Biasanya dalam menyambut
hari kemerdekaan sesebuah negara, tema sambutan sudah tentu tema yang
berasaskan kepada semangat yang cuba ditanamkan ke dalam jiwa rakyat
untuk terus mempunyai rasa cinta dan kasih kepada negara. Tetapi apa
yang berlaku di Malaysia pada tahun ini begitu berbeza.
Tiba-tiba kerajaan
Umno/Bn berusaha gigih menjadikan sambutan hari kemerdekaan sebagai hak
peribadi Umno/Bn sahaja. Sikap ini dapat dilihat apabila Umno/Bn
menggunakan 'Janji Ditepati' sebagai tema sambutan hari kebangsaan tahun
ini.
Kerajaan Umno/Bn cuba
memberitahu bahawa kononnya sepanjang menjadi kerajaan, mereka sentiasa
menepati janji! Sikap ini jelas membuktikan sikap Umno/Bn yang melampau
dan tidak tahu malu, yang cuba menipu dan 'membuli' rakyat Malaysia
dengan menjadikan sambutan hari kemerdekaan itu sebagai hak Umno/Bn
sahaja sedangkan penyokong parti-parti lain yang juga rakyat Malaysia,
juga meraikan tarikh kemerdekaan yang sama seperti penyokong parti
Umno/Bn.
Apa sumbangannya kepada
rasa cinta negara dengan usaha menanam dalam minda rakyat yang kononnya
'Umno/Bn sentiasa tepati janji'? Parti Umno bukanlah elemen rasa cinta
negara yang penting dan yang sebenarnya.
Elemen rasa cinta kepada
negara yang sebenarnya bukan kata-kata 'Umno/Bn sentiasa menepati janji'
tetapi ia contohnya, perpaduan rakyat, menjunjung amalan berbahasa
Kebangsaan, Integriti pemangkin kemajuan, Bersih cekap dan amanah dan
seumpamanya! Malangnya Umno kali ini menjadi gelojoh dan buruk kelaku
dengan masuk tong golek sendiri dengan melaungkan tema, "janji
ditepati"!
Umno/Bn patut sedar, soal
mereka tepati janji atau tidak, tak perlu mereka nak pukul gendang
memberitahu sana-sini! Rakyat boleh menilai sendiri. Lagi pun sebagai
kerajaan yang memerintah adalah menjadi tanggungjawab mana-mana parti
yang menang memberi perkhidmatan kepada rakyat, tidak timbul soal janji
ditepati! Tanggungjawab kerajaan yang memerintah ialah menyediakan
kemudahan prasarana dan perkhidmatan yang secukupnya dan seselesanya
kepada rakyat. Rakyat minta atau tidak minta pun, mereka kena fikir dan
bagi! Jadi tidak timbul soal janji ditepati!
Nampaknya para pemimpin
Umno/Bn mengalami masalah 'mental' yang kronik hingga sambutan hari
Kebangsaan pun mahu dijadikan bahan kempen politik sempit mereka!
Malang besar bagi Umno/Bn
jika tahun ini rakyat sekali tidak ghairah kibar jalur gemilang dan
menyambut Hari Kebangsaan, bukan kerana tidak patriotik atau tidak
menghargai hari kemerdekaan negara tetapi kerana menyampah dengan
perangai Umno/Bn yang tak tahu malu!
saya cadang kerajaan tukar je terus kpd UNDILAH BN...alang2 kemarok sgt...ABU
ReplyDeleteperjanjian royalti 1974 adakah dikatakan janji ditepati kepada kerajaan negeri kelantan?
ReplyDeletekencing dalam tempurung kendian cermin muka!!
tema syok sendili maaaaa......hihihihi
ReplyDelete