.

Tuesday 19 June 2012

Mahathirisme sebagai senjata rahsia BN dalam PRU 13?

"Dr M: Najib mesti tegas" ("Dr M: Najib must be firm")

"Proses pembaharuan boleh membawa kepada ektremisme, amaran Dr M kepada Najib" ("Reforms could lead to extremism, Dr M warns Najib")

"Dr M: Pembaharuan boleh mencetus pergolakan" ("Dr M:Reforms could spark unrest")

 Ketiga-tiga kenyataan tersebut menjadi tajuk utama portal media internet dalam temubual bersama bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bersama agensi media asing, AFP.

Mesej Mahathir (gambar kiri) amat jelas.

Beliau menentang spektrum pelbagai program transformasi walaupun program-program transformasi ini sebenarnya cakap kosong sahaja tanpa apa-apa tindakan dan juga kes-kes serius yang sudah lama tertangguh dalam pimpinan Najib - daripada Model Ekonomi Baru 1Malaysia, daripada Program Transformasi Ekonomi kepada Program Transformasi Politik.

Amaran telah diberikan bahawa kebebasan yang melampau akan membawa risiko yang akan membawa malapetaka etnik yang dahsyat, kata Mahathir.

"Kini oleh kerana kita mahu menjadi lebih liberal, apa yang sedang berlaku pada zaman ini adalah 'kesedaran di antara kaum' sudah mula dijana.  Hari ini, rakyat mula menuduh satu sama lain sebagai rasis."

Tetapi malangnya, Mahathir sudah lupa untuk memberi gambaran sebenar - meskipun beliaulah pemangkin konsep Bangsa Malaysia dalam visi Wawasan 2020 kira-kira 21 tahun yang lalu pada tahun 1991, tetapi kini merempuh konsep 1Malaysia Najib dengan objektifnya untuk membentuk negara Malaysia di mana setiap rakyat warga Malaysia akan menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia dulu dan identiti kaum kemudian.

Mahathir dengan jelas telah menyokong Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam deklarasi beliau bahawa beliau "Melayu dahulu dan kemudian baru rakyat Malaysia" apabila dicabar untuk membuktikan kesetiaannya kepada konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib.

Jika satu kajian yang neutral dan bebas yang dijalankan ke atas kepimpinan Najib dalam tempoh tiga tahun untuk menyelidik punca pecah belah di antara kaum dalam satu masa apabila polisi 1Malaysia dilaung-laungkan sebagai dasar negara ini oleh Perdana Menteri, Mahathir dan organisasi-organisasi yang berada di bawah naungannya seperti PERKASA akan dinobatkan tempat pertama sebagai pencetus ketidaktenteraman di antara kaum.

Persoalannya adalah adakah benar Mahathir masih mahu menghidupkan semula Mahathirisme sebagai senjata rahsia Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang?

*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang (gambar ) selaku Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist