Oleh: Shahbudin Husin
Semakin hampir detik pilihanraya, semakin banyak percakapan mengenai
transformasi politik Najib diperkatakan orang. Meskipun Najib nampaknya
mahu rakyat menilai transformasi yang cuba dilaksanakannya sebagai
sesuatu yang baru dan penting untuk masa negara, masih ramai yang
ragu-ragu dengannya.
Keraguan rakyat tidak sukar difahami. Isunya ialah kerana antara cakap
dan dan perbuatan Najib seringkali berbeza, malah banyak kali
berlawanan.
Ketika beliau berbangga mengumumkan penghapusan ISA ketika sambutan Hari
Malaysia tahun lalu, hakikatnya masih ada tahanan ISA yang kekal
disimpan dalam penjara dan tidak tahu bila akan dibebaskan.
Di ketika melaungkan kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dengan
mewujudkan Akta Perhimpunan Aman, sekatan-sekatan tertentu masih
dikenakan melalui penggunaan kuasa polis dan sebagainya sebagaimana
terpamer dalam Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.
Kebebasan bersuara dan menyuarakan bantahan juga bagai tidak diterima
sepenuhnya oleh Najib bila beliau secara terbuka menyifatkan mereka yang
menentang penyenaraian Felda Global Venture sebagai "haram jadah" dan
tidak redha mereka menerima durian runtuh RM15 ribu yang diberikan oleh
kerajaan.
Itu hanya sebahagian contoh bagaimana di ketika Najib melaung dan
menjerit tentang transformasi politiknya, hakikatnya perlakuan beliau
amat bertentangan sekali.
Bagaimanapun sebagai Perdana Menteri yang gajinya dibayar melalui cukai
rakyat, rakyat masih mengharapkan Najib benar-benar ikhlas melaksanakan
transformasi yang dijanjikannya itu.
Tetapi perkembangan terbaru yang ditunjukkan oleh Najib baru-baru ini
menyebabkan rakyat benar-benar tidak yakin terhadap transformssi atau
pembaharuan yang pernah dijanjikannya itu. Beliau bukan saja menolak
untuk melakukan sesuatu yang baik untuk kepentingan rakyat dan negara
serta menggembirakan semua orang, malah keangkuhannya makin menyerlah.
Dalam isu pilihanraya pada musim haji, walaupun semua pihak, kecuali
golongan pengampu, tidak setuju ia diadakan pada musim haji dan mahukan
Najib memberi jaminan beliau tidak akan mengadakan pilihanraya pada
musim haji, beliau nampaknya menolak idea itu.
Malahan tindakannya mengaitkan bahawa piihanraya juga pernah diadakan
diadakan musim haji sebelum ini iaitu pada 1986 (Najib kata ketika itu
Perdana Menteri Hussein Onn, sebenarnya Tun Mahathir) tidak lebih
membayangkan bahawa Najib sanggup melakukan apa saja untuk
mempertahankan kuasanya.
Sebelum ini sudah ada beberapa ulama seperti Mufti Perlis, Dr Juanda
yang mengatakan pilihanraya di musim haji akan melemahkan undi orang
Melayu dan Islam manakala Dr Mohd Asri pula menyifatkan pilihanraya di
musim haji umpama memilih untuk bersembahyang di tempat orang
lalu-lintas.
Walaupun benar pilihanraya pernah diadakan pada musim haji oleh Mahathir
tetapi apakah contoh buruk itu mahu diikuti? Kekal mahu mencontohi
sesuatu yang buruk bermakna menghumban transformasi sendiri ke lubang
kubur.
Jika benar mahu melakukan transformasi, jaminan bahawa pilihanraya tidak
diadakan pada musim haji atau di ketika yang boleh menyusahkan orang
lain adalah sebahagian daripada ciri-ciri transformasi itu sendiri.
Beliau harus ada keberanian jika ikhlas mahu melakukan transformasi.
Dalam masa yang sama Najib juga menolak bulat-bulat idea Nazri Aziz yang
mahu menjadi orang tengah bagi merundingkan dengan pihak pembangkang
agar pilihanraya umum diadakan selepas tempoh lima tahun. Idea Nazri ini
memang sangat bagus dan mendapat persetujuan banyak pihak. Ini kerana
jika pilihanraya diadakan selepas tempoh lima tahun, politiking dapat
dikurangkan dan tumpuan kepada rakyat dapat dimaksimumkan.
Dengan memberi alasan bahawa idea itu memerlukan pindaan perlembagaan,
Najib juga langsung tidak mahu menerimanya sebagai idea yang baik dan
menguntungkan semua pihak. Beliau juga tidak membayangkan mahu
melaksanakan idea itu selepas ini jika terus diberi mandat oleh rakyat.
Sekali lagi Najib menolak transformasi yang boleh membawa kebaikan kepada iklim politik negara.
Najib juga terus bersilat untuk menolak berdebat dengan Anwar Ibrahim
sambil mengatakan bahawa debat bukanlah budaya kita. Dalam masa yang
sama Najib mungkin terlupa bahawa debat sudah diadakan di sekolah dan
IPTA sejak sekian lama bahkan debat Piala Perdana Menteri juga sudah
lama diadakan dan kerapkali disiarkan secara langsung melalui
televisyen.
Dalam menyembunyikan ketakutannya untuk berdebat dengan Anwar, Najib
juga terlupa keangkuhannya sebelum ini yang menyatakan Anwar akan demam
jika berdebat dengannya kerana sebagai Perdana Menteri, beliau boleh
memperolehi pelbagai maklumat mengenai Ketua Pembangkang itu.
Debat telah diterima sebagai budaya dan ciri penting dalam politik
beberapa negara maju dan dalam usaha Malaysia menuju menjadi negara
maju, ia juga wajar dibudayakan dalam politik negara. Lagi pula,
majoriti rakyat terutama golongan muda amat meminati budaya debat ini.
Mereka juga mengalukan debat Najib - Anwar itu diadakan.
Jika mahu melengkapkan transformasi politiknya dan menyemai budaya sihat
dalam negara, beliau tidak seharusnya menolak untuk berdebat, jauh
sekali untuk mengatakan debat bukan budaya kita. Sekali lagi Najib tidak
serius dalam transformasi politiknya.
Melihat beberapa gerak langkah Najib dalam konteks transfomasi politik
ini, beliau hanya mahu melaksanakan sesuatu yang menguntungkan dirinya
sahaja, sebaliknya menolak sesuatu transformasi yang diterima rakyat
atau yang boleh memberi kebaikan kepada rakyat.
Ini menjadikan semakin banyak beliau bercakap tentang transformasi, di
mata rakyat beliau sebenarnya sedang mengkafankan transformasi itu
sendiri.
Tuesday, 26 June 2012
Najib Kafankan Transformasinya Sendiri
2012-06-26T00:33:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-