Oleh: Zainal Abidin Nor
MCA seperti hilang akal apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Kemelah Dato’ Ayub Rahmat menyarankan agar Johor menjadi negeri pertama
melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menjadi tidak tentu arah,
meracau dan tidak dapat berdiri dengan betul seperti orang mabuk dan
kurang siuman.
Soi Lek bertambah resah dan gelisah apabila Ayub menyatakan hudud
yang dicadangkan itu hendaklah meliputi semua kaum di Johor berbanding
dengan Kelantan yang hanya mahu melaksanakan hukum itu ke atas
masyarakat Islam sahaja.
Maka tidak hairanlah setiap kali timbul isu hudud, Soi Lek
cepat-cepat mencantas idea tersebut. Takut benar Soi Lek dengan hudud
sehinggakan beliau mengugut untuk partinya keluar Barisan Nasional (BN)
jika hukum hudud dilaksanakan.
Orang yang tidak bersalah dan tidak melakukan apa-apa kesalahan tidak
perlu takut dengan hudud tetapi orang seperti Soi Lek yang pernah
terlibat dengan salah laku seks sudah tentu merasa takut.
Namun penentangan keras Soi Lek terhadap hukum hudud mungkin dapat
diterima kerana beliau sendiri mengaku tentang kesalahannya melakukan
hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Johor pada tahun
2008.
Umno takut kepada MCA
Tetapi bagaimana pula sikap para pemimpin Umno yang lain tentang
cadangan rakan mereka sendiri mengenai pelaksanaan hukum hudud ini?
Kenapa tidak bersuara, adakah mereka takut kepada MCA?
Umno lebih takut kepada MCA berbanding takut kepada Allah swt. Atau
adakah Umno menganggap undang-undang sivil lebih ‘supreme’ dari
undang-undang hudud ciptaan Allah?
Dengan menganggap seseorang atau benda lain atau suatu konsep sebagai
wujud yang setara atau lebih tinggi daripada Allah merupakan satu
cabang dari syirik.
Allah menyebutkan dalam Al Quran bahawa dosa syirik tidak akan
diampuni. Allah tidak mengampuni dosa syirik tetapi Dia mengampuni dosa
selain itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya.
Maksud firman Allah dalam ayat 48 Surah An-Nisaa’: Sesungguhnya Allah
tidak akan mengampuni (dosa) kerana mempersekutukannya (syirik) dan Dia
mengampuni apa (dosa) selain (syirik) itu bagi sesiapa yang Dia
kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah maka sungguh dia telah
berbuat dosa yang besar.”
Justeru kita ingin bertanya adakah pemimpin Umno juga sudah hilang
akal dan tidak dapat berfikir secara waras berhubung cadangan Ayub yang
dikemukakan dalam Dewan Undangan Negeri pada 20 Jun lalu?
Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Johor, Dato’ Zainal
Abidin Osman sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pendirian Umno
tentang hudud.
Beliau menyifatkan apa yang diungkapkan oleh Ayub itu adalah satu cadangan dan tidak pernah dibincang di peringkat parti (Umno).
Berdasarkan kenyataan ini juga jelas Umno tidak mempunyai hasrat
untuk melaksanakan hudud tetapi kenapa pemimpin Umno yang juga mengaku
beragama Islam enggan dan takut melaksanakan hudud.
Barangkali hukum hudud lebih adil dan saksama tanpa mengenal darjat
dan kedudukan berbanding dengan undang-undang sivil yang mudah
dimanipulasi untuk menjaga kepentingan mereka seperti dalam penciptaan
kes liwat dan video lucah.
PAS sokong
Sikap PAS bila berdepan dengan isu ini adalah jelas. Saranan Ayub itu
disambut baik oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
yang mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan pelaksanaannya.
“Biar Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hudud dan insya’Allah
Kelantan akan menyusul kemudian,” kata Nik Aziz sambil menambah,
pemimpin Umno itu mempunyai keberanian untuk mencadangkan perkara ini.
Bagaimana pula sikap badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang mendabik
dada kononnya merekalah pejuang sebenar untuk menjaga kesucian agama
Islam.
Kenapa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang
memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan mahu mendaulatkan Islam tidak
menyuarakan bantahan terhadap Soi Lek?
Kenapa Jalur Tiga (Jati) yang mempunyai moto dan dasar perjuangan IMR
(Islam, Melayu dan Raja) berdiam diri apabila Soi Lek mengeluarkan
kenyataan yang disifatkan sebagai menghina Islam itu.
Ada banyak lagi NGO Islam yang memperjuangkan isu murtad dan
menentang aktiviti LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) tetapi
apabila berdepan isu hudud menjadi dayus dan mandul.
Kilang fitnah
Tanpa pelaksanaan hudud, pemimpin-pemimpin Umno-BN mudah mencipta dan
mengilang fitnah, memalsukan bahan bukti terhadap tuduhan liwat dan
salah laku seks dan menerbitkan video-video lucah secara meluas.
Terbaru kes Ketua MCA Melaka, Gan Tian Loo yang mendakwa Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan bekas
stafnya.
Lim dan isterinya Betty Chew yang juga Adun Kota Laksamana dengan
sekeras-kerasnya menafikan tuduhan ini, tuduhan yang dibuat dalam Dewan
Undangan Negeri Melaka.
Beberapa bulan lalu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali juga
menjadi mangsa fitnah serupa – fitnah yang standard – kononnya terlibat
dengan salah laku seks dengan seorang wanita.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat terhadap bekas
pembantunya, Saiful Bukhari Mohd Azlan membuktikan terdapat pemalsuan
bahan bukti dan wujudnya konspirasi politik.
Skandal seks dan liwat yang dipelopori oleh mantan perdana menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad ini sudah menjadi budaya rakyat Malaysia dan
menjadi senjata tajam untuk menjatuhkan musuh politik mereka.
Jika hudud dilaksanakan, pemimpin-pemimpin seperti ini tidak mudah
mencipta fitnah, blogger-blogger juga tidak berani menyebarkan fitnah
dan konspirasi-konspirasi jahat dapat dibendung.
Ketakutan terhadap hudud merupakan satu persepsi negatif yang ditanam
sejak sekian lama oleh pemimpin-pemimpin Umno. Pemimpin- pemimpin
Umnolah yang menakut-nakutkan rakan parti komponen dalam BN tentang
hudud.
Pemimpin-pemimpin Umno ini juga yang berjaya menakut-nakutkan rakyat
dengan menggunakan media massa yang dikuasai mereka sehingga rakyat
termakan dengan dakyah mereka bahawa hukum hudud itu zalim, kejam dan
tidak bertamadun.
Persepsi inilah yang perlu diubah walaupun sukar!/~FMT
Monday, 9 July 2012
Hudud buat MCA hilang akal
2012-07-09T13:41:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-