Oleh : OSIN DIKUN
SURUHANJAYA
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan dan
sedang menjalankan siasatan berhubung aduan rasmi terhadap Naib Presiden
UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang didakwa meluluskan beberapa
projek Top-Up (projek yang berharga luar biasa), termasuk 16 projek NKRA
yang diluluskan kepada Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan
Perumahan, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin dan Ahli Parlimen Tuaran,
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing.
Maklumat dalaman yang diperolehi daripada SPRM sebentar tadi mengesahkan siasatan ditumpukan kepada 16 Projek NKRA
yang menyimpang daripada tatacara tawaran biasa sehingga melibatkan
penyalahgunaan kuasa, memperdaya dan mengemukakan maklumat palsu secara
curang agar projek-projek berkenaan diluluskan kepada kroninya.
"Siasatan
juga termasuk Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan
Montineor-Halogilat sepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta," kata
sumber SPRM mengesahkan bahawa siasatan termasuk jalan berkenaan.
Kata
sumber itu lagi, adalah tidak munasabah jika jalan sepanjang 12
kilometer berkenaan dibina dengan kos RM82 juta iaitu RM6.83 juta bagi
satu kilometer iaitu 600 peratus lebih mahal daripada kos tertinggi
pembinaan jalan luar bandar.
Sumber
tersebut juga mendedahkan siasatan termasuk Projek Bekalan Elektrik
Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di Pulau-Pulau Daerah Semporna
Sabah melalui tender bernombor KKLW.T.40/2011 bernilai RM95,282,320.00
yang diberikan kepada Ternama Tabah Sdn.Bhd dan Projek Bekalan Elektrik
Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II di Pulau Banggi melalui
tender bernombor KKLW.T.67/2011 bernilai RM81,475,281.42 diserahkan
kepada Usaha Serimas Sdn.Bhd.
"Sekalipun
dibuat secara tender, tetapi terdapat campurtangan menteri dan
manipulasi di kalangan Jawatankuasa Tender KKLW yang menjadi asas
siasatan kerana kuasa Menteri KKLW hanya RM10 juta sahaja," ujar sumber
berkenaan yang mengesahkan siasatan sudah di peringkat akhir.
Dalam
pada itu, keberanian luar biasa Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan
Perumahan, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin yang seolah-olah
menunjukkan 'jari tengah' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib
dengan menghadiri beberapa acara rasmi anjuran Parti Pembangkang, memang
dikagumi ramai pemerhati politik Sabah.
Bukan
rahsia lagi jika dikatakan bahawa semua tindakan Lajim mendapat restu
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang mengumpan
Lajim dengan beberapa projek Pembangunan Luar Bandar bernilai RM150
juta; terutama Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan
Montineor-Halogilat sepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta.
Sudah terang lagi bersuluh, Shafie menggunakan lidah Lajim untuk mengutuk kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Anifah Aman, terutama membayar sejumlah wang tertentu kepada Sarawak Report untuk mengitar semula kes Skandal Penggubahan Wang Haram Michael Chia Tien Foh yang kononnya proksi dan adik angkat Musa Aman.
Sudah terang lagi bersuluh, Shafie menggunakan lidah Lajim untuk mengutuk kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Anifah Aman, terutama membayar sejumlah wang tertentu kepada Sarawak Report untuk mengitar semula kes Skandal Penggubahan Wang Haram Michael Chia Tien Foh yang kononnya proksi dan adik angkat Musa Aman.
Menurut
maklumat dalaman SPRM, Projek Jalan Montineor-Halogilat ini termasuk
dalam siasatan mereka kerana dilaporkan sebagai 'Projek Top-Up'
sekalipun dikategorikan sebagai Jalan Luar Bandar(JLB) oleh KKLW; tetapi
terlalu tinggi iaitu RM6.83 juta bagi satu kilometer sedangkan kos
pembinaan jalan baru dan berturap di Sabah antara RM2 hingga RM3 juta
(kos naiktaraf hanya RM1 juta).
Projek
HQ.191/2011(F) bagi kerja-kerja Naiktaraf Jalan Montenior-Halogilat,
Beaufort, telah ditawarkan kepada Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K.
(Sabah) Sdn. Bhd. pada 15 Disember 2011 dengan kos RM 81,536,660.10 oleh
Jabatan Kerjaraya sebagai Penyelia Projek setelah dipersetujui oleh
Agensi Pelaksana, KKLW.
Syarikat
Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. yang dimiliki Abd Kahar Bin
Bacho, Faridah Ang Mei Ling dan Sahlih Bin Sirin sebelum ini pernah
melaksanakan Projek Pembinaan Kem Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu
Diraja (7 RAMD), Batalion Infantri Standard, Kem Kubota, Tawau, Sabah
pada 26 Januari 2011 dengan kos RM 61,867,858.10 dan Projek Naiktaraf
Jalan Apin-Apin-Kg. Bundu-Kg. Tiga (Design & Build) pada 30 Julai
2007 dengan kos RM 18,585,154.87.
Pengumuman Najib di Pekan,
Pahang baru-baru ini bahawa beliau belum memutuskan senarai calon
PRU-13 mungkin untuk menimbang dengan semasaknya tokoh yang mempunyai
kes dengan SPRM, termasuk Shafie, Lajim, Salleh Kalbi dan beberapa Wakil
Rakyat yang masih dalam peringkat saringan di Ibu Pejabat SPRM
Putrajaya.