.

Monday 25 June 2012

SABAH MISKIN ANGKARA PENGKHIANATAN REGIM MALAYA?

Oleh : NASPAZI
NEGARA Sabah telah dicampak ke dalam longkang kemiskinan dan kehinaan sekian dekad; dan tiada sesiapa pun yang lebih patut untuk bangun mendepani cabaran-cabaran jahat tersebut melainkan rakyat Sabah sendiri melalui kesedaran dinamik dan kearifan baru yang berhemah.

“World Bank confirms Sabah as M'sia's poorest state. The World Bank (WB) in Washington has confirmed through a new study that Sabah is not only the poorest state in Malaysia but it's likely to stay that way for a considerable length of time given current efforts in poverty eradication.” - Malaysiakini (Nov 11, 2010)
Justeru, penulis tidak bermaksud untuk mempertikaikan laporan bank dunia yang mengesahkan bahawa Sabah adalah negeri paling miskin di dalam Malaysia. Namun, penulis mempertikaikan faktor-faktor yang menjerumuskan Sabah ke lembah kemiskinan dan kehinaan.

Sabah Dikhianati

Altantuya Shaariibu amat berjasa kepada regim Malaya. Altantuya Shaariibu lima tahun bertungkus lumus sebagai juru bahasa dan penterjemah kepada dokumen dalam projek pembelian Kapal Selam Scorpene dengan janji Komisyen USD500,000 (Lima Ratus Ribu Dollar Amerika Syarikat). Selepas urusniaga berjaya, tentulah Altantuya Shaariibu hendak menuntut Komisyen yang dijanjikan kepadanya.

Malangnya, janji tinggal janji. Akhirnya, Altantuya Shaariibu telah datang ke Malaysia demi menagih janji tersebut. Namun, jawapan yang diterima adalah meletupkan Altantuya Shaariibu dengan C4 sehingga jasadnya berkecai berjuta-juta. Demikianlah kejamnya pengkhianatan regim Malaya terhadap Altantuya Shaariibu.

Demikian juga dalam soal Projek Malaysia 1961 yang dimasyhurkan pembentukannya pada 16 september 1963. Brunei tidak menyertai Projek Malaysia atas alasan tidak mahu dijajah atas nama Malaysia dengan mengatakan "Adalah muktamad Brunei tidak mahu menyertai Malaysia kerana tidak mahu menjadi tanah jajahan, taklok, rantau dan pesisir kepada Malaya" – (Sultan Omar Ali Saifuddien III). Mana kala Singapura pula, telah keluar Malaysia pada tahun 1965.

Projek Malaysia dalam konteks negara Sabah, dua buah parti politik yang telah memainkan peranan utama dalam usaha merealisasikannya iaitu, United Kadazan National Organisation (UNKO) dan United Sabah National Organization (USNO).

Projek Malaysia, idea Tunku Abdul Rahman telah memberi jaminan kepada negara Sabah bahawa, “The granting of self-government too would enable Sabah to stand on its own feet as equal with Malaya, Sarawak and Singapore.” - Sabah Times (August 30,1963).

Namun, realitinya pada hari ini adalah sebaliknya. Sabah bukan sahaja diturunkan statusnya kepada negeri, bahkan dimiskinkan angkara pengkhianatan regim Malaya. Dalam perjanjian Malaysia 1963 dan 20 Perkara, dinyatakan dengan jelas tentang hak-hak Sabah dalam Negara Komponen Malaysia.

Malangnya, pengamal politik Sabah sendiri yang menafikan kewujudan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 melalui Perkara 20 sebagai tidak sah! Justeru, kalau Perkara 20 tidak sah; yang menjadi intipati kepada penyertaan negara Sabah dalam perjanjian Malaysia 1963, maka kenapa kewujudan Malaysia atas nama Sabah Sarawak Malaya masih sah?

Kenapa regim Malaya berhak melaungkan ‘hak ketuanan melayu; hak istimewa melayu; 1melayu, 1bumi’ sedangkan, pada masa yang sama negara Sabah tidak berhak mempertahankan 20 Perkara yang menjadi haknya dalam Perjanjian Malaysia 1963? Kalau regim Malaya terasa dirinya ada hak dalam Negara Komponen Malaysia, maka kenapa 20 Perkara yang menjadi hak negara Sabah dalam Negara Kompnen Malaysia dinafikan?

