SHAH ALAM - Moderator Debat Sinar, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar
menggulung debat malam tadi dengan menyifatkan kedua-dua pendebat -
Datuk Saifuddin Abdullah dan Salahuddin Ayub sebagai “winneable
candidate” atau calon yang bakal menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13).
Istilah itu diperkenalkan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi PRU13.
Mohamad, pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera
dan Sains Sosial, Universiti Malaya berkata, Debat Sinar merupakan satu
perkembangan yang baik dalam arena politik negara ini.
"Keda-dua mereka ini winneable candidate' (dalam PRU13)," kata beliau
di akhir Debat Sinar, yang berlangsung hampir 90 minit di Auditorium
Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
Saifuddin dan Salahuddin yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Naib Presiden Pas adalah wakil rakyat.
Saifuddin mewakili kawasan Parlimen Temerloh manakala Salahuddin pula Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Pada PRU13, Saifuddin dijangka kekal bertanding di Temerloh manakala
Salahuddin akan berpindah ke Johor untuk bertanding kerusi Dewan
Undangan Negeri dan kemungkinan bahagian Parlimen sekali.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata: “Kedua-dua pendebat malam ini mampu
menjadi menteri yang baik dalam menerajui tampuk pemerintahan negara
jika mereka menang dalam PRU akan datang.”
Beliau turut menambah yang tokoh pendebat jelas mampu berhadapan dengan
rakyat dan berhujah dengan baik dalam debat yang diadakan ini.
Debat turut disiarkan secara langsung melalui Astro Awani saluran 501 dan Radio Bernama24 serta mobtv./~sinar harian
Samun dua telefon, tetak mesin juruwang
7 minutes ago
Datuk Saifuddin Abdullah sepatutnya berhijrah
ReplyDeletedari dulu lagi.UMNO tidak memerlukan orangx yang bersikap begini.