Selain itu, peratus puas hati kaum Cina terhadap PM telah jatuh mendadak sebanyak 19%, dari 56% kepada 37% .
Dalam satu kenyataan oleh Ibrahim Suffian, Pengarah Eksekutif Merdeka Center,
70% daripada responden yang berusia 50 tahun ke atas berpuas hati
dengan prestasi PM, tetapi ia hanya mencatat 61% yang berpuas hati
dengan Najib , di kalangan mereka yang berumur 30 tahun ke
bawah.
Seandainya dilihat dari nisbah kaum, 79% responden Melayu berpuas hati dengan Najib, dengan 19% tidak berpuas hati; 37% responden Cina berpuas hati, sementara 48% tidak berpuas hati dan 72% responden India berpuas hati, dengan 24% tidak berpuas hati.

Merdeka Center menganggap
perhimpunan BERSIH 3.0 telah melonjakkan kepuasan pengundi Melayu
terhadap PM, dari 74% pada Februari kepada 79% sekarang. Namun,
kepuasan mereka terhadap kerajaan tidak meningkat dengan nyata. Walau
bagaimanapun, sokongan yang diraih Najib di kalangan masyarakat Cina
jatuh mendadak sebanyak 19%, menghancurkan modal politik yang diusahakan
Najib selepas perhimpunan BERSIH 2.0.
Pertambahan 6% Cina yang marah dengan kerajaan
Soal
selidik juga menunjukkan bahawa 48% responden berpuas hati dengan
prestasi kerajaan, pada masa yang sama terdapat 34% yang tidak berpuas
hati dan 7% yang marah dengan kerajaan.
Antaranya, 3% Melayu, 13% Cina dan 17% India marah dengan kerajaan. Malah, responden yang berusia dari 41 hingga 50 tahun paling marah dengan kerajaan, dengan kira-kira 10%. 39% daripada responden berusia 31 hingga 40 tahun tidak berpuas hati dengan kerajaan - paling tinggi jika dibandingkan dengan lapisan umur yang lain.
Menurut soal selidik pada Februari 2012, 48% responden berpuas hati dengan prestasi kerajaan; 35% tidak berpuas hati dan 8% marah dengan prestasi kerajaan. Di kalangan responden Cina, 7% marah dengan prestasi kerajaan. Dengan kata lain, seandainya dibandingkan dua soal selidik antara Februari dengan Mei, responden Cina yang marah dengan prestasi kerajaan bertambah 6%. Sementara responden India yang marah dengan kerajaan bertambah mendadak sebanyak 15%, dari 2% pada Februari, kepada 17% pada Mei.

Walaupun peratus
kepuasan terhadap PM menurun sedikit secara keseluruhannya, namun
responden yang berpendapatan kurang daripada RM1,500/ isi keluarga,
telah meningkat sokongannya dari 78% pada Februari kepada 82%. Sokongan
responden Melayu pula meningkat dari 74% pada Februari kepada 79%.
Walau bagaimanapun, sokongan terhadap PM Najib menyaksikan penurunan untuk segmen-segmen pengundi yang utama:
Segmen pengundi |
Februari
|
Mei
|
Perubahan
|
Pengundi Cina
|
56%
|
37%
|
-19%
|
Pengundi India
|
80%
|
72%
|
-8%
|
Pengundi bawah umur 30 tahun
|
64%
|
61%
|
-3%
|
Pengundi bawah umur 40 tahun
|
67%
|
65%
|
-2%
|
Pendapatan isi keluarga bulanan RM1500- RM3000
|
71%
|
69%
|
-2%
|
Pendapatan isi keluarga bulanan RM3000- RM5000
|
68%
|
50%
|
-18%
|
P/S- Selepas Himpunan Hijau semalam populariti Pak Jib telah jatuh ke 5% ... kah kah kah..
- Apa pula pendapat anda???