KUALA LUMPUR 19 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
menghabiskan sebanyak RM26,080,144.39 wang rakyat ke luar negara dalam
tempoh empat tahun sejak 2009.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan
demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin
Tong yang meminta Perdana Menteri menjelaskan senarai semua lawatannya
ke luar negara sejak April 2009, saiz rombongan dan kos terlibat.
Jumlah itu mewakili keseluruhan 74 kali lawatan Najib yang turut diiringi para pegawainya.
Nazri memberitahu, mengikut pecahan tahunan, pada 2009, Perdana
Menteri melakukan 22 kali lawatan ke luar negara dengan 306 orang
pegawai yang menelan kos RM3,442,343.68.
Pada 2010 pula sebanyak 17 kali dengan 252 pegawai dengan kos RM5,133,875.99.
Paling kerap pada 2011 iaitu sebanyak 27 kali dengan 425 pegawai mengiringi dengan kos RM12,568,227.49.
Untuk separuh tahun 2012, sebanyak lapan kali lawatan bersama 125 pegawai dengan kos RM4,935,697.23.
Nazri minggu lalu memaklumkan, Perdana Menteri menghabiskan RM3 juta
wang rakyat untuk mengadakan lawatan ke London, New York dan Washinton,
Amerika Syarikat dalam masa beberapa hari.
Nazri berkata, Najib berbelanja RM849,175.33 ketika berada di London
antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri majlis anjuran Putera Charles.
Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat Perdana Menteri di Majlis
Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei,
dengan kos RM1.6 juta.
Selain itu, Nazri berkata, Najib bersama pegawainya berkunjung ke
Washinton untuk ‘kunjungan peribadi’ antara 109 hingga 24 Mei dengan kos
RM452,985.75.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pada sidang media berkata, kapal
terbang 9M-NAA yang digunakan Najib hanya untuk kegunaan rasmi Yang
di-pertuan Agong dan Perdana Menteri, bukan untuk percutian peribadi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31795
Bibik pakai barang majikan buat video TikTok
9 minutes ago