Saturday, 30 June 2012

Najib gementar: Orang kanan Baginda setuju beri kerjasama dalam perbicaraan Scorpene


Perdana menteri Najib Razak boleh menyembunyikan perasaan gementarnya apabila SUARAM memberitahu bahawa ia telah Berjaya mengumpul lebih RM 200,000 daripada makan malam amal yang telah diadakan pada hari Jumaat.

Namun, berita tentang orang kanan yang juga teman rapat Baginda yang telah dipanggil oleh mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam kes pembelian Scorpene yang bernilai RM 7.3 bilion oleh Malaysia dan juga telah berjanji memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan itu telah menjadikan Najib seperti cacing kepanasan.

“Dia telah mengesahkan akan memberi kerjasama kepada kami,” kata penyelaras SUARAM, Cynthia Gabriel kepada para tetamu yang hadir pada makan malam tersebut.

Dia merujuk kepada Jalbir Singh Chahl, yang merupakan orang kanan Baginda dalam Perimekar, sebuah firma yang menerima sekurang-kurangnya 114 juta euro atau RM 570 juta dalam bentuk komisen.

Berjalan dengan lancar


Jalbir merupakan saksi pertama yang akan dipanggil oleh hakim di mahkamah Perancis itu sejak perbicaraan dimulakan pada awal April. Menjadi kesalahan di sisi undang-undang di Perancis untuk mana-mana pihak menerima atau menawarkan komisen untuk mencapai perjanjian. Dua buah kapal Scorpene ini telah dibeli oleh Najib semasa dia menjadi menteri pertahanan dan ia disokong kuat oleh parti pemerintah, Umno walaupun ia ditentang hebat oleh rakyat awam.

Walaupun Najib telah menafikan apa-apa jenayah yang terlibat dalam perjanjian itu, Umno-BN, agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk polis dan SPRM enggan melakukan apa-apa siasatan ke atas kes itu.
Ini memaksa SUARAM untuk memfailkan kes terhadap DCNS di Paris pada tahun 2010, dimana jika didapati bersalah, mereka terpaksa membayar semula wang itu kepada rakyat Malaysia kerana harga yang terlalu tinggi dikenakan akibat daripada rasuah. Ini juga akan memaksa kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan terbuka terhadap tuduhan itu.

“Sedang kita menikmati makanan diatas meja ini, satu sepina telah dikeluarkan terhadap Encik Jalbir Singh Chahl. Kes ini sedang berjalan dengan lancer,” kata Cynthia yang disambut dengan sorakan gemuruh.

Kemarahan rakyat dengan korupsi jangan diambil ringan


SUARAM juga telah Berjaya mengumpul lebih RM 200,000 daripada makan malam yang dihadiri oleh lebih 1000 orang. Jumlah itu telah membuktikan bahawa begitu ramai yang memberi maklum balas dan menderma dengan ikhlas untuk membayar yuran guaman dari Perancis dan perasaan mereka terhadap pembelian penuh kontroversi Najib itu.

Bukan sahaja kapal-kapal selam itu didapati tidak sesuai untuk perairan Malaysia, tetapi jumlah rasuah yang besar didakwa telah diterima oleh DCNS daripada pegawai-pegawai Malaysia, termasuk Najib dan Baginda melalui perjanjian itu telah menghairankan rakyat.

Turut terlibat dalam skandal rasuah ini adalah pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dilaporkan dibunuh apabila cuba mengugut Baginda untuk mendapatkan bahagian komisyennya, dan ini mungkin juga telah menjadi penyebabnya.

Dua bekas pengawal peribadi Najib telah dijatuhkan hukuman mati kerana pembunuhan kejam itu, tetapi ramai di Malaysia yang yakin bahawa mereka hanyalah orang suruhan dimana tuannya masih lagi belum tertangkap.

Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis juga telah membocorkan maklumat yang boleh mengaitkan Altantuya dengan perjanjian kapal selam dan ini mungkin boleh memberitahu kita kenapa sebenarnya dia dibunuh.

Siapa selepas Jalbir?


Walaupun majlis makan malam pada hari jumaat berjaya, pegawai-pegawai SUARAM memberi amaran bahawa perbicaraan di Perancis ini baru sahaja bermula dan lebih banyak lagi dana yang bakal diperlukan untuk memastikannya tamat.

Selepas Jalbir, semua akan menunggu bila mahkamah Perancis akan memanggil Baginda, Najib dan menteri pertahanan semasa iaitu Zahid Hamidi untuk memberi keterangan dan bersetuju untuk memberi kerjasama ini demi membersihkan nama mereka terutamanya Baginda dan Najib.

“Kami menyokong apa jua usaha demi membanteras rasuah,” kata ketua pengarah SUARAM, E Nalini.


Derma boleh disampaikan kepada SUARAM dalam bentuk cek dan juga pemindahan wang di atas talian kepada:
Nama akaun: SUARA INISIATIF SDN BHD
Nama bank: MaybankBhd
Nombor akaun: 5122 9582 0324
Untuk maklumat lanjut, hubungi outreach@suaram.net atau hubungi SUARAM di 03 77843525/ Sarah +013-3470860
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari
Laman web: www.suaram.net
Facebook https://www.facebook.com/suararakyatmalaysia
Twitter: SuaramTweets

Malaysia Chronicle


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)