.

Wednesday 20 June 2012

Debat Salahuddin vs Saifudin :82 peratus pilih Salahuddin


SHAH ALAM-82 peratus peserta poll yang dibuat oleh Sinar Harian memilih Salahuddin Ayub sebagai pihak yang mempunyai hujah yang dilihat konstruktif dalam debat beliau dengan Datuk Saifudin Abdullah.
Dari 2786 peserta poll itu, 2274 dari mereka memilih Salahuddin manakala hanya 13 peratus atau 363 peserta memilih Saifudin.

Lima peratus lagi memilih kedua-dua pendebat dalam poll yang bertajuk 'Hujah siapa yang anda lihat konstruktif'.

Salahudin, Naib Presiden PAS yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian berdebat dengan Datuk Saifudin Abdullah dalam debat bertajuk "Demonstrasi Jalanan Meruntuh atau Mengukuh Demokrasi" malam tadi.
Debat itu dipengerusikan oleh Datuk Profesor Mohamad Abu Bakar dan dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian.

Ia telah disiarkan secara langsung melalui Astro Awani di samping beberapa laman web.
--Harakahdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist