.

Wednesday, 25 July 2012

Berita Baik : Cukai Kereta Di Hapuskan Selepas Pilihanraya!

Berkemungkinan selepas pilihanraya umum ke 13 diadakan, rakyat yang selama ini terbeban dengan cukai kereta yang tinggi selepas ini mungkin dapat menarik nafas lega.


Isu cukai kereta ini, telahpun kami perjuangkan sejak 2 tahun lepas, dimana rakyat Malaysia secara umumnya, membayar harga yang sangat tinggi untuk cukai kereta. Baca keratan akhbar di bawah.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat berjanji akan memastikan bahawa janji menurunkan harga kereta akan menjadi salah satu janji utama di dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke-13 (PRU13).

Menurut, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, PKR juga akan mula menganjurkan pelbagai sessi untuk mula meningkatkan sokongan supaya mana-mana parti yang bertanding di dalam PRU13 akan berjanji akan merombak semula sistem cukai kereta yang sangat membebankan rakyat.

“Perkara ini telah dibincangkan di peringkat PKR dan Pakatan Rakyat, is sudah berasa diperingkat akhir perbincangan.

“Perbincangan ini meliputi kesan kepada kereta tersebut jika kita kurangkan harga dan juga kepada ekonomi negara kerana sumber pendapatan negara juga dari cukai kereta tersebut,” jelasnya

Beliau yang sebelum itu menjelaskan, PKR memandang serius butiran pendapatan isi rumah dan bebanan isi rumah yang disiarkan oleh Jabaran Statistik melalui Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009.

Menurutnya lagi, maklumat tersebut menunjukkan bebanan isi rumah negara bagi rakyat negara ini makin meruncing.

“Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman yang mencecah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012.

“Keadaan ini menimbulkan beban utama kepada rakyat yang sebahagian besar dari rakyat negara ini hanya membawa pulang pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan,” jelasnya.

Katanya lagi, maka satu jalan yang adil kepada rakyat adalah mengambil tindakan drastik memperkenalkan mekanisme untuk menurunkan harga kereta.

Kaedah ini akan mengurangkan bebanan hutang rakyat seterusnya meningkatkan pendapatan boleh guna dalam keadaan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia rata-ratanya di bawah RM3,000 sebulan.

Kata Rafizi, peningkatan yang tinggi kepada harga kereta adalah disebabkan oleh Dasar Automotif yang diperkenalkan oleh Umno-Barisan Nasional dalam melindungi kepentingan mereka.
Ini adalah salah satu lagi manifesto-manifesto oleh parti politik, demi untuk mendapatkan sokongan terhadap undi dalam pilihanraya umum yang semakin hampir ini. Kami berpendapat bahawa ini adalah satu-satunya manifesto menarik yang sebenarnya sudah sepatutnya dilaksanakan.

Kami ingin mendengar pula, apa reaksi kerajaan Barisan Nasional terhadap manifesto Pakatan Rakyat untuk menurunkan cukai kereta ini? Adakah Barisan Nasional akan cuba untuk mengikut rentak? Kini sudah tiba masanya perlu ada kemaskini dalam cukai kereta yang membebankan.

Apa pendapat anda pula?

5 comments:

  1. alhamdulillah....inilah yg aku ingin dengar....harap-harap menjadi kenyataan, pakatan rakyat ambil alih kerajaan selepas PRU 13 ini.....tak sia-sialah aku bersabar dengan kereta usang aku tak beli kereta baru kerana aku percaya harga kereta di negara kita akan dikurangkan sekiranya pakatan rakyat dapat menbentuk kerajaan.......Hidup PR...Hancur BN..!!!

    ReplyDelete
  2. Marah betui Pak Jib pada Rafizi ni. Aku dah nak bubar parlimen.. tiba-tiba dia mai bawak idea nih? - Hihi penurunan harga kereta ini memang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat terutama golongan muda. Habis la Be End.

    ReplyDelete
  3. golongn muda dianggap golongan yg tak matang,emosional.mungkin idea sebegini boleh menarik sokongn mereka

    ReplyDelete
  4. Habis tu bgmana pula org yg dh beli kereta?

    ReplyDelete
  5. Yg dah beli kete teruskan la dgn bayaran bulan2 tu. Yg turun nie untuk anak cucu kita nanti

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist