Gerakan terdahulu, pada segi kekuatan
dan penglibatan pelajar, jauh lebih cemerlang jika dibandingkan dengan
gerakan hari ini. Gerakan hari ini pula lebih kecil, sedikit eksklusif,
namun punyai kekuatannya tersendiri. Impak gerakan hari ini terhadap
masyarakat lebih bersifat rekonstruksi idea dan cara berfikir berbanding
improvisasi terhadap masyarakat sendiri. Dalam bahasa mudah, gerakan
terdahulu bersifat fasilitator kepada masyarakat, manakala hari ini
bersifat cabaran dan pendidikan kepada masyarakat. Saya sendiri yang
duduk di dalam gerakan, akhirnya sedar bahawa idea untuk menggabungkan
masyarakat dengan mahasiswa seperti waktu dahulu mungkin memakan masa
yang lebih lama. Terdapat jurang besar antara cara berfikir mahasiswa
dengan masyarakat hari ini. Ini kenyataan.
Baru-baru ini, secara tidak sengaja, mula bertiup ura-ura mahasiswa ingin bertanding dalam pilihan raya yang akan datang. Berpunca dari beberapa kenyataan dalam laman sosial, akhirnya ia dijadikan satu lagi isu yang dibincang, mahupun diperdebatkan oleh ramai pihak. Saya belum lagi mendengar apa-apa respon dari pihak kerajaan hari ini. Mungkin belajar dari kesilapan, mereka setuju untuk berdiam diri sahaja. Tidak ada untung buat pihak kerajaan memainkan isu ini dalam kalangan mereka, akhirnya hanya akan menjadi senjata untuk berhadapan dengan mereka kembali. Respon yang lebih penting adalah dari kalangan orang-orang yang menyokong gerakan mahasiswa itu sendiri selama ini; parti-parti politik, NGO, NGI, dan tentu sekali badan-badan mahasiswa sendiri. Respon yang diterima adalah pelbagai. Saya bukan orang yang mengeluarkan kenyataan mengenai idea menyertai pilihan raya, namun telefon bimbit saya turut diserang bertubi-tubi oleh ramai orang yang mahukan kepastian. Akhirnya, respon saya hanyalah; apa kata kamu?
Sejak dari ura-ura kecil tersebut kedengaran, saya mula mengumpul respon dari orang-orang yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman. Saya boleh rumuskan secara ringkas; ianya tetap berbelah bahagi. Jujurnya, setakat ini, parti politik kelihatan senang hati dengan idea tersebut. Saya tertanya-tanya, apa sebabnya mereka mampu bersetuju dengan idea tersebut. Jika andai kata parti politik bersetuju, malah menyokong idea tersebut, erti kata lain mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai isu lain yang bakal berbangkit menjelang pilihan raya nanti.

Antaranya
termasuklah pertembungan tiga penjuru (seperti yang pernah berlaku pada
PRU 2008), ataupun ahli-ahli parti sendiri yang berniat untuk bertanding
terpaksa melupakan niat mereka jika mahasiswa mahu bertanding di
kawasan-kawasan mereka. Pertembungan tiga penjuru tidak menguntungkan
mereka, manakala mencantas peluang calon parti bagi memberi laluan
kepada mahasiswa pula hanya akan menimbulkan perbalahan antara satu sama
lain. Saya ada pendapat sendiri terhadap respon positif dari parti
politik yang menyokong mahasiswa bertanding, namun tidak perlu saya
singgung perasaan sebahagian kecil mereka ini dengan pendapat saya;
mungkin pendapat saya tidak tepat. Saya bukan dari parti politik, sudut
pandang saya mungkin sedikit berbeza.
Pada pihak selain parti politik pula, respon mereka lebih tegas dan menimbulkan perdebatan. Beberapa rakan dari NGO turut menyuarakan pendapat mereka yang tersendiri. Majoriti mereka tidak senang dengan idea tersebut. Hujahnya; gerakan mahasiswa sepatutnya menjadi kumpulan pendesak yang bebas mengkritik dan menghentam dari luar. Bukannya menjadi sebahagian dari orang yang mereka hentam selama ini.

Malah,
dengan meletakkan calon untuk bertanding menentang parti politik;
hanyalah akan menjejaskan kredibiliti dan reputasi yang dibina selama
ini. Kritikan yang lebih mendalam lagi adalah berkenaan dengan dasar
dan aliran gerakan mahasiswa sendiri. Gerakan mahasiswa walaupun
kelihatannya seperti berada di atas landasan politik, namun tidak pernah
dibina untuk menjadi organisasi politik. Inilah yang membuatkan idea
menyertai pilihan raya dilihat sebagai tidak relevan dan merugikan
gerakan sendiri.
Secara peribadi, saya lebih terbuka dengan isu dan perdebatan mengenai idea mahasiswa menyertai pilihan raya. Saya tidak condong mengatakan mahasiswa wajar ikut serta; tidak juga condong untuk menghalang niat tersebut. Bagi saya, jika menyertai pilihan raya mampu untuk memberi impak dalam usaha menggerakkan perubahan yang lebih besar dalam negara, idea tersebut boleh dipertimbangkan. Jika cita-cita mahasiswa itu adalah untuk menjadi Ahli Parlimen atau ADUN, apa salahnya? Namun, saya juga suka untuk ingatkan semua untuk memikirkan hal ini dengan lebih mendalam.

Menyertai pilihan raya bukan idea yang
kompleks; cari duit, cari calon yang sesuai, cari kawasan yang bagus,
berkempen, dan akhirnya bertanding. Prosesnya jelas. Saya percaya,
walaupun secara teknikal, proses ini sangat mencabar; terutama sekali
dalam menggerakkan jentera dan mencari dana yang mencukupi, mahasiswa
yang komited mampu untuk sekurang-kurangnya menyertai pilihanraya,
memastikan nama mereka tercalon, dan memberi cabaran kepada pihak lawan,
serta tidak mustahil, menang pilihan raya tersebut. Tetapi, yang
menjadi kegusaran saya adalah isu pokok atau asas dalam politik pilihan
raya itu sendiri iaitu ideologi politik.
Apa bentuk ideologi yang mahu dipertaruhkan oleh mahasiswa jika turut serta dalam pilihan raya. Seperti yang diingatkan oleh ramai pihak yang perihatin; gerakan mahasiswa bukan parti politik. Malah, hari ini pula; sememangnya dalam gerakan sendiri, selain dari mengkritik dan menghentam dasar kerajaan, mahasiswa sebenarnya kurang berbicara dan memperdebatkan idea-idea politik yang lebih bersifat ilmiah. Sains politik tidak diamalkan dalam gerakan mahasiswa. Gerakan hari ini lebih bersifat aktivisme, bukan atas ideologi politik. Ini sama sekali berbeza dengan gerakan terdahulu yang fikrah politik penggerak-penggeraknya lebih jelas.

Gerakan hari ini tidak dibina atas
prinsip ideologi politik seperti gerakan 1960-an atau 1970-an dahulu
yang disertai oleh pelajar-pelajar dari kelab-kelab dan persatuan
seperti Kelab Sosialis, Persatuan Bahasa Melayu dan sebagainya. Gerakan
hari ini lebih selesa dilihat sebagai "bebas", bercita-cita tinggi, dan
pro-perubahan. Tiada ideologi yang dipertaruhkan (ironinya, parti
politik hari ini juga berhadapan sentimen yang sama). Atas sebab ini,
asas untuk mahasiswa "bertaruh" dalam pilihan raya politik tampak
goyah. Jika gerakan mahasiswa dibina atas dasar dan idea politik
berlandaskan ideologi dan teori politik, saya kira pertikaian mengenai
relevan mahasiswa bertanding
sedikit terhakis. Namun sayangnya, ia tidak wujud. Asas politik sangat penting, supaya apabila akhirnya, jika mereka berjaya dan sudah berada dalam parlimen sekalipun, mereka faham fungsi mereka sebagai orang yang memenangi pilihan raya politik.
Ada juga pandangan yang mengatakan, relevannya mahasiswa ikut serta dalam pilihan raya adalah bukan kerana untuk menjadi YB atau sebagainya, sebaliknya adalah tanda protes kepada pihak yang tidak pernah mendengar tuntutan mahasiswa itu sendiri. Pandangan lain pula, adalah untuk memberi pendidikan politik dan kesedaran hak kepada masyarakat. Mahasiswa menyertai pilihan raya adalah manifestasi jelas untuk membuktikan kitaran kuasa politik tidak hanya berlegar dalam kalangan elit politik. Orang biasa dari peringkat bawahan juga mampu memimpin masyarakat.
Kenyataan dan pandangan ini ada benar dan logiknya.
Kuasa-kuasa politik selama ini hanya berlegar dalam kalangan orang-orang
yang sama dan saling berkaitan. Maka yang demikian, sangat perlu bagi
kuasa lain untuk memecahkan "monopoli" kuasa orang-orang yang sama.
Untuk pandangan ini, saya boleh bersetuju, namun persetujuan saya datang
dengan keadaan bahawa yang mahu memecahkan dominasi lama ini perlulah
berniat jujur, dan wajib mempunyai ilmu politik yang tinggi. Andai kata
pemikiran yang sebegini diamalkan tanpa hati-hati, takut pula mereka
ini hanya berjaya memecah dominasi; namun tidak pula menambah baik
sistem yang sedia ada.
Perdebatan dan sudut pandang yang berbeza sangat diperlukan jika idea menyertai pilihan raya ini mahu diraikan. Cita-cita mahasiswa yang mempertahankan idea menyertai (dan memenangi pilihan raya) untuk memastikan suara mahasiswa didengari di peringkat yang lebih tinggi, selain membuktikan bahawa mahasiswa mampu untuk menjadi ancaman sebenar kepada orang-orang politik adalah cita-cita yang perlu dihormati dan dipandang tinggi. Namun kejujuran dalam memperjuangkan cita-cita tersebut juga diperlukan.

Figura-figura
mahasiswa mungkin sangat popular dalam kalangan orang yang gemarkan
politik, namun ianya tidak mencukupi. Takut-takut akhirnya apabila
meletakkan mahasiswa dalam pilihan raya, hanyalah seperti meletakkan
selebriti filem untuk menjadi calon bagi memenangi undi. Apa sekalipun,
masih ada masa untuk kita fikirkan dengan lebih mendalam mengenai idea
ini. Masyarakat belum habis menilai kemampuan mahasiswa; dan tentu
sekali, tarikh pilihan raya pun belum lagi kita ketahui! Jika
bersungguh untuk jatuhkan rejim, tanpa pilihan raya pun kita mampu
lakukan!
*Adam Adli ialah aktivis
mahasiswa, bergiat aktif dalam pertubuhan Legasi Mahasiswa Progresif
(LMP) dan kini Bendahari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).