Friday, 21 September 2012

Fitnah Skandal Seks: Presiden PAS saman Mashitah Ibrahim


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim kerana mengaibkannya dalam akhbar Sinar Harian Mac lalu.

Saman itu merujuk kepada kolum mingguan ‘Langit Terbuka’ yang ditulis Mashitah bertajuk ‘Skandal seks, krisis politik Pakatan’ dan disiarkan pada Mac lalu.

Kes saman difailkan melalui Tetuan Mazwan dan Nasar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi itu menamakan Mashitah sebagai defendan pertama, manakala penerbit Sinar Karangkraf Sdn Bhd sebagai defendan kedua dan pencetak Ultimate Print Sdn Bhd sebagai defendan ketiga.

Wakil peguam Nasar Khan berkata, Mashitah dalam artikelnya secara terangan merujuk kepada Hadi dan sengaja mahu menjatuhkan maruah Ahli Parlimen Marang itu.

“Kata-kata yang digambarkan sedemikian tidak boleh diterima dan menjatuhkan maruah.

“Pihak kami sebelum ini telah dah hantar surat kepada Mashitah supaya dia mohon maaf dan tarik balik kata-katanya namun tiada respon,” katanya kepada pemberita di lobi mahkamah di sini./~FMT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)