.

Friday, 27 July 2012

Mercun dan lambang kebodohan Melayu??

Dah sedekad rasanya bila tiba bulan posa dan raya, mercun sudah menjadi darah daging orang kita. Bukan sahaja budak2 yang sukakan mercun tp mak bapak budak lah yang paling galak membeli untuk dibakar anak2 mereka. Seronok benar mereka dengan mercun sekalipun mercun amat mengganggu ketenteraman awam dari bunyi bisingnya.

Yang peliknya, bila bab main mercun ni orang melayu lah yang paling hebat dan kreatif memodified mercun menjadi bom. Hasilnya tangan kaki menjadi kudung dan ada yang dah masuk kubur kerana bahana mercun.

Cina India raya tak dengar pulak merek putus kaki putus jari masa perayaan mereka. Apakah betul anggapan bahawa mercun dan Melayu seolah2 menjadi lambang kebodohan kita dalam menghabiskan duit untuk suatu perkara yang sia-sia?

Kerajaan pula bersikap melepas batuk di tangga dalam menanangani kes-kes penjualan mercun dan penyeludupannya. Kalau kerajaan serius MASAKAN berlambak2 mercun dijual di pasaran, saban tahun budak2 kita kudung jari kudung tangan. Kerajaan kita memang suka rakyat kudung tgn dan kaki akibat mercun walaupun mereka TIDAK SUKA RAKYAT KUDUNG KALAU HUKUM HUDUD DILAKSANAKAN ke atas penjenayah. Kudung kerana mercun dibiarkan digalakkan tetapi hukum hudud no way man !! Itulah kerajaan BeeEnd

Mercun dan BungaApi telah memasuki Malaysia dengan kapal (Kontena) melalui Pelabuhan sejak 6 bulan yang lepas mengikuti jadual tarikh setiap perayaan.
Serbuan tangkapan di sempadan hanyalah lakonan semata2 dan jualan kecil-kecilan

Siapa melepaskan masuk..? siapa tokeh ?
Malaysia boleh...!!!


-sumber

1 comment:

  1. BILA ADA KAKI KASTAM,POLIS & IMIGRESYEN MAKAN RASUAH INILAH AKIBATNYA ! SIAPA JAGA SEGALA BARANGAN IMPOT ? SIAPA PERIKSA & SIAPA LULUSKAN BARANGAN BAHAYA INI? TEPUK TANGAN TANYA JARI ?

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist