KUALA LUMPUR,: Naib Presiden PAS, Salahudin
Ayub akan bertemu dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin
Abdullah dalam Debat Sinar Harian, jam sembilan malam esok (malam ini).
Debat
bertajuk Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi akan
berlangsung di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 17, Shah
Alam.
Debat itu akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan
Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.
Salahudin yang
berbesar hati menerima jemputan debat itu berkata, itulah peluang
untuk beliau menyumbangkan idea dan melahirkan pemikiran yang boleh
diterima semua lapisan masyarakat khususnya golongan muda.
"Inilah sumbangan yang boleh saya berikan kepada mereka yang mahukan politik yang sihat.
"Kita
mahukan hujah berdasarkan fakta, bukan berasaskan sentimen, emosi dan
politik murahan seperti fitnah dan sebagainya. Rakyat perlu diberi
kedewasaan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Katanya lagi, beliau yakin Saifuddin juga dapat menterjemahkan pemikiran baru kepada masyarakat.
"Saya
telah banyak kali berkongsi pentas dengan Datuk Saifuddin sama ada
dalam televisyen atau di pentas universiti. Saya yakin ada pemikiran
baru yang akan diterjemahkan," katanya./~harakahdaily
Isteri kelar muka suami sebab enggan pulang ke rumah
10 minutes ago