Bukankah penafian regim Malaya terhadap hak-hak negara Sabah dalam Negara Komponen Malaysia sebagai lambang kepada pengkhianatannya terhadap Sabah Sarawak yang menjadi rakan kongsinya dalam Negara Komponen Malaysia; atau regim Malaya hanya berselindung disebalik nama Malaysia untuk menghisap dan merompak hasil Sabah Sarawak?

Hasil Sabah Dihisap

Menurut Awang Ahmad Sah Datuk Awang Sahari, Malaya memungut melebihi RM36 Billion setahun - (Januari 19, 2012). Menurut Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula menyatakan bahawa, hasil Sabah berjumlah RM41 billion setahun - (Mei 7, 2012).

Kalau begitu, Sabah bukan negeri termiskin di dalam Malaysia! Dengan kata lain, Sabah menjadi termiskin di dalam Malaysia kerana sengaja dimiskinkan, lantaran pengkhianatan nyata oleh regim Malaya terhadap 20 Perkara yang menjadi hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Sesungguhnya, tanpa pengkhianatan regim Malaya terhadap 20 Perkara, tidak mungkin mereka dapat menghisap sekian banyak hasil negara Sabah ke negara Malaya. Yang demikian, penulis menjabarkan soalan, sama ada Sabah negeri paling miskin di dalam Malaysia; atau Malaya yang menjadi komponen negara termiskin di dalam Malaysia? Namun, Negara Malaya menjadi kaya kerana telah menggigit tangan Malaysia Timur yang menyuapnya!

Justeru, jika regim Malaya telah menghisap hasil Sabah, sehingga jatuh menjadi negeri yang paling miskin di dalam Malaysia, melalui pengkhianatan terhadap 20 Perkara yang menjadi hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963, maka adalah menjadi tanggungjawab golongan professional dan cendekiawan Sabahan untuk berhenti dari menjadi kuli dan barua kepada parti-parti Malaya, di samping membina ‘esprit de corp’ atau semangat berpasukan demi mendaulatkan 20 Perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 sebagaimana berikut :

DUA PULUH PERKARA ASAS PERSEKUTUAN MALAYSIA

PERKARA 1: AGAMA

Walaupun tidak ada bantahan kepada ketetapan bahawa Islam sebagai agama rasmi Malaysia, namun di Borneo Utara tidak ada agama rasmi Negeri, dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan Islam di dalam Perlembagaan Malaya sekarang ini tidak berkuatkuasa terhadap Borneo Utara.

PERKARA 2: BAHASA

(a) Melayu merupakan bahasa kebangsaan Persekutuan;

(b) Inggeris hendaklah terus digunakan, bagi tempoh 10 tahun selepas hari Malaysia.
(c) Inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi Borneo Utara bagi semua maksud Negeri atau Persekutuan, tanpa ada penghadan waktu.

PERKARA 3: PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan Malaya sekarang diterima sebagai asas kepada Perlembagaan Malaysia, bagaimanapun Perlembagaan Malaysia itu haruslah merupakan satu dokumen yang baru sepenuhnya, didraf dan dipersetujui dengan adanya persatuan bebas negeri-negeri dan bukannya satu siri pindaan kepada Perlembagaan yang telah didraf dan dipersetujui oleh negeri-negeri berasingan dalam keadaan yang berbeza sama-sekali. Satu Perlembagaan baru bagi Borneo Utara, sudah tentu penting.

PERKARA 4: KETUA PERSEKUTUAN

Ketua Negeri di Borneo Utara tidak tertakluk untuk pemilihan dalam pilihan raya sebagai ketua Persekutuan.

PERKARA 5: NAMA PERSEKUTUAN

“Malaysia” dan bukannya “Melayu Raya”.

