.

Saturday, 28 July 2012

PERSENDA SOLAT, PENGHINAAN BESAR!

ASTAGHFIRULLAH! Begitu teruk dan keji tingkahlaku golongan kafir musyrikin ini menghina dan mempersendakan solat. Solat yang menjadi tunggak keIslaman bagi setiap orang Muslim menjadi bahan ejekan dan gurauan bagi puak-puak kafir laknatullah ini. Di mana nilai untuk menghormati agama lain?

Permusuhan mereka yang amat besar terhadap Islam dan umatnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [ Al-Maidah (5):82].
Lihat sahaja bagaimana mereka mempersendakan agama Islam dengan meniru cara bersolat dan salah seorang daripada mereka menunjukkan mimik muka ketawa dengan penuh sindiran. Malah pakaian mereka mempamerkan aurat jelas sekali bertentangan dengan cara bersolat orang Islam. Adakah ini satu niat jahat kaum kafir yang jelas mahu menghancurkan dan menjatuhkan nilai Islam di pandangan dunia?

Musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan bersedia untuk memperlekehkan, menghina dan menjatuhkan maruah Islam pada setiap ketika. Sebahagian besar agenda mereka telah pun berjaya hinggakan tugas-tugas tersebut di ambil alih oleh manusia yang mengaku diri mereka beragama Islam.

Sebagai individu yang mengaku dirinya beragama Islam, amatlah tidak wajar jika kita hanya menganggap bahawa isu ini hanyalah satu isu yang remeh, yang akan pudar ditelan dek peredaran masa. (Palie Pixel).

15 comments:

  1. Rujukan bagi gambar tersebut ada di http://cambodia.b.goshen.edu/ .

    ReplyDelete
  2. di mesia masjid bujal dirobohkan oleh dotdotdot !

    ReplyDelete
  3. Biarkanlah,,, depo dok belajaq solat tu... kalau ikut rujukan link saudara Mimpi Senja mereka buat kajian mengenai kehidupan muslim di Kampong Cham.

    ReplyDelete
  4. hasil tarbiah pork nik

    ReplyDelete
  5. X mnkn..ini cuma klass cara cara mngrjakn solat tak..sblum nak kluarkn apa apa isu elok pastikn dulu ksahihannya silap x silap trpaksa nak tanggung dosa fitnah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dosa fitnah?
      siapa yg kena fitnah?

      Delete
    2. bercakap benar, jangan buat fitnah.
      lihat kelemahan diri sendiri dan jangan lihat keburukan orang sahaja.

      Delete
  6. Salam bro..sebenarnya ini program tourism di Kpg Cham Cambodia. Mereka sebenarnya cuba merasai mcmana org muslim bersolat..link :
    http://cambodia.b.goshen.edu/2010/04/reorientation-events-day-ii/

    Saya percya mereka bukan niat mempersendakan solat..

    ReplyDelete
  7. Eleh, pung pang kata diorg hina solat..
    tp sblh atas iklan merata psl ubat seks, ubat kuat. nampak sangat asyik pikir seks je org melayu ni. Seks + Harian Metro + Melayu = Sukar dipisahkan..

    ReplyDelete
  8. SEKURANG KURANG NYA MEREKA SOLAT....SOAL SAH ATAU TIDAK DAN DITERIMA ATAU TIDAK ITU BUKAN KERJA KITA YANG MENENTUKAN...ITU KERJA ALLAH TAALAA.....KALAU NAK KOMEN PUN KOMEN LAH ORANG ISLAM YANG TAK SEMBAHYANG ATAU YANG SEMBAHYANG TAPI MASIH MENGEKALKAN DOSA BESAR SEPERTI ZINA DAN LIWAT....NABI TIDAK MENGAKU UMATT...UMAT NABI LUTT KOT..

    ReplyDelete
  9. ish..ish..ishh..nak sebar cerita pn harusla dari sumber yang betul.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist