.

Saturday, 22 September 2012

Bukan Setakat Demo: Ayuh, Boikot barang yahudi! -Nik Aziz.

Bukan setakat berdemonstrasi memprotes penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi filem Innocence of Muslims, tetapi Pas Kelantan turut mengajak umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Yahudi sebagai tanda bantahan.

 Bagi tujuan itu, Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap selepas demonstrasi yang diadakan serentak di Kuala Lumpur  oleh Pemuda Pas dan Pemuda Umno, satu jawatankuasa dapat ditubuhkan untuk melaksanakan boikot barangan Yahudi secara serius. Nik Aziz berkata, kerja membuat bantahan itu bukan tanggungjawab kerajaan sahaja, tetapi sebagai umat Islam ia perlu dilakukan apabila wujudnya penghinaan agama.

 “Tidak padan dengan demonstrasi ini, ada benda yang kita kena buat iaitu boikot barangan dia (Yahudi), makanan, pakaian dan jawatankuasa di peringkat pusat kena senaraikan barangan-barangan tersebut. “Dalam pada itu, mereka perlu menyatakan juga sebab-sebab produk-produk tersebut perlu diboikot,” katanya ketika Demo Bantahan Terhadap Filem Menghina Rasullulah SAW di Dataran Ilmu.


-sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist