salah siapa?
Apabila
rakyat menegur kenapa konsert K- pop dibenarkan membuat persembahan
'half sexy', macam macam alasan diberi, apabila seniman menegur kenapa
artis-artis tempatan tidak diberi peluang bagi mendapat bayaran lebih
RM900.000 yang dibelanjakan. Semuanya kelu tak terkata-kata.
Tiba-tiba
muncul gambar beberapa orang gadis cina sedang menari yang mana latar
belakang diatas pentas adalah gambar logo parti KEADILAN, yang hairannya
serangan dan pertanyaan dihala kepada PAS.
Bagaimana
kematangan politik boleh diukur, isu yang dilontar hanya mahu memuaskan
citarasa, tak ada bezanya dengan lontaran yang ditulis oleh
mereka-mereka yang menyamar dalam FB yang gambarnya tak dapat dikenal
pasti siapakan tuannya.
Nampak
sangat tak ada isu untuk mematahkan serangan rakyat terhadap kelalian
kerajaan dalam mengurus sambutan dan keramaian yang melibatkan
perbelanjaan berjuta-juta ringgit. Kebimbangan mulai dirasa apabila
rakyat bersatu menjayakan program duduk dan bantah BERSIH 3.0 dan
terbaru himpunan hijau ke PUTRAJAYA yang berlangsung di Stadium Darul
Aman ,Kedah yang baru lalu.
Dimana-mana
orang politik pergi, tak kira mereka itu orang PAS, PKR atau UMNO
pertanyaan bila PRU13 akan diadakan menjadi persoalan pertama, kenapa?
kerana rakyat sudah tak sabar untuk mengundi dan menukarkan kerajaan./~NEWKK