PERKARA 6: IMIGRESEN

Kuasa Imigresen ke dalam mana-mana bahagian Malaysia dari luar haruslah terletak pada tangan Kerajaan Pusat, tetapi kemasukan ke Borneo Utara hendaklah juga mendapatkan kelulusan kerajaan Negara (Borneo Utara). Kerajaan Persekutuan tidak boleh memberi kuasa kepada kemasukan seorang ke Borneo Utara bagi maksud Kerajaan Negara kecuali atas dasar keselamatan yang ketat. Borneo Utara haruslah mempunyai kuasa yang bebas terhadap pergerakan seseorang, selain daripada mereka yang bekerja dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, dari bahagian lain di Malaysia yang memasuki dalam Borneo Utara.

PERKARA 7: HAK BERPISAH

Sepatutnya tidak ada hak untuk menarik diri dari Persekutuan.

PERKARA 8: BORNEONISASI

Pemborneosisasian perkhidmatan awam hendaklah dilaksanakan seberapa segera yang boleh.

PERKARA 9: PEGAWAI BRITISH

Setiap usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai British supaya kekal di dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil alih oleh orang-orang Borneo Utara yang sesuai dan berkelayakan.

PERKARA 10: KEWARGANEGARAAN

Syor di perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cob Bold hendaklah meliputi hak kewarganegaraan penduduk Persekutuan Borneo Utara tertakluk kepada pindaan berikut:

(a) perenggan (i) tidak seharusnya mengandungi syarat mengenai permastautin lima tahun;
(b) untuk dikaitkan dengan undang-undang kami, perenggan (ii) (a) hendaklah berbunyi “tujuh daripada sepuluh tahun”, dan bukannya “lapan daripada dua belas tahun”;
(c) perenggan (iii) Kewarganegaraan ibu bapa tidak seharusnya mengandungi sebarang penghadan - seseorang yang lahir di Borneo Utara selepas Malaysia hendaklah menjadi warganegara Persekutuan.

PERKARA 11: TARIF DAN KEWANGAN

Borneo Utara hendaklah mengekalkan kuasa mengawal ke atas kewangannya sendiri, tabung pembangunan dan tarifnya sendiri, dan hendaklah mempunyai hak untuk memungut cukai sendiri dan untuk mendapatkan pinjaman kredit sendiri.

PERKARA 12: KEDUDUKAN KHAS KAUM ASLI

Pada prinsipnya, kaum-kaum asli Borneo Utara hendahlah menikmati hak khusus setanding dengan apa yang dinikmati oleh masyarakat Melayu di Malaya, tetapi formula yang diamalkan di Malaya berhubung dengan perkara itu sekarang ini tidak semestinya diamalkan di Borneo Utara.

PERKARA 13: KERAJAAN NEGERI

(a) Perdana Menteri (Prime Minister) hendaklah dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan;

(b) Perlu wujud satu sistem kementerian yang betul di Borneo Utara.

PERKARA 14: TEMPOH PERALIHAN

Tempohnya ialah tujuh tahun dan dalam tempoh itu kuasa perundingan hendaklah terletak kepada Negeri Borneo Utara mengikut Perlembagaan dan bukan setakat yang diamanahkan kepada kerajaan Negeri oleh Kerajaan Persekutuan.

PERKARA 15: PENDIDIKAN

Sistem Pendidikan Borneo Utara yang sedia wujud hendaklah dikekalkan dan atas sebab ia haruslah terletak di bawah kuasa Negeri.

PERKARA 16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN

Tidak ada pindaan, pengubahasuaian atau penarikan semula yang harus dibuat terhadap mana-mana perlindungan khusus yang diberikan kepada Borneo Utara oleh Kerajaan Negeri Borneo Utara.

Kuasa meminda Perlembagaan Negeri Borneo Utara harus dimiliki secara eksklusif kepada rakyat di negeri ini. (Nota: Parti Bersatu, Parti Demokratik dan Parti Pasok Momogun menganggap bahawa majoriti tiga perempat diperlukan untuk melaksanakan apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, manakala UNKO dan USNO menganggap bahawa majoriti dua pertiga sudah mencukupi).

PERKARA 17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PEREKUTUAN

Ini harus mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga keluasan serta potensinya serta dalam apa hal sekalipun tidak seharusnya kurang daripada perwakilan Singapura.

PERKARA 18: GELARAN KETUA NEGERI

Yang di-Pertua Negara.

PERKARA 19: NAMA NEGERI

Sabah / Sarawak.

PERKARA 20: TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN

Peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kuasa Majlis Tanah Negara tidak seharusnya tertakluk kepada Borneo Utara. Begitu juga Majlis Tanah Negara bagi Kerajaan Tempatan tidak berkuatkuasa di Borneo Utara.:)

PERJANJIAN BERKENAAN DENGAN PENUBUHAN MALAYSIA 1963

Perjanjian berkenaan dengan penubuhan Malaysia antara United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.

1. Kerajaan United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland,
2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu,
3. Kerajaan Borneo Utara,
4. Kerajaan Sarawak dan
5. Kerajaan Singapura

United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura;

Oleh kerana hendak membuat suatu perjanjian berkenaan dengan Malaysia;

Bersetuju saperti di·bawah ini:

Perkara I

Tanah2 Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura hendak-lah di-sekutukan dengan Negeri2 Persekutuan Tanah Melayu yang ada sekarang sa-bagai Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura mengikut surat2 perlembagaan yang di-kembarkan kapada Perjanjian ini dan Persekutuan itu kemudian daripada itu hendak-lah di-namakan « Malaysia ».

Perkara II

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya menentukan bahawa Parlimen Persekutuan Tanah Melayu akan meluluskan suatu Undang2 mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran A kapada Perjanjian ini, dan behawa Undang2 itu di-jalankan kuat kuasa-nya pada 31 haribulan Ogos, 1963 (dan tarikh Undang2 tersebut di-jalankan kuat kuasa-nya itu sa-lepas ini di-gelar « Hari Malaysia »).

Perkara III

Kerajaan United Kingdom akan menyembahkan ka-bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen sa-belum Hari Malaysia Perentah2 dalam Majlis Meshuarat bagi maksud menguat kuasakan Undang2 Tuboh Kerajaan Negeri2 Sabah, Sarawak dan Singapura sa-bagai Negeri2 di-dalam Malaysia saperti yang di-tetapkan dalam Kembaran2 B, C dan D kapada Perjanjian ini.

Perkara IV

Kerajaan United Kingdom akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya menentukan bahawa Parlimen United Kingdom akan meluluskan suatu Undang2 supaya mulai daripada Hari Malaysia kedaulatan dan kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen berthabit Negeri Borneo Utara, Sarawak dan Singapura di-mansohkan, dan kedaulatan serta apa2 kuasa tersebut hendak-lah di-serahkan mengikut Perjanjian ini dan surat2 perlembagaan yang di-kembarkan kapada Perjanjian ini.

Perkara V

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya supaya menentukan sa-belum Hari Malaysia bahawa Parlimen Persekutuan Tanah Melayu akan meluluskan suatu Undang2 mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran E kapada Perjanjian ini bagi maksud meluas dan menyesuaikan Undang2 Imigeresen Tahun 1959, Persekutuan Tanah Melayu, ka-Malaysia dan menambah isi2 kandongan berkenaan dengan masok ka-Negeri2 Sabah dan Sarawak; dan isi2 kandongan yang lain dalam Perjanjian ini hendak-lah bergantong kapada Undang2 tersebut itu diluluskan.

Perkara VI

Perjanjian berkenaan dengan Pertahanan Luar Negeri dan Bantuan Bersama antara Kerajaan United Kingdom dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang bertarikh 12 haribulan Oktober, 1957, dan kembaran2-nya hendak-lah berkuat kuasa di-semua wilayah Malaysia, dan apa2 sebutan dalam Perjanjian itu kapada Persekutuan Tanah Melayu hendak-lah disifatkan sa-bagai sebutan kapada Malaysia, terta’alok kapada sharat behawa Kerajaan Malaysia akan memberi kapada Kerajaan United Kingdom hak menggunakan lagi pengkalan2 dan Iain2 kemudahan yang pada masa ini di-gunakan oleh pehak2 berkuasa Tentera-nya dalam Negeri Singapura dan akan membenarkan Kerajaan United Kingdom menggunakan pengkalan2 dan kemudahan2 itu sa-bagaimana yang di-fikirkan mustahak oleh Kerajaan itu bagi maksud membantu dalam usaha mempertahankan Malaysia dan bagi pertahanan Commonwealth dan bagi memelihara keamanan di-Asia Tenggara. Perlaksanaan Perjanjian tersebut hendak-lah terta’alok kapada isi2 kandongan Kembaran F kapada Perjanjian ini (terutama-nya berkenaan dengan tanah2 tentera di-Singapura).

Perkara VII

(1) Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen boleh sa-belum Hari Malaysia membuat Perentah2 Dalam Majlis Meshuarat mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran G kapada Perjanjian ini bagi maksud membuat peratoran bayaran2 sagu hati dan faedah2 masa bersara kapada sa-tengah2 pegawai seberang laut yang berkhidmat, sa-belum sahaja Hari Malaysia, dalam perkhidmatan ‘awam Tanah Jajahan Borneo Utara atau Tanah Jajahan Sarawak.

(2) Pada Hari Malaysia atau sa-berapa segera-nya Perjanjian2 Pegawai2 Kerajaan mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran2 H dan I kapada Perjanjian ini hendak-lah di-tanda tangani bagi pehak Kerajaan United Kingdom dan Kerajaan Malaysia; dan Kerajaan Malaysia hendaklah meminta persertaan Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak atau Negeri Singapura, berkenaan dengan Kerajaan Malaysia menanda tangani Perjanjian itu sa-takat mana sharat2 Perjanjian itu mengenai tanggong-jawab2 atau kepentingan2 Kerajaan Negeri itu.

Perkara VIII

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Kerajaan Borneo Utara dan Kerajaan Sarawak akan mengambil tindakan membuat Undang2, menjalankan kuasa atau Iain2 tindakan yang mustahak bagi melaksanakan jaminan2, pengakuan2 dan shor2 yang terkandong dalam Bab III dan Kembaran2 A dan B kapada Penyata Jawatan Kuasa Antara Kerajaan yang di-tanda tangani pada 27 haribulan Februari Tahun 1963, sa-takat mana jaminan2, pengakuan2 dan shor2 itu tiada di-laksanakan dengan isi2 kandongan yang tertentu dalam Perlembagaan Malaysia.

Perkara IX

Isi2 kandongan Kembaran J kapada Perjanjian ini berthabit pasaran bersama dan peratoran kewangan hendak-lah menjadi Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura.

Perkara X

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura akan mengambil tindakan membuat Undang2 menjalankan kuasa atau Iain2 tindakan yang mustahak bagi melaksanakan atoran2 berkenaan dengan siaran radio dan television yang di-tetapkan dalam Kembaran K kapada Perjanjian ini sa-takat mana atoran2 itu tiada di-laksanakan dengan isi2 kandongan yang tertentu dalam Perlembagaan Malaysia.

Perkara XI

Perjanjian ini hendak-lah di-tanda tangani dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu kechuali Kembaran2-nya ada-lah di-dalam bahasa Inggeris sahaja. Jika ada persalahan faham maka naskhah bahasa Inggeris hendak-lah di-gunakan.

BAGI MENYAKSIKAN Perjanjian ini, yang menanda tangan di-bawah ini dengan mendapat kuasa berbuat demikian, telah menanda tangan Perjanjian ini.

DI-PERBUAT di-London pada sembilan haribulan July, tahun 1963 sabanyak lima naskhah, satu naskhah daripada-nya hendak-lah di-simpan oleh tiap2 Pehak yang membuat Perjanjian ini.

Bagi pehak United Kingdom:

[HAROLD MACMILLAN]
[DUNCAN SANDYS]
[LANSDOWNE]

Bagi pehak Persekutuan Tanah Melayu:

[T. A. RAHMAN]
[ABDUL RAZAK]
[TAN SIEW SIN]
[V. T. SAMBANTHAN]
[ONG YOHE LIN]
[S. A. LIM]

Bagi pehak Borneo Utara:

[DATU MUSTAPHA BIN DATU HARUN]
[D. A. STEPHENS]
[W. K. H. JONES]
[KHOO SIAK CHIEW]
[W. S. HOLLEY]
[G. S. SUNDANG]

Bagi pehak Sarawak:

[P. E. H. PIKE]
[T. JUGAH]
[ABANG HAJI MUSTAPHA]
LING BENG SIEW
[ABANG HAJI OPENG]

Bagi pehak Singapura:

[LEE KUAN YEW]
[GOH KENG SWEE]
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist