persimpangan jalan utama di Seremban. Ketua Bahagian sendiri pun tak buat banner macam ni bhai! Berhajat nak jadi calon PRU-13 ke?

7. Adakah semua ini bermakna Shahrul Ehsan kini sudah mula hilang sokongan daripada Pemuda UMNO Bahagian Seremban? Semasa menang dalam pemilihan UMNO tahun 2008 dulu, Shahrul dapat 110 undi (sokongan perwakilan daripada 37 cawangan); namun jika jumlah perwakilan yang hadir tempohari dijadikan ukuran, nampaknya Shahrul Ehsan kini telahpun hilang sokongan daripada 21 cawangan yang pernah menyokong beliau sebelum ini. Kelebihan menyandang jawatan ketua nampaknya tidak menjadikan kedudukan Shahrul Ehsan bertambah kukuh, tetapi sebaliknya sokongan kepada kepimpinan beliau semakin merosot.

8. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan Shahrul telah di'anugerah'kan kontrak bernilai jutaan ringgit daripada Menteri Besar? Adakah strategi membawa beberapa ketua pemuda dan AJK terpilih untuk melancong ke China, Korea, Thailand serta destinasi luar negara yang lainnya GAGAL untuk membantu Shahrul Ehsan mengukuhkan kedudukan serta pengaruhnya di Seremban?

9. Puluhan atau mungkin ratusan ribu  RM telah dibelanjakan, namun sokongan kepada kepimpinan Shahrul masih merudum! Adakah Sharul Ehsan telah silap pencaturan? Mungkinkah rakan-rakan yang diharap membantu beliau sebenarnya hanyalah budak 2B (Balaci Bebal) yang hanya tahu mengikis, bercakap besar, selain suka memaki hamun orang?!


Agaknya dah berapa riban habis bawak geng pergi melancong ni brader?


10. Shahrul Ehsan perlu ambil ikhtibar daripada apa yang berlaku disamping berani buang ego serta mula muhasabah diri. Bukan kes Halim atau Samsol yang mempertikaikan notis mesyuarat sehingga terbatalnya mesyuarat yang perlu saudara fikirkan, kerana itu hanya hal kecil saja.

11. Apa yang perlu difikirkan sekarang lebih besar halnya seperti isu HILANG SOKONGAN DAN KEPERCAYAAN daripada sebahagian besar ahli pemuda UMNO di Bahagian Seremban kepada dirinya selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang dipilih.

12. Andai perkara ini dibiarkan berlarutan, BN dan UMNO Seremban perlu memikirkan ikhtiar serta strategi lain untuk menggerakkan kembali Pemuda UMNO bagi menghadapi PRU-13 tak lama lagi, kerana kini tersangatlah jelasnya bahawa Shahrul Ehsan adalah seorang pemimpin muda yang hampeh dan tak boleh harap.

13. Shahrul Ehsan juga perlu berhenti menghebohkan konon dia wakil Menteri Besar N9 di Seremban dan ghonti an la berangan konon nak 'langgar' Tok Sahak di Seremban jika hanya ada kekuatan sokongan 16 cawangan saja daripada 63 cawangan yang ada. Kok masih yor tak paham laie, pi tanyo oghang ghumah kau nun.

14. Janganlah poningkan kepalo MB N9 sobab banyak lagi yang Tok Mad nak pikirkan. Contohnyo, apo jawapan yang nak diberi Tok Mad pado DS Najib yang dijangka turun Negeri Sembilan pada 29 September ini berkenaan isu ADUN ancam menembak orang, EXCO N9 kono tangkap khalwat, termasuklah kes waris Tok Mad sendiri yang sojak dulu sampai sekarang tak abih-abih kojo eh melompang oghang. Dah kuek bonar ko?

15. Kami boleh saja 'lotup'kan isu paneh ni; contohnya di mana lokasi khalwat berlaku, bilo, dongan sapo, jam brapo; sapo pulak yang menembak, sapo yang ditembak, sobab apo sampai nak menembak oghang; sapo kono lompang, sobab apo kono lompang, di mano kono lompang etc. Tapi buek maso sekarang kami maleh nak kecoh sobab nak nengok apo tindakan Mohamad Hasan lopeh ni. Kok amik mudah bonar, kito kasi pocah yolah!

16. Jika pencacai Komplot Pembangkang masih mahu mengangkat pemimpin yang rendah akhlak dan busuk moral dikalangan mereka, biaq pi la depa nak hancus macam mana sekalipun. Namun UMNO sepatutnya jauh lebih baik dan mulia daripada itu.

17. Kami enggan berkompromi jika spesis seperti ini masih diberi tempat dalam parti dan kerajaan kerana 'mangkuk' sebeginilah yang telah banyak merosakkan nama baik UMNO. Jika Mohamad Hasan masih teragak dalam tindakan, biar rakyat saja yang selesaikan mereka!!

18. Tok Mad...Tok Mad...inilah bahano angkek orang bingai jadi pemimpin, konon bulih kontrol, penyudah eh sendiri yang poning!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist