Jika Marina memilih untuk mencari kebenaran maka tindakan beliau sekarang amatlah benar dan betul.
Oleh Aspan Alias
Dalam politik anak dan bapa juga ada yang tidak sehaluan. Dalam
interview Dr Mahathir dengan Mob TV, beliau telah menegur anaknya
Marina supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya (Marina) kerana
tindak tanduk Marina itu akan menjejaskan parti pemerintah iaitu UMNO
serta menjejaskan juga politik ahli keluarga beliau. Mahathir begitu
sangsi yang tindakan Marina bergiat dan menyokong Bersih 3.0 dan Bersih
yang sebelumnya itu akan menjejaskan politik adiknya Muhkriz.
Pandangan Dr Mahathir terhadap anaknya itu ada benar dan salahnya.
Jika Mahathir lebih memikirkan politik peribadi dan keluarga beliau maka
kata-kata beliau itu benar dan betul seratus peratus. Memang banyak pun
yang memberi pandangan yang Mahathir ini tidak payah diambil pusing
nasihat dan kata-katanya kerana anak beliau sendiri telah menunjukkan
sikap ‘anti establishment’ dan Marina telah menunjukkan banyak contoh
sikap tidak sehaluan dengan kerajaan BN sekarang ini.
Tetapi jika Mahathir mampu memandang dari sudut lain, iaitu sudut
memperjuangkan kebenaran, apa yang dilakukan oleh Marina itu patut
direstui oleh Mahathir kerana beliau sepatutnya faham yang Marina itu
adalah pejuang kepada tuntutan yang di perjuangkan oleh Bersih dan banyak NGO-NGO yang lain. Mahathir sepatutnya merasa
bangga dengan ketegasan anak perempuannya itu jika beliau (Mahathir)
mengakui kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina itu.
Tetapi nampaknya Mahathir lebih cenderung untuk menjaga kepentingan
politik anak lelakinya, Mukhriz dan beliau tidak pertimbangka kebenaran
yang diperjuangkan oleh Marina yang mendapat perhatian banyak pihak
sambil memberikan sokongan kepada pejuang reformasi pilihanraya itu.
Bagi Mahathir kebenaran dalam isu ini ialah menjadikan Mukhriz
sebagai pemimpin politik besar dan sebesar mana pun kebenaran yang
diperjuangkan oleh anak perempuannya Marina itu tidak mendapat perhatian
beliau. Bagi Mahathir kebenaran itu ialah kuasa dan tidak yang lain.
Mahathir semalam mengakui yang beliau akan menyokong Mukhriz jika UMNO
menurunkan anak emasnya itu bertanding disalah satu kawasan DUN di Kedah untuk menjadi Menteri Besar Negeri Jelapang Padi itu.
Warisan politik
Niat Mahathir untuk meninggalkan warisnya dalam politik tanah air itu
sememangnya telah dihidu oleh semua orang dan pengakuan beliau itu
tidak mengejutkan sesiapa. Malahan mata Mahathir akan tertutup rapat
jika beliau meninggal dunia selepas melihat anaknya itu menjadi orang
besar negara seperti beliau. Tuduhan ramai terhadap Mahathir yang beliau
membuat ‘bising’ sekarang ini adalah untuk kepentigan keluarga beliau.
Mahathir tentunya mahukan anaknya menjadi seperti Najib dan Hishamuddin yang kedua-duanya adalah anak-anak kepada bekas Perdana Menteri negara. Jika Mahathir berjaya untuk menjadikan anaknya itu
pemimpin besar dan akhirnya menjadi Perdana Menteri maka beliau akan
berjaya untuk menyambung tradisi yang pemimpin-pemimpin yang akan datang
mesti datang dari keluarga bekas-bekas Perdana Menteri.
Itulah sebabnya Mahathir begitu marah apabila Mukhriz mendapat nombor
tercorot dalam pemilihan Ketua Pemuda Malaysia apabila undi beliau jauh
kebelakang dari undi-undi yang diperolehi oleh Khairy dan Khir Toyo
dalam pertandingan itu. Yang Mahathir marah sekali ialah terhadap
menantu Pak Lah yang telah berjaya mendapatkan undi tertinggi dalam
pemilihan Ketua Pemuda itu.
Akhirnya Marina sendirilah yang berhak untuk memilih diantara
kebenaran atau politik adik beradik dalam isu ini. Jika Marina memilih
untuk mencari kebenaran maka tindakan beliau sekarang amatlah benar dan
betul.
Tetapi jika Marina memilih untuk mementingkan politik bapanya dan
adik beradiknya eloklah beliau (Marina) mengikut sahaja kata-kata
ayahanda beliau itu. Tetapi saya yakin Marina akan terus memilih
kebenaran kerana saya rasa beliau tahu yang kebenaran itu akan timbul
akhirnya.
Tetapi jika Marina mengikut kehendak bapanya itu janganlah putuskan
hubungan baik dengan Ambiga yang telah terjalin begitu rapat selama ini.
Marina dan Ambiga itu bersahabat baik. Baiknya Ambiga dengan Marina itu
seperti orang ‘bertambat bulu’. Itu kata orang tua -tua dahulu.
http://aspanaliasnet.blogspot.com
Saturday, 30 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
madey selalu kata dia tak kesah.....
ReplyDeleteni awat melatah?.....
kena idung sendiri ke?
lawak lah anak emas tong madey tu,,duk je bwah ketiak madey..x bley berdikari ke?kalo parti pkr..DS Anwar ibrahim ada Datin seri Azizah ada dan ada juga Nrul Izzah.kata parti kroni..hok ni parti camne gok agak nyer.. chai(bai) bley tlong jwab x?!!
ReplyDeleteoff white
ReplyDeletegolden goose
off-white
off white clothing
yeezy gap hoodie
kevin durant
nike travis scott
kobe shoes
jordan shoes
giannis shoes